Tampilkan postingan dengan label artis dan kontroversi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label artis dan kontroversi. Tampilkan semua postingan

Selasa, 26 Februari 2013

Rahsia kecantikan Dewi Pertiwi - Gosip Artis Indonesia

Demi memastikan penampilannya sentiasa anggun di mata peminat, penyanyi Indah Dewi Pertiwi sanggup menghabiskan masa berjoging berjam-jam lamanya. Wah, patut pun lawa. Kalau OGA memang tak sanggup la.

Katanya, selain mampu memberikan bentuk badan yang menawan, ia juga memastikan tahap kesihatan dan stamina berada dalam keadaan baik.

dewi pertiwi
Dewi Pertiwi
"Saya memang selalu joging, biasanya dari pukul 7 hingga 9 pagi. Bagaimana pun, saya perlu memastikan setiap pusingan joging itu sebanyak 19 kali setiap hari.
"Pada masa sama saya juga akan pergi ke gimnasium jika ada waktu lapang," katanya bakal mengikuti konsert jelajah bersama televisyen swasta Indonesia di tiga bandar iaitu Semarang, Karawang, dan Malang nanti.

Senin, 25 Februari 2013

Zul kekasih saya! - Gayatri


OGA rasa umum sudah tahu tentang hubungan cinta antara pelakon Zul Ariffin, 26, dan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, 30-an, bukan lagi rahsia selepas Zul sendiri mengakui mereka sedang bercinta.

Bagaimanapun selepas Zul membuat pengakuan bercinta dengan Gayatri kepada Kosmo! pada 25 Disember tahun lepas, Gayatri dilihat seolah-olah melarikan diri daripada memberi sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka. Ini merupakan pengakuan penerbit filem itu:

zul ariffin dan Gayatri
Zul Ariffin dan Gayatri
Zul adalah kekasih saya dan kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Sebenarnya kami telah bersama sejak empat bulan yang lalu. Saya mula kenal dia ketika dia berlakon dalam filem Penanggal dan kami mula rapat selepas penggambaran filem Bikers Kental.
Wah! jadi sekarang ni Zul dan Gayatri memang tengah dilamun cinta la kan. Semua orang mesti nak tahu apa yang membuatkan Gayatri ni tertarik dengan Zul. Ini jawapan Gayatri:

Dia seorang lelaki yang baik, kelakar, seorang yang matang dan amat menghormati keluarga saya. Apabila saya sedih, dia selalu ada untuk menyokong dan tenangkan saya. Saya telah membawanya berjumpa keluarga saya.

Kira mereka berdua ni tengah mengenal hati budi masing-masing la kan. Tapi kalau dah jumpa ibu bapa ni memang hubungan mereka ni nampak serius la kan. Apa yang OGA tahu Zul ni suka taste yang matang katakan. Not tua ok! So, macam kita tahu Zul dan Gayatri ni mempunyai jurang umur 4 tahun bezanya. Ini komen yang diberikan Gayatri mengenai jurang umur mereka berdua:

Soal usia saya tidak fikir sangat. Jika sesuai dengan seseorang dan serasi, usia bukan satu masalah yang besar. Lagipun sekarang sudah ramai lelaki berkahwin dengan wanita lebih berusia, bukannya sesuatu yang pelik
Jika sudah suka sama suka, kenapa sebelum ini anda dilihat seperti melarikan diri dan enggan memberi kenyataan tentang hubungan ini?
Saya bukan sombong dan tidak melarikan diri. Cuma pada waktu itu bukanlah waktu yang sesuai untuk saya bercerita tentang kisah cinta pada semua orang. Saya terharu kerana dia mengaku cintakan saya dan apa yang dilakukan saya sangat hargainya.



Kamis, 21 Februari 2013

Lana Nordin Ke Czech Jumpa Keluarga Kekasih - Gosip Artis Terkini


Ni ada cerita terbaru yang OGA dengar Calon Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Chow Kit, Lana Nordin kini semakin bahagia bersama kekasih hatinya, Parvel Michalec yang berasal dari Republik Czech. Namun apa yang menariknya OGA nak kongsikan kat sini  Lana dikatakan akan berangkat ke negara kelahiran Parvel untuk berjumpa dengan keluarga teman lelakinya itu. Dah nampak serius jer hubungan mereka ni? Apa-apa pun OGA doakan semoga Lana bahagia dengan kekasih hatinya mat salleh tu!

 "InsyaAllah pada Julai atau Ogos ni saya akan ke Czech untuk bertemu dengan keluarga dia. Sebelum ni pun sebenarnya keluarga dia dah tahu pasal kami," ujar Lana yang baru-baru ini telah bercuti ke Bali bersama kekasih hatinya ini. 

Ditanya mengenai perasaan apabila berjaya tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM25, Lana melahirkan rasa bersyukurnya.

"Alhamdulillah, ni kali pertama saya tercalon dalam FFM. Lagi bermakna sebab filem ni filem pertama lakonan saya yang ditayangkan, selepas tu baru menyusul filem lain. Tak sangka tercalon. Saya sedar saingan memang sengit sebab calon-calon lain otai semuanya", kata Lana. 
lana nordin
Lana Nordin

Sharnaaz buat hal lagi? Gosip Terkini Artis Malaysia


Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dakwaan kononnya dia enggan bekerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menyelesaikan konflik dengan penerbit filem Darah Panas, S. Baldev timbul kerana masalah komunikasi antara mereka.

Pemilik nama penuh Sharnaaz Basir Ahmad, 28, itu berkata, kesilapan itu berlaku kerana dia terlupa untuk memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu kepada Pengerusi Biro Aduan dan Undang-Undang Seniman, Zahrin Ishak yang menguruskan kes berkenaan dengan syarikat produksi White Merpati Entertainment (WME).
sharnaaz ahmad
Sharnaaz Ahmad
“Sebenarnya saya dan Seniman tidak ada apa-apa masalah. Salah saya juga sebab tidak menghubungi Zahrin untuk berkongsi perkembangan kes itu ekoran kesibukan kerja dan krisis Shila (Amzah) sebelum ini.
“Kini, pihaknya sudah faham keadaan sebenar selepas saya hubungi tadi (tengah hari Khamis). Perkara ini timbul apabila pihak Seniman tidak tahu perkembangan kes itu apabila ditanya oleh media sedangkan konflik itu hampir selesai,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.


Dalam laporan sebelum ini, Zahrin turut meluahkan perasaan kesal dengan sikap Sharnaaz yang sukar memberikan kerjasama sedangkan aktor itu beria-ia meminta bantuan Seniman bagi menyelesaikan kes berkenaan pada Disember tahun lalu.

Dalam pada itu Sharnaaz berkata, krisis antara dia dan WME sudah hampir selesai selepas mereka mencapai kata sepakat dalam pertemuan baru-baru ini.

“Saya dan pihak WME sudah berjumpa baru-baru ini dan mencapai kata sepakat. Kes ini ke peringkat seterusnya dan ia sudah dimaklumkan kepada Seniman,” katanya.

Senin, 18 Februari 2013

Bapa Rihanna Beri Chris Brown Peluang Kedua


Bapa Rihanna iaitu Ronald Fenty menganggap kekasih anaknya, penyanyi rap Chris Brown sepatutnya menerima peluang kedua dalam hubungan percintaan pasangan itu.

"Chris telah melakukan kesalahan yang sangat teruk. Tetapi saya percaya bahawa setiap manusia diberi peluang kedua dalam membetulkan kesilapannya.

"Begitu juga dengan Chris, dia layak menerima peluang itu untuk menjadi orang yang lebih baik," katanya kepada portal Contactmusic.

Penyanyi lagu Diamond itu telah diserang oleh Chris pada tahun 2009 sehingga menyebabkan wajah wanita itu dipenuhi lebam.

Bagaimanapun, Fenty telah merestui perhubungan Chris dan Rihanna selepas mendapat tahu mereka kembali menjalinkan hubungan cinta.
rihanna dan chris brown
Rihanna dan Chris Brown kembali bersama

Minggu, 17 Februari 2013

Rihanna tidak kisah - Gosip Artis Luar Negara


Penyanyi Rihanna mengakui dia tidak kisah dengan cakap-cakap orang sekeliling tentang hubungannya bersama penyanyi Chris Brown.

Penyanyi We Found Love itu baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan penyanyi Don't Wake Me Up yang masih dalam pengawasan ekoran memukul dirinya pada tahun 2009 apabila berkata akan mengabaikan orang yang mencela dirinya.

Satu sumber memberitahu laman web hiburan, HollywoodLife, Rihanna tidak kisah dengan tanggapan orang ramai yang mencela dirinya.
penyanyi rihanna
Penyanyi Rihanna
"Ramai yang menghukum dia ekoran bersama Brown tetapi dia berkata, itu semua bukan alasan untuk mencampuri masalah yang dihadapinya,'' kata sumber tersebut.
Penyanyi berusia 24 tahun itu menjelaskan bahawa dia tahu ramai yang tidak bersetuju dengan keputusannya untuk terus bersama Brown.

"Saya memutuskan ia adalah penting kepada saya. Selagi ia membahagiakan saya, saya tidak memerlukan pandangan orang lain.
"Walaupun ini adalah keputusan yang salah dan ia adalah kesilapan saya selepas menderita sekian lama, saya mahu hidup dalam kebenaran, saya boleh melakukannya,'' ujar penyanyi Diamond ini lagi.


Minggu, 10 Februari 2013

Sharnaaz Ahmad menjauhkan diri daripada Shilla - Gosip Artis


Kekasih kepada penyanyi Shila Amzah iaitu aktor Sharnaaz Ahmad enggan memberikan komen lanjut berhubung status terkini konflik hubungan mereka.

Pemilik nama sebenar Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, dia mengambil pendekatan itu selepas timbul pelbagai kekecohan termasuk tindakan Shila yang melarikan diri daripada keluarga ekoran tertekan dengan pergeseran antara dirinya dan bapa penyanyi itu, ND Lala.

“Saya sudah tidak mahu cakap apa-apa. Selepas apa yang berlaku, saya sudah malas hendak komen lagi,” jawabnya ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Ahad.

Terbaharu, ND Lala tampil membuat kenyataan pada rancangan Melodi yang disiarkan pada Ahad di TV3, melarang aktor itu mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya dan Shila bagi mengelakkan prasangka dan fitnah yang berterusan.
Sharnaaz dan Shilla
Sharnaaz dan Shilla
ND Lala berkata, kenyataan Sharnaaz, selama ini bukan sahaja mencemarkan namanya tetapi turut memalukan keluarga.

Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.

Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.

Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.

Ditanya adakah dia menghubungi atau berjumpa dengan penyanyi itu, Sharnaaz berkata, dia lebih senang menjauhkan diri selepas apa yang berlaku.

“Memang sudah malas (berhubung) selepas apa yang berlaku. Saya tidak jumpa atau hubungi dia sebab saya sudah jauhkan diri,” jelasnya.

Pada Jumaat lalu, Shila memuat naikkan rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu dalam YouTube selain mengharapkan kejernihan terhadap kemelut yang melanda.

Rabu, 06 Februari 2013

Hanis Zalikha tidak kesal jadi selebriti - Gosip Artis Baru

Siapa tidak kenal dengan penulis blog terkenal, http://inibelogsaya.blogspot.com/ Hanis Zalikha Zainal Abidin kini sedang meniti populariti setelah terjun ke dalam bidang lakonan.

Sebelum terlibat dalam dunia perfileman, Hanis, 23, sebenarnya telah berlakon dalam drama Memberku Hawa dan telefilem Mariam Kampung Putat.

Namun, bakat lakonannya bakal diuji menerusi kemunculannya dalam filem Gangster Celop menerusi karakter seorang anak gengster yang baru sahaja pulang dari London.

Zalikha mengakui dirinya berdebar-debar menantikan respons peminat terhadap lakonannya dalam filem arahan Ahmad Idham, lakonan utama Syamsul Yusuf dan Kamal Adli itu yang dijadualkan mula ditayangkan pada 21 Februari ini.

hanis zalikha
Hanis Zalikha
"Saya sudah tidak senang duduk sekarang. Kalau (lakonan) tidak menjadi nanti mesti kena kutuk. Namun kalau kena kutuk sekali tidak mengapa. Mana-mana yang kurang nanti, saya akan cuba atasi dengan latihan pada masa depan," jelasnya ketika ditemui pada majlis final Cabaran Switch For Xtra di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, pengarah filem tersebut, Ahmad Idham telah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya dalam menghayati watak lakonannya itu dan selebihnya dia menyerahkan kepada penonton untuk menilai bakat dirinya.

Dalam meniti populariti dengan pakej yang ada pada dirinya itu, Hanis turut tidak terlepas daripada dicemuh atau dikritik.

Dia sebelum ini dikejutkan dengan tindakan bekas teman lelakinya (yang enggan didedahkan namanya) telah bertindak mencanang cerita kepada umum mengenai karakter sebenar dirinya yang didakwa suka propa (menipu) dan berlagak.

Dia yang baru sahaja ingin mencipta nama telah dijengah kontroversi kurang enak, graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu tidak cepat melatah.

Dia sebaliknya menganggap kontroversi itu sebagai asam garam dunia glamor yang perlu dihadapinya sekarang ini.


"Saya tidak menyesal masuk ke dalam dunia seni. Sekarang, baru saya tahu apa yang perlu dihadapi oleh selebriti lain. Tidak semua gosip yang dibaca sebelum ini benar belaka," ujarnya.

Tambah wanita berbintang Libra ini, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dengan setiap kelakuan, percakapan dan apa sahaja yang dilakukan kerana ia akan menjadi bahan perbincangan umum pada kemudian hari.


"Sudah kena gosip begitu ketika mula-mula hendak masuk ke dalam bidang lakonan membuatkan saya rasa sudah tiba masanya saya kena membiasakan diri dengan semua perkara, tidak boleh jadi macam dahulu lagi," ujarnya.

Sibuk dengan pelbagai undangan majlis sosial sebagai seorang selebriti dan tawaran lakonan, Hanis mengakui dirinya sudah tidak kerap menulis blog lagi.

"Kalau dahulu, setiap hari ada sahaja perkara baharu yang saya hendak tulis. Sekarang, disebabkan sibuk kadang-kadang dua minggu sekali baru saya mengemas kini perkembangan terbaharu dalam blog," ujarnya.

Dia menjelaskan, walaupun banyak perkara yang dilakukan setiap hari selepas bergelar selebriti boleh dijadikan bahan bacaan dalam blognya, namun kekangan masa membuatkan dia kadangkala terlewat menulis.

Mengakui penulisannya turut mendapat kritikan peminatnya bukan kerana lambat mengemas kini blog, sebaliknya adalah kerana gaya penulisan yang tidak 'gila-gila' seperti dahulu lagi.
"Pembaca blog saya terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pembaca remaja ada yang merungut mengatakan tulisan saya tidak lagi macam dahulu. Namun, mereka kena terima hakikat bahawa saya sudah meningkat usia, tulisan juga kena matang," katanya yang malu dengan gaya penulisannya pada awal penulisan dalam blognya dahulu.

Walaupun mempunyai rupa paras yang menawan, Hanis mendedahkan dirinya masih solo dan tidak terfikir untuk mencari teman hidup dalam masa terdekat ini. 
"Saya mahu beri tumpuan kepada karier yang sedang saya bina ini dalam industri lakonan. Buat masa sekarang, saya tidak mahu ada komitmen dengan sesiapa," katanya jujur.
Mahu bergerak bebas tanpa terikat dengan mana-mana lelaki, dia menganggap jika mempunyai teman lelaki akan membuatkan dirinya terikat dengan kerjaya baharunya yang memerlukan banyak masa untuk diri sendiri.
"Kalau ada teman lelaki, ia akan melukakan hati orang. Kalau solo macam ini senang, mood saya juga tidak terganggu. Ia tidak jejaskan kerjaya saya nanti," tambahnya.
Namun bagi Hanis, itu bukan bermakna dia menolak jodoh sebaliknya dia mahu segala perkara berkaitan komitmen dirinya itu berlaku secara semulajadi.





Senin, 04 Februari 2013

Emma tinggalkan dunia parti - Gosip Artis

Emma Maembong
Pelakon Emma Maembong, sebelum ini pernah berjanji untuk berubah apabila gambar tidak sopan miliknya tersebar di internet.Katanya, dia tidak akan pakai seksi lagi, selain lebih ke arah positif selepas orang ramai mengenalinya.

Bagaimanapun gosip terbaru sebuah portal hiburan baru-baru ini memberitahu Emma sudah kembali ke perangai lamanya. Dia dikatakan terlibat dalam pesta muda-mudi di sebuah pulau yang terletak di utara.

Cuba menjelaskan keadaan sebenar, Emma menegaskan dia hanya ke pulau berkenaan untuk bekerja. Malah kehadirannya juga turut ditemani beberapa artis lain, bukan dengan tujuan bersosial.Menurut Emma:

"Saya tidak terlibat dengan mana-mana parti. Gambar yang kononnya memperlihatkan saya sedang berseronok itu hanyalah gambar dengan peminat.
"Jangan risau, saya masih pegang janji dengan peminat saya untuk berubah. Apa yang berlaku itu hanya salah faham," kata Emma.
Masih sibuk dengan beberapa penggambaran drama, Emma mengakui dia sebenarnya terkilan dengan kontroversi yang dicetuskan. Malah, seolah-olah sengaja direka tanpa sebab musabab.

"Saya sebenarnya terkejut dengan kontroversi terbaru ini. Kalau diikutkan keadaan saya dalam gambar tersebut tidaklah begitu seksi. Saya memakai cardigan panjang, mana mungkin saya berparti begitu.
"Malah dengan kesibukan saya kini, kisah mahu berparti atau apa memang sudah lama saya tinggalkan. Tumpuan saya kini hanya untuk bekerja," katanya yakin.
Apakah ini merupakan percubaan mana-mana pihak untuk menghancurkan kariernya?
"Saya tidak fikir begitu. Apa yang penting kini adalah untuk peminat melihat usaha saya. Bagaimanapun jika benar ada yang dengki, saya rasa itu tidak baik untuk mereka juga," katanya.