Tampilkan postingan dengan label Emma Maembong. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Emma Maembong. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 11 Mei 2013

Emma Maembong Nafi Rampas Kekasih Uqasha Senrose

EMMA mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasih Uqasha yang dikenali dengan nama Ally.



EKORAN gosip yang diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan pada hujung minggu lalu yang mendakwa pelakon muda Emma Maembong dan Uqasha Senrose tidak bertegur sapa, kedua-dua pelakon itu tampil memberikan respons.

Emma turut menjawab dakwaan dia dikatakan dia merampas kekasih Uqasha.

Sementara itu, Uqasha turut tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Emma Maembong dan Uqasha Senrose yang dihubungi menerusi telefon baru-baru ini.

Kosmo!: Emma dikatakan bermasam muka dengan pelakon Uqasha Senrose gara-gara Emma didakwa telah merampas teman lelaki Uqasha? Benarkah dakwaan itu?

EMMA: Saya tidak tahu bagaimana kisah itu boleh timbul kerana kami berkawan sejak saya belum bergelar artis lagi. Kalau berjumpa pun, kami akan bertegur sapa tetapi sejak kebelakangan ini masing-masing sibuk jadi tidak sempat untuk berhubung. Kami baik-baik saja.

Benarkah Emma merampas kekasih Uqasha?

Tidak benar sama sekali. Saya berkenalan dengan lelaki itu (dikenali dengan nama Ally) selepas Uqasha dan Ally berpisah selama empat bulan. Apabila saya mendapat tahu bahawa Ally pernah bercinta dengan Uqasha, saya memberikan peluang kepada Ally untuk kembali kepada Uqasha tetapi dia sendiri yang pilih saya. Saya tidak pasti kenapa Ally dan Uqasha putus cinta.



UQASHA mengakui pernah rapat dengan Emma ketika zaman kanak-kanak.
 

Adakah benar Emma mengelak daripada berjumpa dengan Uqasha?

Tidak. Sebaliknya, saya cuba mengelak daripada berjumpa Ally apabila mendapat tahu bahawa mereka pernah bercinta.

Adakah Emma dan Uqasha merupakan sepupu?

Sudah terang lagi bersuluh, tidak (ketawa). Kami tiada pertalian darah dan tiada kena-mengena. Uqasha dari Kelantan dan saya pula keturunan dari Terengganu. Saya tergelak setiap kali orang cakap kami adalah sepupu.

Bagaimanakah pula dengan kehidupan Emma sekarang?

Buat masa sekarang saya hanya fokuskan kerjaya saja, tidak mahu ambil tahu soal cinta. Saya ingin berehat daripada memikirkan tentang komitmen.

Apakah perkembangan terkini karier Emma pula?

Saya baru selesai penggambaran filem Werewolf dari Bangladesh arahan Mamat Khalid dan akan membintangi beberapa buah drama. Selain itu, drama 13 episod saya berjudul Kampung Girl dan Tiga Nenek Tiga Dara masih menantikan untuk disiarkan di televisyen.

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN dan IZRINDA BADROLHISHAM

Senin, 15 April 2013

Emma Maembong Hanya Bersekolah Sehingga Tingkatan 2 Sahaja





Nampaknya status pembelajaran Emma Maembong menjadi topik hangat baru-baru ini. Malah Emma sendiri mengakui terkejut yang media mengetahui dirinya hanya setakat belajar sehingga ke tingkatan 2 sahaja.

Emma juga tidak pernah menduduki peperiksaan SPM.

Berkata kepada BiPop hari ini, Emma Maembong menjelaskan yang dia tidak pergi ke sekolah dan belajar hanya di rumah.

Kata Emma:-
Saya tak ke sekolah, sebaliknya hanya menghadiri home school, belajar di rumah. Saya mempunyai seorang adik lelaki yang tak boleh berjalan, jadi cikgu datang rumah, pada masa sama, boleh jaga adik. Tapi, saya mengaku, memang tak ambil SPM. Saya belajar melukis dengan ayah, jadi saya memang tak belajar tinggi. Saya nak jadi pelukis sama seperti ayah. Nak ikut jejak ayah.



Gambar Emma bersama ayahnya.


Namun begitu, Emma berkata sekiranya ingin menyambung pelajaran, dia akan mengambil bidang lukisan untuk menyambung legasi ayahnya.

Kata Emma:-
Saya juga tak menafikan saya hanya bersekolah sehingga di Tingkatan Dua sahaja. Sekarang saya dah ceburi bidang lakonan, tapi legasi ayah perlu diteruskan. Sekiranya saya nak sambung belajar ke peringkat tinggi, saya nak ambil bidang lukisan.


Mungkin Emma memang tidak dilahirkan untuk belajar tinggi tetapi itu bukannya satu penghalang untuk berjaya di dalam kehidupan.

Kalau Emma fokus dengan apa yang dilakukan, mana tahu satu hari nanti akan betul-betul berjaya. Abang Nara tengok bakat Emma dalam bidang lukisan pun boleh tahan. Semoga satu hari nanti bakat tersebut dapat dikembangkan.

Kamis, 04 April 2013

Emma Maembong Akui Masih Sayangkan Bekas Kekasih





Pelakon yang sedang meningkat naik namanya, Emma Maembong, 21, tidak menganggap bekas teman lelaki sebagai musuh. Walaupun telah berpisah sejak awal Februari lalu, Emma memberitahu dia masih berkawan dengan jejaka bernama Adli, yang pernah bertakhta dihatinya selama lima tahun itu.

"Emma masih kawan lagi dengan dia. Emma tak nak bermusuh dengan dia. Tipulah kalau saya kata sudah tidak ada lagi rasa sayang padanya. Lagipun hubungan kami dulu pun agak lama.

Tapi kalau nak kata peluang untuk kami bersama semula tu, sayaa tak boleh kata apa-apa. Itu semua terserah pada jodoh", kata gadis kacukan Melayu-Scottish ini sambil tersenyum manis ketika ketika ditemui baru-baru ini.

Sambil tu pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani ini juga mengesahkan dia kini masih solo dan tidak mahu memikirkan soal cinta buat masa ini. Sebaliknya dia mahu lebih fokus pada kerjaya lakonan.

Menyentuh tentang kerjaya, gadis yang punya bakat melukis ini baru saja selesai menjalani penggambaran drama terbitan RTM berjudul, 3 Nenek, 3 Dara.

"Sebenarnya Emma memang tak ambil banyak tawaran berlakon dalam satu masa. Emma lebih suka habiskan satu, satu dulu. Sebab, Emma fikir juga kalau selalu sangat pun lakonan kita di televisyen, penonton akan bosan pula nanti", katanya.

Dalam perkembangan lain, Emma baru menandatangani kontrak selama setahun sebagai duta produk Silkygirl.

"Selama ni memang Emma guna produk-produk dari Silkygirl. Jadi bila terpilih sebagai duta, Emma gembira dan bersyukur.

"Walaupun jadi duta Silkygirl dari segi imej tu Emma tak mahu buat perubahan yang drastik sangat. Emma masih lagi kekalkan penampilan yang ringkas dan solekan yang tidak lah terlampau menonjol. Ikut jugalah pada kesesuaian acara yang akan Emma hadiri itu", ujarnya.


- mD

Minggu, 17 Februari 2013

Emma Maembong akui putus cinta - Gosip Terkini Artis


Sebenarnya, ramai juga yang tidak tahu bahawa sebelum ini Emma Ma’embong sudah pun mempunyai kekasih dan kisah percintaan mereka tidak mendapat perhatian daripada mana mana media.

Namun, dalam satu laporan Berita Harian hari ini, Emma Ma’embong berkata yang hubungan cinta beliau sudah pun berakhir sejak awal Februari 2013 lagi.

“Yang lepas itu biarlah berlalu. Ini ruang terbaik untuk saya terus fokus dalam kerjaya seni,” ujar Emma Ma’embong yang di’gandingkan dengan Adi Putra untuk sesi fotografi baru baru ini.
Emma Ma’embong juga seboleh bolehnya tidak mahu memanjangkan cerita tentang kisah putus cinta dengan jejaka bernama Adli ini kerana menganggap mereka berdua sudah tidak ada jodoh.
emma maembong
Emma Maembong

Emma risaukan adik - Gosip Artis


Siapa tidak kenal dengan pelakon cantik seorang ini. Bukan sahaja memiliki rupa yang cantik namun bakat yang besar dimiliki pelakon ini membuatkan ramai penonton berpuas hati dengan lakonannya. Pemilik nama Emma Maembong mempunyai adik yang bernama Cha Cha Maembong yang popular menerusi  drama popular Setia Hujung Nyawa  sangat menjadi lakonannya dalam drama itu.

Oleh itu, pelakon Emma Maembong, 20, memberitahu, kelibat adik kandungnya, Cha Cha Maembong, 17, yang semakin mewarnai dunia lakonan kini sedikit sebanyak merisaukan dirinya.
emma maembong
Emma Maembong
"Saya bukan iri hati, sebagai kakak saya cuma risau keadaannya, ialah sebagai anak bongsu dia memang sedikit manja," katanya.
Pendapat Emma mengenai lakonan adiknya itu yang semakin dikenali melalui drama bersiri Setia Hujung Nyawa, Emma memberitahu, dia sangat bangga mempunyai adik yang berbakat besar seperti Cha Cha.

"Dia sangat berbakat, saya sendiri tidak percaya pada mulanya.
"Kalau boleh impian saya adalah untuk berlakon bersamanya dalam sebuah drama bersama," katanya.



Senin, 04 Februari 2013

Emma tinggalkan dunia parti - Gosip Artis

Emma Maembong
Pelakon Emma Maembong, sebelum ini pernah berjanji untuk berubah apabila gambar tidak sopan miliknya tersebar di internet.Katanya, dia tidak akan pakai seksi lagi, selain lebih ke arah positif selepas orang ramai mengenalinya.

Bagaimanapun gosip terbaru sebuah portal hiburan baru-baru ini memberitahu Emma sudah kembali ke perangai lamanya. Dia dikatakan terlibat dalam pesta muda-mudi di sebuah pulau yang terletak di utara.

Cuba menjelaskan keadaan sebenar, Emma menegaskan dia hanya ke pulau berkenaan untuk bekerja. Malah kehadirannya juga turut ditemani beberapa artis lain, bukan dengan tujuan bersosial.Menurut Emma:

"Saya tidak terlibat dengan mana-mana parti. Gambar yang kononnya memperlihatkan saya sedang berseronok itu hanyalah gambar dengan peminat.
"Jangan risau, saya masih pegang janji dengan peminat saya untuk berubah. Apa yang berlaku itu hanya salah faham," kata Emma.
Masih sibuk dengan beberapa penggambaran drama, Emma mengakui dia sebenarnya terkilan dengan kontroversi yang dicetuskan. Malah, seolah-olah sengaja direka tanpa sebab musabab.

"Saya sebenarnya terkejut dengan kontroversi terbaru ini. Kalau diikutkan keadaan saya dalam gambar tersebut tidaklah begitu seksi. Saya memakai cardigan panjang, mana mungkin saya berparti begitu.
"Malah dengan kesibukan saya kini, kisah mahu berparti atau apa memang sudah lama saya tinggalkan. Tumpuan saya kini hanya untuk bekerja," katanya yakin.
Apakah ini merupakan percubaan mana-mana pihak untuk menghancurkan kariernya?
"Saya tidak fikir begitu. Apa yang penting kini adalah untuk peminat melihat usaha saya. Bagaimanapun jika benar ada yang dengki, saya rasa itu tidak baik untuk mereka juga," katanya.


Rabu, 16 Januari 2013

Emma Maembong Berjaya Meraih Populariti Dalam Sekelip Mata





Tuah melingkari Emma Maembong kerana berjaya meraih populariti dalam sekelip mata. Langkahnya dalam bidang seni tidak sampai setahun, namun Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 21, sudah mendapat tempat dalam kalangan peminat sehingga tersenarai sebagai Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012.

Namun, walaupun masih baru, namanya turut tercalar gara-gara penyebaran gambar intimnya bersama kekasih yang dimuat naik dalam Internet yang mencetuskan kontroversi.

Emma ketika ditemui menga­kui terpaksa menerima leteran daripada keluarganya berhubung perkara itu.

“Apabila saya terangkan keadaan sebenar, mereka mula faham apa yang berlaku. Mereka tahu ia terjadi kerana jiwa remaja saya, cuma beruntung saya tak hanyut terus dalam khayalan.

“Waktu itu, saya masih di awal remaja dan kini saya sudah berubah sepenuhnya. Sekarang saya sentiasa berhati-hati. Saya juga tidak menganggap kemunculan saya mengganggu gugat rezeki pelakon yang sedia ada,” katanya.

Kini, jadual seni anak kesembilan daripada 11 beradik ini semakin padat berikutan popularitinya yang semakin mening­kat.

“Saya hanya ingin mencuba dalam seni tapi maklum balas yang diterima sangat besar hing­ga saya terkejut. Dunia saya berubah serta merta, namun saya tetap bersyukur,” katanya.



Emma berkata, sejak kecil dia jarang bergaul kerana bersekolah secara persendirian di rumah. Dia juga tidak bebas keluar membeli-belah dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga.

“Kakak saya, Yaya yang bawa saya berjumpa dengan pengarah, Erma Fatima untuk mencuba nasib pelakon. Bapa pada mulanya kurang bersetuju dengan pilihan saya tapi saya tetap dengan tekad saya.

“Memang awalnya saya sendiri kecewa kerana lakonan saya yang teruk. Namun, Erma memberi komen positif terhadap lakonan saya. Bermula watak kecil dalam Ustazah Shamsiah arahan Erma, saya ditawarkan berlakon dalam Kau Yang Terindah.

“Selepas itu saya berlakon pula drama Cinta Itu Bukan Milikku yang terus menaikkan nama saya kepada peminat. Saya gembira keluarga sudah nampak hasil saya apabila saya mampu bayarkan pelbagai bil dan belanja mereka,” katanya yang berdarah campuran Cina, Arab dan Bugis di sebelah bapa dan Scotland di sebelah ibu.

Emma juga tidak berahsia mengenai kekasih. Katanya, mereka sudah tiga tahun bercinta dan dia senang dengan sikap kekasihnya yang faham kariernya sebagai pelakon.

Kamis, 03 Januari 2013

Emma Maembong Sudah Lali

Gaya stylo Emma Maembong.



Emma Maembong kecewa diri terus disalah anggap, mahu lupakan episod pahit 2012

Kanvas seni pelakon Emma Maembong yang mula diwarnakan enam bulan lalu, tidak begitu indah. Kontroversi dan kisah sensasi dirinya bersilih ganti diperkata orang - baik di laman sosial mahupun akhbar atau majalah.

 
Gambar kontroversi  Emma Maembong dan teman lelakinya.


Lalu tanpa usul periksa, dirinya dilabel artis bermasalah. Foto bermesra bersama teman lelaki, didakwa tidak datang ke sesi fotografi, enggan ditemui media dan tampil selekeh satu persatu menjadi bahan cerita artis baru ini.
Gadis yang memiliki nama indah, Fatimah Rohani Ismail ini mengakui dia bagai terkena kejutan budaya rentetan pelbagai kisah tidak enak ditabur terhadap dirinya.

Namun, lama-kelamaan dia semakin lali. Biarlah 2012 menjadi kenangan. Ini kerana dia mahu menyambut 2013 dengan suntikan semangat positif.

“Saya mahu lakukan yang terbaik untuk dua bidang yang amat saya minati iaitu lakonan dan lukisan,” dedah gadis kacukan Melayu-Scotland ini kepada HIP.

Sibuk menjalani penggambaran drama episod Tiga Nenek Tiga Dara, sebagai pendatang baru, pertama kali diusik dengan mainan kontroversi menyebabkan hatinya gundah gulana.

“Ketika baru hendak melangkah dalam dunia seni, memang sukar untuk saya menerima cakap-cakap buruk mengenai diri saya. Paling saya kecewa apabila pelbagai kisah tidak enak didedahkan satu persatu.
“Apabila cerita yang bukan-bukan timbul, tentulah saya kecewa dan sedih. Hubungan saya dengan ayah sangat rapat, jadi saya tidak mahu ayah terluka mendengar cerita demikian.

“Orang sewenang-wenangnya menilai saya dengan hanya melihat dari permukaan, bukan dari dasar. Tanpa tahu hujung pangkal, dengan mudah mereka melempar pelbagai tuduhan tidak betul mengenai diri saya,” kata Emma yang mula melangkah ke dunia seni menerusi drama rantaian Kau Yang Terindah.


Bakal bintangi filem tahun ini


Biarpun dihambat pelbagai kontroversi, gadis berusia 21 tahun ini bersyukur apabila rezeki lakonannya makin kencang. Dek kesibukannya, Emma terpaksa mengupah pengurus bagi mengendalikan aktiviti seninya.

Menyedari dirinya masih baru dalam bidang lakonan, Emma yang tersenarai antara calon awal Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012), tidak mahu tamak menerima setiap tawaran. Sebaliknya, ujar gadis ini, dia mahu mengukuhkan prestasi lakonan sebelum ligat beraksi.

“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan perjalanan kerjaya seni.

“Bagaimanapun, saya tidak suka bersikap tamak. Sebaliknya, saya lebih gemar menumpukan perhatian kepada satu tawaran sebelum menerima tawaran lain,” katanya.

Emma berkata, dia sudah membintangi empat drama rantaian sejak mula menyertai dunia seni enam bulan lalu.

“Insya Allah saya akan berlakon filem tahun ini tetapi semuanya masih belum pasti selagi tiada hitam putih,” katanya.

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin