Selasa, 19 Februari 2013

Kes Penceraian Jeslina Terpaksa ditangguhkan - Gosip Artis Terkini


Semalam OGA ada memasukkan artikel tentang penceraian Jeslina Hashim namun kes penceraiannya hari ini terpaksa ditangguhkan disebabkan Jeslina berada dalam keadaan tidak suci(haid). Jadi artikel OGA semalam betul la mengatakan Jeslina akan bercerai hari ni. Apa-apa pun OGA doakan semoga Jeslina tabah menghadapi semua ini.

Hakim Syarie, Asrul Azlan Embong bagaimanapun mengarahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas peguam syarie yang mewakili Dion, 40, memberitahu pihaknya turut memfailkan tuntutan mutaah berjumlah RM150,000 dan hak penjagaan anak secara bersama yang dipersetujui kedua-dua belah pihak di mahkamah berkenaan.

Ia bagi memudahkan semua kes berkenaan dikendalikan di satu mahkamah sahaja dan ia turut dipersetujui oleh Jeslina, 35.

Dalam pada itu, ketika ditemui luar mahkamah, peguam syarie kepada plaintif, Mohd Hafiz Abdul Rashid dan Ashraff A. Rani berkata, kedua-dua pihak pada dasarnya telah bersetuju untuk berpisah secara baik di bawah Seksyen 47, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Kebenaran Penceraian Secara Baik).
jeslina hashim
Jeslina Hashim
Sehubungan itu, segala urusan perjanjian, kedudukan selepas penceraian dan terma penjagaan anak secara bersama akan diselesaikan di Mahkamah Tinggi dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.

"Pihak kami telah melampirkan perjanjian kedudukan selepas penceraian mereka berhubung tuntutan mutaah, penjagaan anak secara bersama yang dipersetujui, nafkah dan sebagainya.

"Permohonan sebutan di Mahkamah Tinggi juga telah dibuat pada 18 Februari lalu dan masih menanti tarikh perbicaraan," jelasnya.
Mohd Hafiz turut memberitahu pasangan itu sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu selain dua anak mereka kini dijaga oleh Dion.

Sementara itu, Jeslina yang ketika ditemui berkata, proses penceraian itu berjalan dengan baik namun enggan mendedahkan punca keretakan rumah tangganya.

"Punca kami mahu berpisah adalah disebabkan masalah peribadi"," katanya ringkas.

Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005 dan mempunyai dua orang anak berusia tiga dan enam tahun.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar