Pelakon dan penyanyi Izzue Islam mendedahkan pernah hidup merempat semata-mata untuk mengejar impiannya bergelar seorang bintang.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, berkata, semasa berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2009, dia bersama rakan-rakannya sanggup tinggal di kedai 'bundle di Kelana Jaya, Selangor sebelum meneruskan hidup.
"Memang empat tahun lalu, kehidupan saya tak semudah sekarang. Dari kampung saya di Kelantan, saya berhijrah ke ibu kita dan pernah merasai hidup di jalanan bagi mengejar cita-cita untuk bergelar anak seni.
"Alhamdulillah, kesukaran itu telah memberi pengalaman buat saya untuk menjadi seorang insan yang lebih bagus dan tidak riak, Insya-Allah," katanya.Izzue ditemui pada pelancaran drama Bunga Merah Punya, terbitan Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), dekat sini, Isnin.
Bercerita mengenai kehidupannya sekarang, Tambah Izzue, walaupun hidupnya semakin teratur bersama kumpulan, Forteen, dia masih lagi mengamalkan cara hidup yang diamalkan sebelum ini iaitu tidur tanpa alas tilam.
Izzue Islam |
"Memang sampai sekarang saya tidur tanpa tilam dan hanya beralaskan kain biasa sahaja. Diharap, dengan kesusahan lalu dapat mengajar saya untuk terus berusaha menjadi anak seni yang berjaya Insya-Allah," ujarnya.Dalam pada itu, pengalaman lampaunya itu turut dikongsi dalam lakonannya menerusi drama Bunga Merah Punya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar