Tampilkan postingan dengan label artis malaysia popular. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label artis malaysia popular. Tampilkan semua postingan

Senin, 18 Maret 2013

Norman Cemburu Panggilan Sayang Memey Bukan Untuknya

Sejak menimang cahaya mata pertama bersama pelakon, Memey Suhaiza, aktor berbadan sasa, Norman Hakim akui kasih saying isterinya itu lebih kepada puteranya, Mohamed Darwisz Hakim.

Malah, Norman Hakim berkata panggilan "Sayang" Memey kini bukan untuknya lagi tetapi sudah beralih kepada anak lelakinya yang dilahirkan pada 1 Februari lalu.

"Alhamdulilah, Memey sangat seronok menguruskan anak pertama kami. Memey nampak sangat cepat belajar dalam menguruskan bayi walaupun baru pertama kali.
"Malah, dia seperti tidak boleh berenggang dengan bayinya. Nampak sangat dia sayangkan anaknya lebih daripada saya.
"Yang lucunya, bila dia panggil 'sayang', saya ingat panggilan itu untuk saya. Bila saya menyahut dia kata dia sedang bermain dengan Darwisz. Terasa dan cemburu juga ketika itu, tetapi saya faham", katanya kepada murai.com.my yang seronok melihat keterujaan Memey bersama anak hasil perkahwinan mereka.

Memey dan Norman
Memey dan Norman
 Memey yang melahirkan Darwisz di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak pada 1 Ferburari lalu, kini sudah pun selesai berpantang.

Mengulas mengenai komitmen Memey selepas ini dalam bidang lakonan, Norman Hakim memberitahu dia tidak akan menghalang isterinya untuk terus berlakon. Tetapi dia lebih gembira jika isterinya dapat menguruskan hal-hal di rumah sementara dia bekerja di luar.

Rabu, 13 Maret 2013

Gosip Artis Terkini - Zizan Razak Sedia Kahwin Tahun Depan

Pelawak, Zizan Razak, 29, akui sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan ketika usianya mencecah 30 tahun.

Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak berkata, sudah tiba masanya dia memikirkan soal untuk berkahwin dan berkeluarga selepas melihat ramai rakan-rakannya yang telah mendirikan rumah tangga.

"Saya tahu diusia sekarang, sudah ramai rakan-rakan saya yang berkahwin dan mempunyai anak termasuk Nabil Raja Lawak yang baru menimang cahaya mata.
"Apabila melihat mereka dengan keluarga, rasa seronok dan teringin pula nak ada keluarga sendiri.
"Nabil pun saya lihat bahagia dah sekarang dengan cahaya pertamanya.
"Jadi rasanya, bila usia saya sudah mencecah 30 tahun nanti saya sudah bersedia untuk berkahwin dan berkeluarga," katanya kepada murai.com.my di majlis meraikan peminat Fasha Sandha, Zizan Razak dan Didie Alias di Medan Ikan Bakar Indah, Shah Alam, petang semalam.

zizan razak
Zizan Razak sudah bersedia untuk berkahwin
 Pun begitu, Zizan Razak memberitahu dia masih belum mempunyai kekasih serta calon isteri untuk dikahwininya, sebaliknya berserah segala-galanya kepada jodoh.

"Terus-terang sekarang ini, saya masih lagi 'single' dan tidak mempunyai kekasih.
"Malah saya sedang mencari dan mengambil peluang untuk mengenali mana-mana wanita," jelasnya lagi.
Apabila ditanya, adakah dia masih mengharapkan cinta daripada Juliana Evans, Zizan menjawab dia hanya berserah kepada ketentuan yang maha Esa dan bukan hanya membuka hatinya pada wanita dikalangan artis.

"Saya dan Ju (Juliana Evans) masih lagi berkawan dan bertanya khabar. Cuma kami tidak serapat dulu. Saya hanya doakan dia semoga maju jaya.
"Saya bukan hendak mengejar kekasih dalam golongan artis kerana bagi saya artis itu adalah pekerjaan sahaja," luahnya lagi.

Kamis, 28 Februari 2013

Shah Iskandar terkejut dengan perkahwinan Rozita dan Zain

Macam kita tahu, pelakon Shah Iskandar tidak terlepas dari digosipkan bersama Rozita Che Wan sebelum ini, Shah Iskandar dikhabarkan bergaduh dengan Zain Saidin kerana berebutkan aktress itu. Kecoh juga dunia hiburan.

Semasa pengikut industri seni sedang sibuk dengan cerita perkahwinan Zain dan Che Ta Julai ini, Shah Iskandar pada waktu itu sedang berada di Singapura. Sekembalinya Shah dari Singapura, dia akui terkejut dengan berita yang sampai ke telinganya.

shah iskandar
Shah Iskandar
“Sebenarnya saya baru tahu cerita hari ini (Rabu), baliknya saya dari Singapura dan saya terperanjat bila dapat tahu”
Walaupun sedikit terperanjat, Shah akui gembira dengan berita yang didengarnya. Mengakui Zain dan Che Ta telah saling lama mengenali.

Tidak ada perasaan yang kurang enak terbit darinya kerana dia dan Che Ta sememangnya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Ditanya juga tentang hubungannya bersama dengan pasangan itu, Shah akui hubungan mereka baik seperti biasa. Tiada sebarang perselisihan faham terjadi sepertimana yang digembar gemburkan sebelum ini.

Sebelum ini mereka bertiga pernah digandingkan bersama dalam telemovie Anak Ikan terbitan Astro Ria. Seterusnya Shah Iskandar digandingkan bersama Che Ta dalam drama siri Kiah Spy di Astro Prima.

Shah menambah sebelum mengakhiri perbualan, dia akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan andainya mendapat jemputan.

Selasa, 19 Februari 2013

Gambar bercium Linda Rafar dan Syed Aiman - Gosip Panas Artis

Dah lama rasanya OGA tak dengar cerita tentang dua orang artis popular ni. Pasangan berumahtangga Linda Rafar dan Syed Aiman begitu bahagia sekali walaupun mereka dah lama kahwin. Nak-nak sekarang ni anak-anak mereka dah besar. Namun OGA tengok kedua-dua pasangan artis ni memang maintain awet muda. Jelez OGA tengok taw! hehehe

OGA teringin sangat nak tengok mereka berlakon semula. Dah lama rasanya tak tengok mereka keluar kat tv mahupun majalah. Mungkin mereka sibuk dengan kerja persendirian yang lain kot? Tu yang tak aktif sangat. Kat bawah ni, OGA ada masukkan gambar mesra mereka . Jom kita layan!

gambar cium linda dan syed aiman

syed aiman dan linda rafar
Linda  Rafar dan Syed Aiman

Kamis, 07 Februari 2013

Nasihat Catriona Ross kepada artis yang bertudung - Gosip Artis Terkini


 Pelakon Catriona Ross menasihati sesiapa sahaja termasuk artis yang bertudung agar tidak menghina individu lain kerana Allah boleh menarik semula hidayah itu sekelip mata.

Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, agak sedih kerana terdapat individu yang mendakwa sudah memperoleh hidayah tetapi masih merendah-rendahkan orang lain dengan kata-kata yang kurang manis.
“Saya sedih dengan sesetengah pihak yang sudah berubah tetapi cuba memperlekehkan orang lain yang tidak bertudung. Jangan buat macam itu! Setiap manusia ada fasanya dan Allah itu boleh tarik bila-bila masa sahaja hidayah yang diberi,” katanya kepada mStar Online.
Pelakon ini diminta memberi pandangan mengenai artis-artis wanita sejak kebelakangan ini mengambil pendekatan menutup aurat.
gambar catriona ross
Manis Catriona Ross bertudung
Catt yang sudah bertudung sejak tiga tahun lalu berkata, setiap individu yang telah diberi petunjuk haruslah tidak berusaha untuk merenggangkan diri dengan rakan-rakan yang masih lagi belum berubah sebaliknya terus berkawan dengan mereka sebagai sahabat baik.

Malah orang atau artis yang bertudung seharusnya menjadi contoh kepada individu lain agar perubahan itu dapat diikuti oleh teman-teman mereka.
“Saya mengambil sikap berkawan dengan semua orang tidak kiralah mereka pakai tudung ataupun tidak. Saya percaya apabila Allah mengetuk pintu hati seseorang untuk berubah, dia akan berubah.
 “Begitulah apabila orang yang sudah menutup aurat, tidak mustahil dia akan pakai skirt pendek semula jika tewas dengan ujian Allah,” tambahnya lagi.
Sementara itu ketika ditanya ke mana dia menghilang selepas berumah tangga Catt berkata, selepas melahirkan anak pertama iaitu Sephia Rani Ross’iddin yang kini berusia tiga tahun, Catt mengambil pendekatan berehat sebentar daripada dunia lakonan untuk membesarkan anaknya itu.

Malah dia juga bimbang anaknya dijaga pembantu rumah kerana ketika dilahirkan, kes-kes bayi dilarikan orang gaji agak berleluasa.
“Dulu saya memang takut nak ambil pembantu rumah. Takut anak dibawa lari. Lebih baik saya senyap sekejap dan beri tumpuan pada anak sehinggalah dia dah besar, barulah saya nak aktif berlakon semula,” katanya.
Jelas Catt selain Sephia Rani, dia juga mempunyai seorang lagi anak iaitu Jammal Raess Ross’iddin yang baru berusia enam bulan, hasil perkahwinannya dengan Shaharuddin Mokhtaruddin, 34.

Bagaimanapun kali ini Catt telah mendapat seorang pembantu rumah yang benar-benar boleh dipercayai untuk menjaga anak-anaknya agar membolehkan dia berlakon.

Kata Catt, pada ketika ini dia sedang aktif berlakon drama Bila Mak Mengandung Lagi untuk siaran Astro.

Malah dia tidak menganggap perubahan imejnya sebagai wanita bertudung telah mengehadkan kerjaya seninya sebagai seorang pelakon.
“Saya mahukan pelbagai jenis watak dan saya tidak kisah kalau diberikan watak wanita jahat yang bertudung. Tidak semestinya kalau kita bertudung, kita harus berimej baik.
“Cuma, jika watak berpegangan tangan atau berpelukan dengan lelaki itu sahajalah yang perlu saya tolak,” katanya.
OGA(Oh Gosip Artis): Betul tu Catt, OGA sokong sangat-sangat. Kita tak boleh nak merendah-rendahkan orang yang tak bertudung ni sebaliknya kita kena la tunjukkan teladan yang baik untuk mereka. 

Selasa, 05 Februari 2013

Siti Saleha putus cinta - Gosip Artis Terkini

OGA ( Oh Gosip Artis) mendapat tahu bahawa Siti Saleha telah pun putus cinta. Betul ke? atau sekadar gosip semata-mata. Sebelum ini peminat dunia hiburan hanya mengetahui Siti Saleha pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penjaga gol Sabah yang juga adik pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein. Walaupun tidak terlalu digembar-gemburkan, pelakon yang meledak menerusi drama rantaian Nora Elena ini bersikap sporting kerana tidak menyorokkan perkara itu. 
Siti Saleha
Selepas pengakuan terbabit, kisah cinta Saleha senyap begitu saja. Bagaimanapun, pengakuan eksklusifnya kepada HIP baru-baru ini cukup mengejutkan. Kata pelakon ini, dia baru saja dua bulan putus cinta. Lebih mengejutkan apabila si kekasih bukanlah lelaki yang pernah diuar-uarkan sebelum ini. Ini pengakuan Siti Saleha: 


“Saya baru saja putus cinta dua bulan lalu. Dia seorang lelaki Inggeris. Hubungan kami terlerai kerana tiada persefahaman. Saya jenis yang tak suka ada masalah. Kalau saya lihat perhubungan itu tak akan ke mana dan lelaki itu seperti tidak serius, lebih baik berpisah,” katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Kerat 14 di Damansara. 

Menurut Saleha, walaupun cintanya tidak kesampaian, ia bukan alasan untuknya meratap dan menangisi perpisahan yang berlaku. 


“Kami berkenalan pun tak lama, iaitu lebih kurang dalam tempoh sebulan. Jadi, bila terpaksa berpisah, ia taklah terasa sangat,” katanya. 

Seakan mengerti apa yang bermain dalam fikiran, pantas gadis berusia 22 tahun ini memberitahu, cita rasanya bukanlah tertumpu kepada lelaki kulit putih ataupun berdarah kacukan semata-mata. Ini jawapan Siti Saleha:


“Saya tahu, mesti ramai yang menganggap saya hanya inginkan jejaka mat salih sebagai teman lelaki. Saya tidak pernah meletakkan syarat sebegitu. Sebelum ini pun saya pernah berkawan dengan jejaka Melayu. 
“Dalam mencari teman lelaki, saya tidak melihat fizikal atau material. Apa yang penting, dia dapat memberikan saya cinta dan kasih sayang,” kata Saleha. 

Seperkara yang mengagumkan adik kepada vokalis kumpulan Bunkface ini, dia boleh dianggap artis sifar kontroversi. Sehingga kini, belum terdengar cerita memualkan mengenainya. 

“Saya akui saya tiada cerita panas yang boleh diceritakan, sebab itulah saya tidak popular

Terus terang saya memang senang begini. Saya masuk bidang seni pun kerana minat. 

Saya mahu peminat mengenal saya menerusi bakat, bukannya kontroversi,” kata finalis kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 ini. 

Malu tonton babak sendiri Julung kali diberikan peluang beraksi di layar lebar, ia sudah cukup membuatkan gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini gembira. 

Mana tidaknya, selepas beberapa tahun beraksi di layar kaca, baru kini peluang untuknya melangkah ke filem menjelma. 

Barangkali tuah lakonannya dalam Nora Elena membuatkan produksi White Merpati Entertainment berminat menawarkan watak Nurzara kepadanya. Seperti dalam drama bersiri itu, filem arahan Arjin Uppal ini sekali lagi menggandingkan Saleha dengan Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz. 

Bercerita mengenai pengalaman barunya, Saleha berkata, dia agak malu melihat lakonannya dalam Kerat 14. 

“Dalam filem ini, saya perlu melakonkan babak intim. Memang segan dan rasa tak selesa untuk melakonkan babak itu. Tapi sudah namanya kerja, saya lakukan juga. Bila tengok balik, memang saya segan sampai pengurus pun asyik usik saya kerana babak itu,” cerita Saleha yang berjaya menghidupkan watak gadis trauma dengan baik.

OGA (Oh Gosip Artis) : Bolehla kepada lelaki diluar sana tu nak masuk line.Sekarang Siti Saleha dah sah single sekarang ni.