Tampilkan postingan dengan label Zizan Razak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Zizan Razak. Tampilkan semua postingan

Rabu, 13 Maret 2013

Gosip Artis Terkini - Zizan Razak Sedia Kahwin Tahun Depan

Pelawak, Zizan Razak, 29, akui sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan ketika usianya mencecah 30 tahun.

Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak berkata, sudah tiba masanya dia memikirkan soal untuk berkahwin dan berkeluarga selepas melihat ramai rakan-rakannya yang telah mendirikan rumah tangga.

"Saya tahu diusia sekarang, sudah ramai rakan-rakan saya yang berkahwin dan mempunyai anak termasuk Nabil Raja Lawak yang baru menimang cahaya mata.
"Apabila melihat mereka dengan keluarga, rasa seronok dan teringin pula nak ada keluarga sendiri.
"Nabil pun saya lihat bahagia dah sekarang dengan cahaya pertamanya.
"Jadi rasanya, bila usia saya sudah mencecah 30 tahun nanti saya sudah bersedia untuk berkahwin dan berkeluarga," katanya kepada murai.com.my di majlis meraikan peminat Fasha Sandha, Zizan Razak dan Didie Alias di Medan Ikan Bakar Indah, Shah Alam, petang semalam.

zizan razak
Zizan Razak sudah bersedia untuk berkahwin
 Pun begitu, Zizan Razak memberitahu dia masih belum mempunyai kekasih serta calon isteri untuk dikahwininya, sebaliknya berserah segala-galanya kepada jodoh.

"Terus-terang sekarang ini, saya masih lagi 'single' dan tidak mempunyai kekasih.
"Malah saya sedang mencari dan mengambil peluang untuk mengenali mana-mana wanita," jelasnya lagi.
Apabila ditanya, adakah dia masih mengharapkan cinta daripada Juliana Evans, Zizan menjawab dia hanya berserah kepada ketentuan yang maha Esa dan bukan hanya membuka hatinya pada wanita dikalangan artis.

"Saya dan Ju (Juliana Evans) masih lagi berkawan dan bertanya khabar. Cuma kami tidak serapat dulu. Saya hanya doakan dia semoga maju jaya.
"Saya bukan hendak mengejar kekasih dalam golongan artis kerana bagi saya artis itu adalah pekerjaan sahaja," luahnya lagi.

Senin, 21 Mei 2012

Awal Ashaari Dengan Rasminya Menggantikan Dira Abu Zahar Dalam Melodi


**Sumber dari mStar**



Dah agak dah...kompom Dira di keluarkan dari melodi. Cam kesian ler plak tgk Dira. Takpe, anggap je la rezeki Dira bukan di Melodi. Namo sedih² n be strong ek Dira :)

"Dira membuat keputusan mengundur diri kerana ingin lebih menumpukan masa dan tanggungjawab kepada pelajaran dan juga perniagaannya...Pihak produksi dan TV3 akan terus menyokong Dira yang sememangnya berbakat" - Penerbit Melodi, Azman Abd Gafar

Ooo...Dira sendiri yg mengundur diri ea. Elok lah gitu if Dira sendiri yg buat keputusan gitu :) Awal Ashaari telah di lantik secara rasminya utk menggantikan tempat Dira spt yg uols sedia maklum.

...wahh, rezeki pengantin derr..hehe. TAHNIAH AWAL!


"Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan tersendiri..." Penerbit Melodi, Azman Abd Gafar

Yup...setuju! Dorg nampak serasi bersama dlm mengacarakan Melodi :) Papa pun...all the best Awal. Jgn ada kontroversi yg buruk ea ^_- winkss...










Gosip Panas Mak Kepochi™

Kamis, 19 April 2012

Zizan Enggan Masuk Campur Dalam Masalah Dira Abu Zahar


**Sumber dari mStar**



Merujuk kepada isu Dira Abu Zahar yg dikatakan Pengacara yg memijak muka a birthday girl (click to view) di salah sebuah pusat hiburan sempena sambutan hari jadi wanita tersebut...Zizan selaku partner pengacara dira dlm rancang Melodi enggan masuk campur.

"Sejujurnya satu-satunya individu yang berhak bercakap mengenai perkara ini adalah Dira sendiri kerana dia lebih mengetahui. Tambahan pula isu ini sangat sensitif dan kesahihan cerita tersebut belum tentu benar.

"Jadi adalah lebih baik saya tidak mencampuri urusan orang lain kerana takut ia akan menimbulkan masalah," ujar Zizan

Tu la kan...better dorg bertanya direct je dgn dira. Dah 2 minggu berturut² dah Awal Ashari menggantikan tempat Dira dlm mengacara rangcang tersebut. For sure akan membuatkan penonton rangcang Melodi tertanya² dan berspekulasi kan kan??? Hehe..


"Baik pihak produksi mahupun Dira saya memang tidak pernah bertanya mengenai kehilangannya daripada program itu kerana tidak mahu masuk campur.

"Apabila penerbit memberitahu saya akan digandingkan dengan orang berbeza, saya anggap Dira mempunyai komitmen lain," ujar Zizan

Sama² lah kita wait and see apa kesudahan ttg gosip ini ek uols. Jgn berspekulasi dulu ek.












Gosip Panas Mak Kepochi™