Tampilkan postingan dengan label GOSIP PANAS. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label GOSIP PANAS. Tampilkan semua postingan

Minggu, 10 Februari 2013

Shila Amzah sah nyanyi di Pulau Pinang esok - Gosip Artis Sensasi


Di sebalik kontroversi yang melanda penyanyi popular, Shila Amzah, anak penyanyi ND Lala itu sah akan mengadakan persembahan pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di sini, esok.

Shila akan berkongsi pentas bersama penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy pada majlis yang akan berlangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.

Pengesahan itu dibuat pengurusnya kepada pengerusi penganjur, Oh Tong Keong.

psy
Shilla Amzah berkongsi  pentas dengan PSY

psy
PSY akan menghiburkan rakyat Pulau Pinang esok
Tong Keong yang juga Ketua Pemuda BN berkata, Shila akan mempersembahkan lima hingga enam lagu pada majlis berkenaan.
“Apabila membaca laporan akhbar berkenaan kontroversi yang melanda penyanyi itu sehingga membuatkan dia (Shila) menghilangkan diri selama enam hari, pihak kami menerima banyak panggilan yang bertanya tentang kehadirannya pada majlis rumah terbuka esok.
 “Bagaimanapun, apabila saya menghubungi pengurusnya tadi, beliau memaklumkan Shila akan hadir dan membuat persembahan khas untuk pengunjung khasnya rakyat negeri Pulau Pinang,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Majlis berkenaan akan turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan hadir.

Menurutnya, beliau akan memaklumkan sendiri status kehadirannya ke program itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, lebih awal.

ND Lala Minta Sharnaaz Hentikan Beri Kenyataan - Gosip Artis Terkini

Penyanyi ND Lala meminta pelakon Sharnaaz Ahmad tidak lagi memberi kenyataan berhubung hubungan dia dengan anaknya iaitu Shila Amzah untuk mengelakkan prasangka dan juga fitnah.

ND Lala berkata, kenyataan Sharnaaz, 27, selama ini bukan sahaja mencemarkan namanya tetapi turut memalukan keluarga.

"Saya harap tak ada lagi kenyataan kerana ia boleh mengundang prasangka dan fitnah. Kenyataan yang diberikan boleh memalukan keluarga," katanya ketika memberi kenyataan dalam rancangan Melodi siaran TV3 pada Ahad.
shilla dan ND lala
Shila mencium bapanya ketika mereka pulang ke tanah air dari China selepas
memenangi pertandingan Asian Wave 2012 pada September tahun lalu.
ND Lala memberi respons itu bagi menjelaskan kemelut hubungan tiga pihak iaitu dirinya, Shila dan juga Sharnaaz.

Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.

Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya itu kerana masalah tersebut.

hubungan sharnaaz dan shilla
Shilla dan Sharnaaz
Shila pada Jumaat lalu pula turut memuatkan rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu dalam YouTube selain mengharapkan kejernihan terhadap kemelut yang melanda.

Dalam pada itu menerusi Melodi itu juga ND Lala turut menjelaskan tiada sebarang perbincangan yang dibuat Sharnaaz ataupun melalui wakil keluarga masing-masing mengenai perancangan perkahwinan ataupun merisik sebagaimana didakwa.

Katanya negara ini mempunyai undang-undang manakala orang Melayu pula berpegang teguh kepada adat serta budaya dan seseorang itu tidak wajar berpelakuan biadab.

"Urusan jodoh adalah ketentuan Allah dan terletak kepada qada dan qadarNya. Bukan mudah untuk kahwin dan belajarlah untuk jadi pemimpin dan memimpin diri sendiri," ulasnya yang disimpul berdasarkan kepada rakaman siaran itu.

ND Lala turut menambah, nasihat yang diberi itu ditujukan juga kepada anaknya manakala setiap tindakan seseorang itu adalah mencerminkan keperibadian masing-masing.

Saya memang budak jahat - Gosip Artis Terkini


Pasti Sharnaaz sudah sedia maklum mengenai surat terbuka yang dikemukakan oleh Shila. Boleh komen sikit?

Ya saya tahu dan dah baca. Saya tahu orang ramai akan datang bertanya pada saya terutama dalam kalangan media. Kalau boleh saya dah tak mahu jawab isu ini sebab memang dah malas dah nak cakap.

Berdasarkan surat terbuka itu, Sharnaaz menganggap Shila seperti budak-budak kerana tak berani nak berdepan hadapi kemelut. Apa cerita ni?

Tak tahulah nak cakap macam mana lagi, terpulanglah kepada dia. Saya tahu, banyak hati yang dia mahu jaga dan nak fikir tentang sensitiviti orang sekeliling dia. Tapi kan senang kalau dia bersikap jujur. Cakap jujur tentang apa yang dia nak dan mahukan.

Tapi dari satu sudut, Sharnaaz tak rasa yang Shila sebenarnya tersepit antara sayangkan Sharnaaz sebagai kekasih dan sayangkan ND Lala sebagai bapa?

Tolonglah, masing-masing dah besar. Buat apa nak jadi hipokrit. Dia bukan budak kecil lagi yang tak tahu nak buat keputusan sendiri. Selama ini pun dia tak berani nak buat keputusan sendiri. Kenapa? Sebab yang buat keputusan untuk dia adalah ibu bapa dia. Jadi bila dia nak belajar buat keputusan sendiri?

Difahamkan Sharnaaz dah cuba buat pelbagai usaha untuk menjernihkan hubungan dengan bapa Shila, ND Lala. Dah putus asa atau bagaimana?

Tak payahlah nak cakap pasal usaha, dah lama dah saya berusaha selama ni. Tengoklah apa balasannya sekarang?

Ada yang berpendapat, apa yang Sharnaaz buat sekarang ini tak ubah bagai cubaan untuk jadi hero. Macam cerita Hindustan, lelaki nak jadi hero pertahankan hubungan cinta yang dihalang keluarga. Komen?

Tak adanya nak jadi hero. Dah tak ada makna dah sebab akhirnya romeo must die! Sudahlah, saya dah malas nak panjangkan cerita ini dan saya tahu orang pun dah muak. Lebih baik saya fikir pasal diri sendiri, cari duit dan fokus kerja. Macamlah saya ni tak ada kerja.

Semua tahu, Sharnaaz agak agresif dalam menzahirkan ekspresi. Macam isu ini, Sharnaaz dianggap cuba hasut Shila untuk menderhakai ibu bapanya. Lalu orang anggap Sharnaaz macam budak jahat. Pandangan Sharnaaz?

Memang saya budak jahat! Kuat memberontak. Tapi benda-benda ni mengajar saya untuk fikir dan buat keputusan sendiri. Kita ni bukannya duduk di zaman 70-an atau sebelumnya yang masih lagi ibu bapa nak tentukan keputusan untuk anak. Kalau nak fikir macam tu, pergilah duduk di zaman tu. Saya pun tak suruh Shila derhaka pada ibu bapa dia. Cuma mahu dia belajar berani buat keputusan sendiri. Sampai bila dia nak hidup macam tu? Nak kahwin pun ibu bapa nak sekat.

Sharnaaz tak rasa yang semua pihak baik Sharnaaz sendiri atau di pihak keluarga Shila ada keegoan masing-masing?

Ego memang ego. Tapi selama mana nak bawa semua tu?

Hubungan putus di tengah jalan, tak sayangkah semua benda ini berlaku sedangkan semua tahu kamu berdua cukup menyayangi antara satu sama lain?

Siapa tak sayang oi... Entahlah, sampai satu tahap, saya dah malas dah nak cakap lebih. Nama saya pun buruk, orang mengata saya jahat, keluarga saya pun terjejas kerana hal-hal ini. Saya pun tak nak paksa keadaan. Biarlah. Orang kata berserah pada Tuhan saja. Kalau ada, adalah... kalau tak ada, maka tak adalah. Saya tak nak orang kata saya cari publisiti untuk cerita macam ni. Sekarang ni, saya angkat kaki sajalah.
Hubungan Sharnaaz dan Shilla sudah sampai ke penghujungnya?
Maknanya dah Sharnaaz dah putus asalah? Begitu?

Saya tak kata macam tu. Tapi akhirnya semua orang mesti faham, mak ayah sajalah yang semuanya betul kan?

0GA(Oh Gosip Artis): Rasanya krisis hubungan Shilla dan Sharnaaz semakin rumit sekarang ni. Apakah hubungan ni sudah menemui titik nokhtahnya?



Abby Abadi lawat Memey - Cerita Artis Popular


Terlebih dahulu OGA(Oh Gosip Artis) nak ucapkan Tahniah buat Memey Suhaiza yang selamat melahirkan  mata pertama 1 Februari lalu. Namun apa yang menarik dan istimewanya OGA nak cerita kat sini adalah Abby Abadi yang dikataakan sempat melawat anak Memey. Nampaknya hubungan pelakon Memey Suhaiza dan Abby Abadi semakin baik.

Apa tidaknya, selepas mendapat tahu mengenai kelahiran cahaya mata sulung bekas suaminya bersama Memey, Abby tidak ketinggalan menjenguk pasangan tersebut. Memang OGA respect la kat Abby ni. Tak semua bekas isteri ni sanggup buat perkara macam Abby ni kan. Nak-nak menjenguk isteri bekas suami melahirkan anak.
Abby Abadi
Abby Abadi mendukung bayi Memey Suhaiza
Menerusi laman Instagramnya, Abby turut memuat naik gambarnya bersama anak Memey dan Norman yang diberi nama  Mohamed Darwisz Hakim.

Malah Abby turut memberitahu yang dia akan memanggil bayi tersebut dengan panggilan Darwish.

Dalam pada itu, Abby juga berharap agar hubungan baik mereka sekeluarga akan berkekalan.

Sabtu, 09 Februari 2013

Neelofa terima Hans jika ada jodoh - Gosip Artis


Ingat tak semua dulu, pelakon yang sedang meningkat naik ni pernah memeberitahu bahawa dia dan Hans Isaac hanya sahaja. Namun begitu, baru-baru ni masa hari jadi Neelofa, dia telah membuat pengakuan bahawa dia terima sahaja jika jodohnya adalah Hans Isaac. Baguslah kalau macam tu Lofa. Lepas ni tak ada la pula orang nak gosipkan awak dengan Hans.

Hanya satu doa ibu selebriti Neelofa, Noor Kartini Nor Mohamad. Dia mahukan seorang lelaki beriman dan soleh untuk menjadi pemimpin dunia dan akhirat buat pengacara Meletop yang dikatakan sedang intim dengan pelakon dan penerbit Hans Isaac itu.

neelofa
Sambutan hari jadi Neelofa baru-baru ni
"Sekali sahaja jika Tuhan hendak buka pintu hatinya, walau sesiapa pun, orang bukan Islam pun akan boleh berubah sekelip mata menjadi lebih soleh dan beriman daripada orang Islam yang sudah lama beragama Islam. Iman itu subjektif," jelas Neelofa bersahaja berhubung kenyataan ibunya yang berharap agar dirinya bertemu lelaki yang beriman sebagai calon suami.
Kata Neelofa juga, dia yakin dan percaya kepada kuasa jodoh. Masa depan juga bukan hak mutlak seseorang manusia.
"Pada saya kalau sudah ditakdirkan berkahwin dengan Hans Isaac, maka kahwinlah kami tapi kalau bukan dia jodoh saya, saya mungkin kahwin dengan orang lain," kata Neelofa membayangkan kedudukan istimewa Hans kini sebagai lelaki yang sedang bertapak di hatinya.
Ibunya yang lebih selesa membahasakan diri sebagai mama dalam kalangan media juga tidak betah jika Neelofa hendak berkahwin dalam usia muda. Siapa pun pilihan anaknya itu, dia tidak akan menghalang kerana bagi Kartini soal hati dan perasaan seseorang tidak boleh dipaksa.

neelofa dan hans isaac
Neelofa dan Hans Isaac semakin intim
"Saya jaga Neelofa dari hari pertama dia dilahirkan sehinggalah sekarang umurnya 24 tahun. Dia pun kata nak kahwin pada umur 27 tahun. Saya dulu kahwin selepas habis sekolah menengah dan perkahwinan pertama saya itu awalnya tidak mendapat persetujuan daripada keluarga, tapi lama-lama kami diterima," kata Kartini kepada media semasa ditemui pada majlis kejutan hari lahir Neelofa di Kota Damansara, Petaling Jaya Khamis lalu.
Senyuman seperti tidak mahu lekang daripada bibir Neelofa. Mata bundarnya bersinar-sinar dan ketawanya girang dari awal hinggalah majlis tamat bersurai kira-kira pukul 12 tengah malam itu. Tiga hari sebelum genap 24 tahun hari ini, dia diberikan satu kejutan oleh peminat, keluarga, penaja termasuklah media dalam satu majlis hari jadi yang sangat terancang ilham pengurus peribadinya, Shawn Amer.
"Saya benar-benar terkejut. Ini kejutan hari lahir yang sangat menjadi dan sungguh terancang. Saya diberitahu bahawa malam ini (Khamis), saya ada makan malam bersama sebuah syarikat petroleum," kata Neelofa ceria.
Menyambung harapannya sempena usia baharu dalam hidup, kata Neelofa dia mahu fokus kepada bisnes dan karier sebelum berfikir tentang jodoh.
"Saya malas hendak cakap pasal kahwin, saya akan kahwin tapi mungkin tiga atau empat tahun lagi. Sekarang saya mahu fokus kepada produk BellaVita, banyak pelaburan yang dibuat untuk produk berkenaan dan banyak lagi yang harus diusahakan. Tapi tak bermakna saya nak ketepikan karier seni. Bulan April nanti saya akan masuk lokasi drama bersiri Azura. Ada juga dua buah filem yang sudah saya setuju iaitu Gengster Superstar dan Pilot Cafe," kata Neelofa yang kini bercuti di Singapura bersama keluarganya.



Apek dan Leuniey merancang buka bisnes kecantikan - Gosip Selebriti Terkini


Dah lama OGA  tak dengar cerita Apek dan Leuniey ni. Dengar khabar mereka berdua nak buka bisnes kecantikan. Betul ke? kalau betul, tahniah la buat mereka. Rezeki kahwin dikatakan.

Penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar yang baru melangkah ke alam perkahwinan akhir Disember lalu merancang untuk mengusahakan bisnes penjagaan kulit dan kecantikan.

Nur Eilunie Natasha atau Leuniey, 21, yang merupakan model dan pengusaha butik berkata, dia dan suaminya yang juga dikenali sebagai Apek, 23, merancang untuk menjalankan perniagaan dalam bidang tersebut kerana mereka berkongsi minat yang sama.

Apek dan Leuniey
Apek dan Leuniey
“Saya suka cantik dan perkara kecantikan, Apek juga serupa dan dia sangat mementingkan penampilan dari kaki sampai ke rambut. Jadi, kami merancang untuk buat bisnes bersama dalam bidang ini untuk bekalan masa tua kelak.
“Setakat ini ia cuma perancangan dan kami masih berbincang dengan keluarga. Kalau jadi, kami harap ia dapat direalisasikan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Ditanya sama ada bisnes tersebut melibatkan pengeluaran produk atau perkhidmatan kecantikan, Leuniey berkata, ia masih dalam perbincangan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hasrat mereka untuk berbulan madu, Leuniey berkata, buat masa ini mereka perlu ‘melupakan sementara’ rancangan tersebut kerana kedua-dua mereka masih sibuk dengan karier masing-masing.
“Rancangan itu ada tapi perlu diketepikan sementara kerana belum berpeluang lagi. Saya juga mahu Apek fokus dalam kerjayanya dulu. Kalau ada cuti pun dalam dua tiga hari sahaja, ia sebaiknya digunakan untuk rehat dan fokus tentang perlawanan seterusnya.
“Lebih sebulan melayari bahtera rumah tangga, saya rasa bahagia dan merasakan hidup kini lebih lengkap tetapi saya merasakan kami masih dalam fasa ‘percintaan’ kerana tidak mempunyai banyak masa bercinta sebelum kahwin dahulu,” katanya.
Leuniey juga memberitahu, buat masa ini, belum ada lagi tanda-tanda mereka akan menimang cahaya mata.
“Belum ada rezeki lagi tapi kami berdua memang suka akan kanak-kanak,” katanya.


Erra dahagakan akhirat - Gosip Artis Popular


Wanita bernama Erra Fazira Wan Chik masih primadona dalam jagat seni tanah air. Semalam usianya menginjak angka 39 tahun dan sepanjang lebih 20 tahun memberikan senyuman dan variasi emosi kepada pemujanya, Erra mengakui hidupnya tidak sempurna seperti apa yang dilihat di mata kasar.

Menyedari sumbang jika merasakan hidupnya sudah memiliki segala-galanya, kata Erra: "Doa dan harapan saya, moga pada usia yang mendatang ini saya memperoleh kehidupan yang bahagia dan tenang berdepan apa sahaja kesusahan dan kesakitan dalam hidup."

erra fazira
Kejutan hari jadi Erra oleh rakan-rakan
Sekilas pandang ungkapan itu terlalu kedengaran umum namun tegas ibu kepada Engku Aleesya itu, sebagai manusia dia seharusnya bersyukur kerana masih bernafas untuk meneruskan kehidupan.
"Saya pinjam semangat masa lalu untuk hari ini dan saya ambil kesusahan hari ini untuk bekal hari depan yang tidak boleh dijangka untung nasibnya," kata Erra yang ditemui selepas sambutan hari lahirnya yang dirancang oleh pihak produksi program bual bicara Primadona di Vivatel Hotel, Cheras, Jumaat lepas.
Membuka lembaran usia baharu, masih terlalu banyak kesempurnaan sebagai wanita yang mahu dikecapi oleh ibu beranak satu itu.
"Saya tidak sempurna, kehidupan dunia dan akhirat saya tidak cukup seimbang. Kemuncak impian saya sebagai seorang manusia ialah untuk mencapai keseimbangan itu. Mungkin pihak luar melihat saya lebih mengejar keduniaan berbanding akhirat namun dalamannya, saya juga dahagakan akhirat.
"Saya ada terfikir sampai bila lagi saya harus berlakon dan menyanyi, tak mungkin untuk selama-lamanya saya akan terus berlakon. Saya mahu cari landasan yang lebih stabil. Saya juga mahukan anjakan paradigma. Sebenarnya banyak cabang menanti untuk saya masuk dan memulakan sesuatu yang baru," jelas Erra lagi.
Dalam erti kata yang lain, Erra kini dalam proses penyucian minda agar hala tuju di depannya nampak jelas yang mudah dilangkahi.
"Dari segi kekeluargaan, saya sentiasa berfikir untuk mencari setiap kekurangan yang ada dan mahu perbaiki keharmonian dan tanggungjawab. Setakat itu sahaja yang mampu saya katakan," jelasnya tanpa mahu secara khusus memperincikan huraian tersirat yang mengalir dalam darahnya.
Faham benar apa lagi kisah peribadinya yang masih ditagih peminat, tentang kerukunan rumah tangganya bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin yang selama ini berdepan bermacam-macam andaian. Erra tetap tidak mahu lagi bercerita lanjut. Cukuplah dengan ungkapan-ungkapan yang telah terluah daripada bibir itu. Selebihnya, jawapan kepada persoalan dan andaian ramai selama ini, hak mutlaknya tergantung di tangan Erra Fazira.

Bercakap tentang perjalanan kariernya yang masih berterusan, Erra yang masuk tahun kelima bergelar Bintang Eksklusif Astro berkemungkinan besar akan menyambung setahun lagi kontraknya yang bakal tamat pada Mei depan.
"Buat masa ini kontrak tetap akan disambung tetapi kontrak untuk pengacaraan dalam Primadona sahaja. Tentang kontrak sebagai Bintang Eksklusif itu, saya masih belum membuat keputusan. Kalau pun disambung, syarat-syarat yang diterima pakai selama ini akan dirombak semula. Tapi, dalam waktu yang sama, saya masih mahu mengekalkan nilai eksklusif itu," jelas Erra yang dijadualkan memulakan penggambaran tiga buah super telemovie terbaharu tidak lama lagi.




Tiz Zaqyah kini bahagia dengan bekas kekasih - Gosip Artis Terkini


Setelah putus cinta bersama Remy Ishak, Tiz Zaqyah ada mengeluarkan kenyataan tidak mungkin akan berpatah balik bersama Remy. Malah dua bulan lalu Tiz sudah mengeluarkan kenyataan dia kini sudah mempunyai kekasih baru. Wah, beruntungnya jejaka tu, Mesti semua orang nak tahukan jejaka yang bertatah dihati Tiz tu. Adakah sesama artis juga atau sebaliknya? 

Namun, sebulan dua ini Tiz dilihat rancak memuat naik gambarnya bersama seorang lelaki di instagram, @danielhaziqafc. Bagi sesiapa yang mengikuti Tiz Zaqyah di Instagram, mesti ada yang perasankan. 

Menurut sumber yang kami terima, lelaki tersebut merupakan bekas kekasih Tiz sebelum Remy Ishak. Dan untuk tidak menolak kemungkinan juga, berdasarkan dari gambar-gambar di instagram, Tiz dan bekas kekasihnya itu telah kembali bersama balik. 

Dibawah ni OGA(Oh Gosip Artis) muatkan gambar Tiz dan jejaka tersebut. Jom kita layannn...
Tiz dan bekas kekasih
Tiz dan Teman baru

tiz dan teman lelaki baru
Tiz dilihat intim dengan jejaka ini
gambar tiz dan teman lelaki baru
Gambar mesra Tiz dan teman lelaki baru
gambar mesra tiz zaqyah
Gambar  Tiz Zaqyah dan  bekas kekasih dalam instagram

Azad Jazmin Dilarang Jumpa Anak - Gosip Artis


Pelakon Azad Jazmin memberitahu dia dilarang berjumpa dengan anaknya, Amarra Sofea Rose sekiranya pulang ke rumah selepas waktu senja.

Azad, 37, berkata, larangan itu dibuat oleh ibu mertuanya yang sedang menjaga anak dan isterinya, Eira Syazira berpantang selepas bersalin melalui pembedahan 11 Januari lalu.
"Biasalah orang tua ada pantang larang dan sekiranya saya mempunyai penggambaran yang berlarutan sehingga malam saya tidak akan balik ke rumah mertua di Putrajaya kerana ibu mertua bimbang jika ada anasir buruk yang turut 'ikut' balik bersama yang mungkin akan memberi kesan kepada anak dan isteri yang sedang berpantang.
 "Jadi jika saya tiada apa-apa hal penting saya akan memastikan akan terus balik ke rumah sebelum waktu senja untuk bersama isteri dan anak," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Azad berkata, dia kini sudah pandai menjaga serta menguruskan anaknya ekoran pergerakan Eira yang terbatas akibat bersalin melalui pembedahan.

Azad Jazmin
Azad Jazmin
Jelas Azad, dia banyak membantu ibu mertuanya menguruskan Ammara termasuk bangun malam setiap dua jam untuk membancuh susu buat anaknya dan menguruskan hal lain.
"Tanggungjawab semakin besar dan sejujurnya saya tidak kisah menguruskan anak kerana faham dengan keadaan isteri yang sedang dalam proses pemulihan daripada luka pembedahan.
"Walaupun letih tetapi saya cukup seronok dapat bergelar bapa kerana ia telah mematangkan saya dalam banyak perkara," katanya.
Tambah Azad, dia juga bersyukur kerana sejak berkahwin dan menimang cahaya mata rezekinya dalam bidang seni semakin bertambah dan menyifatkan ia sebagai rezeki anak.
"Dulu saya tidak faham apa yang dikatakan sebagai rezeki anak tetapi selepas berkahwin dan isteri mengandung baru saya fahami dan rezeki yang datang bagaikan air, Alhamdulillah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azad memberitahu selepas filem Gangster Celop yang akan ditayangkan pada 21 Februari ini dia akan mengikat kontrak sebanyak 10 buah filem bersama Grand Brilliance.

Bagaimanapun kata Azad, kontrak itu bukanlah bererti dia kini artis naungan syarikat itu sebaliknya hanya untuk muncul untuk projek istimewa itu sahaja.

Azad kini menguruskan sendiri kerjayanya tanpa diikat mana-mana produksi selepas menamatkan kontrak bersama Metrowealth (MIG).

Jumat, 08 Februari 2013

Zarina Anjoulie & Teman Lelaki Didakwa Positif Dadah - Gosip Panas Artis


Pelakon dan model Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan positif dadah jenis Methamphetamine Disember tahun lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran.

Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

        Zarina dibawa oleh anggota polis ke mahkamah
berhubuhg kes dadah pada 2 Januari lalu.
Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes.


Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Disember tahun lalu.

Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.

OGA(Oh Gosip Artis): Artis yang terlibat dengan dadah bukanlah sesuatu yang baru dalam industri hiburan kita. Bagi OGA, Zarina patut ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Bukan nama dia dan keluarga  sahaja yang tercalar namun karier juga akan terjejas. Diharapka artis lain akan mengambil pengajaran dengan perkara yang berlaku kepada Zarina ni. 



Ibu Dedah Pernikahan Siti Fazurina Tidak Sah - Gosip Panas Artis


Ketika pelakon Trilogi Cinta, Siti Fazurina sedang bergembira meraikan majlis resepsi perkahwinannya pada Sabtu (hari ini), ibu kepada pelakon itu mendedahkan pernikahan anaknya lebih sebulan lalu adalah tidak sah di sisi agama Islam.

Zubaidah Abu Bakar, 61, secara eksklusif memaklumkan kepada mStar Online, pernikahan itu tidak sah kerana Fazurina, 30, telah memberi maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang bagi mendapatkan kebenaran berkahwin.
"Dia memberitahu kepada pejabat agama bahawa dia anak tunggal walhal dia mempunyai dua adik lelaki seibu sebapa yang boleh menjadi wali untuknya.
"Penipuan itu telah menyebabkan pihak mahkamah membenarkan dia bernikah dengan berwalikan bapa saudaranya.
"Fazurina juga telah menukar qariah asalnya iaitu Sungai Petani (Kedah) kepada Ayer Hitam (Pulau Pinang) dan melangsungkan pernikahan dalam tempoh kurang empat bulan bermastautin di situ," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada petang Jumaat.
Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 31 dan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Bin Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.

Siti Fazurina
Siti Fazurina

Pasangan itu mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada Sabtu (hari ini) di Pearl Island Country Club, Bayan Lepas.

Pada 24 Disember lalu, Siti Fazurina bersama suaminya mengundang ibu dan ahli keluarganya dalam satu sidang media di Pulau Pinang bagi menjelaskan kontroversi yang berlaku.

Dalam majlis penuh drama itu, Siti Fazurina menangis teresak-esak sambil memohon ampun kepada ibunya sebelum wanita itu ditarik oleh ahli keluarga yang lain agar meninggalkan majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Zubaidah memberitahu beliau telah merujuk perkara tersebut ke pejabat agama yang sama baru-baru ini dan melantik seorang peguam syarie untuk menyiasat kesahihan pernikahan itu yang tidak mengikut syarak dan perlu dinikahkan semula.

Bagaimanapun katanya, Fazurina gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Batu Gantung, Pulau Pinang seperti diminta pada 6 Februari lalu dan memberikan alasan tidak menerima sebarang notis mengenai arahan itu.
"Apabila peguam yang dilantik menelefonnya sendiri untuk menyuruhnya hadir ke mahkamah kerana dia enggan berbuat demikian, dia menegaskan perkahwinannya sah dengan alasan telah merujuk kepada seorang ustaz di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan alasan-alasan tertentu,”

gambar perkahwinan Siti Fazurina
Siti Fazurina dan suami










"Dia enggan tampil kerana menuduh keluarga ingin memisahkannya dengan suami walhal kami ingin menikahkannya semula dengan cara yang betul dan sah.
"Saya tidak mahu dia hidup dalam keadaan berzina jika pernikahan itu tidak sah dan sebagai yang mengetahui kebenaran saya tidak mahu bersubahat," katanya.
Sementara itu, Zubaidah berkata, pihak pejabat agama sedang berusaha untuk menemuinya bagi menyelesaikan kes itu.
"Surat tersebut pernah diserahkan kepada bapa saudara yang menjadi saksi pernikahannya termasuklah keluarga mertuanya namun mereka enggan menerima surat tersebut.
 "Mungkin pihak pejabat agama akan ke majlis resepsinya untuk menyerahkan surat itu.
"Malah sijil asli pernikahannya masih tidak dikeluarkan kerana masalah berkenaan," katanya yang kecewa dengan sikap ego pasangan itu selain tidak menghormatinya sebagai ibu.
OGA(Oh Gosip Artis): Terkejut juga OGA dengan pengakuan ibu Siti Fazurina ni. Apa-apa pun semoga mereka dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku ini dengan segera. Ambil yang jernih buang yang keruh. Bak kata perpatah, air dicincang tidak akan putus. 

Neelofa dan Tasha kini sudah berbaik - Gosip Artis


Rasanya semua orang  sudah sedia maklum tentang hubungan Neelofa dan Tasha Shilla yang dingin pada tahun lepas gara-gara komen terbuka Neelofa yang mempertikaikan kemenangan Tasha Shilla. Namun begitu, OGA(Oh Gosip Artis) mendapat tahu bahawa mereka telah pun bertegur sapa antara satu sama lain.

Bagus la macam tu! Buang yang keruh ambil yang jernih. Hiburan tanah air kita pun bukannya besar sangat macam hollywood kan so, pergi mana-mana mesti akan jumpa. Menurut Neelofa Mohd. Noor atau nama manjanya Lofa kini dia lega kerana sudah bertegur sapa dengan Tasha Shilla selepas hampir setahun bersengketa.
Neelofa dan Tasha
Neelofa dan Tasha
Menurut Neelofa, dia berkesempatan bertemu dengan Tasha secara kebetulan di TV3 sewaktu artis itu menjadi tetamu undangan sebuah program dan dia pula ada rakaman di stesen tersebut, Rabu lalu.
"Secara kebetulan bertemu dan sempatlah bertegur sapa. Nak sembang lama tidak boleh sebab kami ada urusan. Pada kesempatan itu juga, Lofa sempat minta maaf atas komen yang diberi terhadapnya sebelum ini.
"Lofa hormatlah dengan Tasha, sebab dia bukan seorang pendendam. Dia terima kemaafan Lofa. Sekarang ini dada rasa lapang dan fikiran tenang sebab kemelut dengan Tasha sudah selesai," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-24 di sini semalam.



Kamis, 07 Februari 2013

Tasha Shilla akhirnya mengaku dia sudah dimiliki - Gosip Terkini


Pelakon cantik, Tasha Shilla akhirnya hari ini membuat pengakuan bahawa hatinya sudah dimiliki oleh seseorang. Siapakah lelaki yang bertuah itu? Mesti semua orang tertanya-tanyakan. Namun Shilla tidak mahu mendedahkannya secara detail namun hanya mengaku bahawa dirinya kini telah dimiliki.

Shilla Tasha mengenali lelaki tersebut sejak enam tahun lalu, Tasha juga sempat memuji sikap memahami kekasihnya itu.
Gambar Tasha Shilla
Tasha Shilla
"Saya sudah mengenalinya sejak enam tahun lalu. Dia tidak ada masalah dengan kerjaya saya, dia seorang yang memahami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ditanya sama ada kekasihnya itu juga terlibat di dalam bidang seni, Tasha menjelaskan dia lebih suka untuk bersama seseorang yang bukan berada didalam bidang ini.
"Dia bukan seorang artis, dia hanya orang biasa. Saya lebih senang memilih orang biasa. Bagaimanapun masih terlalu jauh untuk bercakap soal jodoh antara kami," katanya.
Ini pengakuan pertama Tasha tentang soal cinta di mana sebelum ini ia sering menafikan hatinya telah ditawan oleh mana-mana lelaki.

Rabu, 06 Februari 2013

Gambar Anak Perempuan Shila Majid Yang Panas - Gambar Selebriti

Dalam diam rupanya anak perempuan Shila Majid yang merupakan RATU JAZZ tanahair, dah besar panjang rupanya.  Wan Nur Khaleda atau nama popularnya Kayda Aziz merupakan anak kepada Datuk Sheila Majid hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer, Roslan Aziz yang kini berusia 21 tahun. Namun mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.. Di bawah OGA paparkan gambar untuk santapan anda di Oh Gosip Artis. Jom layan antara gambar-gambar menarik ini.

Wan Nur Khaleda dikatakan Seksi
Wan Nur Khaleda dikatakan Seksi oleh sesetengah pihak.

Wan Nur Khaleda bersama teman lelakinya
Wan Nur Khaleda bersama teman lelakinya

Gambar Anak Shila Majid
Gambar: Wan Nur Khaleda

Wan Nur Khaleda nersama Shiela Majid
Wan Nur Khaleda nersama Shiela Majid
Wan Nur Khaleda
Seksinyer..
OGA: Adakah Wan Nur Khaleda  akan mampu berada di persada seni sepertimana Shiela Majid.
Apapun DON`T Forget to LIKE me.. TQ

Selasa, 05 Februari 2013

Shila harap 'konflik cinta' boleh selesai dengan baik - Gosip Terkini Artis

Penyanyi popular, Shila Amzah berharap kontroversi terbaru melibatkan ayahnya, ND Lala dan kekasihnya, Sharnaaz Ahmad, yang juga seorang pelakon, dapat diselesaikan dengan "sebaiknya."

Sebelum ini, ND Lala membuat kenyataan di media dengan menuduh Sharnaaz biadab berhubung niat pelakon itu yang tetap mahu meneruskan rancangan merisik anak perempuannya itu meskipun sudah dilarang.

hubungan shilla dan sharnaaz
Shilla dan Sharnaz 


ND Lala dikatakan tidak bersetuju terhadap perancangan itu kerana mahu Shila menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya.

Kenyataan ND Lala itu dikatakan telah mengguris hati keluarga Sharnaaz.Ni komen Shilla:

"Shila nak menjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama Shila berdiam diri.
"Sebagai seorang anak kepada ibu bapa dan sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun ini juga memohon maaf kepada semua pihak termasuk keluarga kekasihnya itu.

"Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan keluarganya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini.
"Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya. Dia tidak sepenuhnya bersalah. Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua 'damage' yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan keluarganya," katanya.

Juara Asian Wave ini juga memberitahu tidak sanggup melukakan hati kedua ibu bapanya.

"Shila memahami situasi ibu bapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila daripada pelbagai aspek mereka menyayangi Shila.
"Takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di hati Shila. Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai," katanya yang turut berharap semua pihak yang terlibat dapat berdamai.

Sementara itu, Shila juga meminta maaf kepada pihak media dan peminatnya.

"Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.
"Shila juga ingin memohon maaf kepada semua  (peminat) kalau ada yang terguris hati. Demi ALLAH, Shila sangat sayangkan anda semua," katanya.

Seakan pasrah dengan hubungannya dan Sharnaaz, Shila menyerahkan semuanya pada takdir.



"Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkanlah dan andai kata ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkanlah.
"Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan ALLAH," katanya.
OGA(Oh Gosip Artis): Apa-apa pun OGA doakan semoga hubungan Shilla dan Sharnaaz mendapat restu daripada kedua-dua ibubapa. Setiap dugaan yang datang mesti ada hikmahnya.

Penyanyi program realiti rogol teman wanita kini ditahan? Gosip panas artis

Terkejut OGA (Oh Gosip Artis) apabila diberitahu bahawa seorang penyanyi lelaki telah ditahan reman kerana  disyaki merogol teman wanitanya sendiri. Siapakah artis itu? Menurut sumber, penyanyi terbabit merupakan juara program realiti popular terbitan sebuah stesen televisyen dan dia kini  ditahan reman selama enam hari bermula semalam.

kes rogolPerintah reman ke atas penyanyi itu dikeluarkan oleh Pendaftar Nur Haizan Abdul Rahman di Mahkamah Majistret Ampang di sini.

Siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ke atas suspek dibuat bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Jika sabit kesalahan, penyanyi itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut laporan akhbar, mangsa yang merupakan teman wanita kepada penyanyi itu dirogol kira-kira jam 12.40 tengah hari, 31 Januari lalu ketika bersama penyanyi itu di rumahnya di Ukay Perdana, dekat sini.

Mangsa mendakwa dia tidak melawan kerana takut  dicederakan.

penyanyi itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari semalam di Taman Melati dekat sini setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

OGA: Malulah kalau kita tu seorang selebriti.. apa yang kita lakukan semua orang akan tahu.. Harap para-para artis Malaysia kita jagalah tingkah laku yang  akan menjadi contoh kepada anak muda kita..



Siti Saleha putus cinta - Gosip Artis Terkini

OGA ( Oh Gosip Artis) mendapat tahu bahawa Siti Saleha telah pun putus cinta. Betul ke? atau sekadar gosip semata-mata. Sebelum ini peminat dunia hiburan hanya mengetahui Siti Saleha pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penjaga gol Sabah yang juga adik pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein. Walaupun tidak terlalu digembar-gemburkan, pelakon yang meledak menerusi drama rantaian Nora Elena ini bersikap sporting kerana tidak menyorokkan perkara itu. 
Siti Saleha
Selepas pengakuan terbabit, kisah cinta Saleha senyap begitu saja. Bagaimanapun, pengakuan eksklusifnya kepada HIP baru-baru ini cukup mengejutkan. Kata pelakon ini, dia baru saja dua bulan putus cinta. Lebih mengejutkan apabila si kekasih bukanlah lelaki yang pernah diuar-uarkan sebelum ini. Ini pengakuan Siti Saleha: 


“Saya baru saja putus cinta dua bulan lalu. Dia seorang lelaki Inggeris. Hubungan kami terlerai kerana tiada persefahaman. Saya jenis yang tak suka ada masalah. Kalau saya lihat perhubungan itu tak akan ke mana dan lelaki itu seperti tidak serius, lebih baik berpisah,” katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Kerat 14 di Damansara. 

Menurut Saleha, walaupun cintanya tidak kesampaian, ia bukan alasan untuknya meratap dan menangisi perpisahan yang berlaku. 


“Kami berkenalan pun tak lama, iaitu lebih kurang dalam tempoh sebulan. Jadi, bila terpaksa berpisah, ia taklah terasa sangat,” katanya. 

Seakan mengerti apa yang bermain dalam fikiran, pantas gadis berusia 22 tahun ini memberitahu, cita rasanya bukanlah tertumpu kepada lelaki kulit putih ataupun berdarah kacukan semata-mata. Ini jawapan Siti Saleha:


“Saya tahu, mesti ramai yang menganggap saya hanya inginkan jejaka mat salih sebagai teman lelaki. Saya tidak pernah meletakkan syarat sebegitu. Sebelum ini pun saya pernah berkawan dengan jejaka Melayu. 
“Dalam mencari teman lelaki, saya tidak melihat fizikal atau material. Apa yang penting, dia dapat memberikan saya cinta dan kasih sayang,” kata Saleha. 

Seperkara yang mengagumkan adik kepada vokalis kumpulan Bunkface ini, dia boleh dianggap artis sifar kontroversi. Sehingga kini, belum terdengar cerita memualkan mengenainya. 

“Saya akui saya tiada cerita panas yang boleh diceritakan, sebab itulah saya tidak popular

Terus terang saya memang senang begini. Saya masuk bidang seni pun kerana minat. 

Saya mahu peminat mengenal saya menerusi bakat, bukannya kontroversi,” kata finalis kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 ini. 

Malu tonton babak sendiri Julung kali diberikan peluang beraksi di layar lebar, ia sudah cukup membuatkan gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini gembira. 

Mana tidaknya, selepas beberapa tahun beraksi di layar kaca, baru kini peluang untuknya melangkah ke filem menjelma. 

Barangkali tuah lakonannya dalam Nora Elena membuatkan produksi White Merpati Entertainment berminat menawarkan watak Nurzara kepadanya. Seperti dalam drama bersiri itu, filem arahan Arjin Uppal ini sekali lagi menggandingkan Saleha dengan Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz. 

Bercerita mengenai pengalaman barunya, Saleha berkata, dia agak malu melihat lakonannya dalam Kerat 14. 

“Dalam filem ini, saya perlu melakonkan babak intim. Memang segan dan rasa tak selesa untuk melakonkan babak itu. Tapi sudah namanya kerja, saya lakukan juga. Bila tengok balik, memang saya segan sampai pengurus pun asyik usik saya kerana babak itu,” cerita Saleha yang berjaya menghidupkan watak gadis trauma dengan baik.

OGA (Oh Gosip Artis) : Bolehla kepada lelaki diluar sana tu nak masuk line.Sekarang Siti Saleha dah sah single sekarang ni.

Mallika terima ugutan - Gosip Artis Luar Negara


Pelakon seksi, Mallika Sherawat telah menerima ugutan gara-gara berlakon sebagai watak utama dalam filem Dirty Politics.
Sebanyak tiga panggilan telefon yang berbaur ugutan telah ditujukan khas buatnya kerana keberaniannya membintangi filem yang berkisar tentang kisah benar pembunuhan seorang wanita, Bhanwari oleh golongan ahli politik Rajasthan.
malikka sherawat

Bagaimanapun, ujar aktres berimej seksi itu, bukan dia yang menerima kesemua panggilan telefon itu, tetapi abangnya, Vikram.
"Seseorang telah menelefon abang saya, Vikram sebanyak tiga kali dengan berkata, 'Beritahu adik kamu (Mallika) supaya menghindarkan diri daripada topik ini (politik), " ujarnya kepada IANS.
Tegasnya lagi: " Setiap aktor dan aktres di India merupakan mangsa permainan politik. Setiap hari kami semua terpaksa bergelumang dengan politik. Untuk sukses di India, anda terpaksa bermain politik. Saya telah bermain untuk kedua-dua politik kotor dan politik bersih. Lebih kotor politik, lebih baik."
Filem arahan K.C. Bokadia turut menampilkan pelakon Om Puri, Jackie Shroff, Anupam Kher, Atul Kulkarni dan Ashutosh Rana.


