Baru-baru ini, beberapa keping gambar pelakon, Lana Nordin, 34 kelihatan mesra bersama kekasihnya, Parvel Michalec, 24, sewaktu bercuti di Bali, Indonesia telah tersebar di sebuah laman sesawang dan blog.
Foto-foto itu kelihatan seperti hanya mereka berdua sahaja bercuti dan seolah-oleh seperti berbulan madu ketika menyambut Hari Kekasih pada tanggal 14 Februari lalu.
Bagi mendapat kepastian mengenai foto-foto tersebut, murai.com.my telah bertanyakan sendiri mengenai percutiannya itu. Ternyata Lana menafikan bahawa hanya dia berdua dia dengan kekasihnya yang berasal daripada Republik Czech itu saja yang bercuti di Pulau Bali baru-baru ini. Sebaliknya, dia turut bercuti bersama rakan-rakannya yang lain. Ini komen Lana Nordin:
"Sebenarnya foto itu mereka ambil daripada laman Instagram yang saya muat naik sendiri. Tiada apa yang perlu diselindung dalam foto itu kerana ia kelihatan kami seperti bercuti sahaja.
"Malah, saya bukan hanya bercuti berdua sahaja tetapi dengan 12 orang kawan-kawan saya yang lain. Kami berada di sana selama 5 hari dan ia hanya sekadar percutian biasa," katanya kepada murai.com.myLana dan Parvel sudah menjalinkan percintaan sejak 8 bulan lalu dan mereka kini sedang menjalani percintaan jarak jauh.
Gambar Lana Nordin bercuti dengan kekasih di Bali baru-baru ini |
Apabila ditanya adakah Lana tidak bimbang dengan persepsi orang mengenai foto-foto yang dimuat naiknya itu, Lana memberitahu, kali ini dia lebih berhati-hati dalam setiap tingkah lakunya.
"Cukuplah, apa yang sudah berlaku kepada saya tahun lalu. Kali ini saya akui lebih berhat-hati dan tidak mahu kontroversi itu berulang lagi," jelasnya lagi.Mengenai perkembangan kerjaya Lana, baru-baru ini dia telah tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita yang diperolehnya menerusi filem Chow Kit.
"Saya tidak sangka tercalon dan memang sungguh terkejut. Bagi saya filem Chow Kit sebuah filem yang bagus, soal menang saya tidak boleh cakap lagi. Kalau saya letak harapan yang tinggi dan tidak menang, nanti saya juga yang kecewa. Saya serah semuanya pada juri dan tunggu sahaja keputusan pada acara kemuncak FFM25 pada 2 Mac depan," tambahnya lagi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar