Tampilkan postingan dengan label pelakon baru popular. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pelakon baru popular. Tampilkan semua postingan

Minggu, 17 Maret 2013

Eina Azman hampir diperkosa oleh seorang datuk

Wow. Macam-macam perangai orang zaman sekarang ini. Mungkin tak tahan melihat kecantikan Eina Azman, seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk telah melakukan gangguan seksual ke atas Eina ketika bertemu di sebuah hotel baru-baru ini. Keji kan?


Tragedi buruk ini berlaku kira-kira jam 11 malam pada 8 Februari lalu. Eina bertemu dengan Datuk tersebut untuk berbincang mengenai hal pembelian kereta tetapi lain pula jadinya. Kata Eina kepada Harian Metro:-
Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta. Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama 3 tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya.
Untuk makluman, Eina telah pun membayar RM175,500 untuk membeli sebuah kereta Mercedes yang berharga RM220,000. Oleh kerana masih gagal untuk mendapatkan kereta yang dijanjikan walaupun pembayaran telah dilakukan, Eina telah pun berjumpa dengan Datuk tersebut. Kata Eina lagi:-
Apabila dia berkata mahu mebela saya selama 3 tahun dan memberikan saya apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima.

eina azman
Eina Azman

Senin, 11 Maret 2013

Elfira Loy Gugup Punca Buat Silap Sebagai Pengacara

Pelakon remaja Elfira Loy mengakui gugup dan gemuruh ketika pertama kali diberi tanggungjawab sebagai pengacara siaran secara langsung acara Karpet Merah di Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) minggu lalu.

Pelakon berusia 19 tahun ini berkata, kurang pengalaman dalam bidang pengacaraan menjadikan dia mudah tersasul dan gagal mengawal sesuatu situasi.

"Saya tersilap menyebut nama Normah Damanhuri bukan kerana saya tidak tahu nama dia tetapi saya tersasul mungkin kerana terlalu gementar dan saya pula bercakap laju.
"Sementara tentang Izzue Islam pula mungkin kerana soalan yang saya ajukan kepadanya mengelirukan sehingga dia dan penonton menganggap saya tidak buat ulang kaji sebelum bertanya," katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin.
Pelakon telefilem Mimpi Sampai Ke Bintang ini dikatakan tidak membuat ulang kaji terlebih dahulu sebelum mengacarakan acara besar seperti itu.

Dalam insiden tersebut, Elfira tersilap menyebut nama pelakon veteran Normah Damanhuri selain dikatakan tidak tahu tentang perkembangan pelakon Ezzue Islam yang juga merupakan seorang penyanyi kumpulan Forteen..

Elfira mengacarakan sesi Karpet Merah FFM25 bersama Hefny Sahad.

Jelas Elfira, dia mengakui pengalaman pertama dalam bidang pengacaraan itu memberi pelajaran berharga buatnya.

"Ini pengalaman pertama saya buat secara langsung dan tanpa skrip. Saya tidak tahu format siaran langsung, bila saya perlu berhenti untuk iklan dan sambung semula bercakap.
"Itu semua buat saya rasa gementar dan hilang kata-kata. Saya pula seorang saya cakap laju dan bila disuruh berhenti saya susah nak bercakap semula," ujarnya.
Bagaimanapun, dia menerima semua kritikan dan menganggap ia sebagai cabaran untuk masa akan datang.

"Saya sedar banyak yang perlu diperbaiki lagi, tapi bukan bermakna saya tidak boleh buat bidang pengacaraan ini.
"Saya tidak akan putus asa dan mengalah dengan kritikan orang," katanya yang bakal mengacarakan program remaja Projek Gila bersama pelakon Siti Saleha di TV9, yang bakal bersiaran bermula 1 April ini.
elfira loy
Elfira Loy

Kamis, 07 Maret 2013

Saya bukan perampas - Nelydia

Keintiman antara dua pelakon ini menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak. Orang kata, kalau tiada angin masa kan pokok  bergoyang. Tak gitu?


Mujur beberapa minggu lalu, Qi Razali sudah menjelaskan keadaan sebenar hubungan yang terjalin antara dia dan seorang pelakon yang semakin meningkat naik, Nelydia Senrose.

Bagaimanapun kisah ini sebenarnya memberi kesan kepada Nelydia sendiri apabila dituduh sebagai penyebab Qi dan kekasihnya sebelum ini berpisah.

Menyangkal dakwaan tersebut Nelydia memberitahu, hubungannya dengan Qi hanya kembali rapat sejak dua bulan yang lalu. Ikuti temu bual Hits dengan Nely.

nelydia senrose
Nelydia Senrose
Sebelum ini Qi sudah memberitahu bahawa dia memang selesa berkawan dengan Nely, dan ini komen nelydia:

Sama seperti Qi saya juga selesa berkawan dengannya, sebenarnya kami sudah lama kenal, cuma dua bulan kebelakangan ini hubungan itu lebih rapat.

Namun disebalik kemesraan mereka berdua ni, ramai yang menuduh bahawa Nelydia adalah punca perpisahan Qi dan Yuna. Namun, Nelydia menolak dakwaan tersebut:

Saya bukan perampas dan punca perpisahan Qi dengan Yuna. Malah sewaktu mereka bersama, saya dan Qi langsung tidak pernah berhubung. Hanya dua bulan kebelakangan ini baru kami rapat semula.

Selain itu, Nelydia mengakui  hubungan mereka tidak terlalu serius sehingga Qi sanggup berkongsi sebarang kisah yang saya anggap peribadi.

Komen Nelydia tentang Qi:

Dia seorang yang bijak dan matang. Malah boleh dikatakan Qi banyak membantu saya di dalam pelajaran saya kini.
Nelydia juga mengakui bahawa dia suka kepada lelaki yang lebih matang:

Saya tidak fikir itu sesuatu yang pelik, memandangkan saya memang suka lelaki yang jauh lebih matang dari saya.



Rabu, 20 Februari 2013

Julia Ziegler dan Sharifah Sakinah berperang dalam twitter? Gosip Panas Artis

Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang Sharifah Sakinah tidak kisah untuk bekerjasama dengan Julia Ziegler dalam drama atau pun filem jika di’tawarkan oleh mana mana pihak.

Ini lantaran hubungan mereka yang kini telah jernih selepas pasangan selebriti ini di’khabarkan berperang mulut sekitar dua tahun yang lalu.

“Saya pernah berjumpa dengannya sebelum ini dan kami bertegur sapa. Saya tiada masalah dengannya & tidak menyimpan apa apa dendam,” ujar Sharifah Sakinah baru baru ini.
Namun, lain pulan cerita dari sebelah pihak Julia Ziegler yang secara terang terangan menafikan hubungan beliau dan Sharifah Sakinah telah kembali jernih seperti yang di’dakwa.






Menerusi akaun Twitter beliau, Julia Ziegler menulis,”Sejak bila jernih? Kau buat dosa dgn aku, minta maaf dulu baru boleh jernih” & menujukan tulisan itu kepada Sharifah Sakinah.

Sharifah Sakinah tidak mengambil masa lama untuk menulis kenyataan balas dengan menyatakan yang beliau malas untuk terus bergaduh dan menyerahkan kepada umum untuk menilai. Apa cerita?

Selasa, 19 Februari 2013

Nelydia bercinta dengan Qi? Gosip Artis Terkini


OGA(Oh Gosip Artis)  ada terbaca satu artikel dalam sebuah majalah hiburan baru-baru ni mengatakan pelakon, Nelydia Senrose yang sedang meningkat naik populariti menerusi drama setia hujung nyawa  sedang bercinta dengan Qi. Betul ke Nelydia? atau sekadar gosip semata-mata. Kalau tiada angin takkan pokok bergoyangkan. Tak gitu? Namun, ini jawapan yang diberikan Nelydia tentang hubungannya dengan Qi:
"Saya selesa berkawan dengan Qi. Kami sudah lama kenal dan rapat ketika penggambaran drama, tahun lalu,” kata Nelydia Senrose kepada Zass, semalam.
Menurut Nelydia, sikap Qi, 36, atau nama sebenarnya, Kushairi Mohammed Razali yang matang dan senang didampingi membuatkannya selesa bersama pelakon dan pengacara itu.

nelydia dan Qi
Nelydia yang digosipkan bercinta dengan Qi
“Qi suka bercakap mengenai masa depannya, sikap itu membuatkan saya lebih senang untuk berbincang bersamanya.
“Namun, hubungan kami jangan disalah tafsir kerana kami hanya berkawan.
“Tetapi jika ditakdirkan jodoh saya dengannya, saya tidak boleh menolak perkara itu,” katanya. Hubungan Nelydia bersama bekas kekasih Yuna itu mula menjadi bualan selepas Qi menerusi sebuah akhbar, mengakui selesa bersama pelakon yang kian meningkat naik melalui watak Ersalina dalam drama Setia Hujung Nyawa itu. Qi juga mengaku mereka berdua sudah lama kenal dan masih dalam proses mengenali diri masing-masing.
Beralih kepada perkembangan seninya, Nelydia berkata, dia kini kembali fokus terhadap pelajarannya dan jadual waktunya semakin padat.

“Walaupun sekarang tiada penggambaran, namun saya akan mempertimbangkan tawaran yang diterima.
“Bagaimana pun, jika bercanggah dengan waktu belajar, saya terpaksa menolak kerana tidak mahu terikat dengan komitmen dan tidak mahu menghampakan pihak produksi,” katanya.

Minggu, 17 Februari 2013

Emma risaukan adik - Gosip Artis


Siapa tidak kenal dengan pelakon cantik seorang ini. Bukan sahaja memiliki rupa yang cantik namun bakat yang besar dimiliki pelakon ini membuatkan ramai penonton berpuas hati dengan lakonannya. Pemilik nama Emma Maembong mempunyai adik yang bernama Cha Cha Maembong yang popular menerusi  drama popular Setia Hujung Nyawa  sangat menjadi lakonannya dalam drama itu.

Oleh itu, pelakon Emma Maembong, 20, memberitahu, kelibat adik kandungnya, Cha Cha Maembong, 17, yang semakin mewarnai dunia lakonan kini sedikit sebanyak merisaukan dirinya.
emma maembong
Emma Maembong
"Saya bukan iri hati, sebagai kakak saya cuma risau keadaannya, ialah sebagai anak bongsu dia memang sedikit manja," katanya.
Pendapat Emma mengenai lakonan adiknya itu yang semakin dikenali melalui drama bersiri Setia Hujung Nyawa, Emma memberitahu, dia sangat bangga mempunyai adik yang berbakat besar seperti Cha Cha.

"Dia sangat berbakat, saya sendiri tidak percaya pada mulanya.
"Kalau boleh impian saya adalah untuk berlakon bersamanya dalam sebuah drama bersama," katanya.



Rabu, 06 Februari 2013

Hanis Zalikha tidak kesal jadi selebriti - Gosip Artis Baru

Siapa tidak kenal dengan penulis blog terkenal, http://inibelogsaya.blogspot.com/ Hanis Zalikha Zainal Abidin kini sedang meniti populariti setelah terjun ke dalam bidang lakonan.

Sebelum terlibat dalam dunia perfileman, Hanis, 23, sebenarnya telah berlakon dalam drama Memberku Hawa dan telefilem Mariam Kampung Putat.

Namun, bakat lakonannya bakal diuji menerusi kemunculannya dalam filem Gangster Celop menerusi karakter seorang anak gengster yang baru sahaja pulang dari London.

Zalikha mengakui dirinya berdebar-debar menantikan respons peminat terhadap lakonannya dalam filem arahan Ahmad Idham, lakonan utama Syamsul Yusuf dan Kamal Adli itu yang dijadualkan mula ditayangkan pada 21 Februari ini.

hanis zalikha
Hanis Zalikha
"Saya sudah tidak senang duduk sekarang. Kalau (lakonan) tidak menjadi nanti mesti kena kutuk. Namun kalau kena kutuk sekali tidak mengapa. Mana-mana yang kurang nanti, saya akan cuba atasi dengan latihan pada masa depan," jelasnya ketika ditemui pada majlis final Cabaran Switch For Xtra di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, pengarah filem tersebut, Ahmad Idham telah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya dalam menghayati watak lakonannya itu dan selebihnya dia menyerahkan kepada penonton untuk menilai bakat dirinya.

Dalam meniti populariti dengan pakej yang ada pada dirinya itu, Hanis turut tidak terlepas daripada dicemuh atau dikritik.

Dia sebelum ini dikejutkan dengan tindakan bekas teman lelakinya (yang enggan didedahkan namanya) telah bertindak mencanang cerita kepada umum mengenai karakter sebenar dirinya yang didakwa suka propa (menipu) dan berlagak.

Dia yang baru sahaja ingin mencipta nama telah dijengah kontroversi kurang enak, graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu tidak cepat melatah.

Dia sebaliknya menganggap kontroversi itu sebagai asam garam dunia glamor yang perlu dihadapinya sekarang ini.


"Saya tidak menyesal masuk ke dalam dunia seni. Sekarang, baru saya tahu apa yang perlu dihadapi oleh selebriti lain. Tidak semua gosip yang dibaca sebelum ini benar belaka," ujarnya.

Tambah wanita berbintang Libra ini, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dengan setiap kelakuan, percakapan dan apa sahaja yang dilakukan kerana ia akan menjadi bahan perbincangan umum pada kemudian hari.


"Sudah kena gosip begitu ketika mula-mula hendak masuk ke dalam bidang lakonan membuatkan saya rasa sudah tiba masanya saya kena membiasakan diri dengan semua perkara, tidak boleh jadi macam dahulu lagi," ujarnya.

Sibuk dengan pelbagai undangan majlis sosial sebagai seorang selebriti dan tawaran lakonan, Hanis mengakui dirinya sudah tidak kerap menulis blog lagi.

"Kalau dahulu, setiap hari ada sahaja perkara baharu yang saya hendak tulis. Sekarang, disebabkan sibuk kadang-kadang dua minggu sekali baru saya mengemas kini perkembangan terbaharu dalam blog," ujarnya.

Dia menjelaskan, walaupun banyak perkara yang dilakukan setiap hari selepas bergelar selebriti boleh dijadikan bahan bacaan dalam blognya, namun kekangan masa membuatkan dia kadangkala terlewat menulis.

Mengakui penulisannya turut mendapat kritikan peminatnya bukan kerana lambat mengemas kini blog, sebaliknya adalah kerana gaya penulisan yang tidak 'gila-gila' seperti dahulu lagi.
"Pembaca blog saya terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pembaca remaja ada yang merungut mengatakan tulisan saya tidak lagi macam dahulu. Namun, mereka kena terima hakikat bahawa saya sudah meningkat usia, tulisan juga kena matang," katanya yang malu dengan gaya penulisannya pada awal penulisan dalam blognya dahulu.

Walaupun mempunyai rupa paras yang menawan, Hanis mendedahkan dirinya masih solo dan tidak terfikir untuk mencari teman hidup dalam masa terdekat ini. 
"Saya mahu beri tumpuan kepada karier yang sedang saya bina ini dalam industri lakonan. Buat masa sekarang, saya tidak mahu ada komitmen dengan sesiapa," katanya jujur.
Mahu bergerak bebas tanpa terikat dengan mana-mana lelaki, dia menganggap jika mempunyai teman lelaki akan membuatkan dirinya terikat dengan kerjaya baharunya yang memerlukan banyak masa untuk diri sendiri.
"Kalau ada teman lelaki, ia akan melukakan hati orang. Kalau solo macam ini senang, mood saya juga tidak terganggu. Ia tidak jejaskan kerjaya saya nanti," tambahnya.
Namun bagi Hanis, itu bukan bermakna dia menolak jodoh sebaliknya dia mahu segala perkara berkaitan komitmen dirinya itu berlaku secara semulajadi.





Selasa, 05 Februari 2013

Nelydia Senrose tidak kejar glamor - Gosip Artis

Mula menceburi bidang lakonan sejak usia 13 tahun, perjalanan seni pelakon berbakat besar, Nelydia Senrose, 19, tidak semudah disangka.

Pernah membintangi drama popular termasuk Spa Q, Datin Wannabe dan Ahmad Durrah, namun ketika itu bakatnya kurang mendapat perhatian pihak produksi.

Sehinggalah percaturan, Suhan Movies & Trading, memberi peluang gadis kelahiran Che Siti Wan Kembang, ini menerusi drama bersiri slot Akasia, Setia Hujung Nyawa.

nelydia senrose


Walaupun drama ini bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi, namun konflik rumah tangga Ersalina dan Zain Hakimi, nyata memberi impak kepada penonton setianya.

Menjadi pilihan lebih empat juta penonton, ia sekali gus membuka ruang Nelydia atau lebih mesra disapa Nelly untuk membuktikan kebolehannya menggalas watak utama.



"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan perkembangan dan penerimaan itu. Pengarah dan barisan pelakon juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menghayati watak.
"Namun, bukan bermakna saya berpuas hati dan berasa selesa dengan situasi ini. Masih banyak lagi yang harus diberi perhatian dan diperbaiki.
"Saya perlu belajar lebih banyak tentang gerak tubuh, lontaran dialog dan penghayatan," kata adik kepada pelakon, Nik Zaris Uqasha Senrose ini.

Walaupun umurnya masih 'hijau', namun Nelly lebih matang dan bijak berbicara.

Enggan dikenali sebagai anak seni yang 'kosong', Nelly tidak bergantung harap di dalam industri semata-mata.

Malah, memilih bidang psikologi dalam melanjutkan pelajaran, Nelly sentiasa optimis dan berfikiran jauh ke hadapan.
"Saya belajar untuk jaminan masa depan. Saya tidak mahu meletakkan diri saya dalam industri semata-mata kerana saya faham kerjaya sebagai anak seni.

pelakon setia hujung nyawa


"Penerimaan hari ini tidak menjanjikan untuk hari esok. Sekiranya saya tidak lagi menjadi pilihan, sekurang-kurangnya saya mampu menceburi bidang lain yang saya minati.
"Lagipun, saya memang suka bidang ini sejak dulu lagi dan bidang kerja juga lebih meluas," katanya yang baru sahaja selesai penggambaran drama arahan, Ami Sufian itu, akui Nelly, dia turut menerima beberapa tawaran lakonan.

Namun, menurut penuntut Kolej Segi ini, dia belum buat keputusan kerana terikat dengan jadual kelasnya.



"Saya perlu dahulukan komitmen pada pelajaran. Jika tawaran itu mengganggu jadual pelajaran, saya harus tolak.
"Mungkin saya akan terima tawaran yang lebih fleksibel dan tidak mengganggu jadual yang ada. Sebagai pelajar, saya harus menyusun jadual dengan seimbang.
"Saya tidak mahu ia berciciran dan memusnahkan impian saya untuk memiliki segulung ijazah," katanya yang belum bersedia untuk berlakon filem.

Bercerita mengenai kehidupan peribadi pula, Nelly mengakui dia lebih menyukai lelaki berusia.


Namun, memandangkan umurnya masih muda, cinta Nelly sering kecundang di tengah jalan apabila hubungan yang ingin dipupuk itu tidak tercapai.

"Cinta tidak pernah berlaku dalam hidup saya. Saya pernah berkawan dengan beberapa lelaki, namun hubungan itu bertukar jadi 'adik dan abang' sahaja.
"Mungkin kerana jarak usia kami dan dia tidak rasakan saya serius dalam hubungan. Namun, saya bukanlah terdesak untuk memiliki teman hidup.
"Jadi, masa yang ada harus diberi tumpuan pada kerjaya dan pelajaran terlebih dahulu," katanya yang juga sepupu kepada pelakon, Emma Maembong.
OGA (Oh Gosip Artis) : Rupa-rupanya Nelydia ni sepupu kepada Emma Maembong patut la muka pun nak sama iras. Paling penting kedua-duanya memang berbakat!