Black kata RJ penyanyi yang teruk? Gosip Artis


Sejak tahun lalu, penyanyi bersuara lantang, Black sering kelihatan bergandingan dengan seorang penyanyi rap yang baru bernama RJ untuk mendendangkan lagu kegilaan ramai, Teman Pengganti.

RJ menggantikan penyanyi rap asal lagu tersebut, Malique yang juga merupakan pencipta lagu berkenaan.
black mentor
Bercerita soal penglibatannya daripada seorang pegawai perhubungan awam kepada seorang penyanyi rap, RJ akui tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang penyanyi rap.
“Saya tak pernah terfikir nak jadi ‘rapper’ tetapi kaset pertama saya adalah 4U2,” katanya sambil ketawa.

Bercakap soal lagu terbaru mereka yang masih dalam perancangan, Black berkata, “mungkin saya akan rap sedikit...mungkin."


Namun, Black menolak untuk memberi ruang kepada RJ untuk menyanyi. Kenapa tak nak bagi black? Adakah suara RJ tak sedap? ini jawapan Black:

“Menyanyi itu... saya tak akan bagi dia (RJ) menyanyi langsunglah sebab saya tahu dia seorang penyanyi yang sangat teruk,” katanya dengan nada bergurau.

Menjelaskan keadaan itu, Black memberitahu RJ boleh menyanyi tetapi tahap keyakinannya belum sampai ke tahap yang sepatutnya.

“Sebenarnya dia boleh menyanyi tetapi apabila di atas pentas yang besar mungkin tahap keyakinan dia itu bukan sebagai seorang penyanyi lagi. Tetapi sebagai seorang ‘rapper’ dia boleh menyanyi,” katanya.

Dalam pada itu, RJ akui dirinya masih belum yakin untuk tampil sebagai penyanyi.

“Belum ada keyakinan lagi,” katanya yang selesa bersama Black.

Berbalik kepada penglibatannya, RJ berkata, meskipun kini dia sudah menjadi salah seorang artis dalam industri namun, dia tetap tidak melupakan profesi asalnya sebagai pegawai perhubungan awam.
“Saya masih PR Black... jadi dua dalam satu. Senang jaga Black. Kawan dengan Black dan jadi keluarga Black,” katanya.

RJ pertama kali menyanyi bersama Black atas satu pentas yang sama pada 16 Jun tahun lalu di Setiawangsa.

“Dari situlah (persembahan pertama) terbitnya RJ. Black yang memberi nama ini sebenarnya. Black membuka peluang kepada saya untuk masuk dalam industri ini bagi menggantikan Malique dan alhamdulillah berjaya untuk percubaan pertama kali dalam AJL... dapat anugerah,” katanya.

Menurut Black, nama RJ diambil sempena singkatan bagi Rapper Jambang berhubung penampilan RJ yang berjambang. Tambah Black:

“Sebenarnya dia bukan bersama dengan saya pada bulan Jun, dia sudah bersama saya sejak saya masuk dalam industri. Sejak keluar Mentor, dia jadi PR kepada saya sampai ke hari ini, dia masih PR saya,” katanya.

Seperti yang diketahui umum, Black dan RJ kini sedang mencari lagu yang sesuai untuk dinyanyikan berdua yang juga merupakan lagu pertama buat RJ.

Rabu, 26 Desember 2012

Leuniey Terkilan Isu Mengenai Bapa Kandung Menjelang Nikah - Gosip Sensasi

Leuniey dan Apek
Leuniey dan Apek bakal mendirikan masjid jumaat nanti.
 Bakal isteri penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) iaitu Leuniey berasa kecewa apabila tuduhan dia mengabaikan bapa kandungnya menjadi bualan panas sebelum menjelang perkahwinannya pada Jumaat ini.

Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha, 21, berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan hal dalaman keluarga.

Malah dia juga terkejut apabila bapanya, Jaafar Mohamad, mendakwa tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan itu.

"Saya terkilan dengan kontroversi yang tidak sepatutnya menjadi tatapan ramai.

"Tetapi saya cuma anggap hal itu berlaku kerana ayah mungkin terlalu beremosi pada ketika itu. Mungkin juga dia inginkan perhatian daripada saya sebagai seorang anak, entah saya tidak pasti.

"Apa-apa pun, perkara ini benar-benar buatkan saya kecewa kerana banyak lagi urusan perkahwinan yang perlu diselesaikan," katanya yang dihubungi mStar Online dekat sini, petang Rabu.

Pada Selasa lalu, , Jaafar telah meluahkan rasa terkilan tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu dengan Apek, 23.

Dia juga mengatakan rasa sedih tidak dapat menyaksikan majlis akad nikah pasangan berkenaan yang akan berlangsung di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan itu.

Leuniey merupakan anak sulung Jaafar hasil perkahwinannya dengan Nor Laila Abu Bakar, 40, sebelum bercerai 10 tahun lalu.

Lelaki itu kini tinggal bersama isteri baru dan dua anak lelakinya di mana seorang daripadanya merupakan adik Leuniey berusia 19 tahun.

Sementara itu, tambah Leuniey, pada Selasa lalu, dia telah bertemu dengan Jaafar, namun kedua-dua mereka tidak membangkitkan isu tersebut bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

"Kami ada berjumpa, tetapi masing-masing tidak buka cerita pun tentang kenyataan ayah itu. Biarlah.

"Saya tidak mahu perkara itu menjadi bebanan dalam keluarga. Saya anggap ia sebagai dugaan kami sekeluarga," ujarnya.

Pasangan itu akan bernikah pada Jumaat ini, pukul 9.00 pagi manakala majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Baharu dua hari selepas itu.

Persandingan di sebelah pengantin lelaki pula akan berlangsung di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.

Dalam pada itu, pasangan itu turut mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari tahun depan, pukul 8 malam.

Apek dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas terlibat dalam pembikinan iklan minyak wangi SimplySiti Eau De Parfum milik penyanyi Siti Nurhaliza awal tahun ini.


Sumber: mStar