Tampilkan postingan dengan label artis baru. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label artis baru. Tampilkan semua postingan

Senin, 18 Februari 2013

Sharifah Sakinah Belum Sedia Jadi Penyanyi - Gosip Artis Terbaru

Pelakon Sharifah Sakinah  belum bersedia bergelar penyanyi walaupun memiliki bakat di bidang itu.

Pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 24, berkata, dia lebih senang menonjolkan bakat nyanyiannya itu menerusi drama atau filem-filem yang dilakonkannya kerana menganggap impak terhadap penonton lebih kuat.
"Minat saya dalam nyanyian tidaklah sekuat lakonan dan saya lebih selesa untuk menyanyi tanpa diberi gelaran sebagai penyanyi.
"Lagipun saya rasa ramai lagi bakat-bakat hebat di luar sana yang jauh lebih bagus nyanyiannya berbanding saya.
"Mungkin, menyanyi dalam drama atau filem lebih menarik, seperti yang saya lakukan untuk drama terbaharu iaitu Bunga Merah Punya dan Hotel Mania (2010)," katanya.
Tambah adik kepada pelakon Sharifah Norhaslinda (Lynn) dan Sharifah Shahira (Shira) ini, selepas mengukuhkan karier sebagai seorang pelakon, dia ingin mencuba di bidang pengacaraan pula memandangkan sikapnya yang suka bercakap.
sharifah sakinah
Sharifah Sakinah
Sementara itu, menerusi drama arahan Zul Huzaimy itu, dia turut menonjolkan bakat nyanyiannya sebanyak tiga buah lagu yang berjudul Sampaikan Rindu, Oh Bulan dan Rajuk.

"Nak menyanyi tiga lagu ini pun membuatkan saya takut dan risau sekiranya nyanyian saya tidak mencapai tahap yang diinginkan. Sampaikan satu lagu saya perlu merakam selama dua hingga tiga jam.
"Lagu untuk drama pun mengambil masa lama, apatah lagi jika nak rakam lagu sebenar. Apa-apa pun, saya berasa seronok melakonkan drama ini, ia memberi cabaran yang tersendiri dalam melakonkan watak saya sebagai Bunga," selorohnya.

Izzue Islam Pernah Hidup Merempat Untuk Jadi Artis


Pelakon dan penyanyi Izzue Islam mendedahkan pernah hidup merempat semata-mata untuk mengejar impiannya bergelar seorang bintang.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, berkata, semasa berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2009, dia bersama rakan-rakannya sanggup tinggal di kedai 'bundle di Kelana Jaya, Selangor sebelum meneruskan hidup.

"Memang empat tahun lalu, kehidupan saya tak semudah sekarang. Dari kampung saya di Kelantan, saya berhijrah ke ibu kita dan pernah merasai hidup di jalanan bagi mengejar cita-cita untuk bergelar anak seni.
"Alhamdulillah, kesukaran itu telah memberi pengalaman buat saya untuk menjadi seorang insan yang lebih bagus dan tidak riak, Insya-Allah," katanya.
Izzue ditemui pada pelancaran drama Bunga Merah Punya, terbitan Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), dekat sini, Isnin.

Bercerita mengenai kehidupannya sekarang, Tambah Izzue, walaupun hidupnya semakin teratur bersama kumpulan, Forteen, dia masih lagi mengamalkan cara hidup yang diamalkan sebelum ini iaitu tidur tanpa alas tilam.
izzue islam
Izzue Islam
"Memang sampai sekarang saya tidur tanpa tilam dan hanya beralaskan kain biasa sahaja. Diharap, dengan kesusahan lalu dapat mengajar saya untuk terus berusaha menjadi anak seni yang berjaya Insya-Allah," ujarnya.
Dalam pada itu, pengalaman lampaunya itu turut dikongsi dalam lakonannya menerusi drama Bunga Merah Punya.



Jumat, 15 Februari 2013

Kakak Tidak Campur Hasrat Sharifah Sakinah Berlakon - Gosip Artis


Aktres baharu Sharifah Sakinah mengakui kedua-dua kakaknya iaitu pelakon Sharifah Norhaslinda (Lynn) dan Sharifah Shahira (Shira) tidak mencampuri keputusannya menceburi bidang seni kira-kira tiga tahun lalu.

Pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 24, berkata, kakak-kakaknya itu bersikap demikian kerana sudah berpengalaman dengan asam garam dunia seni.

Justeru, mereka tidak mahu dia menyesal jika perkara buruk atau kontroversi menimpa apabila bergelar artis.

“Memang pada awalnya mereka (kakak-kakak) tidak galakkan dan tidak pula larang keputusan saya menceburi bidang ini.
“Mereka sudah arif dengan asam garam dunia hiburan dan tidak mahu saya menyesal kalau tidak mampu menempuhi cabaran dalam bidang ini,” katanya.
Bagaimanapun, Sakinah berkata, minat yang mendalam terhadap lakonan menjadi pegangan untuk dia mengikut jejak mereka dalam bidang ini.

“Saya bina kerjaya atas usaha sendiri dengan menghadiri apa sahaja uji bakat lakonan yang ada.
“Walaupun ada dua kakak yang dikenali tetapi saya tidak bergantung harap pada mereka untuk tawaran lakonan,” katanya.
Mengenai kecenderungannya dalam dunia komedi, Sakinah berkata, kebanyakan tawaran lakonan yang diterima sejak awal menjurus pada genre itu.

“Saya suka dilabel pelakon komedi sebab seingat saya tidak ramai pun pelakon generasi baharu yang buat komedi.
“Kebetulan pula dari awal lagi kebanyakan tawaran lakonan untuk saya adalah bagi watak dan drama komedi, jadi saya buat sahajalah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, lakonan Sakinah boleh ditonton dalam drama 13 episod berjudul Bunga Merah Punya bermula 21 Februari ini pada setiap Khamis, pukul 8.30 malam di Slot Aurora, TV9.

sharifah sakinah
Sharifah Sakinah

Selasa, 12 Februari 2013

Hairul Azreen Dedah Putus Cinta - Gosip Artis


Pelakon Hairul Azreen menyifatkan pendedahan mengenai keretakan hubungannya dengan aktres Faralyna Idris sebagai jalan terbaik bagi meleraikan teka-teki status sebenar hubungan mereka selama ini.

Pemilik nama sebenar Hairul Azreen Idris, 25, berkata, dia berharap pengakuan itu akan memberikan lebih ruang privasi untuk mereka meneruskan kehidupan dan kerjaya masing-masing selepas ini tanpa terus dihujani persoalan yang sama berulang-kali.
“Saya akui hubungan kami sudah berakhir pada hujung bulan lepas atas persefahaman kedua belah pihak kerana kesilapan saya.
“Perpisahan ini bagus untuk Faralyna juga kerana dia lebih bebas bekerja tanpa terus ditanya mengenai status sebenar hubungan kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Selasa.
Aktor yang sedang meningkat naik itu mengakui hubungan yang terjalin selama empat tahun itu terlerai kerana konflik dalaman yang berpunca daripada kesilapannya.

hairul dan faralyna
Hairul dan Faralyna  telah berpisah
Ditanya mengenai punca sebenar, Hairul berkata, dia tidak dapat berkongsi berkenaan perkara itu kerana ia terlalu peribadi antara dirinya dan Faralyna.
“Minta maaf saya tidak dapat kongsi sebab sebenar, cukuplah saya dan Fara sahaja tahu ceritanya. Saya akui ia kesilapan saya.
“Buat masa ini, biarlah kami hidup dalam ruang sendiri dan fokus pada kerjaya masing-masing. Saya hanya mahu kumpul duit,” katanya.
Hairul berkata, dia juga tidak berani meletakkan sebarang harapan sejauh mana peluang mereka berbaik semula dan hanya menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.
“Ketika berbincang dengan Fara sebelum ini, kami akui harapannya 50-50 untuk kami.
“Kalau ada jodoh, kami akan bersatu dan jika tidak, biarlah kami jalani kehidupan masing-masing.
“Namun, atas segala kebaikannya pada saya selama ini, saya sentiasa ada untuk membantu jika dia kesusahan,” katanya yang bakal menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Misiku Kuza untuk Astro Ria dalam waktu terdekat.


Senin, 11 Februari 2013

Shila Amzah dihalang bercakap dengan media - Gosip Artis


Penyanyi Shila Amzah yang membuat persembahan di majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri cuba dihalang bapanya, N.D. Lalahttp://ohgosip-artis.blogspot.com/ daripada memberi kenyataan kepada media berhubung kontroversi yang sedang melanda.

Ketika selesai membuat persembahan, Shila, 23, yang dihampiri wartawan pada mulanya bersetuju untuk ditemu ramah namun beliau yang dikawal ketat pengawal peribadi dan pasukan keselamatan sepanjang majlis tidak dibenarkan bapanya untuk berbuat demikian.

“Kamu hendak tanya apa? Macam inilah... saya akan mengadakan sidang akhbar khas dalam masa terdekat untuk jawab segala persoalan.

“Tarikh dan tempat juga akan dimaklumkan kelak," kata bapanya.

shilla amzah

Shila yang kelihatan terpinga-pinga hanya mampu berdiam diri sebelum dibawa pergi oleh sekumpulan pengawal peribadi.

Terdahulu, Shila muncul di pentas pada kira-kira pukul 11.15 pagi dan mendapat tepukan gemuruh apabila menghiburkan kira-kira 80,000 penonton dengan empat buah lagu iaitu Zheng Fu, Set Fire to the Rain, Patah Seribu sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu Forever Love.

Shila juga mengucapkan terima kasih kepada para penonton dan BN negeri yang menjemputnya membuat persembahan pada majlis yang disifatkan istimewa kerana turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Kamis, 07 Februari 2013

Ada pihak yang sabotaj ingin menjatuhkan Afiq Muiz? - Gosip Panas Artis


Aktor Afiq Muiz menyifatkan dakwaan kononnya dia menjalin hubungan cinta dengan penyanyi dan pelakon Eina Azman sebagai tindakan sabotaj pihak tertentu yang cuba menjatuhkan kerjayanya. 

Afiq atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 21, berkata ia adalah gosip mengarut kerana dia dan Eina, 18, hanya teman rapat sejak tiga tahun lepas.
“Saya rasa (gosip cinta) seolah-olah ada pihak hendak menjatuhkan saya dengan menokok tambah mengenai gambar-gambar kami bersama di Internet.
“Hakikatnya kami memang berkawan rapat sejak tiga tahun lepas dan bukannya bercinta seperti yang didakwa,” katanya kepada mStar Online.
Gosip yang mendakwa dua pelakon muda itu bercinta hangat diperkatakan apabila gambar-gambar kemesraan mereka tersebar luas di Internet. 
Hubungan Afiq Muiz dan Eina Azman
Hubungan Afiq Muiz dan Eina Azman
Kalau tiada angin, takkan pokok bergoyang. tak Gitu?Tapi tak boleh juga tuduh macam tu kan. OGA(Oh Gosip Artis) bukan nak tuduh tapi kalau betul pun apa  salahnya.hehehe

Mereka juga dikatakan sengaja menafikan percintaan itu atas permintaan keluarga kedua-dua pihak.

Afiq berkata, dia berasa pelik dengan isu gambar tersebut yang diperbesarkan sehingga timbul dakwaan kononnya dia cuba merahsiakan status sebenar hubungan mereka.

Katanya, gambar-gambar tersebut adalah koleksi peribadi yang mahu dikongsi dengan para peminat dan tidak mempunyai sebarang niat serong.
“Padahal kami hanya suka-suka muat naik gambar-gambar kami bersama bagi mempromosikan projek-projek drama yang kami terlibat, itu sahaja.
“Pelik juga apabila ia menjadi isu sampai begini,” katanya yang tidak mahu popular kerana gosip murah sedemikian.
Tambah Afiq, ibunya sendiri berasa sangat terkejut dan sukar untuk menerima kontroversi yang tercetus itu.
“Bayangkan, ibu saya sangat terkejut dengan gosip itu dan susah nak terimanya sehingga terpaksa saya jelaskan barulah dia tenang,” katanya yang kini bernaung sebagai artis residen syarikat produksi Global Station Sdn Bhd selama setahun.
OGA(Oh Gosip Artis: Diharapkan penjelasan Afiq ni dapat menutup segala kontroversinya dengan pelakon Eina itu,

Rabu, 06 Februari 2013

Hanis Zalikha tidak kesal jadi selebriti - Gosip Artis Baru

Siapa tidak kenal dengan penulis blog terkenal, http://inibelogsaya.blogspot.com/ Hanis Zalikha Zainal Abidin kini sedang meniti populariti setelah terjun ke dalam bidang lakonan.

Sebelum terlibat dalam dunia perfileman, Hanis, 23, sebenarnya telah berlakon dalam drama Memberku Hawa dan telefilem Mariam Kampung Putat.

Namun, bakat lakonannya bakal diuji menerusi kemunculannya dalam filem Gangster Celop menerusi karakter seorang anak gengster yang baru sahaja pulang dari London.

Zalikha mengakui dirinya berdebar-debar menantikan respons peminat terhadap lakonannya dalam filem arahan Ahmad Idham, lakonan utama Syamsul Yusuf dan Kamal Adli itu yang dijadualkan mula ditayangkan pada 21 Februari ini.

hanis zalikha
Hanis Zalikha
"Saya sudah tidak senang duduk sekarang. Kalau (lakonan) tidak menjadi nanti mesti kena kutuk. Namun kalau kena kutuk sekali tidak mengapa. Mana-mana yang kurang nanti, saya akan cuba atasi dengan latihan pada masa depan," jelasnya ketika ditemui pada majlis final Cabaran Switch For Xtra di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, pengarah filem tersebut, Ahmad Idham telah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya dalam menghayati watak lakonannya itu dan selebihnya dia menyerahkan kepada penonton untuk menilai bakat dirinya.

Dalam meniti populariti dengan pakej yang ada pada dirinya itu, Hanis turut tidak terlepas daripada dicemuh atau dikritik.

Dia sebelum ini dikejutkan dengan tindakan bekas teman lelakinya (yang enggan didedahkan namanya) telah bertindak mencanang cerita kepada umum mengenai karakter sebenar dirinya yang didakwa suka propa (menipu) dan berlagak.

Dia yang baru sahaja ingin mencipta nama telah dijengah kontroversi kurang enak, graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu tidak cepat melatah.

Dia sebaliknya menganggap kontroversi itu sebagai asam garam dunia glamor yang perlu dihadapinya sekarang ini.


"Saya tidak menyesal masuk ke dalam dunia seni. Sekarang, baru saya tahu apa yang perlu dihadapi oleh selebriti lain. Tidak semua gosip yang dibaca sebelum ini benar belaka," ujarnya.

Tambah wanita berbintang Libra ini, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dengan setiap kelakuan, percakapan dan apa sahaja yang dilakukan kerana ia akan menjadi bahan perbincangan umum pada kemudian hari.


"Sudah kena gosip begitu ketika mula-mula hendak masuk ke dalam bidang lakonan membuatkan saya rasa sudah tiba masanya saya kena membiasakan diri dengan semua perkara, tidak boleh jadi macam dahulu lagi," ujarnya.

Sibuk dengan pelbagai undangan majlis sosial sebagai seorang selebriti dan tawaran lakonan, Hanis mengakui dirinya sudah tidak kerap menulis blog lagi.

"Kalau dahulu, setiap hari ada sahaja perkara baharu yang saya hendak tulis. Sekarang, disebabkan sibuk kadang-kadang dua minggu sekali baru saya mengemas kini perkembangan terbaharu dalam blog," ujarnya.

Dia menjelaskan, walaupun banyak perkara yang dilakukan setiap hari selepas bergelar selebriti boleh dijadikan bahan bacaan dalam blognya, namun kekangan masa membuatkan dia kadangkala terlewat menulis.

Mengakui penulisannya turut mendapat kritikan peminatnya bukan kerana lambat mengemas kini blog, sebaliknya adalah kerana gaya penulisan yang tidak 'gila-gila' seperti dahulu lagi.
"Pembaca blog saya terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pembaca remaja ada yang merungut mengatakan tulisan saya tidak lagi macam dahulu. Namun, mereka kena terima hakikat bahawa saya sudah meningkat usia, tulisan juga kena matang," katanya yang malu dengan gaya penulisannya pada awal penulisan dalam blognya dahulu.

Walaupun mempunyai rupa paras yang menawan, Hanis mendedahkan dirinya masih solo dan tidak terfikir untuk mencari teman hidup dalam masa terdekat ini. 
"Saya mahu beri tumpuan kepada karier yang sedang saya bina ini dalam industri lakonan. Buat masa sekarang, saya tidak mahu ada komitmen dengan sesiapa," katanya jujur.
Mahu bergerak bebas tanpa terikat dengan mana-mana lelaki, dia menganggap jika mempunyai teman lelaki akan membuatkan dirinya terikat dengan kerjaya baharunya yang memerlukan banyak masa untuk diri sendiri.
"Kalau ada teman lelaki, ia akan melukakan hati orang. Kalau solo macam ini senang, mood saya juga tidak terganggu. Ia tidak jejaskan kerjaya saya nanti," tambahnya.
Namun bagi Hanis, itu bukan bermakna dia menolak jodoh sebaliknya dia mahu segala perkara berkaitan komitmen dirinya itu berlaku secara semulajadi.