Selepas gagal dalam perkahwinan kedua apabila bercerai hanya dua bulan selepas berumah tangga, penyanyi Datuk Hattan bakal melangsungkan pernikahan dengan bekas isteri pertama, Arianie pada Jun depan.
Wah, tahniah Datuk Hattan! Nampaknya jodoh Hattan dan Arianie masih kuat lagi walaupun dah lama berpisah. Tu la orang kata, jodoh dan maut di tangan tuhan.
"Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga.
"Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja," katanya kepada mStar Online.Ditanya mengenai keputusannya untuk berkahwin semula dengan bekas isteri, Hattan menjelaskan perasaan sayang mempengaruhi keputusan itu sambil menyesali kesilapan lalu.
Sebelum ini, Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 2005.
Datuk Hattan |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar