Tampilkan postingan dengan label Nelydia Senrose. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Nelydia Senrose. Tampilkan semua postingan

Jumat, 15 Maret 2013

Qi Razali Selesa Berkawan Dengan Nelydia Rose


Pengacara dan pelakon Qi Razali tidak menolak sekiranya hubungan kawan yang terjalin di antara dirinya dengan pelakon Nelydia Rose akan bertambah serius pada masa hadapan kerana selesa bergaul dengan wanita itu.

Qi atau nama sebenanrnya Qushairi Razali, 35, berkata, kematangan dan sikap kelakar Nelydia membuatkan dia senang berkawan baik dengan pelakon itu.

"Andai kata dia adalah jodoh saya, saya akan terima dengan terbuka. Bagaimanapun buat masa ini saya dan Nelydia hanya rapat sebagai sahabat kerana selesa berkawan dengannya yang cukup matang dalam pelbagai perkara selain kelakar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.
Dalam pada itu, Qi berkata, dia berharap peminat dan masyarakat tidak terlalu cepat membuat andaian mengenai hubungan mereka kerana mahu menjaga hubungan baik di antara mereka.

qi razali
Qi Razali
Kata Qi, pada usianya sekarang dia tidak tergesa-gesa untuk memulakan hubungan baru dan mahu melalui proses yang betul.

"Perlahan-lahan dan tidak perlu tergesa-gesa dan biarlah ia berlaku dengan cara yang betul tambahan pula dia masih muda," katanya.
Bercakap mengenai perkembangan terbaru dirinya, Qi berkata dia kini sedang sibuk dengan penggambaran musim terbaru program Jalan-Jalan Cari Makan selain beberapa projek lain.

Malah katanya, dia akan muncul dalam dua buah filem tahun ini berjudul Bencinta dan Anak Jantan selain beberapa projek drama.

Kamis, 07 Maret 2013

Saya bukan perampas - Nelydia

Keintiman antara dua pelakon ini menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak. Orang kata, kalau tiada angin masa kan pokok  bergoyang. Tak gitu?


Mujur beberapa minggu lalu, Qi Razali sudah menjelaskan keadaan sebenar hubungan yang terjalin antara dia dan seorang pelakon yang semakin meningkat naik, Nelydia Senrose.

Bagaimanapun kisah ini sebenarnya memberi kesan kepada Nelydia sendiri apabila dituduh sebagai penyebab Qi dan kekasihnya sebelum ini berpisah.

Menyangkal dakwaan tersebut Nelydia memberitahu, hubungannya dengan Qi hanya kembali rapat sejak dua bulan yang lalu. Ikuti temu bual Hits dengan Nely.

nelydia senrose
Nelydia Senrose
Sebelum ini Qi sudah memberitahu bahawa dia memang selesa berkawan dengan Nely, dan ini komen nelydia:

Sama seperti Qi saya juga selesa berkawan dengannya, sebenarnya kami sudah lama kenal, cuma dua bulan kebelakangan ini hubungan itu lebih rapat.

Namun disebalik kemesraan mereka berdua ni, ramai yang menuduh bahawa Nelydia adalah punca perpisahan Qi dan Yuna. Namun, Nelydia menolak dakwaan tersebut:

Saya bukan perampas dan punca perpisahan Qi dengan Yuna. Malah sewaktu mereka bersama, saya dan Qi langsung tidak pernah berhubung. Hanya dua bulan kebelakangan ini baru kami rapat semula.

Selain itu, Nelydia mengakui  hubungan mereka tidak terlalu serius sehingga Qi sanggup berkongsi sebarang kisah yang saya anggap peribadi.

Komen Nelydia tentang Qi:

Dia seorang yang bijak dan matang. Malah boleh dikatakan Qi banyak membantu saya di dalam pelajaran saya kini.
Nelydia juga mengakui bahawa dia suka kepada lelaki yang lebih matang:

Saya tidak fikir itu sesuatu yang pelik, memandangkan saya memang suka lelaki yang jauh lebih matang dari saya.



Kamis, 28 Februari 2013

Nelydia Senrose nafi punca perpisahan Yuna dan Qi

Selepas umum melihat keakraban yang terjalin antara Nelydia Senrose dan Qi Razali, juga merupakan bekas kekasih Yuna Zarai, Nelydia tidak terlepas dari dituduh sebagai punca perpisahan antara Qi Razali dan Yuna.

Semua sedia maklum bahawa Nelydia dan Qi Razali kini sedang berkawan rapat. Pasangan ini sudah banyak kali dilihat keluar berdua di tempat awam & kami sendiri pernah terserempak beberapa kali dengan mereka.

Sehubungan dengan ini, menguatkan lagi persepsi masyarakat bahawa Nelydia lah yang menjadi punca keretakan perhubungan antara Qi dan Yuna. Nelydia sendiri akui belum pernah lagi bersua muka dengan Yuna.

nelydia senrose
Nelydia Senrose
Malah Nelydia sendiri sudah dapat menjangka dia akan berdepan dengan tuduhan sebegini. Nelydia walau bagaimanapun menafikan perhubungan Qi dan Yuna berakhir disebabkan dirinya.

“Nely bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Nely rapat dengan Qi pun baru je lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik”
Sebelum ini mereka pernah bergandingan dalam drama bersiri terbitan TV9, Friday I’m in Love. Namun Nelydia akui mula rapat dengan Qi sejak dua bulan lalu tetapi tidak lebih dari seorang teman rapat.

Nelydia akui sering menjadikan Qi sebagai bahan rujukan berkenaan pelajaran di kolej. Nelydia menyifatkan Qi sebagai seorang lelaki yang bijak. Usia yang sudah menginjak 37 tahun, menjadikan Qi lebih matang dan sentiasa bijak dalam setiap tindakannya.

Nelydia Senrose kini sedang mengikuti kursus Psikologi selama 3 tahun di SEGI College, Subang.

Tambah Nelydia, dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih tua darinya asalkan lelaki tersebut matang. Seakan memberi hint hatinya terbuka untuk menerima Qi seandainya Qi adalah jodohnya.

Kamis, 21 Februari 2013

Nelydia Senrose Perjelaskan Hubungan Dengan Qi Razali - Gosip Artis Terkini


Semalam OGA ada memasukkan artikel pasal Yuna yang sudah lama tahu tentang hubungan Nelydia Senrose dengan Qi Razali. Namun hari ini, pelakon Nelydia Senrose menolak desas-desus terbaharu yang mengaitkannya dan pelakon Qi Razali sedang hangat bercinta.

Sebaliknya, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 19, berkata dia dan bekas kekasih kepada penyanyi Yuna itu hanya berkawan baik. Mereka mulai rapat kira-kira sebulan yang lalu.

"Saya dan dia (Qi) hanya kawan baik sahaja pada waktu ini. Tiada hubungan istimewa seperti yang dikatakan.
"Sebenarnya kami sudah kenal sejak tahun lalu sebab sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Friday I'm In Love tetapi tidak rapat.
"Lagi pun dia berpunya (kekasih Yuna) ketika itu dan kami hanya rapat kebelakangan ini," katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Aktres berdarah kacukan ini berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai persahabatan mereka kerana tidak pasti hala tuju hubungan itu pada masa akan datang.

"Saya tak boleh cakap ya atau tidak mengenai tahap hubungan kami sebab tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang.

nelydia senrose dan Qi
nelydia senrose dan Qi
"Buat masa ini belum ada apa-apa yang serius tapi pada masa akan datang kita tidak tahu," katanya.
Ditanya mengenai populariti mendadak yang dikecapnya susulan populariti drama Setia Hujung Nyawa di TV3 pada Januari lalu, Nelydia berkata, ia adalah bonus atas kerja kerasnya selama ini.

"Sudah tentu saya bersyukur atas perhatian yang mendadak ekoran kejayaan drama itu.
"Ia adalah bonus atas usaha dan kerja keras saya sepanjang penggambaran selama lebih dua bulan," katanya yang berehat seketika daripada tawaran berlakon.

Rabu, 20 Februari 2013

Yuna sudah tahu hubungan Nelydia dan Qi - Gosip Panas Artis

Ingat tak dua hari lepas OGA(Oh Gosip Artis) ada memasukkan artikel tentang hubungan pelakon popular drama Setia Hujung Nyawa, Nelydia Senrose yang berkawan rapat dengan Qi.  Apa yang OGA nak kongsikan kat sini berita panas apabila bekasnya kekasih Qi iaitu penyanyi Yuna sudah lama tahu tentang hubungan. Kalau tak percaya tengok kat twitter Yuna kat bawah ni.


nelydia dan qi
Hubungan Nelydia dan Qi semakin intim
Adakah punca Yuna dan Qi berpisah disebabkan Nelydia? Ermm...OGA no komen. Hanya Yuna dan Qi sahaja tahu puncanya. Apa-apa pun OGA doakan Yuna, Nelydia dan Qi berjaya dalam bidang masing-masing.

Susulan laporan pengacara dan pelakon, Qi Razali yang mengakui dalam proses mengenali Nelydia Senrose dengan lebih dekat, pelakon drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' ini turut tidak menafikan hal tersebut.

"Saya selesa berkawan dengan Qi. Kami sudah lama kenal dan rapat ketika penggambaran drama, tahun lalu.
 “Qi suka bercakap mengenai masa depannya, sikap itu membuatkan saya lebih senang untuk berbincang bersamanya. Namun, hubungan kami jangan disalah tafsir kerana kami hanya berkawan.
 “Tetapi jika ditakdirkan jodoh saya dengannya, saya tidak boleh menolak perkara itu,” ujar Nelydia yang dipetik daripada Sinar Harian Online.
 Dalam perkembangan berkaitan, Yuna menerusi status di akaun Twitternya yang bertarikh 4 Februari lepas seakan-akan mengiyakan hubungan bekas kekasihnya itu.

Selasa, 19 Februari 2013

Nelydia bercinta dengan Qi? Gosip Artis Terkini


OGA(Oh Gosip Artis)  ada terbaca satu artikel dalam sebuah majalah hiburan baru-baru ni mengatakan pelakon, Nelydia Senrose yang sedang meningkat naik populariti menerusi drama setia hujung nyawa  sedang bercinta dengan Qi. Betul ke Nelydia? atau sekadar gosip semata-mata. Kalau tiada angin takkan pokok bergoyangkan. Tak gitu? Namun, ini jawapan yang diberikan Nelydia tentang hubungannya dengan Qi:
"Saya selesa berkawan dengan Qi. Kami sudah lama kenal dan rapat ketika penggambaran drama, tahun lalu,” kata Nelydia Senrose kepada Zass, semalam.
Menurut Nelydia, sikap Qi, 36, atau nama sebenarnya, Kushairi Mohammed Razali yang matang dan senang didampingi membuatkannya selesa bersama pelakon dan pengacara itu.

nelydia dan Qi
Nelydia yang digosipkan bercinta dengan Qi
“Qi suka bercakap mengenai masa depannya, sikap itu membuatkan saya lebih senang untuk berbincang bersamanya.
“Namun, hubungan kami jangan disalah tafsir kerana kami hanya berkawan.
“Tetapi jika ditakdirkan jodoh saya dengannya, saya tidak boleh menolak perkara itu,” katanya. Hubungan Nelydia bersama bekas kekasih Yuna itu mula menjadi bualan selepas Qi menerusi sebuah akhbar, mengakui selesa bersama pelakon yang kian meningkat naik melalui watak Ersalina dalam drama Setia Hujung Nyawa itu. Qi juga mengaku mereka berdua sudah lama kenal dan masih dalam proses mengenali diri masing-masing.
Beralih kepada perkembangan seninya, Nelydia berkata, dia kini kembali fokus terhadap pelajarannya dan jadual waktunya semakin padat.

“Walaupun sekarang tiada penggambaran, namun saya akan mempertimbangkan tawaran yang diterima.
“Bagaimana pun, jika bercanggah dengan waktu belajar, saya terpaksa menolak kerana tidak mahu terikat dengan komitmen dan tidak mahu menghampakan pihak produksi,” katanya.

Minggu, 17 Februari 2013

Nelydia Senrose kini kembali fokus kepada pelajaran - Gosip Artis Popular

Pelakon muda yang semakin dikenali menerusi watak Ersalina dalam drama bersiri Setia Hujung Nyawa, Nelydia Senrose memberitahu kami bahawa dia akan kembali fokus kepada pelajarannya selepas hampir sebulan lebih menghabiskan masa di lokasi penggambaran.


“Alhamdulilah, saya bersyukur kerana drama tersebut diterima ramai dan saya menganggap bahawa itu merupakan salah satu bonus bagi saya untuk terus bekerja dan mengembangkan lagi bakat yang saya ada dalam dunia lakonan”
“Selepas ini saya akan kembali menghadiri persiapan ke kuliah seperti biasa untuk meneruskan pelajaran selepas sebulan saya bercuti dan akan kembali fokus kepada pelajaran saya”
“Lebih kurang setahun lagi jangkaan untuk saya menamatkan pengajian saya dalam bidang psikologi. Selepas sekiranya diberi peluang saya akan terus menyambung pelajaran saya dalam bidang yang sama cuma kali ini di luar negara,” kata Nelydia Senrose ketika ditemui.
Dia juga turut mengulas bahawa dia tidak akan berhenti dari dunia lakonan, cuma mahu memberi tumpuan terhadap pelajarannya. 

nelydia senrose
Nelydia Senrose
Baguslah macam tu Nelydia. OGA sokong! Apa-apa pun pelajaran adalah sangat penting dalam diri seseorang tu. Nak-nak awak tu masih muda dan perjalanan masih jauh lagi. Jadi jangan sia-siakan benda yang baik untuk masa depan.

bercakap tentang kontroversi yang berlaku terhadap seseorang yang bergelar artis, dan adakah dia sudah bersedia? Ini jawapan Nelydia Senrose:


“Kontroversi memang tidak dapat lari dunia artis, cuma kita perlu tahu bagaimana untuk mengelakkannya dari berlaku. Memang tidak salah sekiranya seseorang artis itu mempunyai kontroversi tetapi biarlah kontroversi itu, merupakan kontroversi ke arah positif dan boleh menaikkan nama dan kariernya, tetapi elakkanlah dari kontroversi yang boleh menjatuhkan maruah, kredibiliti dan memusnahkan kerjaya seseorang artis itu.”

Selasa, 05 Februari 2013

Nelydia Senrose tidak kejar glamor - Gosip Artis

Mula menceburi bidang lakonan sejak usia 13 tahun, perjalanan seni pelakon berbakat besar, Nelydia Senrose, 19, tidak semudah disangka.

Pernah membintangi drama popular termasuk Spa Q, Datin Wannabe dan Ahmad Durrah, namun ketika itu bakatnya kurang mendapat perhatian pihak produksi.

Sehinggalah percaturan, Suhan Movies & Trading, memberi peluang gadis kelahiran Che Siti Wan Kembang, ini menerusi drama bersiri slot Akasia, Setia Hujung Nyawa.

nelydia senrose


Walaupun drama ini bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi, namun konflik rumah tangga Ersalina dan Zain Hakimi, nyata memberi impak kepada penonton setianya.

Menjadi pilihan lebih empat juta penonton, ia sekali gus membuka ruang Nelydia atau lebih mesra disapa Nelly untuk membuktikan kebolehannya menggalas watak utama.



"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan perkembangan dan penerimaan itu. Pengarah dan barisan pelakon juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menghayati watak.
"Namun, bukan bermakna saya berpuas hati dan berasa selesa dengan situasi ini. Masih banyak lagi yang harus diberi perhatian dan diperbaiki.
"Saya perlu belajar lebih banyak tentang gerak tubuh, lontaran dialog dan penghayatan," kata adik kepada pelakon, Nik Zaris Uqasha Senrose ini.

Walaupun umurnya masih 'hijau', namun Nelly lebih matang dan bijak berbicara.

Enggan dikenali sebagai anak seni yang 'kosong', Nelly tidak bergantung harap di dalam industri semata-mata.

Malah, memilih bidang psikologi dalam melanjutkan pelajaran, Nelly sentiasa optimis dan berfikiran jauh ke hadapan.
"Saya belajar untuk jaminan masa depan. Saya tidak mahu meletakkan diri saya dalam industri semata-mata kerana saya faham kerjaya sebagai anak seni.

pelakon setia hujung nyawa


"Penerimaan hari ini tidak menjanjikan untuk hari esok. Sekiranya saya tidak lagi menjadi pilihan, sekurang-kurangnya saya mampu menceburi bidang lain yang saya minati.
"Lagipun, saya memang suka bidang ini sejak dulu lagi dan bidang kerja juga lebih meluas," katanya yang baru sahaja selesai penggambaran drama arahan, Ami Sufian itu, akui Nelly, dia turut menerima beberapa tawaran lakonan.

Namun, menurut penuntut Kolej Segi ini, dia belum buat keputusan kerana terikat dengan jadual kelasnya.



"Saya perlu dahulukan komitmen pada pelajaran. Jika tawaran itu mengganggu jadual pelajaran, saya harus tolak.
"Mungkin saya akan terima tawaran yang lebih fleksibel dan tidak mengganggu jadual yang ada. Sebagai pelajar, saya harus menyusun jadual dengan seimbang.
"Saya tidak mahu ia berciciran dan memusnahkan impian saya untuk memiliki segulung ijazah," katanya yang belum bersedia untuk berlakon filem.

Bercerita mengenai kehidupan peribadi pula, Nelly mengakui dia lebih menyukai lelaki berusia.


Namun, memandangkan umurnya masih muda, cinta Nelly sering kecundang di tengah jalan apabila hubungan yang ingin dipupuk itu tidak tercapai.

"Cinta tidak pernah berlaku dalam hidup saya. Saya pernah berkawan dengan beberapa lelaki, namun hubungan itu bertukar jadi 'adik dan abang' sahaja.
"Mungkin kerana jarak usia kami dan dia tidak rasakan saya serius dalam hubungan. Namun, saya bukanlah terdesak untuk memiliki teman hidup.
"Jadi, masa yang ada harus diberi tumpuan pada kerjaya dan pelajaran terlebih dahulu," katanya yang juga sepupu kepada pelakon, Emma Maembong.
OGA (Oh Gosip Artis) : Rupa-rupanya Nelydia ni sepupu kepada Emma Maembong patut la muka pun nak sama iras. Paling penting kedua-duanya memang berbakat! 

Kamis, 20 Desember 2012

Nelydia sedia bersaing dalam dunia lakonan - Gosip Artis

Nelydia popular dengan cerita SPA Q

PENGLIBATAN Nelydia Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen sebagai seorang pelakon boleh dikira sudah agak lama.
Pelakon jelita mula dikenali sejak membintangi drama bersiri Spa Q kira-kira lima tahun lalu. Kemudian namanya seperti tenggelam timbul kerana agak jarang muncul di kaca televisyen.
Meskipun dia dilihat mempunyai bakat yang cukup besar dalam bidang lakonan, namun namanya masih kurang menjadi sebutan dan tidak terlalu menyinar berbanding beberapa pelakon wanita yang lain.
BARISAN karyawan drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang menampilkan
 Nelydia Senrose dan Amar Ashraf sebagai tonggak utama.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang diadakan di Sri Pentas, TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Nelydia mengakui dirinya masih belum lagi menyerlah.
“Kalau diikutkan penglibatan saya dalam bidang seni, lima tahun merupakan satu tempoh yang cukup lama. Lagipun peminat memang mengenali saya sejak membintangi drama Spa Q dahulu.
“Selepas drama tersebut saya ada berlakon dalam beberapa buah drama lain, tetapi ia kurang memberi impak kepada diri saya. Jadi, saya akui masih kurang popular, meskipun sudah lama menceburi bidang lakonan,” ujar anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik itu.
Selain itu, Nelydia turut menjelaskan antara faktor utama yang menyebabkan dirinya agak sukar untuk mengecap populariti kerana statusnya sebagai pelajar sekolah sebelum ini.
Ujarnya, disebabkan itu dia terpaksa menolak banyak tawaran lakonan yang diterima memandangkan terpaksa memberi sepenuh tumpuan terhadap persekolahannya.
“Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu, saya sudah kembali aktif berlakon. Beberapa bulan kemudian saya kembali menyambung pelajaran semula menyebabkan saya kurang berlakon.