Rasanya dah lama OGA tak dengar cerita pasal pelakon popular,Que Haidar ni. Lama betul dia menyepi dari dunia lakonan. Merajuk ke Que atau memilih sangat? Oppss..OGA tak nak tuduh la pulak nanti tak pasal-pasal dapat dosa free kan.
Menanti hampir empat tahun untuk kemunculan kembali pelakon berbakat Que Haidar adalah perkara yang amat ditunggu oleh semua.
Que memberitahu semakin demand dan sangat memilih untuk menjayakan sesebuah filem, Que Haidar tidak kisah jika bintangnya di dalam dunia perfileman semakin malap dilupakan.
“Ya, saya memang demand dan sangat-sangat memilih untuk berlakon. Bukan tidak ada tawaran lakonan tetapi kebanyakkannya saya tolak kerana tidak menepati kehendak saya”Que Haidar tidak kisah jika dilabel begitu kerana bagi dirinya lakonan bukan lagi menjadi fokus utama, Que Haidar kini lebih sibuk mengajar lakonan dan membuat bengkel di negeri-negeri seperti di Johor Baharu baru-baru ini.
“Selain daripada bidang lakonan, saya turut terlibat di dalam menjayakan bengkel-bengkel lakonan serta membantu perniagaan isteri (Linda Jasmine) dengan studio tariannya”Ujar Que lagi kini dia hanya mahu terlibat jika diberikan peluang untuk berlakon di bawah arahan pengarah seperti Din Said, U-Wei dan juga Mamat Khalid kerana karya dan kreativiti mereka yang pasti lain daripada pembikin filem yang ada di Malaysia.
Que Haidar |
“Mungkin masa untuk saya berlakon bersama mereka belum tercapai kerana masih banyak yang harus diperbaiki selain pengarah seperti mereka pastinya sudah ada gambaran setiap karakter yang diinginkan”Di dalam perkembangan lain, Que Haidar turut berkongsi pengalaman beliau menerima tawaran berlakon bersama Mamat Khalid bagi filem pertama selepas empat tahun menyepi iaitu “Rock oo!” dimana beliau mengambil masa empat bulan untuk membaca dan memahami skrip.
“Masa yang diambil lebih kurang empat bulan, manakala seminggu sebelum tarikh penggambaran bermula barulah saya terima”Tidak mahu merendahkan martabat seorang artis, Que seringkali menjadikan gaya selebriti Hollywood di dalam percaturan hidup mereka di dalam dunia lakonan sebagai contoh untuk dirinya.
“Saya mahu menjadi artis barat yang bukan sahaja berlakon malahan di belakang mereka masih banyak perkara yang dilakukan oleh yang demikian mereka tidak kisah jika tiada tawaran berlakon dan mengambil masa bertahun-tahun untuk menjayakan sebuah filem pada satu-satu masa”Filem aksi komedi “Rock oo!” lakonan Que Haidar bersama Khir Rahman, Shoffi Jikan dan ramai lagi bakal menemui penonton pada 28 Februari ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar