Selasa, 19 Februari 2013

Suria Cinta DJ Lin Ditambah Masa Kerana VIP? - Gosip Selebriti


Rezeki penyampai radio Suria FM, Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Hj Abd Majid semakin melimpah sehingga namanya buat pertama tersenarai dalam top 5 finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH), kategori Penyampai Radio Wanita Popular.

Bagaimanapun, Dj Lin menafikan program kendaliannya Suria Cinta yang ke udara setiap malam di Suria FM ditambah masa kerana dia sudah popular dan makin digemari peminat.

"Alhamdulillah, Suria Cinta ditambah masa dari 3 jam ke 4 jam. Bermula Februari, program ini akan keudara setiap hari kecuali hari Sabtu saja bermula jam 10 malam sehingga 2 pagi. Setahu saya, keputusan ini dibuat sebelum saya diumumkan dalam carta top 5 lagi.
"Sebelum sidang media lagi, bos saya telah memberitahu akan menambah masa saya ke udara. Namun, waktu itu masih lagi belum muktamad lagi sehinggalah pihak pengurusan mengumumkan perancangan baru Suria FM.
"Masa diberitahu sebelum ini, saya diarahkan untuk standby. Jadi, saya sudah pun tahu dari awal dan berkemungkinan ianya tiada kena mengenai mengenai status saya yang tersenarai dalam ABPBH," katanya kepada murai.com.my.
Selain bergelar penyampai radio, DJ Lin juga sibuk menjadi pengacara program di majlis-majlis hiburan tempatan serta bergelar penyanyi secara sah pada 2012. Pun begitu, ibu tunggal ini menganggap rezekinya bertambah kerana karier utamanya sebagai penyampai radio.

gambar dj lin
Dj Lin
"Saya merasakan perkara yang paling banyak membantu pencapaian saya adalah bidang penyampaian radio. Ia juga kerana peningkatan jumlah pendengar Suria Cinta yang bertambah. Saya juga mengambil berat komen peminat.
"Saya rakam lagu pun kerana permintaan peminat. Saya menyanyi pun bukanlah kerana nak bersaing dengan penyampai radio yang lain. Sekarang ini, komitmen saya bukan kepada anak dan keluarga saja.
"Saya menganggap fans saya sebagai famili. Saya pun bukan saja meluangkan masa untuk anak, tetapi setiap bulan saya akan luangkan masa dengan peminat dalam aktiviti yang diaturkan," ujarnya yang bersyukur muat turun singlenya berjudul Ranting Kenangan diluar jangkaan.
Dalam pada itu, DJ Lin tidak bersorok sedang berkawan dengan ramai lelaki termasuklah golongan VIP. Namun, DJ Lin akui tiada masa untuk keluarga bersama golongan VIP berkenaan.
"Saya memang tahu pendengar saya ada dari golongan VIP. Namun, saya tidak pula keluar dating dengan mereka. Setahu saya, saya jumpa mereka ketika saya ada dalam program hiburan tertentu saja.
"Sejujurnya, saya memang sedang berkawan dengan seorang. Kalau boleh saya mahu mengatakan dialah bakal suami saya yang baru. Namun, saya masih belum pasti lagi.
"Saya hampir buat pilihan. Namun, hati belum berkata apa-apa lagi. Hati kita tidak boleh tipu diri kita sendiri. Hakikatnya, saya tidak suka menjadi plastik," jelasnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar