Senin, 04 Februari 2013

Emma tinggalkan dunia parti - Gosip Artis

Emma Maembong
Pelakon Emma Maembong, sebelum ini pernah berjanji untuk berubah apabila gambar tidak sopan miliknya tersebar di internet.Katanya, dia tidak akan pakai seksi lagi, selain lebih ke arah positif selepas orang ramai mengenalinya.

Bagaimanapun gosip terbaru sebuah portal hiburan baru-baru ini memberitahu Emma sudah kembali ke perangai lamanya. Dia dikatakan terlibat dalam pesta muda-mudi di sebuah pulau yang terletak di utara.

Cuba menjelaskan keadaan sebenar, Emma menegaskan dia hanya ke pulau berkenaan untuk bekerja. Malah kehadirannya juga turut ditemani beberapa artis lain, bukan dengan tujuan bersosial.Menurut Emma:

"Saya tidak terlibat dengan mana-mana parti. Gambar yang kononnya memperlihatkan saya sedang berseronok itu hanyalah gambar dengan peminat.
"Jangan risau, saya masih pegang janji dengan peminat saya untuk berubah. Apa yang berlaku itu hanya salah faham," kata Emma.
Masih sibuk dengan beberapa penggambaran drama, Emma mengakui dia sebenarnya terkilan dengan kontroversi yang dicetuskan. Malah, seolah-olah sengaja direka tanpa sebab musabab.

"Saya sebenarnya terkejut dengan kontroversi terbaru ini. Kalau diikutkan keadaan saya dalam gambar tersebut tidaklah begitu seksi. Saya memakai cardigan panjang, mana mungkin saya berparti begitu.
"Malah dengan kesibukan saya kini, kisah mahu berparti atau apa memang sudah lama saya tinggalkan. Tumpuan saya kini hanya untuk bekerja," katanya yakin.
Apakah ini merupakan percubaan mana-mana pihak untuk menghancurkan kariernya?
"Saya tidak fikir begitu. Apa yang penting kini adalah untuk peminat melihat usaha saya. Bagaimanapun jika benar ada yang dengki, saya rasa itu tidak baik untuk mereka juga," katanya.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar