Tampilkan postingan dengan label ND Lala. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ND Lala. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 02 Maret 2013

ND Lala enggan ulas kisah cinta terhalang anaknya

Selamat petang semua pengunjung blog Oh Gosip Artis... OGA nak share kat korang semua ni pasal hubungan Shilla dan Sharnaz. Hari tu bapanya Shilla ada la buat sidang media so, alang-alang buat ni pihak media mesti la nak mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi membabitkan Shila Amzah malam tadi menemui kekecewaan apabila bapanya, ND Lala enggan memberikan sebarang ulasan berhubung kisah cinta terhalang anak gadisnya itu.

Sebaliknya, ND Lala meminta agar media memberikan tumpuan kepada kerjaya anaknya itu yang kini meniti persada antarabangsa, dan bukannya isu kisah Shila yang putus cinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
ND Lala enggan mengulas tentang kontroversi yang menimpa anaknya
ND Lala enggan mengulas tentang kontroversi yang menimpa anaknya
"Saya harap pihak media memahami dan memberi fokus kepada kerjaya Shila yang sedang dirancang untuk ke peringkat antarabangsa," katanya pada sidang akbar yang dibuat di rumahnya di Taman Hulu Langat Jaya, di sini.
Shila yang berada di sisi bapanya ketika sidang media itu kelihatan sugul dan seolah-olah pasrah dengan apa yang berlaku.

Sebelum ini ND Lala dikatakan akan membuat sidang media khas bagi menjelaskan kisah cinta Shila yang dihalang oleh bapanya itu sehingga penyanyi tersebut bertindak menghilangkan diri selama hampir seminggu.

Enggan Ulas Kontroversi, Hanya Tumpu Kerjaya Shila - ND Lala

 Bapa penyanyi popular Shila Amzah, 23, ND Lala atau nama sebenar Amir Amzah Salleh, 52 enggan mengulas kontroversi berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengenai kehilangan anaknya itu kerana ia masih dalam siasatan.

Menurutnya, tumpuan kini adalah untuk persiapan menjalani umrah sekeluarga selama dua minggu bermula 7 Mac ini selain persediaan terhadap perkembangan kerjaya Shila ke peringkat antarabangsa.

"Saya dinasihatkan tidak mengulas apa-apa tentang perkara itu selagi ia dalam siasatan selepas laporan polis berhubung kes kehilangan Shila tempohari.
"Bagi saya biarlah utamakan perkembangan kerjayanya kerana selepas pulang dari Mekah Shila akan terbang ke Shanghai dan menetap disana beberapa bulan," katanya pada sidang media selepas majlis doa selamat sempena penubuhan Shila Entertainment Berhad, di sini, Jumaat.
ND Lala berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemelut antaranya dengan kekasih Shila, Shanaaz Ahmad yang hangat diperkatakan minggu lalu.

shilla amzah
Shilla Amzah
Terdahulu, ND Lala yang juga pengurus kepada penyanyi tersebut meminta agar media hanya mengemukakan soalan tentang kerjaya seni dan topik lain hanya akan dijawab selepas pulang dari menunaikan umrah.

"Banyak perancangan yang diatur selepas pulang dari menunaikan umrah dan Shila merupakan artis pertama yang menandatangani kontrak selama 6 tahun bersama Shanghai Media Groub (SMG)," katanya.
Mengulas mengenai apa yang berlaku, dia berkata, ia adalah satu dugaan terbesar ketika Shila berada di kemuncak kerjayanya dan hanya berserah kepada Allah menentukan segalanya.

Senin, 18 Februari 2013

Shila mesti tumpu kerjaya - ND Lala


ND Lala mahu anaknya, Shila Amzah memberikan tumpuan kepada kerjaya berbanding perkara lain buat masa ini.

Katanya, Shila, 23, perlu mengutamakan seni kerana bakat yang dimiliki harus digunakan dengan sebaik-baiknya.

Lagipun kata ND Lala, Shila kini merupakan aset kepada Malaysia dan sedang mengorak langkah untuk mencapai cita-citanya sebagai penyanyi antarabangsa.

"Saya sedar dengan situasi semasa tetapi buat waktu ini, kami mahu memberikan lebih fokus kepada perjalanan karier seni Shila yang baru bertapak di peringkat antarabangsa.
"Dalam situasi sedemikian, adalah penting untuk Shila mempunyai emosi serta mental yang stabil dan saya tidak mahu dia terganggu," katanya ketika ditemui sewaktu mengiringi Shila membuat persembahan di Festival Tahun Baharu Cina 2013, di sini hari ini.
Dalam festival yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu, Shila mempersembahkan tiga lagu, masing-masing dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.
Shilla bersama ayah dan bekas kekasihnya
Shilla bersama ayah dan bekas kekasihnya
Menurut ND Lala, buat waktu ini, dia tidak mahu memberi sebarang komen berhubung kemelut percintaan anaknya bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad yang menjadi bualan masyarakat sejak beberapa minggu lalu.

"Sebelum ini saya ada menyatakan akan mengadakan sidang akhbar khas untuk memberikan kenyataan berhubung isu tersebut.
"Jadi apabila tiba masanya, saya pasti akan menjemput pihak media dan pada waktu itu, saya akan menjawab segala persoalan yang diutarakan," katanya.
ND Lala turut menjelaskan, sebagai bapa kepada seorang anak dan pengurus kepada artis, pastinya dia mahukan perkara yang terbaik buat Shila.



Kamis, 14 Februari 2013

Shila Amzah: Sharnaaz Putus Asa, Saya Kena Move On! - Gosip Artis

Penyanyi Shila Amzah akui bahawa bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad sudah tidak mampu lagi untuk mempertahankan hubungan cinta mereka dan atas sebab itu, dia harus memandang ke hadapan untuk meneruskan kerjaya dan kehidupannya."Sharnaaz gave up,he couldn't stand any longer..I guess I will just have to move on," katanya kepada salah seorang wakil murai.com.my.

Shila Amzah berkata demikian selepas Sharnaaz Ahmad mengambil keputusan untuk melupakan kisah cinta mereka selepas usahanya untuk melamar penyanyi lagu Patah Seribu itu mendapat tentangan serta halangan daripada ayah Shila, ND Lala.

Kemelut di antara Sharnaaz Ahmad dan ND Lala berlanjutan selama 2 bulan sampai ke kemuncaknya apabila ND Lala mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar Harian Metro meminta supaya Sharnaaz tidak bersikap memandai-memandai serta kurang ajar apabila mengeluarkan kenyataan untuk melamar anak perempuannya biarpun dihalang oleh ND.


shilla amzah
Shilla Amzah 
Ekoran daripada itu Sharnaaz Ahmad di dalam portal murai.com.my meminta supaya ND Lala tidak memusingkan cerita dan meminta supaya penyanyi lagu YB itu supaya berdepan dengannya untuk menyelesaikan perkara ini secara diplomasi.

Kecewa dengan tindakan bapa dan bekas kekasihnya itu, Shila dilaporkan telah membawa diri di suatu tempat untuk mencari ketenangan buat seketika. Malah, dia juga turut memuatnaik kenyataan maafnya terhadap ibubapanya di dalam youtube dan mengakui rindu terhadap mereka dan sejurus selepas itu, Shila membawakan lagu Ombak Rindu sambil memetik gitarnya.

Selepas menyepikan diri buat seketika, Sharnaaz pula telah mengeluarkan kenyataan di Utusan Malaysia menyatakan bahawa dia sudah tidak mahu ambil peduli lagi tentang Shila dan keluarga bekas kekasihnya itu.

Minggu, 10 Februari 2013

Shila Amzah Kembali Ke Pangkuan Keluarga Selepas Seminggu 'Membawa Diri'

ND Lala (kiri) membuat laporan polis selepas Shila hilang tanpa berita selama seminggu.

cian shila amzah,takper shila.. kumbang bukan seekor, lagipon lpskn la laki yg tak boleh serasi dgn family kite lg2 kalu asik bergaduh dgn ayah kite, sharnaaz pun blm lg jd imam atau suami yg sah utk ditaati,anyway u stil belong to ur daddy dear..jd pengajaran utk artis2 yg lain..lau blom ade sbrg ikatan jgn la canang satu m'sia n over-exposed..u over-exposed sbb tu ur dad over-protected dear shila..peace 

GEORGETOWN: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi mengenai kisah percintaannya tiba di sebuah hotel ,di sini, bersama bapanya, N D Lala, kira-kira 10.45 malam tadi.

Dia kelihatan ceria ditemani pengawal peribadi dan bapanya itu tetapi enggan mengulas mengenai kemelut itu. Tetapi, Shila tetap melayan peminatnya di perkarangan hotel itu.

Shila, 23, yang sebelum ini 'menghilangkan' diri sejak tujuh hari lalu kerana tertekan dengan konflik percintaannya bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad sudah kembali ke pangkuan keluarganya.

Difahamkan, Shila menghubungi bapanya yang juga penyanyi dan pengacara, ND Lala, 53, selepas berita ND Lala membuat laporan polis mengenai kehilangan Shila disiarkan akhbar, semalam.

Shila Amzah yang dilaporkan hilang selama seminggu menafikan dia cuba melarikan diri ekoran kemelut cinta yang mengaitkannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, sebaliknya menjelaskan, dia hanya ingin mencari ketenangan.

Penyanyi itu dalam akaun Twitternya petang semalam berkata: "Kamu tidak tahu apa yang telah saya lalui. Saya tidak melarikan diri, saya hanya ingin tenangkan diri daripada semua orang. Kenapa tidak boleh? Beritahu saya."

Bapanya yang juga pelakon, ND Lala, 53, telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pagi kelmarin selepas hampir seminggu kehilangan anak sulungnya itu.

Bagaimanapun, Shila yang popular dengan lagu Patah Seribu serta menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya di Kemaman, Terengganu malam kelmarin.

Difahamkan, penyanyi itu menghubungi bapanya selepas berita kehilangannya disiarkan akhbar semalam.

ND Lala Minta Sharnaaz Hentikan Beri Kenyataan - Gosip Artis Terkini

Penyanyi ND Lala meminta pelakon Sharnaaz Ahmad tidak lagi memberi kenyataan berhubung hubungan dia dengan anaknya iaitu Shila Amzah untuk mengelakkan prasangka dan juga fitnah.

ND Lala berkata, kenyataan Sharnaaz, 27, selama ini bukan sahaja mencemarkan namanya tetapi turut memalukan keluarga.

"Saya harap tak ada lagi kenyataan kerana ia boleh mengundang prasangka dan fitnah. Kenyataan yang diberikan boleh memalukan keluarga," katanya ketika memberi kenyataan dalam rancangan Melodi siaran TV3 pada Ahad.
shilla dan ND lala
Shila mencium bapanya ketika mereka pulang ke tanah air dari China selepas
memenangi pertandingan Asian Wave 2012 pada September tahun lalu.
ND Lala memberi respons itu bagi menjelaskan kemelut hubungan tiga pihak iaitu dirinya, Shila dan juga Sharnaaz.

Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.

Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya itu kerana masalah tersebut.

hubungan sharnaaz dan shilla
Shilla dan Sharnaaz
Shila pada Jumaat lalu pula turut memuatkan rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu dalam YouTube selain mengharapkan kejernihan terhadap kemelut yang melanda.

Dalam pada itu menerusi Melodi itu juga ND Lala turut menjelaskan tiada sebarang perbincangan yang dibuat Sharnaaz ataupun melalui wakil keluarga masing-masing mengenai perancangan perkahwinan ataupun merisik sebagaimana didakwa.

Katanya negara ini mempunyai undang-undang manakala orang Melayu pula berpegang teguh kepada adat serta budaya dan seseorang itu tidak wajar berpelakuan biadab.

"Urusan jodoh adalah ketentuan Allah dan terletak kepada qada dan qadarNya. Bukan mudah untuk kahwin dan belajarlah untuk jadi pemimpin dan memimpin diri sendiri," ulasnya yang disimpul berdasarkan kepada rakaman siaran itu.

ND Lala turut menambah, nasihat yang diberi itu ditujukan juga kepada anaknya manakala setiap tindakan seseorang itu adalah mencerminkan keperibadian masing-masing.

Jumat, 08 Februari 2013

Ibu Shila Amzah Pengsan Tiga Kali Kerana Tertekan Dan Terlalu Sedih

Shila Amzah bersama bapanya ND Lala (kiri) dan ibunya Fauziah Sarman (kanan).Semoga kemelut percintaan Shila Amzah ini akan berakhir demi kelangsungan kariernya yang sedang meniti kejayaan.Percayalah!! sebagai seorang bapa yang penuh dengan pengalaman hidup,ND Lala telah bertindak secara betul dan bijaksana dalam menjamin kebahagiaan hidup untuk anak gadisnya ini.Sebenarnya Shila telah tersalah langkah kerana terjebak ke dalam hubungan cinta yang tidak keruan disaat-saat kariernya sedang menuju kegemilangan.


Drama percintaan penyanyi, Shila Amzah dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang dikatakan tidak mendapat restu bapa Shila, penyanyi dan pengacara, ND Lala masih hangat dibualkan dalam industri hiburan.

Pendirian tegas ND Lala serta kenyataan yang dikeluarkan Sharnaaz dan Shila melalui media menjadikan kisah mereka ini semakin sensasi dan berbelit.

Shila pula sejak pulang menjalani rakaman di China baru-baru ini dikatakan belum menghubungi Sharnaaz sama ada bertanyakan kontroversi itu atau bertanya khabar. Namun Shila ada menulis status dilaman Twitter.

Shila yang tertekan dikatakan sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga dan juga Sharnaaz.

Namun, pagi semalam stesen radio Hot FM me­nyiarkan ke seluruh negara luahan rasa sedih Shila terhadap masalah itu. Rakaman yang dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik Shila antara lain turut menyatakan rasa rindu terhadap ibu bapanya.

Video itu memaparkan Shila yang berbaju dan bertudung serba putih dengan wajah yang sugul dan sedih berikutan konflik itu.

SS memang kasihan de­ngan mereka ini. Pastinya Shila tertekan dan serba salah kerana dia menyayangi kedua-duanya.

Apapun, SS harap masalah ini dapat diselesaikan. Jika dilihat keadaan sekarang, setiap keputusan yang diambil pasti akan mengecewakan satu pihak. Namun ia perlu dilakukan dan mereka perlu tabah dengan keputusan yang diambil.

SS dimaklumkan, ibu Sila, Fauziah Sarman tidak sihat dan baru-baru ini, pengsan tiga kali di rumah kerana tertekan dan terlalu sedih. Harap semuanya akan kembali pulih. -HM


Saksikan video..Shila Amzah menangis sehingga bengkak mata, memohon maaf sambil menyanyi lagu 'Ombak Rindu'..sedihnyer..

 

Rabu, 06 Februari 2013

Akhirnya Sharnaz Ahmad Buat Keputusan Melepaskan Shila Amzah - Gosip Shila Terkini

Nampaknya percintaan yang terbina antara Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah berkemungkinan besar tidak akan berakhir di jinjang pelamin. Ini kerana, Sharnaaz memberitahu Sinar Harian yang dia telah membatalkan hasrat untuk masuk merisik Shila.
Oh Gosip Artis berharap semoga kedua-dua artis ni tabah mengharungi segala rintangan yang dilalui. Ramai di antara kita yang ingin sangat melihat artis kita ni akan dijodohkan sehingga ke jinjang pelamin. Apa pun apa yang dirancang tidak semestinya akan di kabulkan. Hanya tuhan yang menentukan "ajal maut dan jodoh pertemuah semuanya ditangan-Nya".

Nampaknya Sharnaaz telah tawar hati dengan pelbagai perkara yang telah terjadi kebelakangan ini. Adakah ini bermakna hubungan mereka telah berakhir? Bagi Sharnaaz, dia enggan memikirkan perkara tersebut dan hanya mahu fokus pada kerja. Kata Sharnaaz:-


Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini. Saya tak pasti dan hanya berserah. Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi.

Shila Amzah sekarang sedang berseorangan mencari ketenangan manakala Sharnaaz enggan memikirkan tentang perhubungan mereka lagi. Berdoalah agar dipermudahkan untuk mendapat keputusan yang terbaik buat anda berdua. Kalau berpisah itu terbaik, pasti itu jawapan yang akan anda temui. Yang penting, kena redha dengan apa yang bakal terjadi.

OGA (Oh Gosip Artis) : Percintaan sememangnya indah, umpama bermain dengan api.. harungilah kehidupan yang paling bermakna dan terindah bersama yang tersayang, bersedia mengharungi apa jua rintangan dan dugaan yang akan dilalui.. ibarat bermain dengan api.. 

Shila Amzah Bawa Diri Untuk Mencari Ketenangan

Shila mahu kekasihnya dan bapa berdamai.


Shila Amzah bersama bapanya ND Lala.


PETALING JAYA: Kontroversi melibatkan Sharnaaz Ahmad dan ND Lala membuatkan penyanyi Shila Amzah meluahkan perasaannya tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.

Shila menerusi laman Twitter miliknya berkata, walaupun keluarga menjadi keutamaannya, namun pada masa sama dia mahu diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri.

"Ya, keluarga didahulukan, tetapi pada masa sama saya ingin peluang untuk membuat keputusan sendiri juga. Saya tidak mahu terlalu dikongkong lagi. Biarlah saya menjadi diri sendiri," katanya dalam Twitter miliknya, Rabu.

Tambah Shila, dia kini sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.

Pada malam Selasa, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.

Dalam kemas kini terbaharu Twitternya, Shila turut berjanji untuk menjadi teman hidup Sharnaaz serta anak yang baik sekiranya kedua-dua lelaki yang disayanginya itu tidak bersengketa lagi.




"Jika abang (Sharnaaz) dan abah berbaik, saya berjanji akan menjadi teman hidup abang dan anak abah yang terbaik di dunia. Insya-Allah.

"Saya harap sangat untuk abang dan abah berdamai. Saya tidak mahu hilang dua-dua," tuturnya.


Sharnaaz Jauh Hati Gara-Gara Surat Terbuka Shila Amzah

Aktor Sharnaaz Ahmad berasa jauh hati dengan kekasihnya penyanyi Shila Amzah apabila wanita itu bertindak menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik hubungan mereka ketika ini tanpa mahu bersemuka untuk menyelesaikan masalah.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, tindakan Shila memohon maaf kepada dirinya dan keluarga menerusi surat terbuka itu dilihat seperti tidak telus dan keanak-anakan.

Katanya, sebagai individu yang matang Shila sepatutnya datang bersemuka dan berbincang dengannya bagi mencari jalan penyelesaian dan bukan mengutus surat untuk disiarkan buat tatapan umum.

“Saya sudah malas nak komen sebenarnya. Pada saya, kenyataan sebegitu (surat) adalah tidak telus dan macam budak-budak.

“Kenapa tidak bersemuka dan duduk berbincang? Saya sudah malas nak ambil pusing mengenai dia, terpulanglah (pada keadaan),” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Sharnaaz berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan rasmi penyanyi lagu Patah Seribu itu menerusi surat memohon maaf yang dikirimkan kepada pihak media.
Surat permohonan maaf daripada Shila yang dikirimkan kepada media pada malam Selasa.

Dalam surat tersebut Shila berkata sikap terlalu menyayanginya adalah antara faktor menjadi penyebab ibu dan bapanya terlalu menjaganya dan sebagai anak dia tidak sanggup melukai hati mereka.

Malah Shila juga meminta semua pihak tidak menghukum Sharnaaz selain memohon maaf secara terbuka kepada pelakon lelaki itu dan juga keluarganya terhadap segala masalah yang timbul sejak kebelakangan ini.

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila ND Lala dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor itu.

Aktor filem Kerat 14 itu berkata, kenyataan menerusi surat itu seolah-olah memperlihatkan bahawa Shila tidak mampu untuk bersemuka bagi menyelesaikan konflik hubungan mereka.

“Sampai bila dia (Shila) nak dikawal begitu? Hak bersuara dan berfikir adalah hak dia, bukan hak ibu bapanya,” luahnya dalam nada kesal.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz kini berada di lokasi penggambaran filem terbaharunya berjudul Gila Baby arahan Kabir Bhatia sementara Shila dan keluarganya masih lagi berada di China untuk urusan album.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK/
WAHIDUZZAMAN

Kamis, 31 Januari 2013

Panas!! Sharnaaz Dakwa ND Lala 'Pusing Cerita'


  
 
Berhubung kenyataan balas bapa penyanyi Shila Amzah yang menegur Sharnaaz Ahmad agar cinta hati anaknya tidak terlalu terbuka memberikan kenyataan mengenai hubungan cintanya bersama Shila Amzah.

Malah ND Lala meminta Sharnaaz jangan bersikap biadab gara-gara aktor itu lantang mengatakan dia mahu merisik Shila pada Mac ini.




