Namun begitu, Che Ta kita ni, masih merahsiakan tentang tarikh perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin, ibu kepada dua orang anak mengakui akan mengakhiri hubungan itu dengan ikatan pernikahan tanpa ada majlis bertunang.
"Saya tidak akan bertunang. Insya-Allah kami akan terus bernikah saja. Lagipun proses pertunangan adalah untuk mengenali pasangan. Saya pun sudah kenal Zain selama tiga tahun.
"Saya tidak boleh beritahu lagi bila tarikh sebenar kami menjadi pasangan kekasih. Masa hari kahwin nanti barulah kami akan beritahu. Nanti tidak suprise pula pada hari perkahwinan saya dengan Zain," katanya kepada murai.com.my.
Rozita Che Wan merahsiakan tarikh perkahwinan mereka |
"Saya cakap pada Zain, majlis perkahwinan tidak berapa penting tetapi yang paling penting sekarang adalah kehidupan selepas berkahwin. Bagi saya, nak bersanding ini leceh sikit. Kalau boleh, saya mahu buat majlis pernikahan saja. Mungkin, majlis kahwin kami nanti akan dibuat secara sederhana saja.
"Namun, atas permintaan Zain, saya ikut saja dan dia yang menginginkan majlis perkahwinan yang indah buat kami," jelasnya.Menyentuh mengenai hubungannya itu, Che Ta tidak menolak bahawa perancangan perkahwinan tidak diketahui keluarga.
"Sebenarnya, famili kami tidak tahu apa-apapun. Apabila dah keluar media, barulah dia orang semua tahu. Tetapi, mereka semua tahu kami akan berkahwin pada hujung tahun ini.
"Setakat ini kami tidak terfikir lagi untuk berkongsi majlis bahagia kami dengan mana-mana stesen TV. Namun, kalau ada yang sudi, kami tidak kisah. Kalau mereka rasa nak menghargainya dengan cara sebegitu, kecil tapak tangan kecil tapak tangan nyiru ditadahkan," ujarnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar