Tampilkan postingan dengan label Najwa Latif. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Najwa Latif. Tampilkan semua postingan

Jumat, 22 Maret 2013

Gosip Artis - Keputusan SPM Najwa Latif jadi bualan?

Tahniah OGA ucapkan kepada penyanyi berbakat besar, Najwa Latif yang telah mendapat 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Menerusi laporan Berita Harian, Najwa telah mewakilkan kakaknya, Iqhwatul Syafika untuk mengambil keputusan tersebut di sekolah. Menurut Najwa Latif:

“Saya tertekan sebab malam tadi (kelmarin) saya bermimpi tidak memperoleh sebarang A, sebab itu saya minta kakak ambilkan keputusan. Bagaimanapun saya tidak menyangka untuk dapat 4A kerana sebelum ini, saya mensasarkan keputusan 3A saja.
 “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan ini dan emak juga gembira melihat pencapaian saya,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian sama ada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS).
penyanyi Najwa Latif
Penyanyi Najwa Latif
 Terbaru, melalui status di akaun Twitter miliknya, Najwa seakan-akan reda dengan komen dan kritikan daripada peminat yang mempertikaikan keputusan peperiksaannya. Biasa la tu, kalau dah artis semua benda orang nak tahu kan. Kalau yang baik pun orang nak kritik, yang buruk lagi la kan. so, better buat tak tahu jer la Najwa. Mulut orang ni bukannya boleh tutup janji kita dah buat yang terbaik. Namun, OGA rasakan keputusan yang diperolehi oleh Najwa Latif ni boleh dibanggakan memandangkan jadual aktiviti seni Najwa yang padat ketika itu. Dengan keputusan ini, semoga Najwa dapat meneruskan pengajian dalam bidang yang diminatinya.

Kamis, 21 Maret 2013

Najwa Latiff Dapat 4A Untuk SPM

Penyanyi remaja yang dikenali dengan lagu Cinta Muka Buku dan Kosong, Najwa Latiff telah memperoleh 4A daripada 10 mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Menerusi laporan Utusan Online hari ini, Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat bagaimanapun tidak hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya.

Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti untuk mendapatkan keputusan tersebut.

Usaha sekumpulan wartawan media untuk menemubual kakak kepada penyanyi tersebut gagal apabila dia enggan melayan pihak media dan bergegas pulang sebaik menerima slip keputusan peperiksaan adiknya itu.

Najwa antara 192 pelajar sekolah tersebut yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu dan keputusannya diumumkan hari ini.

Penyanyi itu ketika menduduki SPM tahun lalu menyasarkan untuk mendapat 6A selepas berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan percubaan.

najwa latif
Penyanyi Najwa Latif

Senin, 18 Februari 2013

Najwa Latif Akui Hubungan Dengan Bapa Kini Lebih Baik - Gosip Artis


Selepas berakhirnya kontroversi melibatkan penyanyi, Najwa Latif yang didakwa derhaka oleh ayah kandungnya sendiri, Abdul Latif Ismail Cinta Muka mengakui bahawa hubungannya dengan bapanya kini semakin baik.

Pun begitu, Najwa Latif yang tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebaliknya menganggap kontroversi yang berlaku adalah sebahagian daripada dugaan hidup yang perlu diterimanya.
"Alhamdulilah, hubungan saya serta ahli keluarganya yang lain dengan bapa sudah pun baik dan mereka juga sangat supportive terhadap kerjaya nyanyian saya. Saya anggap apa yang berlaku adalah dugaan dalam hidup saya yang telah menerima nikmat hidup yang senang lebih awal berbanding orang atau rakan lain yang sebaya dengan saya," jawabnya ringkas kepada murai.com.my selepas pelancaran Karnival WOW! Putrajaya 2013 (KWP2013), di Taman Botani Putrajaya, baru-baru ini.
Bapa Najwa Latif iaitu Abdul Latif Ismail sebelum ini dalam laporan sebuah akhbar mendakwa anaknya itu anak derhaka dan meminta Najwa berjumpa dengannya untuk meminta maaf pada akhir tahun lalu.
najwa latif
Najwa Latif
Najwa Latif berkata dia bersyukur kerana peminat dan orang ramai kini sudah bijak berfikir untuk tidak mencampurkan soal peribadi dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan penggubah lagu.

"Kontroversi itu masalah peribadi saya, saya bersyukur kerana orang di luar sana memahami situasi saya dan ia sedikit pun tidak menjejaskan kerjaya saya. Malah, alhamdulilah saya semakin banyak menerima tawaran menyanyi, lebih-lebih lagi selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) akhir tahun lepas," luahnya pelantun Cinta Muka Buku ini lagi,.

Selain bakal beraksi di Konsert Wow! Putrajaya 2013 di Taman Botani pada 3 Mac ini, Najwa kini sedang dalam proses menyiapkan album keduanya yang dijangka bakal keluar pada penghujung akhir tahun ini.

Rabu, 05 Desember 2012

Bapa Dakwa Najwa Latif Anak Derhaka?

 Najwa Latif



KUALA LUMPUR – Bapa kepada penyanyi remaja popular, Najwa Latif mengakui anak-anaknya iaitu Najwa Latif dan Ika Latif sudah menderhaka kepada dirinya.

Menurut kata-kata Abdul Latif yang dipetik dari laporan Berita Harian hari ini, Abdul Latif memberitahu hubungan mereka menjadi terlalu dingin sejak Najwa bergiat dalam dunia seni hiburan.

Justeru, Abdul Latif memohon agar anak-anaknya memohon maaf kepada dirinya sebelum dia menutup mata.

Tindakan Abdul Latif yang secara tiba-tiba megeluarkan kenyataan sedemikian menimbulkan cakap orang ramai yang dia mahukan populariti dari anak-anaknya.

Namun, Abdul Latif menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan tujuan dia mengeluarkan kenyataan itu adalah kerana ingin menegur kesilapan anak-anaknya.

“Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata.

“Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian,” kata Abdul Latif.

Abdul latif telah bercerai dengan ibu kepada Najwa pada tahun 2008.

Hubungan mereka menjadi keruh sejak tahun 2011 apabila Abdul Latif menegur kesilapan anak-anaknya sendiri yang tidak berdisiplin.

Sebelum ini, keluarga Najwa mengeluarkan kenyataan hubungan dingin antara mereka dengan bapanya adalah kerana masalah keluarga.

Bagaimanapun, Abdul Latif menafikan dakwaan itu.

“Hubungan kami mula dingin pada 2011 apabila saya menegur sikap mereka yang saya rasakan tidak betul. Salahkan tindakan saya sebagai bapa menegur anak?

“Mereka kata kepada media, hubungan dengan saya keruh kerana masalah keluarga. Saya berani mengesahkan ianya bukan masalah keluarga tetapi berhubung masalah displin anak,” katanya.

Selain itu, Abdul Latif turut menyatakan rasa terkilan kerana anak-anak langsung tidak menziarahi dirinya sewaktu dia ingin berangkat menunaikan haji tahun lepas.

Malah, kepulangannya dari menunaikan ibadah di Tanah Suci Mekah juga tidak disambut.


Najwa Latif bersama kakanya Ika Latif.

Komen Najwa Latif melalui Twitter dan Facebook miliknya.

Susulan dari dakwaan yang dikeluarkan oleh ayahnya, Abdul Latif, kakak dan juga pengurus kepada Najwa Latif, Ika Latif menegaskan masalah keluarga yang timbul dalam kehidupan mereka lebih baik tidak diperbesarkan.

Ketika dihubungi Mynewshub.my, Ika memaklumkan mereka adik-beradik dan ibunya serta ayahnya sendiri mengetahui perkara sebenar yang terjadi.

Kata Ika Latif, cukup hanya mereka sahaja yang tahu dan tidak perlu dihebahkan kepada umum melalui media.

“Sebenarnya, ini hal keluarga. Hal keluarga, biarlah keluarga kami sahaja yang tahu, saya rasa tidak perlu dihebohkan ke dalam surat khabar atau apa cara pun,” kata Ika Latif.

Ketika ditanya mengenai dakwaan bapanya yang mengatakan mereka sudah menderhaka kepada dirinya, Ika juga enggan isu itu dibesarkan.

Ika memberitahu hak untuk bersuara adalah terbuka kepada semua orang termasuk ayahnya.

Namun, Ika enggan hak bersuara itu digunakan dalam menyelesaikan atau bercerita masalah peribadi dalam keluarganya kepada umum.

“Macam ni, ayah ada hak untuk bersuara. Najwa juga ada hak untuk bersuara, saya dan adik-adik yang lain juga ada hak untuk bersuara.

“Tapi, masalah keluarga kami tak rasa perlu digembar-gemburkan dan Najwa sendiri tak mahu hebohkan tentang hal ini. Jadi, jalan yang terbaik adalah kami berdiam diri,” katanya.

Ujar Ika Latif lagi, tindakan berdiam diri yang mereka ambil untuk menangani masalah dari kenyataan ayahnya sendiri bukanlah bermakna mereka tidak mahu mempertahankan diri sendiri.

Namun, berdiam diri bagi Ika Latif dilihat sebagai untuk menjaga hati dan perasaan ramai pihak termasuk ibu dan juga ayahnya.

“Apa yang boleh saya katakan, ayah tahu, mak saya tahu, Najwa tahu dan kami tahu apa yang berlaku. Itu sudah cukup. Hal keluarga, siapa yang suka diperbesarkan.

“Bukan berdiam diri itu maksudnya kami tak nak ‘defend’ diri kami, tapi, tindakan itu adalah untuk menjaga perasaan semua pihak termasuk mak saya, ayah saya dan ramai lagi,” terang Ika.

Kata Ika lagi, Najwa menceburi dalam industri seni hiburan bukanlah untuk menceritakan hal keluarga atau masalah yang timbul kepada umum.

Justeru, dia tidak mahu tujuan Najwa menjadi artis disalah ertikan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ayah mereka sendiri.

“Najwa masuk industri adalah untuk kembangkan bakat nyanyiannya, nak cipta lagu untuk orang ramai dengar dan bukanlah hebohkan hal keluarga. Jadi, saya harapkan orang ramai hormati keputusan kami untuk berdiam diri.

“Sekali lagi saya tegaskan, cukuplah mak saya tahu, ayah saya tahu, Najwa tahu dan kami tahu,” kata Ika memohon maaf tidak mahu isu itu dibesarkan lagi.

Hari ini, Abdul Latif mengeluarkan kenyataan mendakwa anak-anaknya, termasuk Najwa Latif sudah derhaka kepada dirinya.

Abdul Latif berkata, dirinya langsung tidak dihiraukan anak-anak sejak tahun 2011 selepas dia menegur kesilapan dan disiplin anak-anaknya.

Oleh: NAIMAH SHAARI