Tampilkan postingan dengan label Catriona Ross. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Catriona Ross. Tampilkan semua postingan

Rabu, 13 Februari 2013

Ibu pelakon Catriona Ross maut dalam kemalangan - Gosip Artis Terkini


Terlebih dahulu OGA ingin ucapkan takziah buat seluruh keluarga pelakon Catriona Ross atas kehilangan ibu tercinta. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin. Seperti yang diketahui, pada jam 1 pagi tadi, ibu kepada pelakon Catriona Ross bernama Siti Zawiah Abd Rahman, 63, telah disahkan telah meninggal dunia selepas mengalami kemalangan jalan raya.

Berita ini disahkan Catriona yang baru saja tiba di kampung halamannya,Kota Bharu,Kelantan, petang tadi untuk menguruskan pengebumian jenazah.

Catriona berkata, ibunya mengalami kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Grik sewaktu dalam perjalan menuju ke Kedah dari Kota Bharu, Kelantan.

catriona  ross
Catriona Ross
"Ibu saya hanya penumpang saja. Dia bersama rakan-rakannya menuju ke Kedah atas urusan perniagaan. 3 penumpang kereta itu meninggal dunia termasuk ibu dan pemandunya cedera parah.
"Ibu saya seorang yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit. Sewaktu menerima berita ini, saya berada di Kuala Lumpur. Insya-Allah, petang ini jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan, " katanya kepada wartawan sebuah akhbar dalam nada sedih.
Meneruskan penjelasan, anak sulung daripada tiga orang adik- beradik ini memberitahu ayahnya sekarang tidak berada di kampung sebaliknya dalam perjalanan pulang dari Rusia atas urusan kerja.
"Ayah saya iaitu Baharin Ross Abdullah, 61, dalam perjalanan pulang dari Rusia. Saya sudah dapat menghubunginya. Ayah pun selalu hubungi saya untuk mengetahui perkembangan lanjut.
"Ayah memang tidak sempat untuk kebumikan jenazah tapi kami sekeluarga selalu beritahu apa yang berlaku. Arwah ibu memang seorang yang sihat tapi mungkin dah tiba masa untuk Allah mengambilnya. Kami redha dan doakan agar rohnya berada di kalangan orang beriman," katanya.
Dalam pada itu, Catriona memberitahu kali terakhir dia berjumpa arwah ibunya semasa ibunya itu hadir ke Kuala Lumpur melawat dia sekeluarga.
"Ibu tidak ada meninggalkan sebarang tanda dia mahu pergi buat selamanya. Namun, sebelum ini dia pernah berpesan kepada saya agar menghantar anak sulung saya ke kelas agama.
"Ibu mahu anak-anak saya pandai baca Quran supaya apabila saya dan suami meninggal kelak, anak boleh membacakan talkin. Walaupun pada mulanya saya menganggap ia sebagai pesanan biasa, tapi kini saya ambilnya sebagai amanah dari ibu untuk saya cepat-cepat jalankan sungguhpun anak saya belum berusia tiga tahun," jelasnya.

Kamis, 07 Februari 2013

Nasihat Catriona Ross kepada artis yang bertudung - Gosip Artis Terkini


 Pelakon Catriona Ross menasihati sesiapa sahaja termasuk artis yang bertudung agar tidak menghina individu lain kerana Allah boleh menarik semula hidayah itu sekelip mata.

Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, agak sedih kerana terdapat individu yang mendakwa sudah memperoleh hidayah tetapi masih merendah-rendahkan orang lain dengan kata-kata yang kurang manis.
“Saya sedih dengan sesetengah pihak yang sudah berubah tetapi cuba memperlekehkan orang lain yang tidak bertudung. Jangan buat macam itu! Setiap manusia ada fasanya dan Allah itu boleh tarik bila-bila masa sahaja hidayah yang diberi,” katanya kepada mStar Online.
Pelakon ini diminta memberi pandangan mengenai artis-artis wanita sejak kebelakangan ini mengambil pendekatan menutup aurat.
gambar catriona ross
Manis Catriona Ross bertudung
Catt yang sudah bertudung sejak tiga tahun lalu berkata, setiap individu yang telah diberi petunjuk haruslah tidak berusaha untuk merenggangkan diri dengan rakan-rakan yang masih lagi belum berubah sebaliknya terus berkawan dengan mereka sebagai sahabat baik.

Malah orang atau artis yang bertudung seharusnya menjadi contoh kepada individu lain agar perubahan itu dapat diikuti oleh teman-teman mereka.
“Saya mengambil sikap berkawan dengan semua orang tidak kiralah mereka pakai tudung ataupun tidak. Saya percaya apabila Allah mengetuk pintu hati seseorang untuk berubah, dia akan berubah.
 “Begitulah apabila orang yang sudah menutup aurat, tidak mustahil dia akan pakai skirt pendek semula jika tewas dengan ujian Allah,” tambahnya lagi.
Sementara itu ketika ditanya ke mana dia menghilang selepas berumah tangga Catt berkata, selepas melahirkan anak pertama iaitu Sephia Rani Ross’iddin yang kini berusia tiga tahun, Catt mengambil pendekatan berehat sebentar daripada dunia lakonan untuk membesarkan anaknya itu.

Malah dia juga bimbang anaknya dijaga pembantu rumah kerana ketika dilahirkan, kes-kes bayi dilarikan orang gaji agak berleluasa.
“Dulu saya memang takut nak ambil pembantu rumah. Takut anak dibawa lari. Lebih baik saya senyap sekejap dan beri tumpuan pada anak sehinggalah dia dah besar, barulah saya nak aktif berlakon semula,” katanya.
Jelas Catt selain Sephia Rani, dia juga mempunyai seorang lagi anak iaitu Jammal Raess Ross’iddin yang baru berusia enam bulan, hasil perkahwinannya dengan Shaharuddin Mokhtaruddin, 34.

Bagaimanapun kali ini Catt telah mendapat seorang pembantu rumah yang benar-benar boleh dipercayai untuk menjaga anak-anaknya agar membolehkan dia berlakon.

Kata Catt, pada ketika ini dia sedang aktif berlakon drama Bila Mak Mengandung Lagi untuk siaran Astro.

Malah dia tidak menganggap perubahan imejnya sebagai wanita bertudung telah mengehadkan kerjaya seninya sebagai seorang pelakon.
“Saya mahukan pelbagai jenis watak dan saya tidak kisah kalau diberikan watak wanita jahat yang bertudung. Tidak semestinya kalau kita bertudung, kita harus berimej baik.
“Cuma, jika watak berpegangan tangan atau berpelukan dengan lelaki itu sahajalah yang perlu saya tolak,” katanya.
OGA(Oh Gosip Artis): Betul tu Catt, OGA sokong sangat-sangat. Kita tak boleh nak merendah-rendahkan orang yang tak bertudung ni sebaliknya kita kena la tunjukkan teladan yang baik untuk mereka.