Tampilkan postingan dengan label Qi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Qi. Tampilkan semua postingan

Rabu, 20 Februari 2013

Yuna sudah tahu hubungan Nelydia dan Qi - Gosip Panas Artis

Ingat tak dua hari lepas OGA(Oh Gosip Artis) ada memasukkan artikel tentang hubungan pelakon popular drama Setia Hujung Nyawa, Nelydia Senrose yang berkawan rapat dengan Qi.  Apa yang OGA nak kongsikan kat sini berita panas apabila bekasnya kekasih Qi iaitu penyanyi Yuna sudah lama tahu tentang hubungan. Kalau tak percaya tengok kat twitter Yuna kat bawah ni.


nelydia dan qi
Hubungan Nelydia dan Qi semakin intim
Adakah punca Yuna dan Qi berpisah disebabkan Nelydia? Ermm...OGA no komen. Hanya Yuna dan Qi sahaja tahu puncanya. Apa-apa pun OGA doakan Yuna, Nelydia dan Qi berjaya dalam bidang masing-masing.

Susulan laporan pengacara dan pelakon, Qi Razali yang mengakui dalam proses mengenali Nelydia Senrose dengan lebih dekat, pelakon drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' ini turut tidak menafikan hal tersebut.

"Saya selesa berkawan dengan Qi. Kami sudah lama kenal dan rapat ketika penggambaran drama, tahun lalu.
 “Qi suka bercakap mengenai masa depannya, sikap itu membuatkan saya lebih senang untuk berbincang bersamanya. Namun, hubungan kami jangan disalah tafsir kerana kami hanya berkawan.
 “Tetapi jika ditakdirkan jodoh saya dengannya, saya tidak boleh menolak perkara itu,” ujar Nelydia yang dipetik daripada Sinar Harian Online.
 Dalam perkembangan berkaitan, Yuna menerusi status di akaun Twitternya yang bertarikh 4 Februari lepas seakan-akan mengiyakan hubungan bekas kekasihnya itu.

Selasa, 19 Februari 2013

Nelydia bercinta dengan Qi? Gosip Artis Terkini


OGA(Oh Gosip Artis)  ada terbaca satu artikel dalam sebuah majalah hiburan baru-baru ni mengatakan pelakon, Nelydia Senrose yang sedang meningkat naik populariti menerusi drama setia hujung nyawa  sedang bercinta dengan Qi. Betul ke Nelydia? atau sekadar gosip semata-mata. Kalau tiada angin takkan pokok bergoyangkan. Tak gitu? Namun, ini jawapan yang diberikan Nelydia tentang hubungannya dengan Qi:
"Saya selesa berkawan dengan Qi. Kami sudah lama kenal dan rapat ketika penggambaran drama, tahun lalu,” kata Nelydia Senrose kepada Zass, semalam.
Menurut Nelydia, sikap Qi, 36, atau nama sebenarnya, Kushairi Mohammed Razali yang matang dan senang didampingi membuatkannya selesa bersama pelakon dan pengacara itu.

nelydia dan Qi
Nelydia yang digosipkan bercinta dengan Qi
“Qi suka bercakap mengenai masa depannya, sikap itu membuatkan saya lebih senang untuk berbincang bersamanya.
“Namun, hubungan kami jangan disalah tafsir kerana kami hanya berkawan.
“Tetapi jika ditakdirkan jodoh saya dengannya, saya tidak boleh menolak perkara itu,” katanya. Hubungan Nelydia bersama bekas kekasih Yuna itu mula menjadi bualan selepas Qi menerusi sebuah akhbar, mengakui selesa bersama pelakon yang kian meningkat naik melalui watak Ersalina dalam drama Setia Hujung Nyawa itu. Qi juga mengaku mereka berdua sudah lama kenal dan masih dalam proses mengenali diri masing-masing.
Beralih kepada perkembangan seninya, Nelydia berkata, dia kini kembali fokus terhadap pelajarannya dan jadual waktunya semakin padat.

“Walaupun sekarang tiada penggambaran, namun saya akan mempertimbangkan tawaran yang diterima.
“Bagaimana pun, jika bercanggah dengan waktu belajar, saya terpaksa menolak kerana tidak mahu terikat dengan komitmen dan tidak mahu menghampakan pihak produksi,” katanya.

Rabu, 19 September 2012

Sah!! Yuna Dan Qi Putus Cinta

 Gambar kenangan terindah Yuna Dan Qi Di Karpet Biru Celcom Anugerah Industri Muzik Ke 18.


KUALA LUMPUR: Penyanyi remaja terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengakui desas-desus yang bertiup kencang mengatakan hubungan cintanya dengan pelakon juga pengacara, Qushairi Razali sudah tiada lagi.

Perkara itu disahkan Yuna pada sidang media konsert sulungnya, Yuna Homecoming Concert di Damansara, di sini, petang semalam. Penyanyi berusia 26 tahun itu turut menafikan wujudnya orang ketiga dan keputusan untuk membawa haluan masing-masing adalah persetujuan bersama bagi kebaikan kedua-dua pihak.

“Tiada permusuhan yang berlaku, sebaliknya kami berdua sepakat untuk berehat sebentar daripada komitmen yang terjalin lebih dua tahun ini. Mungkin ini jalan terbaik untuk kami berdua bagi mencari fokus dan keserasian, lebih-lebih lagi kebetulan masing-masing begitu sibuk untuk mengukuhkan kerjaya.

“Bagaimanapun, kami masih berkawan baik dan harap-harap peminat doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya.

Yuna yang menjalin hubungan dengan bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan berusia 36 tahun itu sejak lebih dua tahun lalu hanya menyifatkan perpisahan antara mereka kerana faktor kesibukan dan komitmen terhadap kerja masing-masing.

Malah, tambahnya, hubungan jarak jauh antaranya yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat dan Qi yang sibuk dengan kerjaya lakonan di Kuala Lumpur alasan utamanya juga. “Bayangkan, saya berada di Kuala Lumpur sekali-sekala dan selebihnya saya sibuk dengan pelbagai aktiviti promosi album terbaru dan persembahan jelajah seluruh Amerika. Qi pula di Kuala Lumpur dengan jadual kerjanya yang padat.

 “Justeru kesibukan dengan tanggungjawab dengan syarikat rakaman Fader Label di sana membuatkan kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing dulu. “Lebih baik kami meletak sepenuh tumpuan pada kerja dan komitmen terlebih dulu. Jika ada jodoh dan rezeki, Insya-Allah ia tidak akan ke mana,” katanya.

Senin, 07 Maret 2011

Qi ♥ Yuna: SAH Bercinta Sudah :)


**sumber dari BeautifulNara



Wahhh...akhirnyaaaa! Mereka dah officially bercouple. Siap update status kat FB tue beb. Vavavava. Happy for them. Mak Kepochi doakan hubungan dorg kekal utk selamanya dan ke jinjang pelamin...amin :)




Happy tgk dorg together :)














Gosip Panas Mak Kepochi™

Selasa, 11 Januari 2011

Qi Sudah Mula Berbicara Tentang Kahwin



Ceaaaa Qi (atau nama sebenar Qushairi Razali)...dah talk ttg marriage ea? Katanya dlm umur 35 gitu, dia dh ready utk kahwin. Ehemm ehemm, dah jumpa ea CINTA SEMPURNA yg awak cari² selama ini ek, Qi? :P Tapi...ape yg x best nyer...

Qi and Yuna nih masing² taw, x nak ngaku bercinta. Always je bagi statment standard -->> "Kami kawan biasa je" ala² gitu la. Alaaa...namo ar rahsia² ^_^


"Saya dan Yuna belum boleh dikatakan bercinta.Buat masa ini saya dan dia memang berkawan dan kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing" - Qi


Ye lah Qi...yerrrr lahhhh :P Tp kan, ape yg bestnya...Qi x menafikan yg both of them ade meet the parent each other taw. Haaaaa..tuh ape, weh uols. Kalau dh meet the parents tue...

...kompom nyer si dia MEMANG special dia hati ^_^ Ngeee




"Saya tidak mempunyai masalah dengan emak dan ayah Yuna. Emak dia seorang yang berfikiran terbuka dan mudah mesra. Tetapi ayah dia agak pendiam. Kalau mereka terlalu berhati-hati pun, saya faham situasi mereka kerana Yuna adalah anak tunggal. Tentang emak saya pula, dia senang saya berkawan dengan Yuna. Tetapi dia tidaklah mendesak untuk saya berkahwin dalam masa terdekat ini. Keluarga saya faham dengan karier saya yang selalu sibuk," ujar Qi.



Ehemm...ehemm. Weols wait n see je lah uols ek ek ^_^












Gosip Panas Mak Kepochi™
<--- Nanged it if u like. Thanx :)