Tampilkan postingan dengan label shilla amzah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label shilla amzah. Tampilkan semua postingan

Senin, 11 Maret 2013

Gosip Artis Terkini - Shilla Amzah Semakin Terbuka

Tersepit di antara keluarga dan cinta, Shila Amzah bijak menangani masalahnya dan akan terus ke hadapan di dalam memberikan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.

Menurut Shila, apa yang dipelajari selepas perpisahan itu adalah dia semakin terbuka di dalam membuat keputusan dan semakin matang.

Meskipun telah berpisah dengan Sharnaaz Ahmad, Shila bersikap rasional dalam meneruskan perjuangan kehidupan.

“Saya sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul di bahu ini cukup besar. Saya tidak boleh hilang pertimbangan kerana setiap tindak tanduk yang dibuat turut berkait dengan masa depan diri dan keluarga”
“Sebab itu saya bersyukur kerana diduga (tentang cinta) ketika masih muda. Masih ada masa untuk memperbaiki kesilapan,” ujar Shila.
shilla amzah
Shilla Amzah
 Tidak mahu terus dihimpit kesedihan, Shila tahu perjalanan hidupnya masih panjang dan disebabkan itu dia memilih untuk menetap di Shanghai bagi meneruskan impian untuk mengharumkan nama keluarga dan juga Negara.

Menurut Shila dia bakal merakamkan album dua bahasa di sana yang mana telah diaturkan oleh pasukan Shanghai Media Group (SMG) dan Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB).

Antara program lain adalah mempelajari bahasa Mandarin dan mengikuti kelas bahasa inggeris demi memantapkan vokalnya kelak.

Minggu, 03 Maret 2013

Pesanan Nd Lala buat Shilla - Gosip Artis

Penyanyi terkenal era 80-an, ND Lala menegaskan dia tidak mengongkong jodoh anaknya, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah dan berpegang kepada empat perkara iaitu jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan ALLAH SWT.

Katanya, dia tidak letak kriteria mana-mana lelaki mahu mendekati Shila, namun berharap lelaki yang bakal jadi suami Shila beriman dan mampu bimbing Shila ke arah kebaikan.

“Jika ditanya pada mana-mana ibu bapa beragama Islam di negara ini, mereka pastinya mahu lelaki beriman untuk anak perempuan mereka dan begitu juga saya sebagai bapa, saya mahu yang terbaik untuk anak-anak saya.
“Dari segi kriteria tertentu lain, saya tidak kisah sangat kerana yang akan berkahwin bukan saya, tetapi tuan empunya badan. Tapi selagi saya hidup, saya akan beri pendapat kepadanya,” ujarnya.
nd lala
Nd Lala
 Bagaimanapun, ND Lala sebelum itu, memohon maaf kerana tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu kehilangan Shila serta apa saja perkara berkaitan kontroversi membabitkan anak perempuannya itu dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menurut ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah, 52, pada sidang media khas di rumahnya di Hulu Langat kelmarin, kes kehilangan anaknya tempoh hari kini dalam proses siasatan. Justeru, dia tidak mahu mengulas apa-apa kerana bimbang akan mengganggu siasatan pihak polis.

“Sebaliknya tujuan sidang media malam ini (kelmarin) bagi memberi gambaran jelas perjalanan karier Shila selepas pulang dari umrah dalam dia mencapai kejayaan sebagai penyanyi bertaraf lima bintang di peringkat antarabangsa kelak.
“Jika mahu menanti semuanya selesai, saya tidak pasti bila pula sidang media ini akan diadakan. Namun saya tidak menolak akan ada lagi sidang media selepas ini memandangkan banyak perkara perlu dimaklumkan mengenai perjalanan karier Shila,” jelasnya.
Pun begitu, mengulas mengenai apa yang berlaku, ND Lala menyifatkan ia dugaan terbesar sebagai anak seni ketika Shila berada di kemuncak kerjayanya dan hanya berserah kepada ALLAH.

“Shila anak yang baik, kuat bekerja dan yakin dengan apa yang dia lakukan. Banyak cabaran terpaksa dia tempuhi. Apa yang terjadi padanya tak mustahil berlaku juga pada orang lain. Bezanya dia adalah selebriti dan sentiasa diperhatikan. Itu harga yang perlu dibayar iaitu diperhatikan,” ujarnya.
 Sementara itu, Shila yang ditemui selepas sidang media tersebut menafikan dakwaan dia melarikan diri dan enggan lagi membuka cerita mengenai perkara yang sudah berlalu.

“Ingin saya jelaskan, saya bukan melarikan diri, tetapi mencari diri saya sendiri. Selama ini apa saja keputusan saya buat, saya sering memikirkan tentang orang lain. Jadi saya akhirnya membuat keputusan untuk bangkit dan fokus saya sekarang hanya pada kerjaya,” jelasnya.
Ditebak media adakah dia bersedia membuka pintu hatinya untuk lelaki lain, Shila berkata : “Buat masa sekarang dia tidak memikirkan mengenai soal jodoh kerana bagi saya semua itu terletak pada takdir yang ditentukan oleh ALLAH SWT.

“Jika saya kata saya mahukan lelaki A, mungkin ALLAH SWT telah tentukan lelaki B untuk saya. Jadi saya hanya berserah sahaja, bila kita bercinta, cinta itu jangan melebihi cinta pada ALLAH SWT,” ujarnya.
Malah, tatkala ditanya tindakannya memuat naikkan video Ombak Rindu nyanyiannya di Youtube, Shila menjelaskan, video itu sebenarnya tidak ditujukan kepada bekas kekasihnya.

“Tentang video itu, sebetulnya saya muat naik khas untuk ibu bapa saya. Saya tidak ambil pusing apa yang orang lain kata tentang saya. Tapi saya minta maaf kalau ada pihak kurang senang dengan tindakan saya itu,” katanya.
Selain itu, Shila mengakui tidak sabar menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah selepas beberapa kali tertangguh. “Memang dah lama saya nak tunai umrah bersama keluarga, tapi kami selalu kata tunggu ada masa terluang saya.

“Tapi pada Disember lalu, kami rasa tak boleh lagi tunggu ada masa, sebaliknya kami kena cari masa dan akhirnya kami ambil keputusan untuk pergi bulan ini dan saya sudah kosongkan jadual sejak Disember lagi.
“Apa doa saya, biarlah rahsia, tapi saya ingin berdoa di depan Kaabah nanti,” katanya

Sabtu, 02 Maret 2013

ND Lala enggan ulas kisah cinta terhalang anaknya

Selamat petang semua pengunjung blog Oh Gosip Artis... OGA nak share kat korang semua ni pasal hubungan Shilla dan Sharnaz. Hari tu bapanya Shilla ada la buat sidang media so, alang-alang buat ni pihak media mesti la nak mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi membabitkan Shila Amzah malam tadi menemui kekecewaan apabila bapanya, ND Lala enggan memberikan sebarang ulasan berhubung kisah cinta terhalang anak gadisnya itu.

Sebaliknya, ND Lala meminta agar media memberikan tumpuan kepada kerjaya anaknya itu yang kini meniti persada antarabangsa, dan bukannya isu kisah Shila yang putus cinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
ND Lala enggan mengulas tentang kontroversi yang menimpa anaknya
ND Lala enggan mengulas tentang kontroversi yang menimpa anaknya
"Saya harap pihak media memahami dan memberi fokus kepada kerjaya Shila yang sedang dirancang untuk ke peringkat antarabangsa," katanya pada sidang akbar yang dibuat di rumahnya di Taman Hulu Langat Jaya, di sini.
Shila yang berada di sisi bapanya ketika sidang media itu kelihatan sugul dan seolah-olah pasrah dengan apa yang berlaku.

Sebelum ini ND Lala dikatakan akan membuat sidang media khas bagi menjelaskan kisah cinta Shila yang dihalang oleh bapanya itu sehingga penyanyi tersebut bertindak menghilangkan diri selama hampir seminggu.

Enggan Ulas Kontroversi, Hanya Tumpu Kerjaya Shila - ND Lala

 Bapa penyanyi popular Shila Amzah, 23, ND Lala atau nama sebenar Amir Amzah Salleh, 52 enggan mengulas kontroversi berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengenai kehilangan anaknya itu kerana ia masih dalam siasatan.

Menurutnya, tumpuan kini adalah untuk persiapan menjalani umrah sekeluarga selama dua minggu bermula 7 Mac ini selain persediaan terhadap perkembangan kerjaya Shila ke peringkat antarabangsa.

"Saya dinasihatkan tidak mengulas apa-apa tentang perkara itu selagi ia dalam siasatan selepas laporan polis berhubung kes kehilangan Shila tempohari.
"Bagi saya biarlah utamakan perkembangan kerjayanya kerana selepas pulang dari Mekah Shila akan terbang ke Shanghai dan menetap disana beberapa bulan," katanya pada sidang media selepas majlis doa selamat sempena penubuhan Shila Entertainment Berhad, di sini, Jumaat.
ND Lala berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemelut antaranya dengan kekasih Shila, Shanaaz Ahmad yang hangat diperkatakan minggu lalu.

shilla amzah
Shilla Amzah
Terdahulu, ND Lala yang juga pengurus kepada penyanyi tersebut meminta agar media hanya mengemukakan soalan tentang kerjaya seni dan topik lain hanya akan dijawab selepas pulang dari menunaikan umrah.

"Banyak perancangan yang diatur selepas pulang dari menunaikan umrah dan Shila merupakan artis pertama yang menandatangani kontrak selama 6 tahun bersama Shanghai Media Groub (SMG)," katanya.
Mengulas mengenai apa yang berlaku, dia berkata, ia adalah satu dugaan terbesar ketika Shila berada di kemuncak kerjayanya dan hanya berserah kepada Allah menentukan segalanya.

Senin, 18 Februari 2013

Shila mesti tumpu kerjaya - ND Lala


ND Lala mahu anaknya, Shila Amzah memberikan tumpuan kepada kerjaya berbanding perkara lain buat masa ini.

Katanya, Shila, 23, perlu mengutamakan seni kerana bakat yang dimiliki harus digunakan dengan sebaik-baiknya.

Lagipun kata ND Lala, Shila kini merupakan aset kepada Malaysia dan sedang mengorak langkah untuk mencapai cita-citanya sebagai penyanyi antarabangsa.

"Saya sedar dengan situasi semasa tetapi buat waktu ini, kami mahu memberikan lebih fokus kepada perjalanan karier seni Shila yang baru bertapak di peringkat antarabangsa.
"Dalam situasi sedemikian, adalah penting untuk Shila mempunyai emosi serta mental yang stabil dan saya tidak mahu dia terganggu," katanya ketika ditemui sewaktu mengiringi Shila membuat persembahan di Festival Tahun Baharu Cina 2013, di sini hari ini.
Dalam festival yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu, Shila mempersembahkan tiga lagu, masing-masing dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.
Shilla bersama ayah dan bekas kekasihnya
Shilla bersama ayah dan bekas kekasihnya
Menurut ND Lala, buat waktu ini, dia tidak mahu memberi sebarang komen berhubung kemelut percintaan anaknya bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad yang menjadi bualan masyarakat sejak beberapa minggu lalu.

"Sebelum ini saya ada menyatakan akan mengadakan sidang akhbar khas untuk memberikan kenyataan berhubung isu tersebut.
"Jadi apabila tiba masanya, saya pasti akan menjemput pihak media dan pada waktu itu, saya akan menjawab segala persoalan yang diutarakan," katanya.
ND Lala turut menjelaskan, sebagai bapa kepada seorang anak dan pengurus kepada artis, pastinya dia mahukan perkara yang terbaik buat Shila.



Minggu, 17 Februari 2013

Sharnaaz Ahmad Terkilan Kenyataannya Diputar Belitkan - Gosip Artis


 Pelakon Sharnaaz Ahmad terkilan dengan sikap segelintir pihak yang tidak menghormati keputusannya yang enggan memberikan kenyataan berkaitan bekas kekasih iaitu penyanyi Shila Amzah.

Pemilik nama sebenar Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, tindakannya berdiam diri telah diputar belitkan pihak tertentu yang seperti mahu mengeruhkan keadaan dan melaga-lagakannya dengan penyanyi berusia 23 tahun itu.

“Saya tidak mahu komen apa-apa lagi. Lihat sahaja pada artikel di sebuah akhbar yang mengubah dan memutar belitkan kenyataan saya pada hari ini (Sabtu).
“Walhal saya sudah cakap tidak mahu komen apa-apa lagi yang membabitkan dia (Shila).
“Ini seolah-olah mahu melaga-lagakan saya dengan dia pula. Cukup-cukuplah,” katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Sabtu.
Sharnaaz berkata demikian kerana terkilan dengan artikel pada sebuah akhbar pada Sabtu yang disifatkan seperti memanipulasi dan melaga-lagakannya dengan Shila selepas konflik percintaan mereka terlerai baru-baru ini.
gambar sharnaaz ahmad
Sharnaaz Ahmad
Ditanya reaksinya berhubung lagu berjudul Masih Aku Cinta ciptaan dan nyanyian Shila yang dimuatnaik di laman YouTube pada Khamis lalu, Sharnaaz berkata, dia enggan memberikan sebarang komen.

