Tampilkan postingan dengan label pelakon lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pelakon lelaki. Tampilkan semua postingan

Jumat, 15 Maret 2013

Aeril Zafrel Sah Berlakon Filem Hollywood

Aktor Aeril Zafrel hari ini mengesahkan pembabitannya sebagai pelakon dalam sebuah filem Hollywood. Lebih menarik lagi, aktor berusia 26 tahun ini dikhabarkan akan bergandingan dengan pelakon handalan Christina Ricci dan Sharon Stone.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari berkata, pembikinan filem itu sedang diadakan di London namun dia tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai filem itu kerana terikat dengan perjanjian dengan pihak produser.

Menceritakan pengalaman bagaimana dia terpilih, Aeril berkata seorang kenalannya di London meminta dia menghantar profil kerjayanya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian pihak produser terus menghubungi aktor itu kerana mendapati dia menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu.

"Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tidak banyak boleh saya perkatakan di sini kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produser," katanya.
aeril zafrel
Aeril Zafrel sah berlakon filem hollywood
 Dalam pada itu, Aeril turut mengakui gambar seorang lelaki di samping Christina adalah dirinya dan ia dipetik daripada satu video muzik lagu tema filem berkenaan.

Aeril berkata, muzik video itu akan ditayangkan di saluran MTV tidak lama lagi sebagai promosi awal filem romantik itu yang menjalani penggambaran di London, England.

"Saya akui memang benar pelakon lelaki di samping Christina (Ricci) dalam gambar itu diri saya. Ia satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem terbabit yang masih belum ada judul rasmi.
Penggambaran video muzik itu dirakamkan pada awal tahun ini.

"Saya rasa macam bermimpi apabila dapat berlakon dengan produksi Hollywood selain pelakon besar seperti Christina dan Sharon," katanya lagi.

Selasa, 12 Maret 2013

Jehan Miskin Sangkal Merajuk, Tolak Tawaran Berlakon

Dah lama rasanya tak tengok pelakon kacak Jehan Miskin ni berlakon kat TV kan. Bagi OGA rugi la kan Jehan tu tak berlakon, OGA tengok dia tu memang berbakat besar. Namun, semua orang mesti nak tahu kan kenapa lama sangat Jehan menyepikan diri, adakah ada masalah peribadi atau dia merajuk??

Namun begitu, Pelakon Jehan Miskin menyangkal dakwaan kononnya dia merajuk dengan dunia lakonan sehingga membuatkan dia menolak beberapa tawaran yang diberikan kepadanya.

Jehan sebaliknya berkata, keputusan menolak tawaran lakonan adalah disebabkan dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya barunya iaitu seorang penerbit dan pengarah. Ohh..patut pun ingatkan Jehan merajuk. Bagus la Jehan macam tu. OGA doakan semoga kerjaya baru itu dapat membuahkan hasil.

jehan miskin
Jehan Miskin
"Benar sudah tiga bulan saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon daripada mana-mana produksi kerana terlalu sibuk dengan pelbagai tugas sebagai pengarah dan penerbit.
"Merajuk itu tidak benar sama sekali kerana tiada sebab untuk saya berbuat demikian," jelasnya kepada mStar Online.
Jehan memberitahu dia bakal mengarahkan drama rantaian untuk 8TV berjudul What If sebanyak 13 episod selain sibuk dengan kerja-kerja pengarahan iklan komersial untuk syarikat korporat.

"Ramai tidak menyedari saya sudah tiga tahun bergiat aktif dalam penghasilan iklan komersial dan dokumentari untuk siaran televisyen," katanya.
Dalam pada itu, Jehan berkata, dia akan kembali berlakon apabila tiba masa yang sesuai kerana buat masa ini ingin memberikan tumpuan sepenuhnya dalam bidang pengarahan.

Katanya, dia perlu melakukan sesuatu bagi meluaskan kerjaya seninya dan tidak boleh terus berada pada tahap lama demi masa depan.

"Saya perlu membawa karier saya ke tahap yang lebih baik dan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu perkara sahaja dan untuk mengejar cita-cita itu saya perlu melupakan dunia lakonan seketika.
"Tetapi itu tidak bermakna saya sudah tidak mahu berlakon kerana lakonan masih menjadi minat utama saya," ujarnya.
Sementara itu, Jehan mengakui peminatnya ada mengajukan pertanyaan menerusi Twitter dan Facebook tentang ketiadaannya di televisyen sejak kebelakangan ini.

"Saya terharu dengan kebimbangan mereka terhadap saya dan pada masa sama saya rasa dihargai kerana peminat sentiasa bertanyakan tentang perkembangan terbaru dan mengingati saya," jelasnya.

Kamis, 28 Februari 2013

Shah Iskandar terkejut dengan perkahwinan Rozita dan Zain

Macam kita tahu, pelakon Shah Iskandar tidak terlepas dari digosipkan bersama Rozita Che Wan sebelum ini, Shah Iskandar dikhabarkan bergaduh dengan Zain Saidin kerana berebutkan aktress itu. Kecoh juga dunia hiburan.

Semasa pengikut industri seni sedang sibuk dengan cerita perkahwinan Zain dan Che Ta Julai ini, Shah Iskandar pada waktu itu sedang berada di Singapura. Sekembalinya Shah dari Singapura, dia akui terkejut dengan berita yang sampai ke telinganya.

shah iskandar
Shah Iskandar
“Sebenarnya saya baru tahu cerita hari ini (Rabu), baliknya saya dari Singapura dan saya terperanjat bila dapat tahu”
Walaupun sedikit terperanjat, Shah akui gembira dengan berita yang didengarnya. Mengakui Zain dan Che Ta telah saling lama mengenali.

Tidak ada perasaan yang kurang enak terbit darinya kerana dia dan Che Ta sememangnya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Ditanya juga tentang hubungannya bersama dengan pasangan itu, Shah akui hubungan mereka baik seperti biasa. Tiada sebarang perselisihan faham terjadi sepertimana yang digembar gemburkan sebelum ini.

Sebelum ini mereka bertiga pernah digandingkan bersama dalam telemovie Anak Ikan terbitan Astro Ria. Seterusnya Shah Iskandar digandingkan bersama Che Ta dalam drama siri Kiah Spy di Astro Prima.

Shah menambah sebelum mengakhiri perbualan, dia akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan andainya mendapat jemputan.

Selasa, 19 Februari 2013

Fizz Fairuz mohon maaf kepada Almy - gosip Artis Terkini


Selepas mengejutkan industri hiburan dengan kisah pertunangan dengan wanita lain selain daripada pelakon Almy Nadia pada minggu lalu, pelakon Fizz Fairuz terus mengundang kejutan apabila menyatakan bahawa dia sudah putus tunang dengan wanita yang didakwa sebagai isteri orang itu.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, pelakon yang bertunang pada 10 Februari lalu itu mengakui pertunangannya dengan wanita berusia 26 tahun itu hanya mampu bertahan selama seminggu saja.

"Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka bahawa tunang saya itu adalah isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah diatur oleh bekas tunang sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini, Fizz mendakwa berkemungkinan besar dia terkena buatan orang.
fizz fairuz
Fizz Fairuz
 "Empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru saya tahu tunang saya itu isteri kedua kepada seorang usahawan yang berusia 40 tahun. Sebelum ini mereka telah bernikah di Thailand.
"Khamis lalu, saya menerima kiriman SMS dari adik bekas tunang yang menceritakan status sebenar. Malah, saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu, Sabtu lalu. Lelaki itu telah mengesahkan kepada saya yang tunang saya itu adalah isteri keduanya dan perbincangan kami berdua diadakan secara baik," jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur Kasih tersebut sudah memaklumkan kepada keluarga bekas tunangnya dengan menyuarakan hasrat untuk memutuskan tali pertunangan yang bertahan hanya seminggu saja.

"Cukuplah, saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan dia. Saya mengenali wanita itu di satu lokasi penggambaran di ibu kota kira-kira setahun lalu. Sejak itu hubungan kami semakin rapat dan ia turut diketahui Almy Nadia.
"Namun, sepanjang mengenalinya saya tidak tahu menahu tentang latar belakang keluarganya. Sedar-sedar saya sudah pun bertunang dengan dia. Saya hanya mengenali keluarganya ketika majlis itu berlangsung.
"Saya sedar tindakan bertunang secara tergesa-gesa itu sudah tentu menyakitkan hati Almy. Kepada semua, saya minta maaf terutama sekali Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Inilah ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni," ujarnya.
Menambah penjelasan, Fizz berasa pelik kerana sepanjang berkenalan dengan Almy selama tujuh tahun agak sukar untuk mengikat tali pertunangan tetapi tidak dengan wanita tersebut.

"Sehari sebelum bertunang, saya seperti ditunjukkan petanda musibah apabila tangan saya melecur terkena air panas. Malah, dalam perjalanan ke Kuatan, kenderaan saya turut rosak.
"Sebelum ke rumah wanita itu, saya memaklumkan kepada rakan-rakan tidak mahu bertunang kerana tidak sedap hati. Namun, apakan daya ia sudah pun berlaku.
"Selepas diuji sebegitu, saya tidak lalu makan dan tidur. Saya mohon maaf kepada media kerana tidak menjawab panggilan sebelum ini disebabkan fikiran serabut," jelasnya panjang lebar.
Sementara itu, Fizz memberitahu Almy pernah menyuruhnya berubat secara alternatif selepas menyaksikan keadaannya tidak terurus sejak berkenalan dengan wanita tersebut.

Senin, 18 Februari 2013

Izzue Islam Pernah Hidup Merempat Untuk Jadi Artis


Pelakon dan penyanyi Izzue Islam mendedahkan pernah hidup merempat semata-mata untuk mengejar impiannya bergelar seorang bintang.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, berkata, semasa berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2009, dia bersama rakan-rakannya sanggup tinggal di kedai 'bundle di Kelana Jaya, Selangor sebelum meneruskan hidup.

"Memang empat tahun lalu, kehidupan saya tak semudah sekarang. Dari kampung saya di Kelantan, saya berhijrah ke ibu kita dan pernah merasai hidup di jalanan bagi mengejar cita-cita untuk bergelar anak seni.
"Alhamdulillah, kesukaran itu telah memberi pengalaman buat saya untuk menjadi seorang insan yang lebih bagus dan tidak riak, Insya-Allah," katanya.
Izzue ditemui pada pelancaran drama Bunga Merah Punya, terbitan Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), dekat sini, Isnin.

Bercerita mengenai kehidupannya sekarang, Tambah Izzue, walaupun hidupnya semakin teratur bersama kumpulan, Forteen, dia masih lagi mengamalkan cara hidup yang diamalkan sebelum ini iaitu tidur tanpa alas tilam.
izzue islam
Izzue Islam
"Memang sampai sekarang saya tidur tanpa tilam dan hanya beralaskan kain biasa sahaja. Diharap, dengan kesusahan lalu dapat mengajar saya untuk terus berusaha menjadi anak seni yang berjaya Insya-Allah," ujarnya.
Dalam pada itu, pengalaman lampaunya itu turut dikongsi dalam lakonannya menerusi drama Bunga Merah Punya.



Rabu, 13 Februari 2013

Remy tak gentar bertembung Tiz - Gosip Artis Terkini


Tenang saja suara Remy Ishak di hujung talian tatkala ditanya kebenaran cerita kononnya dia tidak muncul pada sesi fotografi drama bersiri lakonannya seperti yang disiarkan dalam kolum Dengarnya... Jumaat lalu.

Dalam artikel itu ada menyebut, Remy tidak hadir ke sesi fotografi poster drama berkenaan atas alasan tidak sihat.
Bagaimanapun, rahsia akhirnya terbongkar apabila pihak produksi Filmscape yang menerbitkan drama berjudul Cinta Jangan Kau Pergi lakonan Remy dan Tiz Zaqyah mendapat tahu, ketidakhadiran aktor itu adalah kerana dia terbabit dengan penggambaran filem.

Lebih menyulitkan keadaan, khabarnya Filmscape tidak tahu-menahu Remy terbabit dalam tugasan lain. Pastinya, tindakan pelakon itu menyusahkan banyak pihak. Khabarnya juga, stesen TV yang bakal menyiarkan drama itu bengang dengan sikap tidak bertanggungjawab Remy.

remy ishak
Remy Ishak
Sambil menyifatkan cerita disebarkan itu tidak benar, Remy tidak menolak andaian dakwaan itu mempunyai agenda tersembunyi yang mungkin mahu memburukkan dirinya.
“Saya akui sepatutnya memang saya kena hadiri sesi fotografi itu, tetapi disebabkan masalah jadual yang padat dan pelbagai halangan lain, fotografi terbabit akan dilakukan pada 13 Februari (hari ini). Perkara ini sudah pun diperbincangkan dengan dengan pihak produksi dan mereka maklum mengenainya. Cuma, tak perlulah saya nak dedahkan apa yang sudah saya bincangkan dengan mereka. 
“Saya sendiri hairan kenapa cerita seperti ini perlu digembar-gemburkan? Seolah-olah, ada agenda tersembunyi pihak tertentu yang sengaja mahu memanaskan cerita,” katanya ketika dihubungi HIP petang Isnin lalu. 
Mengulas dakwaan kononnya keengganan menghadirkan diri ke sesi fotografi itu disebabkan tidak mahu bertentang mata dengan bekas kekasih, iaitu Tiz, Remy menyifatkan tuduhan itu langsung tidak berasas.
“Kenapa pula saya tak nak datang disebabkan Tiz, sedangkan cinta kami putus sebelum kami berlakon dalam drama itu lagi? Kalau betul, baik saya tolak tawaran berlakon dengannya awal-awal lagi. 
“Ingatkan, bila saya berdiam diri, tiada lagi cerita yang bukan-bukan mengenai saya tersebar. Kalau boleh saya tak nak ulas cerita yang tiada isu pun kerana saya percaya, ia akan jadi panjang selepas ini. Apa pun, sekali lagi saya tegaskan, tiada apa yang berlaku dan saya anggap perkara ini sengaja diperbesarkan atas tujuan tertentu,” katanya. 
Remy ketika ini sedang bercuti selepas menamatkan penggambaran filem Sejoli arahan Osman Ali. Inilah filem ketiga Remy berlakon di bawah arahan Osman dan gandingan kali ketiga juga bersama aktres jelita, Maya Karin, selepas Anak Halal dan Cun!

Mengulas lanjut wataknya, Remy berkata, dalam filem ini dia masih lagi membawakan watak komedi, tetapi lebih bersifat urban, berbanding watak pemuda desa dalam Cun!
“Walaupun berkonsep ringan, watak ini tetap ada cabaran tersendiri. Tunggulah, selepas Osman membuat pengumuman mengenai pembikinan filem ini barulah karakter sebenar setiap pelakon dan jalan ceritanya akan didedahkan,” kata pelakon yang turut beraksi di sisi Bront Palarae dan Izara Aishah dalam filem terbabit.

Sumber: Berita Harian

Selasa, 05 Februari 2013

Zach (X-Factor) Rancang Kahwin Hujung Tahun - Gosip Artis Terkini


Pelakon Zachery Francis atau lebih dikenali sebagai Zach mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas kecewa kerana berpisah dengan kekasihnya yang dijalinkan selama sembilan tahun.

Zach, 35, yang juga bekas anggota kumpulan X-Factor berkata, dia kini telah menemui cinta baru dan merancang untuk berkahwin selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.

zach x-factor


"Syukur akhirnya saya bertemu dengan seorang wanita yang saya sifatkan cukup sempurna di mata saya dan sangat selesa bersamanya.

Zach bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu namun mengakui wanita tersebut hanya orang biasa dan tidak terlibat dalam bidang hiburan.
"Cukup saya katakan sikapnya cukup buat saya senang dan hanya seorang wanita biasa yang cukup merendah diri," katanya.
Bercakap mengenai kerjaya seninya, Zach berkata, dia bersyukur masih diberi kepercayaan untuk memegang watak-watak utama dalam drama biarpun persaingan daripada pelakon yang jauh lebih muda semakin sengit.

Jelas Zach, biarpun popularitinya berada pada tahap sederhana namun dia tidak pernah merungut sebaliknya sentiasa berusaha untuk mengembangkan kerjaya lakonannya.
"Saya masih belum puas dengan pencapaian sekarang dan sentiasa mencari ruang untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik namun saya bersyukur dengan segala peluang diberikan kepada saya," katanya.
Tambah Zach, dia juga merancang untuk membuka sebuah syarikat produksinya sendiri sebagai jaminan masa hadapannya.

Penyanyi program realiti rogol teman wanita kini ditahan? Gosip panas artis

Terkejut OGA (Oh Gosip Artis) apabila diberitahu bahawa seorang penyanyi lelaki telah ditahan reman kerana  disyaki merogol teman wanitanya sendiri. Siapakah artis itu? Menurut sumber, penyanyi terbabit merupakan juara program realiti popular terbitan sebuah stesen televisyen dan dia kini  ditahan reman selama enam hari bermula semalam.

kes rogolPerintah reman ke atas penyanyi itu dikeluarkan oleh Pendaftar Nur Haizan Abdul Rahman di Mahkamah Majistret Ampang di sini.

Siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ke atas suspek dibuat bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Jika sabit kesalahan, penyanyi itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut laporan akhbar, mangsa yang merupakan teman wanita kepada penyanyi itu dirogol kira-kira jam 12.40 tengah hari, 31 Januari lalu ketika bersama penyanyi itu di rumahnya di Ukay Perdana, dekat sini.

Mangsa mendakwa dia tidak melawan kerana takut  dicederakan.

penyanyi itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari semalam di Taman Melati dekat sini setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

OGA: Malulah kalau kita tu seorang selebriti.. apa yang kita lakukan semua orang akan tahu.. Harap para-para artis Malaysia kita jagalah tingkah laku yang  akan menjadi contoh kepada anak muda kita..



Syed Aiman Rindu Mahu Aktif Berlakon - Gosip Artis Terkini

Dah lama rasanya OGA (Oh Gosip Artis) tidak mendengar berita tentang karier Pelakon Syed Aiman. Khabarnya, Syed Aiman sudah bersedia untuk kembali memeriahkan industri lakonan selepas empat tahun menyepi daripada sebarang projek terbaharu. Gosip Artis dan selebriti terkini.
Syed Aiman atau nama sebenarnya, Syed Aiman Syed Mahmud, 38, berkata, sudah tiba masanya dia berbuat demikian kerana rindukan dunia lakonan yang menjadi sumber pendapatannya sebelum ini.
syed aiman dan keluarga

"Saya tidak pernah melupakan dunia lakonan dan sentiasa mengikuti perkembangan industri dari jauh namun kesibukan menguruskan perniagaan dan keluarga telah membatasi niat itu.
"Kini apabila semuanya sudah berada di tahap stabil sudah tiba masanya untuk kembali beraksi bagi melepaskan rindu pada lakonan," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Syed Aiman berkata, selepas berkahwin dengan Linda Rafar pada tahun 2006 dia memang banyak menumpukan perhatian kepada perniagaan dalam bidang pembinaan yang diusahakan.
"Apabila kita berkahwin tumpuan itu bukan kepada diri sahaja tetapi terhadap keluarga dan itu yang saya lakukan supaya ekonomi keluarga berada di tahap stabil.
syed aiman
Menurut Syed Aiman: 
"Walaupun rindu untuk berlakon tetapi saya perlu berkorban demi menjamin masa depan anak-anak yang sedang membesar," jelasnya.
Bercerita mengenai perkembangannya sekarang Syed Aiman berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian sebanyak 28 episod untuk Astro Prima berjudul Sofiah Nasi Kukus.
Selain itu, dia juga memberitahu akan terlibat dalam sebuah pementasan teater pada bulan Jun depan yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya di sini.
"Syukur rezeki dalam bidang lakonan masih ada walaupun sudah agak lama menyepi daripada sebarang projek dan publisiti," ujarnya.
Tambah Syed Aiman, selain kembali berlakon, dia juga kini bergiat aktif dalam persatuan iaitu Malaysian Artist Sports Club (MASC) yang dinaungi oleh Datuk Seri Shah Rezza bagi mengumpulkan artis-artis tanah air untuk melakukan aktiviti sukan.
"Menerusi MASC kami artis-artis dapat berkumpul dan melakukan aktiviti sukan pada masa lapang seperti futsal, boling dan badminton. Ia juga dapat merapatkan hubungan kami semua," katanya.