Tampilkan postingan dengan label hubungan sharnaaz dan shilla. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hubungan sharnaaz dan shilla. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 02 Maret 2013

ND Lala enggan ulas kisah cinta terhalang anaknya

Selamat petang semua pengunjung blog Oh Gosip Artis... OGA nak share kat korang semua ni pasal hubungan Shilla dan Sharnaz. Hari tu bapanya Shilla ada la buat sidang media so, alang-alang buat ni pihak media mesti la nak mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi membabitkan Shila Amzah malam tadi menemui kekecewaan apabila bapanya, ND Lala enggan memberikan sebarang ulasan berhubung kisah cinta terhalang anak gadisnya itu.

Sebaliknya, ND Lala meminta agar media memberikan tumpuan kepada kerjaya anaknya itu yang kini meniti persada antarabangsa, dan bukannya isu kisah Shila yang putus cinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
ND Lala enggan mengulas tentang kontroversi yang menimpa anaknya
ND Lala enggan mengulas tentang kontroversi yang menimpa anaknya
"Saya harap pihak media memahami dan memberi fokus kepada kerjaya Shila yang sedang dirancang untuk ke peringkat antarabangsa," katanya pada sidang akbar yang dibuat di rumahnya di Taman Hulu Langat Jaya, di sini.
Shila yang berada di sisi bapanya ketika sidang media itu kelihatan sugul dan seolah-olah pasrah dengan apa yang berlaku.

Sebelum ini ND Lala dikatakan akan membuat sidang media khas bagi menjelaskan kisah cinta Shila yang dihalang oleh bapanya itu sehingga penyanyi tersebut bertindak menghilangkan diri selama hampir seminggu.

Rabu, 06 Februari 2013

Shila Amzah Luah Perasaan Enggan Lagi Dikongkong - Gosip Artis Terkini


Kontroversi melibatkan Sharnaaz Ahmad dan ND Lala membuatkan penyanyi Shila Amzah meluahkan perasaannya tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.

Shila menerusi laman Twitter miliknya berkata, walaupun keluarga menjadi keutamaannya, namun pada masa sama dia mahu diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri.

"Ya, keluarga didahulukan, tetapi pada masa sama saya ingin peluang untuk membuat keputusan sendiri juga. Saya tidak mahu terlalu dikongkong lagi. Biarlah saya menjadi diri sendiri," katanya dalam Twitter miliknya, Rabu.

Tambah Shila, dia kini sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.


shilla amzah dan sharnaaz
Shillamzah dan Sharnaz
Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.


Pada malam Selasa, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.

Dalam kemas kini terbaharu Twitternya, Shila turut berjanji untuk menjadi teman hidup Sharnaaz serta anak yang baik sekiranya kedua-dua lelaki yang disayanginya itu tidak bersengketa lagi.
Twitter
"Jika abang (Sharnaaz) dan abah berbaik, saya berjanji akan menjadi teman hidup abang dan anak abah yang terbaik di dunia. Insya-Allah.
"Saya harap sangat untuk abang dan abah berdamai. Saya tidak mahu hilang dua-dua," tuturnya.

Selasa, 05 Februari 2013

Sharnaaz Jauh Hati Gara-Gara Surat Terbuka Shila Amzah - Gosip panas artis


 Aktor Sharnaaz Ahmad berasa jauh hati dengan kekasihnya penyanyi Shila Amzah apabila wanita itu bertindak menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik hubungan mereka ketika ini tanpa mahu bersemuka untuk menyelesaikan masalah.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, tindakan Shila memohon maaf kepada dirinya dan keluarga menerusi surat terbuka itu dilihat seperti tidak telus dan keanak-anakan.

Katanya, sebagai individu yang matang Shila sepatutnya datang bersemuka dan berbincang dengannya bagi mencari jalan penyelesaian dan bukan mengutus surat untuk disiarkan buat tatapan umum.

“Saya sudah malas nak komen sebenarnya. Pada saya, kenyataan sebegitu (surat) adalah tidak telus dan macam budak-budak.

gambar shilla dan sharnaaz


“Kenapa tidak bersemuka dan duduk berbincang? Saya sudah malas nak ambil pusing mengenai dia, terpulanglah (pada keadaan),”

Sharnaaz berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan rasmi penyanyi lagu Patah Seribu itu menerusi surat memohon maaf yang dikirimkan kepada pihak media. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila. Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama Shila berdiam diri.
Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila. Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.
Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan shila dengan baik selama hari ini.Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya. Dia tidak sepenuhnya bersalah. Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua “damage” yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.
Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya. Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk shila maka jauhkan lah.
Jodoh, pertemuan, Ajal dan maut di tangan Allah SWT.Shila berdoa agar semua berdamai.Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku. Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati .Demi Allah Shila sangat sayangkan anda semua.
Dalam surat tersebut Shila berkata sikap terlalu menyayanginya adalah antara faktor menjadi penyebab ibu dan bapanya terlalu menjaganya dan sebagai anak dia tidak sanggup melukai hati mereka.
Malah Shila juga meminta semua pihak tidak menghukum Sharnaaz selain memohon maaf secara terbuka kepada pelakon lelaki itu dan juga keluarganya terhadap segala masalah yang timbul sejak kebelakangan ini.
Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.
Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila ND Lala dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor itu.
Aktor filem Kerat 14 itu berkata, kenyataan menerusi surat itu seolah-olah memperlihatkan bahawa Shila tidak mampu untuk bersemuka bagi menyelesaikan konflik hubungan mereka.
“Sampai bila dia (Shila) nak dikawal begitu? Hak bersuara dan berfikir adalah hak dia, bukan hak ibu bapanya,” luahnya dalam nada kesal.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz kini berada di lokasi penggambaran filem terbaharunya berjudul Gila Baby arahan Kabir Bhatia sementara Shila dan keluarganya masih lagi berada di China untuk urusan album. 
OGA (Oh Gosip Artis): Kepada Shilla dan Sharnaaz bawa la berbincang elok-elok. Apa yang penting cari jalan penyelesaian yang terbaik.