“Saya tidak mahu komen apa-apa,” katanya yang mengakui sudah mendengar lagu yang ditujukan kepadanya itu.
Dalam pada itu, pelakon filem Juvana itu turut meluahkan kekecewaannya berhubung artikel di akhbar tersebut menerusi akaun Twitter miliknya pada Sabtu.

"Salam, ini saya Sharnaaz Ahmad, saya ingin memaklumkan bahawa kenyataan dalam akhbar telah diubah dan diputar bukan atas ayat saya sendiri.
"Berhenti mereka cerita hidup saya sebelum saya mengambil tindakan undang-undang. Kenyataan yang bukan dari saya jangan pandai-pandai siarkan. Jangan sesuka hati nak jual cerita hidup manusia untuk kepentingan jualan.
"Aku diam bukan bermaksud aku mudah dipijak dan dikawal selia oleh pihak yang mengaut keuntungan. Timbang rasa lah sikit. Aku ni manusia jugak!" katanya seperti dipetik daripada akaun Twitter tersebut.

Jumat, 15 Februari 2013

Sharnaaz pula tutup mulut - Gosip Artis Terkini

Pelakon Sharnaaz Ahmad seperti tidak mempedulikan sama ada lagu baru yang dicipta oleh penyanyi Shila Amzah ditujukan kepada dirinya atau sebaliknya.

Pelbagai soalan diajukan kepada pelakon itu tetapi dia memilih untuk tidak menjawab sebarang soalan seperti sudah muak bila ditanya tentang lagu berjudul Masih Aku Cinta itu.
"Tentang lagu baru itu saya tiada komen. Saya tidak mahu komen apa pun lagi termasuk tentang lagu itu," katanya kepada Utusan Malaysia.
Lirik lagu itu seolah-olah menggambarkan situasi Shila yang masih mengharap kepada cinta Sharnaaz meskipun mendapat tentangan oleh bapanya, ND Lala.

Sebelum itu, Shila tampil di laman YouTube menyanyikan lagu Ombak Rindu dan koleksi video itu telah mencapai jumlah tontonan hampir sejuta dalam masa dua minggu dihasilkan.

shilla amzah
Shilla Amzah 
Dalam pada itu, laman Twitter Sharnaaz juga tidak menunjukkan sebarang status terbaru mengenai lagu mahupun kemelut cintanya bersama Shila. Akaun laman Twitternya hanya penuh dengan status peminat yang memuji lakonannya dalam filem terbaharunya, Juvana.

Shila dan keluarga pula kekal dengan pendirian berdiam diri buat seketika walaupun sebelum ini ND Lala berjanji untuk mengadakan sidang akhbar dalam waktu terdekat ini untuk menjelaskan kemelut yang berlaku



Kamis, 14 Februari 2013

Shila Amzah: Sharnaaz Putus Asa, Saya Kena Move On! - Gosip Artis

Penyanyi Shila Amzah akui bahawa bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad sudah tidak mampu lagi untuk mempertahankan hubungan cinta mereka dan atas sebab itu, dia harus memandang ke hadapan untuk meneruskan kerjaya dan kehidupannya."Sharnaaz gave up,he couldn't stand any longer..I guess I will just have to move on," katanya kepada salah seorang wakil murai.com.my.

Shila Amzah berkata demikian selepas Sharnaaz Ahmad mengambil keputusan untuk melupakan kisah cinta mereka selepas usahanya untuk melamar penyanyi lagu Patah Seribu itu mendapat tentangan serta halangan daripada ayah Shila, ND Lala.

Kemelut di antara Sharnaaz Ahmad dan ND Lala berlanjutan selama 2 bulan sampai ke kemuncaknya apabila ND Lala mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar Harian Metro meminta supaya Sharnaaz tidak bersikap memandai-memandai serta kurang ajar apabila mengeluarkan kenyataan untuk melamar anak perempuannya biarpun dihalang oleh ND.


shilla amzah
Shilla Amzah 
Ekoran daripada itu Sharnaaz Ahmad di dalam portal murai.com.my meminta supaya ND Lala tidak memusingkan cerita dan meminta supaya penyanyi lagu YB itu supaya berdepan dengannya untuk menyelesaikan perkara ini secara diplomasi.

Kecewa dengan tindakan bapa dan bekas kekasihnya itu, Shila dilaporkan telah membawa diri di suatu tempat untuk mencari ketenangan buat seketika. Malah, dia juga turut memuatnaik kenyataan maafnya terhadap ibubapanya di dalam youtube dan mengakui rindu terhadap mereka dan sejurus selepas itu, Shila membawakan lagu Ombak Rindu sambil memetik gitarnya.

Selepas menyepikan diri buat seketika, Sharnaaz pula telah mengeluarkan kenyataan di Utusan Malaysia menyatakan bahawa dia sudah tidak mahu ambil peduli lagi tentang Shila dan keluarga bekas kekasihnya itu.

Rabu, 13 Februari 2013

Sharnaaz: 'Media tolong jangan buat spekulasi' - Gosip Artis


"Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa hubungan saya dengan Shila Amzah berakhir.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. Media tolong jangan buat spekulasi," tegas Shaznaaz kepada Zass, semalam.

Sebelum ini, kemelut cinta Sharnaaz dan Shila memasuki episod baru apabila Sharnaaz dikatakan sudah berundur diri kerana hilang hormat terhadap ayah Shila, ND Lala.

Manakala Shila pula dihalang untuk ditemu bual walaupun pada mulanya bersetuju bertemu media sebaik dia selesai persembahan di Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional, baru-baru ini.
sharnaaz dan shilla
Sharnaaz dan Shilla Amzah
Malah, Shila turut dikawal ketat pengawal peribadi dan pasukan keselamatan yang diarahkan supaya menghalang wartawan mendekati Shila Amzah oleh bapanya, ND Lala.
“Kamu hendak tanya apa? Macam inilah, saya akan mengadakan sidang akhbar khas dalam masa terdekat untuk jawab segala persoalan.
“Tarikh dan tempat juga akan dimaklumkan kelak,” ujar ND Lala.
Berikutan kemelut hubungan cinta dan keluarga, Shila baru-baru telah bertindak menyisihkan diri dan bersendiri tanpa pengawasan keluarga sehingga ND Lala terpaksa membuat laporan polis setelah Shila tidak pulang ke rumah.

Shila juga telah bertindak memuat naik video Ombak Rindu dendangannya pada Jumaat minggu lalu, bagi menggambarkan perasaan dan kemelut yang dihadapinya kini.

Shilla kini pasrah - Gosip Artis Terkini


Setelah mengalami berbagai-bagai  konflik yang berlaku, penyanyi popular ShillaAmzah  seakan-akan pasrah dengan apa yang berlaku.

Terbaru! OGA ada gembira apabila melihat semangat baru penyanyi ini apabila mula menulis di akaun Twitternya yang dia kini sudah pun dapat menerima keputusan bahawa hubungan mereka sudah tidak dapat diteruskan lagi. Bagus la kalau macam tu Shilla. Ingat, kalau ada jodoh takkan kemana. Yang penting adalah restu orang tua, baru hubungan yang dibina akan diberkati.

shilla amzah
Shilla Amzah
Dalam tulisan di akuan Twitternya itu, Shila seperti pasrah dan mahu memulakan hidup yang baru;
"It's sad when someone can walk right by you and pretend you were never a big part of their life..
"New start,new life,new songs coming out...alhamdulillah:)
"Even if we can't be together in the end, But I'm grateful you were part of my life at one point. I wish you all the best,I'll pray for you:)

Selasa, 12 Februari 2013

Sharnaaz tidak mahu dikaitkan lagi dengan Shila - Gosip Artis Terkini


Pelakon Sharnaaz Ahmad sudah berpatah arang dan mahu melupakan terus kisah cintanya dengan penyanyi Shila Amzah.

Malahan pelakon drama Juvana itu juga tidak mahu lagi dikaitkan dengan keluarga bekas kekasihnya itu selepas ini.

Menurut Sharnaaz, apa yang berlaku kepada penyanyi itu mahupun keluarganya ketika ini, bukan lagi menjadi urusan penting buat dirinya.

"Saya memilih untuk melupakan segala-galanya. Keputusan ini saya buat kerana saya rasa semakin hilang hormat kepada bapanya, ND Lala" katanya kepada Utusan Malaysia dalam nada yang tegas.

sharnaaz dan shilla
Hubungan Shilla dan Sharnaaz telah berakhit


OGA: Kepada Sharnaaz dan Shilla, percayalah apa yang berlaku ni ada hikmahnya.

Senin, 11 Februari 2013

Shila Amzah dihalang bercakap dengan media - Gosip Artis


Penyanyi Shila Amzah yang membuat persembahan di majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri cuba dihalang bapanya, N.D. Lalahttp://ohgosip-artis.blogspot.com/ daripada memberi kenyataan kepada media berhubung kontroversi yang sedang melanda.

Ketika selesai membuat persembahan, Shila, 23, yang dihampiri wartawan pada mulanya bersetuju untuk ditemu ramah namun beliau yang dikawal ketat pengawal peribadi dan pasukan keselamatan sepanjang majlis tidak dibenarkan bapanya untuk berbuat demikian.

“Kamu hendak tanya apa? Macam inilah... saya akan mengadakan sidang akhbar khas dalam masa terdekat untuk jawab segala persoalan.

“Tarikh dan tempat juga akan dimaklumkan kelak," kata bapanya.

shilla amzah

Shila yang kelihatan terpinga-pinga hanya mampu berdiam diri sebelum dibawa pergi oleh sekumpulan pengawal peribadi.

Terdahulu, Shila muncul di pentas pada kira-kira pukul 11.15 pagi dan mendapat tepukan gemuruh apabila menghiburkan kira-kira 80,000 penonton dengan empat buah lagu iaitu Zheng Fu, Set Fire to the Rain, Patah Seribu sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu Forever Love.

Shila juga mengucapkan terima kasih kepada para penonton dan BN negeri yang menjemputnya membuat persembahan pada majlis yang disifatkan istimewa kerana turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Minggu, 10 Februari 2013

Sharnaaz Ahmad menjauhkan diri daripada Shilla - Gosip Artis


Kekasih kepada penyanyi Shila Amzah iaitu aktor Sharnaaz Ahmad enggan memberikan komen lanjut berhubung status terkini konflik hubungan mereka.

Pemilik nama sebenar Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, dia mengambil pendekatan itu selepas timbul pelbagai kekecohan termasuk tindakan Shila yang melarikan diri daripada keluarga ekoran tertekan dengan pergeseran antara dirinya dan bapa penyanyi itu, ND Lala.

“Saya sudah tidak mahu cakap apa-apa. Selepas apa yang berlaku, saya sudah malas hendak komen lagi,” jawabnya ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Ahad.

Terbaharu, ND Lala tampil membuat kenyataan pada rancangan Melodi yang disiarkan pada Ahad di TV3, melarang aktor itu mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya dan Shila bagi mengelakkan prasangka dan fitnah yang berterusan.
Sharnaaz dan Shilla
Sharnaaz dan Shilla
ND Lala berkata, kenyataan Sharnaaz, selama ini bukan sahaja mencemarkan namanya tetapi turut memalukan keluarga.

Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.

Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.

Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.

Ditanya adakah dia menghubungi atau berjumpa dengan penyanyi itu, Sharnaaz berkata, dia lebih senang menjauhkan diri selepas apa yang berlaku.

“Memang sudah malas (berhubung) selepas apa yang berlaku. Saya tidak jumpa atau hubungi dia sebab saya sudah jauhkan diri,” jelasnya.

Pada Jumaat lalu, Shila memuat naikkan rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu dalam YouTube selain mengharapkan kejernihan terhadap kemelut yang melanda.

Shila Amzah sah nyanyi di Pulau Pinang esok - Gosip Artis Sensasi


Di sebalik kontroversi yang melanda penyanyi popular, Shila Amzah, anak penyanyi ND Lala itu sah akan mengadakan persembahan pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di sini, esok.

Shila akan berkongsi pentas bersama penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy pada majlis yang akan berlangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.

Pengesahan itu dibuat pengurusnya kepada pengerusi penganjur, Oh Tong Keong.

psy
Shilla Amzah berkongsi  pentas dengan PSY

psy
PSY akan menghiburkan rakyat Pulau Pinang esok
Tong Keong yang juga Ketua Pemuda BN berkata, Shila akan mempersembahkan lima hingga enam lagu pada majlis berkenaan.
“Apabila membaca laporan akhbar berkenaan kontroversi yang melanda penyanyi itu sehingga membuatkan dia (Shila) menghilangkan diri selama enam hari, pihak kami menerima banyak panggilan yang bertanya tentang kehadirannya pada majlis rumah terbuka esok.
 “Bagaimanapun, apabila saya menghubungi pengurusnya tadi, beliau memaklumkan Shila akan hadir dan membuat persembahan khas untuk pengunjung khasnya rakyat negeri Pulau Pinang,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Majlis berkenaan akan turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan hadir.

Menurutnya, beliau akan memaklumkan sendiri status kehadirannya ke program itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, lebih awal.

ND Lala Minta Sharnaaz Hentikan Beri Kenyataan - Gosip Artis Terkini

Penyanyi ND Lala meminta pelakon Sharnaaz Ahmad tidak lagi memberi kenyataan berhubung hubungan dia dengan anaknya iaitu Shila Amzah untuk mengelakkan prasangka dan juga fitnah.

ND Lala berkata, kenyataan Sharnaaz, 27, selama ini bukan sahaja mencemarkan namanya tetapi turut memalukan keluarga.

"Saya harap tak ada lagi kenyataan kerana ia boleh mengundang prasangka dan fitnah. Kenyataan yang diberikan boleh memalukan keluarga," katanya ketika memberi kenyataan dalam rancangan Melodi siaran TV3 pada Ahad.
shilla dan ND lala
Shila mencium bapanya ketika mereka pulang ke tanah air dari China selepas
memenangi pertandingan Asian Wave 2012 pada September tahun lalu.
ND Lala memberi respons itu bagi menjelaskan kemelut hubungan tiga pihak iaitu dirinya, Shila dan juga Sharnaaz.

Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.

Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya itu kerana masalah tersebut.

hubungan sharnaaz dan shilla
Shilla dan Sharnaaz
Shila pada Jumaat lalu pula turut memuatkan rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu dalam YouTube selain mengharapkan kejernihan terhadap kemelut yang melanda.

Dalam pada itu menerusi Melodi itu juga ND Lala turut menjelaskan tiada sebarang perbincangan yang dibuat Sharnaaz ataupun melalui wakil keluarga masing-masing mengenai perancangan perkahwinan ataupun merisik sebagaimana didakwa.

Katanya negara ini mempunyai undang-undang manakala orang Melayu pula berpegang teguh kepada adat serta budaya dan seseorang itu tidak wajar berpelakuan biadab.

"Urusan jodoh adalah ketentuan Allah dan terletak kepada qada dan qadarNya. Bukan mudah untuk kahwin dan belajarlah untuk jadi pemimpin dan memimpin diri sendiri," ulasnya yang disimpul berdasarkan kepada rakaman siaran itu.

ND Lala turut menambah, nasihat yang diberi itu ditujukan juga kepada anaknya manakala setiap tindakan seseorang itu adalah mencerminkan keperibadian masing-masing.

Rabu, 06 Februari 2013

Cinta Shila dan Sharnaaz berakhir? - Gosip Panas Artis

Tak payah nak hipokrit!," tegas pelakon, Sharnaaz Ahmad ketika ditanya mengenai kenyataan kekasihnya, Shila Amzah, berhubung kemelut yang mereka alami. 

Shila yang kini berada di kota Shanghai, tampil memohon maaf di atas apa yang berlaku antara Sharnaaz dan bapanya, ND Lala menerusi e-mel kepada pihak media. Menerusi kenyataannya itu, Shila, 23, tidak menyalahkan mana-mana pihak. Namun sebagai anak dan kekasih, dia mengharapkan segala kekusutan yang timbul segera berakhir. 
hubungan shilla dan sharnaaz
Gambar Shilla dan Sharnaaz
Bagaimanapun, Sharnaaz, 28, yang dihubungi Sinar Harian mengakui tidak tahu menahu mengenai e-mel dari kekasihnya itu. "E-mel apa pula ni? Saya tak tahu apa-apa dan malas nak layan. Semuanya propa saja! "Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya.
 "Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi," tegasnya. 
Diajukan tentang hasratnya untuk merisik Shila pada Mac ini, pelakon Ruby ini berkata, dia terpaksa membatalkan hasratnya itu. 
"Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini. "Saya tak pasti dan hanya berserah," kata pelakon drama Bukan Bidadari ini. Ditanya lagi apakah hubungannya dengan Shila sudah berakhir, Sharnaaz bagaimanapun enggan mengulas perkara tersebut. "Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi," katanya dengan nada yang kecewa.

OGA (Oh Gosip Artis) : Apa-apa pun diharapkan Shilla mahupun Sharnaaz dapat selesaikan masalah mereka dengan matang 

Shila Amzah Luah Perasaan Enggan Lagi Dikongkong - Gosip Artis Terkini


Kontroversi melibatkan Sharnaaz Ahmad dan ND Lala membuatkan penyanyi Shila Amzah meluahkan perasaannya tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.

Shila menerusi laman Twitter miliknya berkata, walaupun keluarga menjadi keutamaannya, namun pada masa sama dia mahu diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri.

"Ya, keluarga didahulukan, tetapi pada masa sama saya ingin peluang untuk membuat keputusan sendiri juga. Saya tidak mahu terlalu dikongkong lagi. Biarlah saya menjadi diri sendiri," katanya dalam Twitter miliknya, Rabu.

Tambah Shila, dia kini sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.


shilla amzah dan sharnaaz
Shillamzah dan Sharnaz
Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.


Pada malam Selasa, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.

Dalam kemas kini terbaharu Twitternya, Shila turut berjanji untuk menjadi teman hidup Sharnaaz serta anak yang baik sekiranya kedua-dua lelaki yang disayanginya itu tidak bersengketa lagi.
Twitter
"Jika abang (Sharnaaz) dan abah berbaik, saya berjanji akan menjadi teman hidup abang dan anak abah yang terbaik di dunia. Insya-Allah.
"Saya harap sangat untuk abang dan abah berdamai. Saya tidak mahu hilang dua-dua," tuturnya.

Selasa, 05 Februari 2013

Sharnaaz Jauh Hati Gara-Gara Surat Terbuka Shila Amzah - Gosip panas artis


 Aktor Sharnaaz Ahmad berasa jauh hati dengan kekasihnya penyanyi Shila Amzah apabila wanita itu bertindak menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik hubungan mereka ketika ini tanpa mahu bersemuka untuk menyelesaikan masalah.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, tindakan Shila memohon maaf kepada dirinya dan keluarga menerusi surat terbuka itu dilihat seperti tidak telus dan keanak-anakan.

Katanya, sebagai individu yang matang Shila sepatutnya datang bersemuka dan berbincang dengannya bagi mencari jalan penyelesaian dan bukan mengutus surat untuk disiarkan buat tatapan umum.

“Saya sudah malas nak komen sebenarnya. Pada saya, kenyataan sebegitu (surat) adalah tidak telus dan macam budak-budak.

gambar shilla dan sharnaaz


“Kenapa tidak bersemuka dan duduk berbincang? Saya sudah malas nak ambil pusing mengenai dia, terpulanglah (pada keadaan),”

Sharnaaz berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan rasmi penyanyi lagu Patah Seribu itu menerusi surat memohon maaf yang dikirimkan kepada pihak media. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila. Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama Shila berdiam diri.
Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila. Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.
Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan shila dengan baik selama hari ini.Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya. Dia tidak sepenuhnya bersalah. Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua “damage” yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.
Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya. Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk shila maka jauhkan lah.
Jodoh, pertemuan, Ajal dan maut di tangan Allah SWT.Shila berdoa agar semua berdamai.Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku. Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati .Demi Allah Shila sangat sayangkan anda semua.
Dalam surat tersebut Shila berkata sikap terlalu menyayanginya adalah antara faktor menjadi penyebab ibu dan bapanya terlalu menjaganya dan sebagai anak dia tidak sanggup melukai hati mereka.
Malah Shila juga meminta semua pihak tidak menghukum Sharnaaz selain memohon maaf secara terbuka kepada pelakon lelaki itu dan juga keluarganya terhadap segala masalah yang timbul sejak kebelakangan ini.
Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.
Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila ND Lala dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor itu.
Aktor filem Kerat 14 itu berkata, kenyataan menerusi surat itu seolah-olah memperlihatkan bahawa Shila tidak mampu untuk bersemuka bagi menyelesaikan konflik hubungan mereka.
“Sampai bila dia (Shila) nak dikawal begitu? Hak bersuara dan berfikir adalah hak dia, bukan hak ibu bapanya,” luahnya dalam nada kesal.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz kini berada di lokasi penggambaran filem terbaharunya berjudul Gila Baby arahan Kabir Bhatia sementara Shila dan keluarganya masih lagi berada di China untuk urusan album. 
OGA (Oh Gosip Artis): Kepada Shilla dan Sharnaaz bawa la berbincang elok-elok. Apa yang penting cari jalan penyelesaian yang terbaik.