Tiada apa lagi yang diharapkan oleh aktres jelita, Rita Rudaini,37, selain berserah pada takdir setelah kemelut rumahtangganya bersama pemain bola Aidil Zafuan masih lagi belum menemui kesudahannya. Bagi Rita, dia hanya akur kepada qada’ dan qadar serta menganggap apa yang berlaku kini adalah ujian dari Allah SWT yang punya hikmah disebaliknya.
Masih tetap berpegang dengan prinsip serta tidak mahu wanita terus ditindas, Rita percaya bahawa kesulitan yang dihadapinya kini ada tersirat sesuatu. Baginya, mengapa cinta yang terhalang satu ketika dahulu boleh disatukan tetapi untuk sengaja merobohkan ikatan suci itu, ia terlihat begitu sulit.
“Jangan anggap perceraian itu mudah kerana ia boleh dilafaz begitu sahaja. Kalau sampai ke tahap ini, apa yang Aidil mahukan(bercerai) dilihat sukar, pasti ada sebab musababnya.
Rita Rudaini |
“Mungkin dia lupa, selagi tanggungjawabnya tidak disempurnakan, Allah SWT tidak akan membiarkan saya dan anak-anak ditinggalkan begitu sahaja. Selesaikan dahulu tanggungjawab barulah fikir perkara-perkara lain.
“Saya tidak mahu terus teraniaya. Dulu, sebelum dapat dikejar, tapi bila dah dapat boleh buang begitu sahaja? Ingatlah, hidup kita berlandaskan agama, undang-undang dan hukum. Allah SWT tidak akan sengaja menduga umatnya tanpa sebab dan saya akur dengan dugaan yang saya lalui kini,”cerita Rita yang tetap kuat menjalani ujian dalam rumahtangganya yang seperti retak menanti belah itu.
Aktres yang kini hangat dengan drama Sehangat Asmara ini dihubungi pihak murai.com.my setelah tuntutan perceraian oleh pihak Aidil Zafuan masih belum terlaksana walaupun kes tersebut telah dibawa ke mahkamah syariah di Negeri Sembilan.
Antara yang menjadi perhatian tentang perkembangan kes rumahtangga kedua selebriti ini apabila Aidil Zafuan sendiri meluahkan kenyataannya di ruang perbicaraan bahawa dia tidak lagi menyayangi isterinya itu. Rita yang diminta mengulas tentang kenyataan itu nyata tenang menjawabnya.
“Jodoh dan pertemuan datang daripada Allah SWT. Begitu juga rezeki, kemewahan,ajal dan maut, semuanya sudah tertulis.
“Saya akui, dahulunya kami bernikah dalam serba kekurangan sampai pergi ke Thailand tetapi sekurang-kurangnya kami telah mendapat restu yang paling utama iaitu dari Allah SWT untuk menghidarkan diri daipada perkara maksiat dan tidak elok.
“Begitu juga dengan cerai, berapa kali pun dia ucapkan dia tidak sayangkan saya tetapi kalau jodoh kami masih panjang, siapa kita untuk melawan kehendak Tuhan? Saya sendiri dengar pihak keluarga Aidil juga mengeluh ketika keputusan dibaca kerana ia tidak seperti apa yang mereka mahukan (cerai).
“Tanpa izin Allah, semua yang kita rancang dan harapkan pasti tidak termakbul dan ada sebabnya. Saya pegang pada yang satu ini,”tambahnya lagi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar