Senin, 18 Februari 2013

Shila mesti tumpu kerjaya - ND Lala


ND Lala mahu anaknya, Shila Amzah memberikan tumpuan kepada kerjaya berbanding perkara lain buat masa ini.

Katanya, Shila, 23, perlu mengutamakan seni kerana bakat yang dimiliki harus digunakan dengan sebaik-baiknya.

Lagipun kata ND Lala, Shila kini merupakan aset kepada Malaysia dan sedang mengorak langkah untuk mencapai cita-citanya sebagai penyanyi antarabangsa.

"Saya sedar dengan situasi semasa tetapi buat waktu ini, kami mahu memberikan lebih fokus kepada perjalanan karier seni Shila yang baru bertapak di peringkat antarabangsa.
"Dalam situasi sedemikian, adalah penting untuk Shila mempunyai emosi serta mental yang stabil dan saya tidak mahu dia terganggu," katanya ketika ditemui sewaktu mengiringi Shila membuat persembahan di Festival Tahun Baharu Cina 2013, di sini hari ini.
Dalam festival yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu, Shila mempersembahkan tiga lagu, masing-masing dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.
Shilla bersama ayah dan bekas kekasihnya
Shilla bersama ayah dan bekas kekasihnya
Menurut ND Lala, buat waktu ini, dia tidak mahu memberi sebarang komen berhubung kemelut percintaan anaknya bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad yang menjadi bualan masyarakat sejak beberapa minggu lalu.

"Sebelum ini saya ada menyatakan akan mengadakan sidang akhbar khas untuk memberikan kenyataan berhubung isu tersebut.
"Jadi apabila tiba masanya, saya pasti akan menjemput pihak media dan pada waktu itu, saya akan menjawab segala persoalan yang diutarakan," katanya.
ND Lala turut menjelaskan, sebagai bapa kepada seorang anak dan pengurus kepada artis, pastinya dia mahukan perkara yang terbaik buat Shila.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar