Minggu, 24 Februari 2013

Nur Fathia bercinta dengan Keith? Gosip Artis Terkini


Aktres muda yang seorang ini bukan sahaja cantik malahan bakat yang ada padanya membuatkan pengarah berlumba-lumba untuk mendapat khidmatnya. Walaupun pelakon Nur Fathia masih baru dalam dunia hiburan namun bakat yang dimilikinya tidak boleh dipertikaikan.

Biasalah orang cantik, semua mahu 'himpit'. Daripada orang ada-ada sampailah orang berada. Semua mahu cuba nasib.

Mana taknya, tengok gayanya di layar, siapa yang tak jatuh cinta. Penuh sopan dan santun serta berbudi bahasa mestilah hati jadi cair terutama lelaki mata keranjang.

nur fathia dan keith
Nur Fathia yang digosipkan bercinta dengan Keith
Tak hairan Fathia yang cantik manis ini berterusan diburu cinta orang kaya dan kenamaan termasuk golongan kerabat diraja yang mahu menakluki hati pelakon ini.

Beruntung sungguh Fathia. Tapi itu kata kita. Menurut sumber, Fathia tak pandang itu semua, apalagi lelaki yang hidung belang. Katanya Fathia ada cita rasa tersendiri. Dia suka lelaki yang sanggup terima diri dia seadanya. Sesiapa pun akan pilih lelaki macam tu Fathia oiii.

Tapi yang menariknya, dengar-dengar Fathia sedang menyukai seseorang dan lelakin tersebut juda adalah teman artis juga. Betul ke? Kalau kita tanya, memang dia akui. Cuma siapa orangnya, dia nak berahsia pulak.

Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai,  Fathia sedang hangat bercinta dengan Keith.Patutlah tolak cinta kerabat seperti yang heboh di media baru-baru ini rupanya dah ada berkenan dihati. Takpelah Fathia, apa-apa pun OGA doakan semoga awk bahagia dengan Keith tu.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar