Tampilkan postingan dengan label Remy Ishak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Remy Ishak. Tampilkan semua postingan

Minggu, 10 Maret 2013

Remy Ishak Kembali Bersama Tiz Zaqyah

Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah 


Majlis Pratonton drama TV9 bersama majalah Media Hiburan bertempat di Pavillon, Kuala Lumpur.


Siapa tidak kenal dengan pengarah hebat, Kabir Bhatia yang mula menjadi sebutan setelah drama bersiri arahannya ‘Nur Kasih’ yang ditayangkan pada 2011 berjaya mencuit hati penontonnya.

Nyata keupayaannya dalam menghasilkan drama tersebut dapat memberi impak yang mendalam dan tidak hairanlah drama ini dinobatkan antara drama yang memiliki jumlah penonton yang tertinggi pada tahun itu.

Karyanya tidak terhenti di situ apabila kini dia tampil mempertaruhkan drama terbaru sentuhannya berjudul ‘Cinta Jangan Pergi’ yang pastinya bakal menjadi fenomena baru kepada peminat drama tempatan.

Masih memilih gandingan pelakon utama yang sama dalam Nur Kasih iaitu Remy Ishak (Khalil) dan Tiz Zaqyah (Lea Soraya), drama bersiri 26 episod ini turut dijayakan oleh beberapa pelakon hebat yang lain seperti Nadiya Nisa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Eleza Shada dan Kartina Ayoob.

Cinta Jangan Pergi yang bakal bersiaran mulai 6 April ini di saluran TV9 mengisahkan perjanjian manis sepasang kekasih, Lea dan Khalil sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal mengubah segalanya.

Berkesempatan menghadiri majlis Pratonton Drama ‘Cinta Jangan Pergi’ di e@Curve Rabu lalu, Zaas tidak melepaskan peluang untuk menemu bual pelakon utamanya, Remy dan Tiz.

Tidak kekok bersama Tiz

Menyentuh mengenai gandingan bersama bekas kekasihnya, Remy memberitahu dia tidak memiliki masalah dan kekok malah seronok berlakon bersama. “Drama ini adalah cerita yang sangat menarik dengan kisah-kisah cinta yang manis. Jadi saya tidak mahu ketinggalan dan membuang masa melayani perasaan.

“Lebih baik saya menikmati dan fokus terhadap lakonan saya. Gandingan saya dan Tiz dalam drama ini adalah atas dasar profesional kami sebagai pelakon. Lagi pun kami memang tidak ada masalah dan masih berkawan,” jelasnya.

Elak dibayangi Nur Kasih

Memegang watak utama sebagai Khalil, Remy akui lakonannya kali ini sedikit sebanyak memberi cabaran hebat buatnya dirinya. Remy berkata, dia tidak mahu watak Khalil yang dibawanya menerusi Cinta Jangan Pergi di bayangi karakter Adam dalam Nur Kasih.

“Saya pasti penonton akan memberi perhatian terhadap perkara ini tambahan pula saya turut digandingkan dengan Tiz Zaqyah sama seperti Nur Kasih. Oleh itu, sebagai pelakon saya harus lakukan sesuatu yang berbeza supaya mereka tidak jemu dengan lakonan kali ini.

“Saya akui inilah cabaran besar buat diri saya dalam menjayakan watak ini selain terpaksa bertahan dengan cuaca yang sejuk ketika menjalani penggambaran di Eropah,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak mudah untuk membawakan tanggungjawab itu, namun dia akui gembira kerana diberi kepercayaan untuk menjayakan drama ini.

“Secara keseluruhannya, saya memang sukakan watak dan jalan cerita yang ditampilkan dalam drama ini. Bila pertama kali ditawarkan watak Khalil, saya tidak sabar untuk menjayakannya,” katanya.

Maya kekasih baru?

Mengulas lanjut mengenai gambar percutiannya bersama aktres jelita, Maya Karin yang dimuat turun ke Instagramnya, baru-baru ini, Remy akui hubungan mereka hanya sebagai teman rapat.

“Memang saya ada bercuti di Sabah bersama Maya. Percutian ini sebenarnya adalah atas jemputan pihak Yayasan Sabah. Kami berada di sama selama empat hari di mana dua hari kami berada di Imbak Cayon dan dua hari lagi di Gunung Kuli bersama kenalan Maya dan turut diiringi sekumpulan pengkaji ekologi.

“Seronok sepanjang berada di sana sebab kami juga didedahkan dengan pengetahuan mengenai alam semula jadi,” katanya.

Tambah Remy lagi, memiliki minat yang sama terhadap aktiviti lasak adalah antara faktor mereka berdua menjadi rapat dan dia juga tidak menolak sekiranya dia memiliki jodoh bersama wanita itu.

“Sejak itu kami mula rapat dan selalu berhubung. Sekarang ini apa yang boleh saya katakan, kami hanya berkawan rapat, tapi pada masa akan datang saya tidak tahu. Semuanya di tangan Tuhan, kalau ada jodoh saya tidak tolak,” katanya.

Bukan mudah bersama Remy

Berkongsi pengalaman, pelakon Tiz Zaqyah, 25 akui ia bukanlah mudah buat dirinya untuk bergandingan dengan bekas kekasihnya memandangkan mereka baru sahaja berpisah sewaktu menjalani penggambaran drama ini.

“Saya memang tidak nafikan berlakon bersamanya selepas kami berpisah sedikit sebanyak beri cabaran buat saya. Tapi atas dasar kerja kami perlu lebih profesional untuk memastikan drama ini dihasilkan dengan baik.

“Sepanjang menjalani penggambaran bersamanya, memang kami tidak ada masalah dan semuanya berjalan dengan baik,” jelasnya.

Menurut Tiz, selain daripada itu, cabaran cuaca yang sangat sejuk turut memberi kesukaran buatnya menjalani penggambaran.

“Saya terpaksa menahan sejuk memandangkan baju yang perlu saya pakai ketika itu agak nipis. Tapi mahu tidak mahu saya perlu lakukannya juga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tiz juga sibuk menjalani penggambaran ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’, drama yang diadaptasi daripada sebuah novel gandingannya bersama Izzue Islam untuk slot Zehra, TV3 dan pada masa yang sama, Tiz juga akan muncul dalam siri ‘Oh My English’ sebagai Cikgu Ayu.

Sudah temui pengganti

Seperti yang diketahui umum, selepas hubungannya bersama Remy terputus, Tiz kini dilihat sudah pun memiliki pengganti setelah beberapa keping gambar mereka mula dimuat naik di laman sosial Intagram miliknya.

Tidak menafikan perkara itu, Tiz mengaku jejaka bernama Daniel Haziq yang dimaksudkan itu adalah teman lelaki terbarunya.

“Saya memang sudah ada teman lelaki seperti yang peminat boleh lihat dalam Instagram saya. Dia bukanlah kekasih lama saya seperti yang dikatakan khabar angin yang tersebar tapi dia adalah teman sekolah sejak tingkatan dua lagi,” katanya.

Enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai jejaka tersebut, Tiz berkata sikap sopan-santun dan sabar yang dimiliki oleh Daniel Haziq telah membuka hatinya untuk menerima pemuda itu.

“Dia seorang yang lemah-lembut, sabar dan tak suka marah-marah dan tahan dengan perangai saya. Itu yang membuat saya selesa dengannya. Bagi saya dalam sesebuah hubungan kematangan dan saling memahami adalah antara faktor yang penting,” kata Tiz.

Serik bercinta dengan artis?

Menyentuh mengenai perancangan dalam perhubungannya kini, Tiz memberitahu buat masa terdekat ini dia lebih selesa untuk memberi fokus terhadap kerjayanya terlebih dahulu.

“Saya masih muda, sekarang ini kalau boleh saya mahu fokus dan mengumpul duit terlebih dahulu sebelum memikirkan soal ini. Bertanya sama ada dirinya serik untuk menjalinkan hubungan cinta bersama rakan artis yang lain, Tiz akui perasaan dan keadaan bercinta sesama rakan artis dan orang biasa adalah sangat berbeza.

Bagaimanapun Tiz tidak menolak jika ketentuan telah menetapkan dirinya bakal bertemu jodoh dengan golongan artis.

“Memang beza kalau bercinta dengan orang biasa dan artis. Bila bercinta dengan orang biasa tidak ramai yang bagi perhatian terhadap hubungan kami,” katanya.

OLEH NINA FARZUIN MD SHAROM
FOTO: AZMI ARYANTO

Jumat, 08 Maret 2013

Gosip Artis - Tiz Zaqyah tumpang gembira buat Remy Ishak

Empat tahun lalu menerusi drama Nur Kasih mereka dipertemukan. Bukan sekadar digandingkan sebagai suami isteri, tetapi akhirnya cinta mereka menjadi realiti.

Namun, seiring dengan fenomena Nur Kasih yang makin berlalu, begitulah juga dengan cinta yang bersemi di antara Adam yang dilakonkan Remy Ishak dan Nur lakonan Tiz Zaqyah Razak.

Nyata, episod cinta yang terjalin di lokasi drama kesukaan ramai itu ternoktah juga di tengah jalan pada pertengahan tahun lalu.

Kini Tiz Zaqyah sendiri sudah menemui ‘pengganti baru’ di hatinya, manakala Remy pula hangat dikaitkan menjalin hubungan istimewa dengan pelakon jelita, Maya Karin.

tiz zaqyah
Tiz Zaqyah
Bagaimanapun, kedua-duanya ‘ditemukan’ kembali pada malam gala sempena tayangan drama 26 episod lakonan mereka, Cinta Jangan Pergi untuk TV9, baru-baru ini.

Yang pasti, kedua-duanya cukup profesional. Bahkan, apabila diminta bergambar berdua untuk sesi fotografi bersama, mereka tidak mengelak sebaliknya memberikan kerjasama baik.

Remy yang membawakan watak Kalil dan Tiz sebagai Lea Soraya dalam drama yang akan menemui penonton pada 6 April nanti, jam 8.30 malam itu, masih lagi berlakon sebagai pasangan kekasih.

Disiarkan dua malam berturut-turut, setiap Sabtu dan Ahad, ia mengetengahkan kisah percintaan antara Kalil dan Lea Soraya ketika mereka melanjutkan pengajian di luar negara.

Berbicara mengenai keserasian yang masih wujud dalam lakonan Remy dan Tiz, walaupun ketika penggambaran drama ini dibuat hubungan cinta mereka sudah berakhir, jawapannya adalah profesional.

"Saya mengambil pendekatan bersikap profesional sepanjang penggambaran drama itu kerana cukup tertarik dengan jalan cerita diketengahkan serta karakter Kalil yang dilakonkan," kata Remy.
Katanya, enggan ketinggalan dalam penjiwaan watak sebagai Kalil yang romantik dan tidak suka merancang, dia berusaha tidak mahu terlalu melayan perasaan peribadi itu.

“Saya letakkan di dalam hati untuk bergembira dengan watak Kalil dan syukur dapat melakonkannya dengan baik dalam situasi yang begitu seronok.
“Semuanya berjalan lancar dan sama ada saya mahu pun Tiz, kami masih lagi boleh berbincang serta berbual bersama untuk merealisasikan karakter masing-masing.
“Kami cukup profesional dan saya juga masih seronok dapat bekerjasama dengan Tiz di dalam drama percintaan arahan Kabir Bhatia ini sekali lagi,” katanya.
Enggan mengulas lanjut kisah percintaannya yang sudah berlalu, Remy berkata, dia lebih selesa memilih untuk bersikap mendiamkan diri.

Katanya, dia seorang yang pemalu untuk terlalu membicarakan soal peribadi. Apatah lagi sudah terdidik dengan sifat itu oleh keluarganya sejak kecil lagi.

Menyentuh pula kisah hubungan ‘istimewa’ dengan Maya, aktor diminati ramai ini memaklumkan mereka berdua hanyalah teman rapat saja.

“Soal jodoh ini ketentuan Tuhan dan apa yang boleh saya katakan, hubungan dengan Maya setakat ini hanya sebagai kawan rapat. Namun, saya tidak tahulah bagaimana pula status hubungan kami ini pada masa akan datang dan biarlah ia ditentukan Tuhan. Lagi pun, soal jodoh tak boleh diramal,” katanya.
Mengakui dia kembali aktif semula di pentas teater tahun ini, Remy yang ditanya mengenai hubungan cinta baru Tiz berkata, dalam soal itu lebih bagus jika sama-sama mendoakan yang terbaik saja.

Tampil dengan wajah penuh ceria dan berseri-seri, ia nyata tidak mampu menolak kenyataan bahawa hati Tiz Zaqyah kini dipenuhi cinta serta bahagia.

Memilih cinta pemuda biasa untuk bertakhta di hatinya, Tiz berkata, dia cukup selesa kerana kisah percintaannya tidak lagi terlalu menjadi perhatian umum.

Pun begitu ujarnya, pemuda yang dikenali dengan nama Daniel Haziq yang juga rakan pada zaman persekolahannya dulu bukanlah ‘punca’ kemusnahan hubungan cinta dibina bersama Remy.

“Dia (Daniel) hadir dalam hidup saya selepas beberapa bulan putus cinta dengan Remy. Kami bertemu dalam majlis pertemuan semula rakan sekolah lama yang dianjurkan.
“Sejak itu, kami mula berkawan kembali dan lama-kelamaan semakin serasi. Dia begitu memahami sikap saya dan cukup bersabar. Jadi, kami saling menyenangi antara satu sama lain.
“Saya suka dia kerana sikapnya yang matang, tenang, lemah-lembut dan sangat sabar. Bahkan, keluarga juga sudah tahu dan menerima hubungan kami,” katanya.
Berbicara mengenai perancangan perkahwinan, Tiz berkata, perkara itu belum lagi difikirkan kerana faktor usia yang masih muda.

“Buat masa ini, biarlah kami bercinta dulu dan juga memberi fokus pada karier masing-masing. Apabila sudah stabil dan bersedia, maka mungkin boleh memikirkan soal itu (perkahwinan) pula.
“Apapun, kini saya mengharapkan hubungan kami berjalan lancar dan doakan yang terbaik serta semoga berpanjangan,” katanya yang akan muncul dengan drama baru arahan Raja Ahmad Alauddin.
Berbicara mengenai Remy pula, Tiz berkata, biar pun mereka tidak lagi bercinta tetapi hubungan antara satu sama lain masih baik dan profesional.

"Saya juga sering terserempak dengan Remy di merata tempat dan kami tidak bermusuhan. Hubungan cinta kami juga putus secara matang.
"Menyentuh soal hubungan Remy dan Maya, itu urusan mereka dan saya doakan saja yang terbaik. Malah saya turut tumpang gembira jika Remy sudah menemui cinta baru," kata Tiz.

Kamis, 21 Februari 2013

Gambar Maya Karim dan Remy Ishak bercuti di Sabah - Gosip Artis

Kecoh juga para peminat membuat spekulasi di Instagram milik Remy Ishak apabila beliau mengirimkan gambar percutian beliau di Sabah bersama Maya Karin baru baru ini.

Hanya dua keping gambar yang di’kirimkan tetapi ini cukup membuatkan para peminat pasangan Maya Karin & Remy Ishak merasa gembira kerana mereka anggap ini satu perkembangan positif.

Gambar pertama dari Remy Ishak menunjukkan pasangan ini berada dalam kenderaan untuk perjalanan sejauh 7 jam dari Kota Kinabalu, Sabah ke kawasan hutan simpan Imbak Canyon.

Remy Ishak sekali lagi mengirimkan gambar apabila mereka sudah tiba di Imbak Canyon & kali ini beliau bersama Maya Karin sedang menikmati makan malam. Hebat juga dalam hutan boleh Instagram, heh.

Mungkin mereka bercuti berdua, dan lebih besar kemungkinan mereka pergi bersama rombongan rakan rakan. Maklumlah mereka berdua baru selesai dengan penggambaran filem Sejoli.
maya karim dan remy ishak
Remy  Ishak dan Maya Karim bercuti di Sabah

maya karim  dan remy ishak
Maya Karim  dan Remy Ishak



Rabu, 13 Februari 2013

Remy tak gentar bertembung Tiz - Gosip Artis Terkini


Tenang saja suara Remy Ishak di hujung talian tatkala ditanya kebenaran cerita kononnya dia tidak muncul pada sesi fotografi drama bersiri lakonannya seperti yang disiarkan dalam kolum Dengarnya... Jumaat lalu.

Dalam artikel itu ada menyebut, Remy tidak hadir ke sesi fotografi poster drama berkenaan atas alasan tidak sihat.
Bagaimanapun, rahsia akhirnya terbongkar apabila pihak produksi Filmscape yang menerbitkan drama berjudul Cinta Jangan Kau Pergi lakonan Remy dan Tiz Zaqyah mendapat tahu, ketidakhadiran aktor itu adalah kerana dia terbabit dengan penggambaran filem.

Lebih menyulitkan keadaan, khabarnya Filmscape tidak tahu-menahu Remy terbabit dalam tugasan lain. Pastinya, tindakan pelakon itu menyusahkan banyak pihak. Khabarnya juga, stesen TV yang bakal menyiarkan drama itu bengang dengan sikap tidak bertanggungjawab Remy.

remy ishak
Remy Ishak
Sambil menyifatkan cerita disebarkan itu tidak benar, Remy tidak menolak andaian dakwaan itu mempunyai agenda tersembunyi yang mungkin mahu memburukkan dirinya.
“Saya akui sepatutnya memang saya kena hadiri sesi fotografi itu, tetapi disebabkan masalah jadual yang padat dan pelbagai halangan lain, fotografi terbabit akan dilakukan pada 13 Februari (hari ini). Perkara ini sudah pun diperbincangkan dengan dengan pihak produksi dan mereka maklum mengenainya. Cuma, tak perlulah saya nak dedahkan apa yang sudah saya bincangkan dengan mereka. 
“Saya sendiri hairan kenapa cerita seperti ini perlu digembar-gemburkan? Seolah-olah, ada agenda tersembunyi pihak tertentu yang sengaja mahu memanaskan cerita,” katanya ketika dihubungi HIP petang Isnin lalu. 
Mengulas dakwaan kononnya keengganan menghadirkan diri ke sesi fotografi itu disebabkan tidak mahu bertentang mata dengan bekas kekasih, iaitu Tiz, Remy menyifatkan tuduhan itu langsung tidak berasas.
“Kenapa pula saya tak nak datang disebabkan Tiz, sedangkan cinta kami putus sebelum kami berlakon dalam drama itu lagi? Kalau betul, baik saya tolak tawaran berlakon dengannya awal-awal lagi. 
“Ingatkan, bila saya berdiam diri, tiada lagi cerita yang bukan-bukan mengenai saya tersebar. Kalau boleh saya tak nak ulas cerita yang tiada isu pun kerana saya percaya, ia akan jadi panjang selepas ini. Apa pun, sekali lagi saya tegaskan, tiada apa yang berlaku dan saya anggap perkara ini sengaja diperbesarkan atas tujuan tertentu,” katanya. 
Remy ketika ini sedang bercuti selepas menamatkan penggambaran filem Sejoli arahan Osman Ali. Inilah filem ketiga Remy berlakon di bawah arahan Osman dan gandingan kali ketiga juga bersama aktres jelita, Maya Karin, selepas Anak Halal dan Cun!

Mengulas lanjut wataknya, Remy berkata, dalam filem ini dia masih lagi membawakan watak komedi, tetapi lebih bersifat urban, berbanding watak pemuda desa dalam Cun!
“Walaupun berkonsep ringan, watak ini tetap ada cabaran tersendiri. Tunggulah, selepas Osman membuat pengumuman mengenai pembikinan filem ini barulah karakter sebenar setiap pelakon dan jalan ceritanya akan didedahkan,” kata pelakon yang turut beraksi di sisi Bront Palarae dan Izara Aishah dalam filem terbabit.

Sumber: Berita Harian

Selasa, 12 Februari 2013

Tiz Zaqyah mengaku sudah ada kekasih baru - Gosip Artis


Selepas hubungan cinta bersama pelakon kacak Remy Ishak tidak menjadi, Tiz Zaqyah seringkali menjadi tumpuan untuk mengetahui siapakah lelaki yang berjaya menawan hatinya selepas kembali single.

Ingat tak, beberapa hari lalu OGA(Oh Gosip Artis) ada memasukkan gambar instagram milik Tiz dengan seorang lelaki yang nampak begitu mesra sekali. Ada apa-apa ke?

Lelaki tersebut  dikenali sebagai @DanielHaziqafc di laman Instagramnya sejak kebelakangan ini.

gambar tiz zaqyah dan kekasih baru
Tiz Zaqyah dan kekasih baru
Tiz Zaqyah dihubungi wartawan sebuah akhbar,  memberitahu bahawa gambar tersebut adalah dia bersama kekasih dan Tiz memberitahu bahawa kini dia bersama jejaka tersebut.
“Ya, I’m with him right now. Kami kenal sejak sekolah menengah lagi,” ujar Tiz Zaqyah pendek.
Tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai hubungan mereka, Tiz Zaqyah mahu peminat doakan yang terbaik untuknya.

OGA: Doakan terbaik untuk Tiz. Semoga hubungan kali ini akan membawa Tiz ke jinjang pelamin.

Sabtu, 09 Februari 2013

Tiz Zaqyah kini bahagia dengan bekas kekasih - Gosip Artis Terkini


Setelah putus cinta bersama Remy Ishak, Tiz Zaqyah ada mengeluarkan kenyataan tidak mungkin akan berpatah balik bersama Remy. Malah dua bulan lalu Tiz sudah mengeluarkan kenyataan dia kini sudah mempunyai kekasih baru. Wah, beruntungnya jejaka tu, Mesti semua orang nak tahukan jejaka yang bertatah dihati Tiz tu. Adakah sesama artis juga atau sebaliknya? 

Namun, sebulan dua ini Tiz dilihat rancak memuat naik gambarnya bersama seorang lelaki di instagram, @danielhaziqafc. Bagi sesiapa yang mengikuti Tiz Zaqyah di Instagram, mesti ada yang perasankan. 

Menurut sumber yang kami terima, lelaki tersebut merupakan bekas kekasih Tiz sebelum Remy Ishak. Dan untuk tidak menolak kemungkinan juga, berdasarkan dari gambar-gambar di instagram, Tiz dan bekas kekasihnya itu telah kembali bersama balik. 

Dibawah ni OGA(Oh Gosip Artis) muatkan gambar Tiz dan jejaka tersebut. Jom kita layannn...
Tiz dan bekas kekasih
Tiz dan Teman baru

tiz dan teman lelaki baru
Tiz dilihat intim dengan jejaka ini
gambar tiz dan teman lelaki baru
Gambar mesra Tiz dan teman lelaki baru
gambar mesra tiz zaqyah
Gambar  Tiz Zaqyah dan  bekas kekasih dalam instagram

Kamis, 18 Oktober 2012

Maya Karin 'Dating' Dengan Remy Ishak Di The Curve


   
Bukan pertama kali Maya Karin dan Remy Ishak dikaitkan bersama. Kini selepas masing-masing kembali solo, nampaknya hubungan mereka kembali menjadi perhatian peminat.

Gandingan menjadi mereka dalam filem Cun pernah menimbulkan spekulasi yang Remy pernah menyimpan perasaan cinta terhadap Maya Karin — dan dinafikan.

Walaubagaimana pun peminat hiburan di Forum Cari hari ini mendedahkan yang ada beberapa orang terserempak dengan pasangan ini sedang keluar bersama di pusat membeli belah The Curve.

Sekitar 10.00 malam tadi, beberapa status timbul di Twitter mengatakan mereka nampak Maya Karin & Remy Ishak sedang menikmati makan malam bersama di sebuah restoran.

“Remy Ishak sedang asyik dating dengan Maya Karin di Sakae Sushi, The Curve,” - lebih kurang begitulah ayatnya yang ditulis oleh seorang pengguna Twitter sekitar 9.00 malam tadi.

Kami sangat pasti jika diajukan soalan tentang hubungan ini kepada mereka, jawapan berjumpa sebagai kawan biasa. Tidak mengapa, masing masing solo.

Dalam perkembangan berkaitan, Maya Karin bakal bertolak ke Nepal hari ini untuk menjayakan misi beliau memanjat gunung disana seperti yang dilaporkan media sebelum ini. Semoga berjaya & selamat pergi juga pulang buat Maya Karin.




Sabtu, 22 September 2012

Panas!! Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah Sah Putus Cinta

MULA bercinta di lokasi filem Nur Kasih The Movie, Remy mendakwa walaupun telah putus cinta dengan Tiz, mereka masih boleh meneruskan hubungan profesional dalam lakonan. Terbaru, mereka digabungkan sebagai pasangan kekasih dalam drama Cinta Jangan Pergi.

KALI ini putus cinta yang ke-453! Sebaik sahaja petikan usikan yang ditulis sebuah portal hiburan itu diucapkan semula ke telinganya, duta Dashing itu tergelak besar. Dia memberi isyarat tentang cerita yang sudah berbulan tersimpan di dada itu sudah bukan sesuatu yang menyakitkan untuk dikongsi. Sementelah kata Remy, dia tidak sanggup membiarkan imejnya tercalar disebabkan kisah peribadi.

Cerita cinta Remy Ishak dan Tiz Zaqyah muncul lagi. Kali ini, sekali lagi luahan beremosi Remy menerusi laman Twitter miliknya mengundang andaian peminat dan media bahawa dia dan Tiz sudah tidak sehaluan.

Petikan-petikan yang berbunyi 'the relationship was gone a long time ago...' serta 'the best way to end the relationship is to burn the bridge...' yang ditulis Remy beberapa hari lalu semakin menguatkan spekulasi ramai bahawa percintaan mereka sudahpun berkecai.

Akui Remy, tulisan itu sebenarnya satu kenyataan rasmi berhubung status percintaannya dengan Tiz yang sering berdepan persepsi ramai.

"Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan," tegas Remy tentang percintaannya yang telah bertemu jalan penamat.

Berputik cinta dari lokasi filem Nur Kasih The Movie, Remy bagaimanapun tidak menafikan dibaluti kesedihan kerana terpaksa melupakan perhubungan yang telah dibina sejak tiga tahun lalu.

"Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius. Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu diterokainya," ujar Remy sambil memohon semua pihak agar tidak mencari kesalahan mana-mana pihak atas perpisahan mereka.

REMY akhirnya mengakui secara terbuka bahawa hubungannya bersama Tiz tidak mampu diteruskan.

Lama menyembunyikan berita itu daripada pengetahuan umum, kata Remy, dia tidak berniat untuk menipu atau mempermain-mainkan harapan peminat.

"Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza.

"Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut," katanya.

Sambil menjelaskan masih boleh berkawan dan perpisahan itu tidak menyekat hubungan profesional mereka sesama artis, sebagai bukti kata Remy: "Kami sama-sama di lokasi drama bersiri Cinta Jangan Pergi arahan Khabir Bhatia. Dalam drama itu saya masih boleh berlakon jadi kekasih Tiz."

Dua kali putus cinta bersama wanita berstatus selebriti, kali pertama bersama pelakon Ummi Nazeera dan kini Tiz, Remy ditanya tentang kesukaran mempertahankan cinta sesama artis yang berlaku ke atas dirinya.

"Kalau ada persefahaman yang kuat, rasanya tidaklah sukar sangat," jelas Remy yang pernah juga digosipkan bercinta dengan Maya Karin selepas berganding dalam teater Natrah dan filem Cun!

Ditebak lagi tentang punca perpisahan sesebuah percintaan yang lazimnya dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga, Remy menafikan andaian itu.

"Seperti yang katakan tadi, saya tidak mahu kisah putus cinta antara saya dan Tiz ini dikaitkan dengan sesiapa, tiada siapa yang salah atau siapa betul. Kami putus secara baik. Saya dan Tiz kena terima hakikat bahawa kami tidak sefahaman dan tidak boleh meneruskan komitmen," katanya mahu fokus kepada karier namun tidak serik jika ditakdirkan jatuh cinta lagi.

Rabu, 13 Juni 2012

Status Facebook Tiz Zaqyah Buat Remy Ishak





Siapa yg tak tahu kes Remy Ishak dan Tiz Zaqyah ni, uols boleh refer kat previous entry zie dgn click SINI :) Kan dlm entry tu Remy dok ngadu kat laman sosial (Twitter) yg Tiz layan dia mcm sampah bila dia di masukkan ke hosiptal...

...rupanya Tiz Zaqyah pun ada berbalas ayat di laman sosial gak. Tiz plak meluahkan perasaan di Facebook mengatakan...











Haaa...kan dah. Kantoi mkn ubat penenang...hehe. Apa lah masalah Remy tu sampai telan ubat penenang bagai ni. Takkan ler bermasalah dgn kekasih sampai perlu telan ubat penenang bagai...haishhh.

Pape pun, status FB tu dah pun Tiz deletekan. sumber dari BeautifulNara








Gosip Panas Mak Kepochi™

Tiz Zaqyah Layan Remy Ishak Macam Sampah???


** Sumber dari RotiKaya**




Aiyoyoyoyo...apa sudah jd dgn pasangan bahagia ni. Dulu dengar desas desus mengatakan dorg putus bagai. Skrg up plak gosip ttg layanan mcm sampah bagai pulak...haishhh. Menurut sumber, Remy Ishak telah di masukkan ke hospital gara² demam panas.

...so Remy Ishak pi ler gtaw kat Tiz Zaqyah utk kata² semangat. Alih² response yg di beri mengecewakan...

















Huhu...sabar je lah remy oiii. Adat berkasih ler tu. Yg kau pi tweet secara public tu awat. kan dah marah si Tiz Zaqyah tu. Kalau zie pun...hehe. Mana lah taw kot² dia mmg betul² letih ke apa...

...tp itu lah, hal² kekecewaan gini tak sepatutnya di gantung di laman sosial. Boleh menjejas relationship taw. Pendapat zie je la :)









Gosip Panas Mak Kepochi™

Kamis, 31 Mei 2012

'Hero Baru Malaya' Dan Diana Danielle Bercium?

   

Kalau selama ini, berikanlah watak seorang kekasih atau sebagai suami romantik kepadanya, Remy Ishak sememang sedia menginterpretasi dengan jayanya. Malah karakter Adam dalam Nur Kasih baik versi filem mahupun drama, antara hasil lakonan aktor berusia 30 ni yang mendapat pujian ramai. Hinggakan dia menerima jolokan sebagai 'Hero Baru Malaya'. Tetapi dalam filem terbarunya, Jiwa Taiko, Remy memberi persembahan yang sedikit berbeza, masih sebagai kekasih tetapi sandiwaranya kali ini lebih 'ekstrem'.

'Ekstrem' yang bagaimana? Selain babak aksi, filem arahan pengarah Osman Ali ni menuntut Remy sebagai Firman Mustaqim, yang berpasangan dengan aktres muda jelita, Diana Danielle (Trisha) melakonkan beberapa babak berahi dan bercium.

Walaubagaimana pun, Remy tidak menganggap apa yang dipotrey bersama Diana akan menjadi satu isu besar.

"Nak kata ia agak keterlaluan. Bagi saya, kami sekadar memenuhi tuntutan karakter. Lagipun sebelum itu, saya, Diana dan abang Osman duduk berbincang. Kami bertanyakan kenapa dan mengapa perlu adanya babak tersebut",

"Abang Osman menjelaskan itu adalah permintaan naskah serta watak itu. Kami masih tahu batas-batas dan niat kita adalah untuk menyampaikan mesej. Jadi harap penonton tidak salah anggap", ujar Remy kepada MD ketika ditemui di majlis pra tonton Jiwa Taiko di The Cathay Cinelesure, Damansara, malam tadi.


Tambahnya lagi, sikap profesional Diana malah semua pelakon yang terbabit dalam filem tersebut sekaligus membuatkan dia langsung tidak berasa kekok untuk melakonkan babak intim.

"Sebenarnya saya lebih seronok dengan jalan cerita dan watak daripada babak pegang-pegang ni. Tapi apapun saya tak nak lah di sebabkan faktor-faktor begini, menghalang saya daripada berlakon, katanya lagi.

Osman Ali (tiga dari kiri) bersama barisan pelakon 'Jiwa Taiko' (foto oleh Greyredphotography)Osman Ali (tiga dari kiri) bersama barisan pelakon 'Jiwa Taiko' (foto oleh Greyredphotography)

Jiwa Taiko mengisahkan pertembungan dua sahabat - Firman dan Pinto yang dulunya sama-sama menjadi penjenayah kecil, tetapi kini masing-masing memilih jalan hidup berbeza. Pergolakan tercetus apabila Pinto menuntut janji Firman untuk terus hidup dan mati dalam dunia hitam. Konflik tersebut telah mengancam raka-rakan Firman termasuklah Lara dan kekasihnya, Trisha.Dibarisi pelakon hebat lain seperti Bront Palarae, Nadiya Nissa, Fiz Fairuz dan ramai lagi, Jiwa Taiko bakal di tayangkan pada 14 Jun 2012.

Dalam pada itu, MD sempat juga bertanyakan mengenai perkembangan hubungan bersama buah hatinya Tiz Zaqyah. Baru-baru ini timbul gosip mereka kononnya sudah berpisah berikutan status di laman sosial pasangan sama cantik sama padan menggambarkan hubungan mereka sedang berantakan. Tiz sudah pun memberi kenyataan, bahwa mereka masih bersama. Namun selama ini Remy memilih jalan untuk berdiam diri sehingga di minta mengulas mengenai spekulasi tersebut,  

"Hubungan kami Okay. Saya semakin cintakan dia", ujar Remy ringkas.

Mengenai perkembangan lain, Remy baru saja usai menjalani penggambaran filem Bravo 5. Dia bakal kembali ke set penggambaran drama bersiri Cinta Jangan Pergi gandingannya bersama Tiz Zaqyah. Serta akan muncul dalam filem seperti, Aku, Kau Dan Dia, Hantu Kapcai dan Azazil.

Oleh Farahanim Rahim