Betul ke Fazura dah kahwin senyap-senyap? So, tengok apa jawapan Fazura bagi:
“Dah kahwin? Dengan siapa tu? Banyak juga nama calon-calon yang saya dengar. Tapi semua sedia maklum bahawa saya bukan jenis yang suka komen soal peribadi,” ujar pelakon dan model jelita, Fazura apabila diajukan soalan sedemikian rupa, semalam.
“Cuma doakan sahaja yang terbaik buat diri saya. Saya sentiasa percaya dengan ketentuan Allah.”
“Saya memang berazam nak berkahwin tahun ini sebab umur saya pun sudah mencecah 30 tahun. Kalau jodoh saya sampai, Insyallah. Doakan semoga saya bahagia,” kata Fazura sekaligus menafikan khabar angin yang tak tepat itu.
Tanpa mengira sesiapa pun yang akan menjadi jodohnya, Fazura berazam untuk menurut kata-kata ibunya agar berhenti berlakon setelah berkahwin kelak.
|
Nur Fazura |
“Saya rasa saya akan tepati janji kepada ibu. Lepas berkahwin memang ibu saya tak bagi berlakon.
“Sekiranya bakal suami saya seorang pelakon, dia pun perlu berhenti berlakon juga. Fokus perlu diberikan 100% kepada rumahtangga dan saya juga percaya bahawa ini adalah salah satu cara untuk saya hormati suami.
“Tetapi sekiranya dia bukan pelakon, mungkin dia seorang ahli perniagaan atau apa-apa sahaja, saya tetap akan hormati dia dan tak akan berlakon lagi,” ulas Fazura sambil tersenyum manis.
Merujuk kepada perkembangan terbaru, Fazura telah dilantik sebagai duta untuk produk terbaru Colgate iaitu ‘Colgate Optic White’ dan akan bergandingan dengan pelakon hebat, Shaheizy Sam dalam drama terbaru berjudul ‘Kisah Cinta.’
Tidak ada komentar:
Posting Komentar