Ada laporan terbaru menyebut, Sharnaaz menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan ibu bapa kekasihnya itu. Namun, dia menjelaskan bahawa ND Lala tidak mahu bersemuka dengannya.

“Jadilah seperti seorang lelaki” kata Sharnaaz seperti yang dilaporkan dalam portal murai.com

Tambahnya, “Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.

“Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.”

Tak cukup disitu, Sharnaaz turut menegaskan kekecewaannya terhadap perkara yang berlaku serta mengaku bahawa ibubapanya merasa terkilan selepas membaca kenyataan ND Lala.

“Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.

"Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.

"Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.”

Bagaimana pun, Sharnaaz memberitahu bahawa dia tidak akan berputus asa dengan perkara yang berlaku.

“Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?", katanya lagi kepada portal berkenaan.

- mD



Rabu, 30 Januari 2013

ND Lala Kecewa Dengan Kenyataan Biadap Shaarnaz

ND Lala bersama anak kesayangannya, Shila Amzah


Kuala Lumpur: “Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.

“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” kata Amir Amzah Salleh, 51 atau ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi, Shila Amzah, 23.

Jelas sekali itu kekecewaan diluahkan ND Lala membalas kenyataan yang pernah dilahirkan pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.




Shaarnaz dan Shila Amzah


ND Lala ketika dihubungi dari Shanghai, China, semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Shaarnaz mengenai perkahwinan itu.

“Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu,” katanya.

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Kamis, 17 Januari 2013

ND Lala Mahu Shila Amzah Tumpukan Perhatian Kepada Karier

ND Lala bersama anaknya, Shila Amzah




Kuala Lumpur: Pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, berdepan ujian apabila hasratnya untuk menghantar rombongan merisik kekasihnya, Shila Amzah, 23, sedikit terganggu berikutan bapa penyanyi itu, ND Lala mahu anaknya menumpukan perhatian kepada karier terlebih dulu.

Shaarnaz ketika dihubungi mengakui berhadapan masalah itu dan tidak menyangka keputusan dibuat bapa penyanyi terbabit sedangkan perancangan merisik kekasihnya itu hanya kira-kira sebulan lebih lagi.

“Persetujuan dicapai antara Shila dan bapanya baru-baru ini, menyaksikan Mac 2013 adalah waktu sesuai untuk kedua-dua pihak menentukan arah tuju hubungan ini. Namun, saya tidak menduga akan keputusan yang dibuat bapanya itu,” katanya bingung.

Menurut Shaarnaz, memandangkan dia kini berusia 28 tahun, perancangan mendirikan rumah tangga bersama pemenang Asian Wave 2012 itu pada Januari 2014.

“Saya menyerahkan segala-galanya kepada takdir, tambahan pula niat ini ikhlas mendirikan rumah tangga,” katanya mengharapkan ikatan cinta dengan Shila sejak dua tahun lalu terikat menerusi perkahwinan.


Bagaimanapun Shaarnaz berkata, dia tetap dengan keputusan menghantar rombongan merisik itu dan segala keputusan terserah kepada keluarga kekasihnya.



SHAARNAZ (kanan) merancang mendirikan rumah tangga dengan Shila pada Januari tahun depan.
 

“Diharapkan pertemuan pada Mac ini adalah detik manis buat keluarga saya dan Shila untuk mengenali, seterusnya menetapkan tarikh pernikahan sebenar,” katanya memaklumkan keluarganya sudah mengenali keluarga Shila sebelum ini.

ND Lala sebelum ini dalam kenyataan media menyatakan mahu anaknya menumpukan perhatian pada karier sebelum mendirikan rumah tangga.

ND Lala ketika dihubungi tidak menjawab talian, namun mesej dikirimkan menyatakan dia dan anaknya kini berada di Shanghai, China untuk rakaman program televisyen di negara itu.

“Masa ini tak sesuai... nanti kami balik ke hotel kami akan terangkan,” katanya.

Sementara itu, Shaarnaz menolak tuduhan dia mengongkong Shila sehingga mengundang kemarahan 400,000 peminat penyanyi itu di Twitter.

“Kalau saya kongkong dia (Shila), takkanlah sampai sekarang dia masih bernyanyi. Apa-apapun, saya memohon maaf sekiranya berbuat demikian,” katanya.

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor