Tampilkan postingan dengan label gosip artis terbaru. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gosip artis terbaru. Tampilkan semua postingan

Rabu, 17 April 2013

Alif Aziz patah hati dengan Adira?

Nampaknya Aliff Aziz tidak boleh lari dari kisah percintaan beliau sebagai highlight dalam kerjaya sebagai selebriti di Malaysia.

Ramai sedia maklum sebelum ini yang Aliff Aziz ada mengeluarkan kenyataan yang beliau memang berkawan rapat bersama Adira tetapi menolak sebarang dakwaan yang mereka bercinta.

Tetapi peminat boleh melihat usaha Aliff Aziz untuk mendampingi Adira termasuklah menghadiahkan sepasang cincin sepadan untuk di’pakai bersama tidak lama dahulu.

Perkembangan terbaru hubungan mereka ini nampaknya tidak berapa cantik selepas Aliff Aziz mengeluarkan beberapa kenyataan seakan berputus asa dengan hubungan beliau bersama Adira.

“I’ve given my best for us, but seems like my best isn’t good enuf (enough). Back to square one. Thank u for everything a***a,” itu tulisan terbaru Aliff Aziz di Twitter beliau.

Perkataan a***a di ayat tersebut & beberapa ayat selepas itu di’katakan di’tujukan kepada Adira kerana persamaan bilangan huruf dan juga permulaan & pengakhiran perkataan tersebut.







Jumat, 22 Maret 2013

Gosip Artis - Lisa Surihani kongsi gambar sewaktu kecil

Comel sangat OGA tengok gambar Lisa Surihani masa kecil memang saling tak tumpah Lisa Surihani persis ibunya, Siti Amira Ahmad. Dari kecil lagi Lisa nampak ‘mesra kamera’.  Ada sahaja keletahnya yang mencuit hati sesiapa yang melihat gambar Lisa sewaktu kecil.  Untunglah Yusry dapat Lisa ni dah lah comel pastu berpendidikan pula tu. Mesti anak Lisa yang akan datang ni muka macam ni kan? Memang comel la!

Terdapat beberapa keping lagi gambar yang dikongsikan untuk tatapan peminat khas dari akaun instagram Lisa Surihani sendiri. Jom kita layan dulu gambar Lisa ni:

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Rabu, 20 Maret 2013

Pelakon Sharifah Nadia Didakwa Cederakan Bekas Suami

 Pelakon Sharifah Nadia Yusnita Abd Haniff, 32, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana mencederakan bekas suaminya pada November tahun lepas.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap kecederaan pada Lob Mahadir Abdul Shukur, 40, dengan mencalarkan tangan bekas suaminya itu.

Sharifah Nadia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekiranya sabitkan kesalahan.

Sharifah Nadia, yang pernah berlakon dalam filem Diari Romeo, didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Tan Sri Jefry Chin di SK Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya pada pukul 10.30 pagi pada 25 November tahun lepas.
Sharifah Nadia
Peguam Yusmadi Yusoff mewakili Sharifah Nadia manakala kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shapirra Selamat.

Peguam M. K. Thas merupakan peguam pemerhati bagi bekas suami Sharifah Nadia, yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Majistret Mohd Hezri kemudiannya menetapkan tarikh sebutan pada 22 April ini.

Selasa, 19 Maret 2013

Gosip Artis Terkini - Raja Azmi putus cinta dengan pemuzik muda

Hari ni  OGA nak cerita kat korang semua mengenai Raja Azmi yang khabarnya sudah berpisah dengan kekasih hatinya seorang pemain muzik tu. Khabarnya mereka dah sebulan putus cinta.Betul ke? Tak pela, kak Mi dah tak ada jodoh nak buat macam manakan. OGA harapkan selepas ni kak Mi akan jumpa pengganti baru yang boleh bahagiakan kak mi.

Hanya beberapa bulan lalu penerbit filem itu memberitahu dia sedang mengenali seorang jejaka yang merupakan pemain muzik.

Mengetepikan perbezaan umur yang ketara, Raja Azmi pada ketika itu turut mengakui bersedia untuk menerima pemuda tersebut sebagai suami.

Bagaimanapun hari ini Raja Azmi memberitahu kisah cintanya itu sudah berlalu pergi sejak sebulan lepas. Menurut bekas isteri kepada pemain badminton negara Jalani Sidek ini, dia lebih selesa untuk menggelarkan tempoh percintaan terbarunya itu sebagai 'cinta monyet'. Menurut Raja Azmi:

"Kami sudah berpisah sejak sebulan lalu." Itulah jawapan penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, tatkala ditanya tentang hubungannya dengan Hafiz, 27, seorang pemuzik muda yang bermain muzik di pusat hiburan.
"Kami sudah berpisah sejak sebulan lalu. Kami berpisah secara baik dan saya juga tidak lagi mengunjungi pusat hiburan di mana dia (Hafiz) bekerja.
"Saya anggap percintaan tersebut sebagai 'hujan lalu', mungkin terlalu terkejut dari perceraian, saya mengambil langkah pantas untuk mencari pengganti. Namun akhirnya saya tahu hubungan ini tidak akan ke mana-mana," katanya tersenyum.
raja azmi
Raja Azmi
Menjelaskan walaupun semakin sibuk dengan kerjaya sebagai penulis novel dan penerbit kini, Raja Azmi menegaskan fokusnya untuk mencari cinta tetap akan diteruskan.

"Saya tidak akan serik untuk mencari cinta, saya seorang wanita yang ingin dimanja, kerana selama 28 tahun berumah tangga saya sudah biasa begitu.
"Bagaimanapun, mungkin kali ini kriteria lelaki pilihan itu sedikit berbeza, lebih matang atau sama umur dengan saya," katanya ringkas.

Senin, 18 Maret 2013

Kutuk Produksi tempatan, Irfan demand mengenai bayaran?

Mungkin anda ingat dengan pelakon yang pernah membintangi drama bersiri “Juvana” Irfan Roslan yang memegang watak sebagai Cikgu Azmee ini bukan?

Tidak tahu mana silapnya, pelakon yang pernah memberitahu ingin berhenti berlakon kerana tidak nampak masa hadapan di dalam bidang ini sekitar tahun 2010 mengutuk produksi tempatan dengan kata-kata yang kurang enak.

Menurut satu sumber, pelakon ini juga pernah mengutuk produksi filmscape dengan mengatakan jalan cerita “Juvana” tidak bagus sedangkan pada masa itu dia turut sama berlakon.

Jika benar mahu mengutuk, rasanya tidak perlu mengambil tawaran tesebut memandangkan dia sendiri telah mengatakan jalan cerita yang dipersembahkan oleh Khabir Bhatia tidak bagus.

Di dalam status Facebooknya juga tertera bayaran yang ditawarkan dan dengan lagaknya memberitahu jangan menghubunginya jika tiada bajet.

pelakon irfan roslan
Pelakon Irfan Roslan



pelakon irfan roslan
Kenyataaan Irfan Roslan di facebook


Kardashian ditahan Polis


Tidak mengira status, undang-undang negara perlu diikuti dalam mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Baru-baru ini, bintang terkenal, Kim Kardashian, 32, ditahan pihak polis atas kesalahan menggunakan cermin kereta yang terlalu gelap.

Menurut sumber, Kim bagaimanapun dilepaskan tanpa sebarang saman.

"Setelah berbincang dengan pihak polis akhirnya Kim dilepaskan tanpa sebarang masalah," kata sumber tersebut.
Kim Kardashian
Kim Kardashian

Gosip Artis Terbaru - Liyana Jasmay Rancang Miliki Anak Setahun Lagi


Hampir memasuki dua bulan selepas Liyana Jasmay menamatkan zaman solonya dengan Fathuddin Mazlan pada 2 Februari lalu, pelakon yang kini bergelar pengarah itu belum lagi mahu merancang untuk memiliki cahaya mata dalam tempoh masa terdekat ini.

Menurut Liyana yang ditemui baru-baru ini, dia dan suami masih menikmati tempoh bulan madu mereka selepas bergelar suami isteri. Dia turut berkongsi perasaannya yang sangat gembira setelah bergelar seorang isteri dan menikmati apa yang dinamakan perkahwinan.

"Sebuah perasaan yang amat mengujakan bila kita bangun pada setiap pagi dengan teman disisi menemani. Hanya mereka yang berkahwin akan dapat merasakan perasaan yang sangat seronok ini.
"Kami masih menikmati waktu-waktu manis selepas berkahwin dan belum lagi memikirkan tentang cahaya mata. Saya mahu rileks dahulu, mahu aturkan masa dan jadual saya dan begitu juga dengan suami. Insya Allah dalam masa setahun baru saya akan lebih serius memikirkan tentang anak.
"Tetapi jika rezeki datang lebih awal apa salahnya, tapi tidaklah dalam waktu terdekat ini. Saya dan suami belum puas lagi habiskan masa kami berdua bersama atas kesibukan masing-masing. Bagilah saya dan dia masa untuk enjoy dulu,"ujar Liyana sambil berjenaka bila disoal mengenai cahayamata.
liyana jasmay
Liyana Jasmay
 Liyana baru sahaja pulang daripada kota New York untuk projek super telefilem, New York Cinta terbitan produksi miliknya sendiri dimana dia turut menjadi watak utama didalam telefilem tersebut. Di kesempatan ini, Liyana telah memanfaatkan masa cutinya untuk berbulan madu sebentar di London untuk beberapa hari sebelum pulang semula ke Malaysia.

"Bulan madu sekejap saja ketika pulang dari New York, saya dan suami singgah di London sebentar untuk jalan-jalan dan membeli-belah. Selepas itu, kami akan terus pulang ke Sabah di mana saya akan menetap selepas berkahwin.
"Kami akan sambung honeymoon di Sabah. Tetapi buat masa ini saya dan suami tangguh dahulu berikutan situasi di perairan Sabah yang diancam penceroboh Sulu dan kami dinasihati untuk tidak menghampiri kawasan itu walaupun ianya jauh dari Lahad Datu.
"Jadi sekarang saya pun teruskan dengan karier seni dan akan berulang alik dari Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur jika ada urusan. Suami memahami karier saya dan dia juga sibuk menguruskan restoran yang bakal dibuka di sana,"cerita Liyana setelah lebih kurang sebulan setengah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan.
Selain daripada New York Cinta, Liyana bakal tampil dalam beberapa filem dalam masa terdekat ini seperti Isyarat Cinta, Padadom 2, Tokan dan bakal mengarah dan menerbitkan filem pendeknya tidak lama lagi.

Single terbaru daripada Liyana, Jujur akan menjalani penggambaran klip video dibawah arahannya dan bakal menjadi runut bunyi kepada telefilem New York Cinta yang juga dilakonkan serta d diterbitkan di bawah syarikat produksinya sendiri.

Kamis, 07 Maret 2013

Gosip Artis Terkini - Pierre Andre nikah Jun ini


Terlebih dahulu, OGA nak ucapkan tahniah buat pengarah filem terkenal malaysia, Piere Andre yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada jun ni. Ramai juga kan artis yang kahwin tahun ni. Yang pasti OGA tak sabar nak tengok perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Pelakon dan pengarah berbakat besar, Pierre Andre atau nama sebenarnya, Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 28, tidak mahu menunggu lama dan memilih Jun ini untuk melangsungkan perkahwinannya.

Menurut Pierre, dia tidak mahu melengahkan pernikahan dengan tunangnya, Siti Nurhidayah Hashim, 25, kerana mahu menggelakkan fitnah.
"Saya rasa, saya perlu bernikah secepat mungkin agar hubungan kami tidak diperkatakan. Bila kami tidak ada ikatan yang sah, orang akan mudah menilai kami.
"Jadi bagi menggelakkan fitnah di kemudian hari, saya rasa elok pernikahan kami di segerakan dan Insya-ALLAH jika tiada aral melintang, ia akan berlangsung bulan Jun ini," ujarnya yang ditemui pada majlis pratonton Cerita Kita di TGV Sunway Piramid, kelmarin.

perkahwinan piere andre
Piere Andre bakal berkahwin jun ini
 Menerusi filem tersebut, Pierre bertindak sebagai pengarah dan ia merupakan filem ke-10 arahannya.

Pierre berkata, segala urusan persiapan pernikahan sudah pun mula dilakukan dan hanya pernikahan yang akan dijalankan dulu, Jun ini. Manakala majlis resepsi pula akan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Perkara utama dalam sesebuah perkahwinan adalah pernikahan. Saya akan jemput dan beritahu tarikh pernikahan dalam masa terdekat ini kepada media.
"Saya faham, sebagai selebriti, saya amat memerlukan pihak media bagi memaklumkan peminat dan masyarakat di luar sana mengenai perkahwinan saya," ujarnya.
Ditanya tentang tindakannya merahsiakan ikatan pertunangannya pada Februari lalu, Pierre menegaskan, dia tidak mempunyai niat untuk menyembunyikan perkara baik itu.

“Sejak dari awal perancangan, saya memang mahu buat hanya di antara keluarga sahaja kerana ia cuma majlis pertunangan. Tapi dengan kecanggihan teknologi, orang boleh memuat naik gambar dengan begitu pantas," katanya yang mengenali tunangnya sejak setahun lalu.

Senin, 25 Februari 2013

Adira mengaku selesa berkawan dengan Aliff Aziz - Gosip Artis Terkini


Seperti diketahui, hubungan rapat dan mesra antara penyanyi genit Adira dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz bukan lagi rahsia. Mereka berdua juga tidak lagi menyembunyi hubungan rapat itu, malah telah memuat naik gambar bersama di Instagram baru-baru ini.

Jika diselak lipatan sejarah, kedua-dua mereka sememangnya mempunyai rekod percintaan yang pernah mencetuskan kontroversi.

Adira pernah dikaitkan dengan Hafiz manakala Aliff sudah tentu 'meletup' dengan cintanya bersama pelakon Anne Ngasri yang musnah di pertengahan jalan.
adira dan aliff aziz
Adira dan Aliff selesa berkawan

Tidak mengambil pusing sejarah silam masing-masing, baik Adira mahupun Aliff mengakui serasi bersama. Kata Adira:
"Saya selesa berkawan rapat dengannya, bagi saya dia seorang lelaki yang baik, berfikiran terbuka dan mudah dibawa berbincang," akui Adira.
Bagaimanapun kata Adira, hubungan mereka menjadi rapat selepas kontroversi cinta Aliff dan aktres Anne Ngasri berakhir. Enggan mengambil pusing kata-kata orang sekeliling, Adira mahu menjalani kehidupannya dengan cara sendiri.
"Ya, orang pasti tidak berhenti bercakap tentang kisah silam saya mahupun Aliff kerana karier kami sebagai artis. Selagi kami selesa berkawan rapat, saya tidak lihat ia satu kesalahan," tutur penyanyi yang berasal dari Ranau, Sabah itu lagi.

Disoal tentang gambar mereka memakai cincin yang sama dimuat naik ke Instagram, Adira enggan mengulas lanjut kerana bimbang jawapannya akan dijadikan spekulasi pada kemudian hari.
"Itu hanyalah gambar biasa sahaja, jika saya ulas mengenainya, akan timbul pula spekulasi yang baharu. Saya hanya berkawan rapat dengannya, itu sahaja yang boleh saya beritahu," jelas Adira.

Ditebak lagi dengan soalan jika enggan mendedahkan hubungan rapat mereka kepada khalayak kenapa pula dia mengundang Aliff ke majlis makan malam bersama peminatnya yang turut dihadiri ahli keluarga termasuk ibu Adira sendiri?
"Memang saya yang jemput dia atas sebab dia kawan saya. Selain dia, saya juga jemput ramai rakan artis yang lain bukan dia seorang sahaja. Tidak ada sebarang agenda sebalik itu. Hubungan Aliff dengan keluarga saya biasa-biasa sahaja tidaklah terlalu rapat," ujarnya.



Senin, 18 Februari 2013

Sharifah Sakinah Belum Sedia Jadi Penyanyi - Gosip Artis Terbaru

Pelakon Sharifah Sakinah  belum bersedia bergelar penyanyi walaupun memiliki bakat di bidang itu.

Pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 24, berkata, dia lebih senang menonjolkan bakat nyanyiannya itu menerusi drama atau filem-filem yang dilakonkannya kerana menganggap impak terhadap penonton lebih kuat.
"Minat saya dalam nyanyian tidaklah sekuat lakonan dan saya lebih selesa untuk menyanyi tanpa diberi gelaran sebagai penyanyi.
"Lagipun saya rasa ramai lagi bakat-bakat hebat di luar sana yang jauh lebih bagus nyanyiannya berbanding saya.
"Mungkin, menyanyi dalam drama atau filem lebih menarik, seperti yang saya lakukan untuk drama terbaharu iaitu Bunga Merah Punya dan Hotel Mania (2010)," katanya.
Tambah adik kepada pelakon Sharifah Norhaslinda (Lynn) dan Sharifah Shahira (Shira) ini, selepas mengukuhkan karier sebagai seorang pelakon, dia ingin mencuba di bidang pengacaraan pula memandangkan sikapnya yang suka bercakap.
sharifah sakinah
Sharifah Sakinah
Sementara itu, menerusi drama arahan Zul Huzaimy itu, dia turut menonjolkan bakat nyanyiannya sebanyak tiga buah lagu yang berjudul Sampaikan Rindu, Oh Bulan dan Rajuk.

"Nak menyanyi tiga lagu ini pun membuatkan saya takut dan risau sekiranya nyanyian saya tidak mencapai tahap yang diinginkan. Sampaikan satu lagu saya perlu merakam selama dua hingga tiga jam.
"Lagu untuk drama pun mengambil masa lama, apatah lagi jika nak rakam lagu sebenar. Apa-apa pun, saya berasa seronok melakonkan drama ini, ia memberi cabaran yang tersendiri dalam melakonkan watak saya sebagai Bunga," selorohnya.

Izzue Islam Pernah Hidup Merempat Untuk Jadi Artis


Pelakon dan penyanyi Izzue Islam mendedahkan pernah hidup merempat semata-mata untuk mengejar impiannya bergelar seorang bintang.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, berkata, semasa berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2009, dia bersama rakan-rakannya sanggup tinggal di kedai 'bundle di Kelana Jaya, Selangor sebelum meneruskan hidup.

"Memang empat tahun lalu, kehidupan saya tak semudah sekarang. Dari kampung saya di Kelantan, saya berhijrah ke ibu kita dan pernah merasai hidup di jalanan bagi mengejar cita-cita untuk bergelar anak seni.
"Alhamdulillah, kesukaran itu telah memberi pengalaman buat saya untuk menjadi seorang insan yang lebih bagus dan tidak riak, Insya-Allah," katanya.
Izzue ditemui pada pelancaran drama Bunga Merah Punya, terbitan Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), dekat sini, Isnin.

Bercerita mengenai kehidupannya sekarang, Tambah Izzue, walaupun hidupnya semakin teratur bersama kumpulan, Forteen, dia masih lagi mengamalkan cara hidup yang diamalkan sebelum ini iaitu tidur tanpa alas tilam.
izzue islam
Izzue Islam
"Memang sampai sekarang saya tidur tanpa tilam dan hanya beralaskan kain biasa sahaja. Diharap, dengan kesusahan lalu dapat mengajar saya untuk terus berusaha menjadi anak seni yang berjaya Insya-Allah," ujarnya.
Dalam pada itu, pengalaman lampaunya itu turut dikongsi dalam lakonannya menerusi drama Bunga Merah Punya.



Najwa Latif Akui Hubungan Dengan Bapa Kini Lebih Baik - Gosip Artis


Selepas berakhirnya kontroversi melibatkan penyanyi, Najwa Latif yang didakwa derhaka oleh ayah kandungnya sendiri, Abdul Latif Ismail Cinta Muka mengakui bahawa hubungannya dengan bapanya kini semakin baik.

Pun begitu, Najwa Latif yang tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebaliknya menganggap kontroversi yang berlaku adalah sebahagian daripada dugaan hidup yang perlu diterimanya.
"Alhamdulilah, hubungan saya serta ahli keluarganya yang lain dengan bapa sudah pun baik dan mereka juga sangat supportive terhadap kerjaya nyanyian saya. Saya anggap apa yang berlaku adalah dugaan dalam hidup saya yang telah menerima nikmat hidup yang senang lebih awal berbanding orang atau rakan lain yang sebaya dengan saya," jawabnya ringkas kepada murai.com.my selepas pelancaran Karnival WOW! Putrajaya 2013 (KWP2013), di Taman Botani Putrajaya, baru-baru ini.
Bapa Najwa Latif iaitu Abdul Latif Ismail sebelum ini dalam laporan sebuah akhbar mendakwa anaknya itu anak derhaka dan meminta Najwa berjumpa dengannya untuk meminta maaf pada akhir tahun lalu.
najwa latif
Najwa Latif
Najwa Latif berkata dia bersyukur kerana peminat dan orang ramai kini sudah bijak berfikir untuk tidak mencampurkan soal peribadi dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan penggubah lagu.

"Kontroversi itu masalah peribadi saya, saya bersyukur kerana orang di luar sana memahami situasi saya dan ia sedikit pun tidak menjejaskan kerjaya saya. Malah, alhamdulilah saya semakin banyak menerima tawaran menyanyi, lebih-lebih lagi selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) akhir tahun lepas," luahnya pelantun Cinta Muka Buku ini lagi,.

Selain bakal beraksi di Konsert Wow! Putrajaya 2013 di Taman Botani pada 3 Mac ini, Najwa kini sedang dalam proses menyiapkan album keduanya yang dijangka bakal keluar pada penghujung akhir tahun ini.

Jumat, 15 Februari 2013

Gambar Maya Karim yang bermuai di Phuket - Gosip Artis Terbaru


Terbaru, Maya Karim sebagai Gina kelihatan sangat comel di dalam gambar yang memperlihatkan beliau beraksi Muay Thai di Phuket, Thailand.

Sebelum ini Maya seringkali melakonkan watak sedih dan berat, kali ini rasanya penonton pasti teruja untuk melihat Maya Karin bermisai & juga Muai Thai di dalam filem terbarunya bersama Bront Palare, Izara Aishah dan juga Remy Ishak.

KAt sini OGA masukkan gambar comel maya  karim semasa di Phuket:

maya karim

maya karim

maya karim

maya karim
Maya Karim

Fazli Zainal Nafi Hadir Majlis Pertunangan Fizz Fairuz -Gosip Artis Terkini


Penyanyi, Fazli Zainal terkejut apabila dia dikatakan turut hadir sebagai rakan artis ketika majlis pertunangan pelakon Fizz Fairuz dan gadis Azlyn Massiela diadakan Kuantan Pahang pada 10 Februari lalu.

Fazli Zainal berkata dia terkejut kerana dia akui tidak berada majlis yang dimaksudkan walaupun sebelum ini rakannya, Fizz Fairuz itu pernah menyatakan hasratnya untuk bertunang.

fazli zainal
Fazli Zainal
"Saya memang tidak berada di majlis itu kerana saya sendiri tidak mengetahui mengenai pertunangan tersebut ," katanya mengulas dakwaan itu ketika dihubungi oleh murai.com.my petang tadi.
Sungguh pun begitu, Fazli memberitahu dia pernah diberitahu oleh Fizz hubungannya dengan Almy sudah berakhir 2 tahun lalu.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungannya dengan Azlynn walaupun dia pernah beritahu saya hubungan cintanya dengan Almy sudah putus sejak 2 tahun yang lalu," ceritanya lagi yang tidak berniat untuk mengulas lebih lanjut.
Sebelum ini, ramai yang menyangka hubungan Fizz dan Almy masih baik dan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta, bagaimanapun sangkaan itu meleset selepas Fizz mengikat pertunangan dengan wanita lain baru-baru ini.

Fazli kini sedang sibuk memenuhi undangan nyanyian untuk majlis penyampaian sumbangan BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) di beberapa lokasi di seluruh Malaysia.

Rabu, 13 Februari 2013

Shilla kini pasrah - Gosip Artis Terkini


Setelah mengalami berbagai-bagai  konflik yang berlaku, penyanyi popular ShillaAmzah  seakan-akan pasrah dengan apa yang berlaku.

Terbaru! OGA ada gembira apabila melihat semangat baru penyanyi ini apabila mula menulis di akaun Twitternya yang dia kini sudah pun dapat menerima keputusan bahawa hubungan mereka sudah tidak dapat diteruskan lagi. Bagus la kalau macam tu Shilla. Ingat, kalau ada jodoh takkan kemana. Yang penting adalah restu orang tua, baru hubungan yang dibina akan diberkati.

shilla amzah
Shilla Amzah
Dalam tulisan di akuan Twitternya itu, Shila seperti pasrah dan mahu memulakan hidup yang baru;
"It's sad when someone can walk right by you and pretend you were never a big part of their life..
"New start,new life,new songs coming out...alhamdulillah:)
"Even if we can't be together in the end, But I'm grateful you were part of my life at one point. I wish you all the best,I'll pray for you:)

Senin, 11 Februari 2013

Fahrin Ahmad Elak Bercinta Dengan Artis - Gosip Artis Terbaru


Masihkah anda ingat tentang seorang pelakon popular ni yang pernah bercinta dengan dua artis popular iaitu dengan Linda Onn dan Scha Al-Yahya. Pengalaman putus cinta dengan Linda Onn dan Scha Al-Yahya membuatkan pelakon Fahrin Ahmad cuba mengelakkan diri daripada menjalinkan hubungan dengan wanita bekerjaya sebagai selebriti. Betul k? hrmmm..

Fahrin Ahmad, 34, berkata, dia serik untuk berhubungan cinta dengan wanita yang mempunyai kerjaya sama dengannya dan menganggap pengalaman lalu telah banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam menjalinkan sesebuah hubungan.
"Baik buruk pengalaman cinta lalu telah banyak mengajar saya dalam menjalinkan sesebuah hubungan dan kalau boleh saya tak mahu cari artis.
"Dan saya juga akan cuba elak untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mereka. Tetapi, kalau sudah jodoh nak buat macam mana. Perkara seperti ini, susah kita nak jangka, semua itu urusan Tuhan," katanya.
Tambah Fahrin, dia juga tidak menyangkal keadaannya yang masih lagi solo berkemungkinan besar kerana sudah berasa selesa dengan kehidupannya sekarang yang sentiasa hidup sendirian.

Fahrin Ahmad masih solo
"Risau juga apabila saya sudah mula tidak terlalu kisah tentang teman hidup memandangkan sudah biasa hidup berdikari.
"Mak saya pun risau tentang saya. Katanya, jika saya sakit nanti siapa yang nak jaga? Atau pastinya rasa sunyi akan terasa dalam hati apabila tua kelak.
"Jadi tidak mustahil sekiranya satu hari nanti mak saya yang cari jodoh buat saya," selorohnya.
Dalam perkembangan lain pula, lakonan Fahrin dapat disaksikan menerusi drama bersiri Rindu Bertamu Di Abu Dhabi bermula setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3.

Menariknya dalam drama ini, Fahrin turut menyumbangkan suaranya menyanyikan lagu tema drama 28 episod terbitan Zeel Production itu.
"Inilah kali pertama saya menyanyi dan merakamkan lagu dalam studio rakaman. Ternyata ia sebuah pengalaman yang begitu berbeza.
"Pengalaman merakamkan lagu juga mengajar saya bahawa menjadi penyanyi itu bukannya mudah. Saya kagum dengan penyanyi-penyanyi yang sanggup berhabis masa untuk menghasilkan lagu-lagu terbaik mereka," ujarnya.
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi turut menampilkan pelakon Shahrizal Jaszle, Tasha Shilla dan Fauziah Ghous.