Tampilkan postingan dengan label gosip artis artis terkini. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gosip artis artis terkini. Tampilkan semua postingan

Kamis, 21 Februari 2013

Sinopsis disebalik kisah Fizz Fairuz - Oh Panas Lagi !

Salam semua pengunjung setia di Oh Gosip Artis. Dalam dunia gosip artis lepas satu babak ke satu babak.. Terkini Gosip yang paling HOT dan SENSASI adalah mengenai Fizz Fairuz-Almy Nadia-Tunangan Fizz (Azlyn Massiela) -Lelaki Misteri. Bermula kisah Almy sedih dan enggan mengulas dengan pihak media mengenai hubungannya dengan Fizz.. Fizz dikatakan bertunang secara KOBOI dan di tempias oleh Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, mengikut hukum Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bersentuhan selagi belum melaksanakan akad nikah walaupun sudah bertunang. Terkini OGA dan semua tahu Fizz dah putus tunang dikatakan dibomoh, pernah juga Fizz minta pandangan dari Zed Zaidi,  selepas itu suami bekas tunanganya membuat kenyataan yang isterinya itu hilang ingatan.. dalam diam-diam Fizz terkena tempias dengan Almy Nadia pula..Almy cakap tentang kena hargai orang yang kita sayang sebelum orang yang kita sayang melupakan kita.. Waduh SIH..!! terkena tu... DAN terbaru pula bekas tunangan FIZZ pula membuat kenyataan yang dia belum pernah berkahwin dengan sesiapa.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui sahaja tahu cerita dan kisah disebalik kisah mereka ini.. Semoga Fizz dan bekas Tunangannya mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan semua perkara ini.. Hurmm.. Oleh kerana menariknya cerita Artis Yang Paling HOT dan Sensasi ini, OGA tampilkan sedikit ulasan dan cerita bergambar dekat bawah.. hehehe.. jangan marah yer.. just sinopsis jalan cerita..




















Rabu, 20 Februari 2013

Julia Ziegler dan Sharifah Sakinah berperang dalam twitter? Gosip Panas Artis

Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang Sharifah Sakinah tidak kisah untuk bekerjasama dengan Julia Ziegler dalam drama atau pun filem jika di’tawarkan oleh mana mana pihak.

Ini lantaran hubungan mereka yang kini telah jernih selepas pasangan selebriti ini di’khabarkan berperang mulut sekitar dua tahun yang lalu.

“Saya pernah berjumpa dengannya sebelum ini dan kami bertegur sapa. Saya tiada masalah dengannya & tidak menyimpan apa apa dendam,” ujar Sharifah Sakinah baru baru ini.
Namun, lain pulan cerita dari sebelah pihak Julia Ziegler yang secara terang terangan menafikan hubungan beliau dan Sharifah Sakinah telah kembali jernih seperti yang di’dakwa.






Menerusi akaun Twitter beliau, Julia Ziegler menulis,”Sejak bila jernih? Kau buat dosa dgn aku, minta maaf dulu baru boleh jernih” & menujukan tulisan itu kepada Sharifah Sakinah.

Sharifah Sakinah tidak mengambil masa lama untuk menulis kenyataan balas dengan menyatakan yang beliau malas untuk terus bergaduh dan menyerahkan kepada umum untuk menilai. Apa cerita?

Selasa, 19 Februari 2013

Rogol Kekasih: Mohd (Mentor) Kesal Dianiaya Rakan Artis - Gosip Artis


Masihkah anda ingat tentang kes yang membabitkan Mohd  juara mentor musim keempat apabila dia ditangkap polis kerana disyaki merogol kekasihnya. Ekoran daripada kesnya itu,  Mohd terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran pertunjukan pentas selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan rogol. Adakah ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan karier Mohd? atau sememangnya Mohd ni bersalah? OGA  bukan nak tuduh tapi kita sama-sama tengok kesudahan kes Mohd ini. 
Salah seorang ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata, Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, yang merupakan protege kepada Ziana Zain dalam Mentor 4 itu berkata, kejadian tersebut merupakan satu peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi itu.
“Selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya dibatalkan.
“Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini malam Selasa.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah di reman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
mohd mentor 4
Mohd yang dituduh merogol kekasihnya yang
 juga seorang penyanyi
Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.
Ujar ahli keluarga itu, Mohd benar-benar tidak menyangka penyanyi wanita itu berbuat demikian terhadapnya.
Tambahnya, lebih menyedihkan apabila ada pihak yang memanggil Mohd perogol selepas berita mengenai kejadian itu disiarkan menerusi akhbar serta laman-laman portal Internet.
“Dia amat malu dengan kejadian ini dan saya percaya ada hikmah yang berlaku,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan Mohd yang dibebaskan oleh pihak polis beberapa hari selepas siasatan selesai berhasrat untuk mengambil tindakan lanjut bagi membersihkan namanya.
Dia dikatakan akan mengadakan satu sidang media khas bersama peguamnya selepas segala urusan polis dan pihak mahkamah selesai.
“Ini adalah kenyataan saya bagi pihak Mohd yang mahu menjelaskan agar semua pihak yang selama ini memandang serong kepadanya memahami masalah beliau.
“Beliau berjanji, satu sidang media akan dibuat tidak lama lagi selepas segala-galanya selesai,” jelasnya sambil memaklumkan tidak lagi berhasrat memberi mana-mana lagi kenyataan selepas artikel ini disiarkan.
Dalam pertandingan Mentor 4 terbitan TV3 pada tahun 2010, Mohd menerima wang tunai sebanyak RM100,000 selepas menjuarai pertandingan itu.

Gambar bercium Linda Rafar dan Syed Aiman - Gosip Panas Artis

Dah lama rasanya OGA tak dengar cerita tentang dua orang artis popular ni. Pasangan berumahtangga Linda Rafar dan Syed Aiman begitu bahagia sekali walaupun mereka dah lama kahwin. Nak-nak sekarang ni anak-anak mereka dah besar. Namun OGA tengok kedua-dua pasangan artis ni memang maintain awet muda. Jelez OGA tengok taw! hehehe

OGA teringin sangat nak tengok mereka berlakon semula. Dah lama rasanya tak tengok mereka keluar kat tv mahupun majalah. Mungkin mereka sibuk dengan kerja persendirian yang lain kot? Tu yang tak aktif sangat. Kat bawah ni, OGA ada masukkan gambar mesra mereka . Jom kita layan!

gambar cium linda dan syed aiman

syed aiman dan linda rafar
Linda  Rafar dan Syed Aiman

Senin, 18 Februari 2013

Kamal Adli Belum Layak Dipanggil Pelakon Komedi - Gosip Artis

Aktor Kamal Adli menganggap belum layak untuk dipanggil sebagai pelakon komedi walaupun sering menerima watak berkenaan menerusi drama mahupun filem sejak akhir-akhir ini.

Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 27, berkata, dia bukan malu jika di cop sedemikian sebaliknya merasakan sudah terlalu ramai pelawak yang lebih berkaliber berbanding dirinya untuk menggalas gelaran itu.

"Saya tidak mahu dikenali hanya kerana sesuatu watak sahaja sebaliknya sebagai pelakon saya mahu mencuba pelbagai korektor supaya lakonan itu dapat berkembang.
"Tambahan pula sudah terlalu banyak pelawak yang sememangnya benar-benar bagus dalam bidang mereka dan sejujurnya saya masih belum layak dilabel dengan gelaran tersebut," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Kamal berkata, dia tidak kisah dengan sesuatu watak diberikan sama ada ia dari genre komedi, drama atau aksi kerana baginya sebagai pelakon itu adalah tanggungjawabnya untuk melunaskan tugas yang diberikan.
Kamal Adli
Kamal Adli
Jelas Kamal, dia bersyukur kerana penerbit dan pengarah banyak memberikannya peluang untuk mencuba pelbagai watak dan tidak terhad kepada sesuatu peranan sahaja.

"Sebelum ini agak terhad peranan yang diberikan namun sekarang ia semakin terbuka dan sebagai pelakon ia dapat melatih saya dalam teknik lakonan," katanya.
Sementara itu, Kamal berkata, selepas bekerjasama dengan Syamsul Yusof menerusi filem Gangster Celop, dia berhasrat untuk berlakon di bawah arahan pengarah muda itu pada masa hadapan.

Menurut Kamal, dia sangat selesa dengan Syamsul dan kagum dengan cara kerja anak kepada Datuk Yusof Haslam itu ketika di set penggambaran.

"Walaupun ketika penggambaran filem itu dia hanya sebagai pelakon tetapi saya selesa bekerja dan teringin untuk bekerja di bawah arahannya pula," katanya.

Bapa Rihanna Beri Chris Brown Peluang Kedua


Bapa Rihanna iaitu Ronald Fenty menganggap kekasih anaknya, penyanyi rap Chris Brown sepatutnya menerima peluang kedua dalam hubungan percintaan pasangan itu.

"Chris telah melakukan kesalahan yang sangat teruk. Tetapi saya percaya bahawa setiap manusia diberi peluang kedua dalam membetulkan kesilapannya.

"Begitu juga dengan Chris, dia layak menerima peluang itu untuk menjadi orang yang lebih baik," katanya kepada portal Contactmusic.

Penyanyi lagu Diamond itu telah diserang oleh Chris pada tahun 2009 sehingga menyebabkan wajah wanita itu dipenuhi lebam.

Bagaimanapun, Fenty telah merestui perhubungan Chris dan Rihanna selepas mendapat tahu mereka kembali menjalinkan hubungan cinta.
rihanna dan chris brown
Rihanna dan Chris Brown kembali bersama

Izzue Islam Pernah Hidup Merempat Untuk Jadi Artis


Pelakon dan penyanyi Izzue Islam mendedahkan pernah hidup merempat semata-mata untuk mengejar impiannya bergelar seorang bintang.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, berkata, semasa berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2009, dia bersama rakan-rakannya sanggup tinggal di kedai 'bundle di Kelana Jaya, Selangor sebelum meneruskan hidup.

"Memang empat tahun lalu, kehidupan saya tak semudah sekarang. Dari kampung saya di Kelantan, saya berhijrah ke ibu kita dan pernah merasai hidup di jalanan bagi mengejar cita-cita untuk bergelar anak seni.
"Alhamdulillah, kesukaran itu telah memberi pengalaman buat saya untuk menjadi seorang insan yang lebih bagus dan tidak riak, Insya-Allah," katanya.
Izzue ditemui pada pelancaran drama Bunga Merah Punya, terbitan Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), dekat sini, Isnin.

Bercerita mengenai kehidupannya sekarang, Tambah Izzue, walaupun hidupnya semakin teratur bersama kumpulan, Forteen, dia masih lagi mengamalkan cara hidup yang diamalkan sebelum ini iaitu tidur tanpa alas tilam.
izzue islam
Izzue Islam
"Memang sampai sekarang saya tidur tanpa tilam dan hanya beralaskan kain biasa sahaja. Diharap, dengan kesusahan lalu dapat mengajar saya untuk terus berusaha menjadi anak seni yang berjaya Insya-Allah," ujarnya.
Dalam pada itu, pengalaman lampaunya itu turut dikongsi dalam lakonannya menerusi drama Bunga Merah Punya.



Najwa Latif Akui Hubungan Dengan Bapa Kini Lebih Baik - Gosip Artis


Selepas berakhirnya kontroversi melibatkan penyanyi, Najwa Latif yang didakwa derhaka oleh ayah kandungnya sendiri, Abdul Latif Ismail Cinta Muka mengakui bahawa hubungannya dengan bapanya kini semakin baik.

Pun begitu, Najwa Latif yang tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebaliknya menganggap kontroversi yang berlaku adalah sebahagian daripada dugaan hidup yang perlu diterimanya.
"Alhamdulilah, hubungan saya serta ahli keluarganya yang lain dengan bapa sudah pun baik dan mereka juga sangat supportive terhadap kerjaya nyanyian saya. Saya anggap apa yang berlaku adalah dugaan dalam hidup saya yang telah menerima nikmat hidup yang senang lebih awal berbanding orang atau rakan lain yang sebaya dengan saya," jawabnya ringkas kepada murai.com.my selepas pelancaran Karnival WOW! Putrajaya 2013 (KWP2013), di Taman Botani Putrajaya, baru-baru ini.
Bapa Najwa Latif iaitu Abdul Latif Ismail sebelum ini dalam laporan sebuah akhbar mendakwa anaknya itu anak derhaka dan meminta Najwa berjumpa dengannya untuk meminta maaf pada akhir tahun lalu.
najwa latif
Najwa Latif
Najwa Latif berkata dia bersyukur kerana peminat dan orang ramai kini sudah bijak berfikir untuk tidak mencampurkan soal peribadi dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan penggubah lagu.

"Kontroversi itu masalah peribadi saya, saya bersyukur kerana orang di luar sana memahami situasi saya dan ia sedikit pun tidak menjejaskan kerjaya saya. Malah, alhamdulilah saya semakin banyak menerima tawaran menyanyi, lebih-lebih lagi selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) akhir tahun lepas," luahnya pelantun Cinta Muka Buku ini lagi,.

Selain bakal beraksi di Konsert Wow! Putrajaya 2013 di Taman Botani pada 3 Mac ini, Najwa kini sedang dalam proses menyiapkan album keduanya yang dijangka bakal keluar pada penghujung akhir tahun ini.

Minggu, 17 Februari 2013

Yana akui rapat dengan adik Farid Kamil - Gosip Artis Terkini


Norliana Samsudin atau Yana semakin menyerlah di persada filem tempatan. Bermula sebagai pengarah yang turut sama membintangi filem Selamat Pagi Cinta (2008), hari ini nama Yana meniti di bibir penggemar filem dan drama.

Enam tahun terlibat dalam seni, Yana telah berlakon 15 buah filem, empat drama bersiri dan tiga buah telefilem. Terkini, filem lakonannya Wawa Semput dan drama Surat Dari Langit sedang ditayangkan.

Ternyata ketika menginjak usia 29 tahun, Yana laris dan sebaris dengan pelakon popular malah namanya semakin mekar sejak memenangi kategori Heroin Terhebat pada Anugerah Blockbuster tahun lalu.

Dalam tempoh dua minggu selepas menggondol anugerah tersebut, dia menerima 30,000 like di laman sosial facebook.

Namun dalam keghairahan meniti kejayaan, nama Yana juga tidak terlepas daripada cerita cinta. Bercinta dan putus cinta dengan pelakon dan pengarah, Piere Andre, Yana juga pernah dikaitkan dengan Shaheizy Sam. Biasalah artis kita.

Terbaru, Yana dikatakan bercinta dengan adik pelakon Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari yang juga seorang pelakon.

Dengarnya mereka berdua benar-benar serius dalam hubungan ini dan mahu mengikat percintaan itu dengan perkahwinan. Betulkah atau sebagai pelaris sahaja?

Betulkah Yana nak kahwin?

“Saya rasa nak tergelak, tak tahu dari mana datangnya gosip itu. Selepas ini tidak tahu dengan siapa pula akan dikaitkan sebagai kekasih saya.

“Sehingga kini, saya masih belum punya sesiapa. Saya masih solo. Dengan jadual penggambaran yang sangat padat saya rasa ketika ini memang saya tidak sempat untuk untuk merasakan ‘cinta’.

“Saya akui saya rapat dengan Fadzi seperti kawan-kawan lelaki saya yang lain. Cuma dia sahaja yang masih berada dalam industri seni ini.

“Kawan-kawan lelaki yang rapat dengan saya sebelum ini dah lari ke bidang lain, mereka semua kerja dalam bidang lain. Mungkin sebab itulah saya rapat dengan dia," jelas Yana yang menganggap cerita tentang dirinya dan Fadzil tidak masuk akal.

Jelasnya, bukan sahaja dia tiada masa untuk bercinta malah waktu terluang untuknya bersama keluarga juga agak kurang kebelakangan ini. Maknanya tawaran terlalu banyak walaupun kita mempunyai banyak pelakon.

“Masa untuk diri sendiri pun saya tak cukup, macam mana pula saya nak bercinta. Bayangkan nak jenguk keluarga pun susah.

“Jadi ada peluang misalnya cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini saya guna sebaik-baiknya untuk menjenguk orang tua saya di kampung. Kalau tidak memang saya tidak terdaya untuk jumpa keluarga," ujarnya.

Malah kata Yana, lantaran kesibukan kerjaya dalam seni menyebabkan dia terpaksa memikirkan semula soal cinta dan perkahwinan yang pernah disasarkannya menjelang usia 30 tahun.

“Kalau sebelum ini saya sasarkan untuk menamatkan zaman bujang pada usia 30 tahun namun jika dilihat dengan kesibukan kerja kebelakangan ini, saya rasa saya perlu tangguhkan dulu perancangan itu," katanya sambil ketawa.

Tidak tamak

Bergelar Heroin Terhebat, Yana mengakui perlu setanding dengan apa yang diperoleh dan diharapkan oleh peminatnya.

Tidak boleh berasa terlalu selesa dengan kedudukan tersebut Yana menegaskan, perlu meningkatkan usaha agar tidak menghampakan harapan mereka yang banyak menyokong kerjayanya selama ini.

“Tanpa sokongan dan harapan peminat saya tidak akan merasa berada di kedudukan sekarang. Jasa mereka cukup besar kepada saya dan saya tidak tahu bagaimana untuk membalasnya," katanya.

Ditanya adakah dia tidak risau penonton filem dan drama tempatan akan jemu melihat dia terlalu kerap seolah-olah tidak ada pelakon lain, Yana yakin perkara itu tidak akan berlaku.

“Saya berlakon dalam pelbagai watak dan bukan hanya menjurus pada satu watak sahaja. Saya rasa isu jemu tidak akan timbul tambahan ramai penonton memberi komen yang baik terhadap lakonan saya selama ini," katanya.
yana samsudin
Yana Samsudin
Malah graduan ijazah sarjana muda dalam bidang perfileman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor ini memberitahu, dia kini lebih senang memberi tumpuan dalam bidang lakonan daripada pengarah.

Yana juga menolak dakwaan bahawa dia merajuk untuk kembali ke kerusi pengarahan apabila filem sulungnya, Selamat Pagi Cinta kurang mendapat sambutan.

“Saya bukan takut untuk mengarahkan filem lagi namun kekangan masa serta jadual penggambaran yang amat padat ketika ini membantutkan saya untuk terus mengarahkan filem.

“Lagipun jika dibandingkan ketika ini, bidang lakonan lebih memberi saya rezeki. Biarlah saya fokus dalam bidang lakonan buat masa ini.

“Sejak tiga tahun bertungkus lumus dalam di depan tabir bukan tidak terdetik di hati saya untuk kembali mengarah.

“Sekiranya ada rezeki mungkin tahun ini saya akan mengarahkan filem kedua saya. Tawaran mengarah memang ada, tambah pula saya adalah salah seorang pengarah yang disenaraikan dalam skim pengarah muda bersama Farid Kamil.

“Tetapi saya mahu selesaikan satu persatu dahulu. Ketika ini saya mahu fokus pada kerjaya lakonan terlebih dahulu," kata anak jati Johor ini.

Tidak mahu menyanyi lagi

Sebelum ini Yana juga telah menghasilkan album solo berjudul Yana Ceria pada tahun 2004 namun jualan album tersebut juga tidak seperti yang diinginkan.

Ketika ini, Yana pernah menyanyi lagu duetnya bersama Shahizey Sam berjudul Begini Caranya yang juga merupakan lagu tema filem Aku Ada Kau Ada, lakonan mereka berdua.

“Saya tak sangka lagu tersebut meletup. Sekarang ini pun lagu Begini Caranya berada dalam kedudukan yang cukup selesa dalam carta lagu di radio.

“Memang saya akui ada permintaan supaya saya teruskan bidang nyanyian. Namun bagi saya semua itu biarlah masa yang menentukan, lagipun buat masa ini saya belum sedia," ujarnya.


Emma Maembong akui putus cinta - Gosip Terkini Artis


Sebenarnya, ramai juga yang tidak tahu bahawa sebelum ini Emma Ma’embong sudah pun mempunyai kekasih dan kisah percintaan mereka tidak mendapat perhatian daripada mana mana media.

Namun, dalam satu laporan Berita Harian hari ini, Emma Ma’embong berkata yang hubungan cinta beliau sudah pun berakhir sejak awal Februari 2013 lagi.

“Yang lepas itu biarlah berlalu. Ini ruang terbaik untuk saya terus fokus dalam kerjaya seni,” ujar Emma Ma’embong yang di’gandingkan dengan Adi Putra untuk sesi fotografi baru baru ini.
Emma Ma’embong juga seboleh bolehnya tidak mahu memanjangkan cerita tentang kisah putus cinta dengan jejaka bernama Adli ini kerana menganggap mereka berdua sudah tidak ada jodoh.
emma maembong
Emma Maembong

Siti Saleha tak lupa diri - Gosip Artis Terkini


Siti Saleha bukan sahaja cantik, namun dia mempunyai pakej yang sangat lengkap sehingga seringkali menjadi pilihan utama pengarah dan penerbit filem, Siti Saleha memberitahu dia tidak akan lupa untuk beraksi di kaca televisyen.

Menurutnya, sebagai seorang pelakon yang sedang meningkat naik, dia tidak mahu membataskan karier lakonannya dengan hanya terlibat di layar perak sahaja.
"Memang ada sesetengah pelakon memilih untuk beri tumpuan sepenuhnya terhadap lakonan filem supaya menjadi lebih eksklusif dan itu hak masing-masing.
"Tapi saya lebih selesa untuk berlakon tidak kiralah dalam filem mahupun drama kerana itulah rezeki saya. Kalau boleh saya juga mahu seimbangkan keduaduanya," ujarnya.
Selain filem Kerat 14, Saleha bakal muncul dalam lima lagi filem pada tahun ini iaitu Mamak Cupcakes, KL Zombie, Pencinta, Bravo 5 dan Pak Pong.
siti saleha
Siti Saleha