Tampilkan postingan dengan label PERKAHWINAN ARTIS. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label PERKAHWINAN ARTIS. Tampilkan semua postingan

Kamis, 07 Maret 2013

Gosip Artis Terkini - Pierre Andre nikah Jun ini


Terlebih dahulu, OGA nak ucapkan tahniah buat pengarah filem terkenal malaysia, Piere Andre yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada jun ni. Ramai juga kan artis yang kahwin tahun ni. Yang pasti OGA tak sabar nak tengok perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Pelakon dan pengarah berbakat besar, Pierre Andre atau nama sebenarnya, Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 28, tidak mahu menunggu lama dan memilih Jun ini untuk melangsungkan perkahwinannya.

Menurut Pierre, dia tidak mahu melengahkan pernikahan dengan tunangnya, Siti Nurhidayah Hashim, 25, kerana mahu menggelakkan fitnah.
"Saya rasa, saya perlu bernikah secepat mungkin agar hubungan kami tidak diperkatakan. Bila kami tidak ada ikatan yang sah, orang akan mudah menilai kami.
"Jadi bagi menggelakkan fitnah di kemudian hari, saya rasa elok pernikahan kami di segerakan dan Insya-ALLAH jika tiada aral melintang, ia akan berlangsung bulan Jun ini," ujarnya yang ditemui pada majlis pratonton Cerita Kita di TGV Sunway Piramid, kelmarin.

perkahwinan piere andre
Piere Andre bakal berkahwin jun ini
 Menerusi filem tersebut, Pierre bertindak sebagai pengarah dan ia merupakan filem ke-10 arahannya.

Pierre berkata, segala urusan persiapan pernikahan sudah pun mula dilakukan dan hanya pernikahan yang akan dijalankan dulu, Jun ini. Manakala majlis resepsi pula akan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Perkara utama dalam sesebuah perkahwinan adalah pernikahan. Saya akan jemput dan beritahu tarikh pernikahan dalam masa terdekat ini kepada media.
"Saya faham, sebagai selebriti, saya amat memerlukan pihak media bagi memaklumkan peminat dan masyarakat di luar sana mengenai perkahwinan saya," ujarnya.
Ditanya tentang tindakannya merahsiakan ikatan pertunangannya pada Februari lalu, Pierre menegaskan, dia tidak mempunyai niat untuk menyembunyikan perkara baik itu.

“Sejak dari awal perancangan, saya memang mahu buat hanya di antara keluarga sahaja kerana ia cuma majlis pertunangan. Tapi dengan kecanggihan teknologi, orang boleh memuat naik gambar dengan begitu pantas," katanya yang mengenali tunangnya sejak setahun lalu.

Selasa, 26 Februari 2013

Lisa Surihani Terharu Terima Kejutan Yusry - Gosip Artis Terkini

 Selamat pagi semua pegunjung...OGA ada citer menarik nak share kat korang tentang pasangan romantik Yusry dan Lisa Surihani ni. Pelakon Lisa Surihani, 26, bergenang air mata dan berasa terharu taw selepas menerima kejutan ucapan istimewa daripada suaminya, penyanyi Yusry Abdul Halim, 40, menerusi saluran radio Era FM sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari lalu

Menurut Lisa, pada malam ulang tahun itu, suaminya turut mendedikasikan sebuah lagu istimewa bertajuk Selamat Hari Kita yang turut diputarkan stesen radio berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk makan malam.

yusry dan lisa surihani
Yusry dan Lisa Surihani
"Kisahnya, Yusry ingin membawa saya ke sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun pertama kami namun ketika dalam perjalanan dia suruh saya membuka stesen radio Era.
"Ketika itu penyampai Adi Fashla sedang bertugas yang meminta pendengar untuk menghubunginya jika mahu membuat ucapan.
"Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila selepas hebahan itu, suara Yusry pula yang ke udara sambil menuju ucapan istimewa kepada saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini Selasa.

Rakaman ucapan itu dirakamkan terlebih dahulu.

Kata Lisa, ketika itu dia tergamam dan terharu sambil menganggap ia adalah kejutan paling bernilai dalam hidupnya.

"Saya terharu sebab walaupun dia sibuk dengan urusan kerja namun dia masih ada masa untuk buat lagu untuk saya. Dia ada beritahu saya yang dia berasa bimbang kalau-kalau ada rakan-rakan yang terlibat dengan pembikinan lagu itu membocorkan perkara itu kepada saya," katanya.
Jelasnya, lagu tersebut juga diperdengarkan kepada umum buat pertama kali pada malam ulang tahun perkahwinan mereka itu.

Sementara itu, Lisa memberitahu setelah setahun usia perkahwinan mereka, dia berasa sangat bahagia dan bersyukur dapat melalui hari-hari tersebut dengan orang yang tersayang dalam hidupnya.

"Setahun ini adalah yang paling indah dan bahagia buat saya sebagai seorang isteri kepada Yusry. Banyak perkara yang saya pelajari dan sedang cuba untuk belajar menjadi seorang isteri yang terbaik," ujarnya yang mengakui kini lebih menitik beratkan soal penampilan dan gaya selepas berkahwin.
Bercakap soal cahaya mata, Lisa berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada Allah.

"Saya sudah bersedia tapi ini rezeki Allah, insya-Allah kalau ada rezeki ini saya akan beritahu. Saya tahu ramai peminat yang menunggu dan mendoakan yang terbaik buat kami," ujarnya.

Senin, 25 Februari 2013

Rozita Che Wan bakal kahwin julai ini - Gosip Perkahwinan Artis

Sebelum tu OGA nak ucapkan tahniahlah buat Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang akan berkahwin pada bulan julai ini nanti. Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh Rozita Che Wan.

“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.
Kalau selama ini hanya Zain yang tampil meluahkan perasaan cintanya terhadap Che Ta, kali ini Che Ta mengambil peluang untuk memuji keromantikan Zain. Kata Che Ta:

Dia seorang yang romantik dan paling penting berani melamar saya. Sesiapa saja boleh meluahkan perasaan cinta tetapi tidak sepertinya yang berani mengambil langkah seterusnya. Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya.
Sementara itu Zain Saidin yang ditemui menyatakan rasa terkejutnya atas pengakuan Rozita Che Wan ini dan tidak menyangka mereka berdua akan bernikah seawal ini. Kata Zain:
Memang sebelum ini saya tidak terfikir untuk berkahwin dalam jangka masa terdekat ini tetapi apa pun kami akan berbincang lebih lanjut mengenai tarikh yang sesuai. Memang bermaca perkara yang perlu dibuat dan dirancang untuk bekahwin. Sudah tentu majlis perkahwinan kami ini membabitkan ramai pihak dan kami perlu merancang sebaiknya.

Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.
Rozita Che wan dan Zain Saidin bakal berkahwin julai ini
Rozita Che wan dan Zain Saidin bakal berkahwin julai ini

Sabtu, 23 Februari 2013

Hattan Bakal Nikah Bekas Isteri - Gosip Artis


Selepas gagal dalam perkahwinan kedua apabila bercerai hanya dua bulan selepas berumah tangga, penyanyi Datuk Hattan bakal melangsungkan pernikahan dengan bekas isteri pertama, Arianie pada Jun depan.

Wah, tahniah Datuk Hattan! Nampaknya jodoh Hattan dan Arianie masih kuat lagi walaupun dah lama berpisah. Tu la orang kata, jodoh dan maut di tangan tuhan.

"Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga.
 "Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja," katanya kepada mStar Online.
 Ditanya mengenai keputusannya untuk berkahwin semula dengan bekas isteri, Hattan menjelaskan perasaan sayang mempengaruhi keputusan itu sambil menyesali kesilapan lalu.

Sebelum ini, Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 2005.

datuk hattan
Datuk Hattan

Kamis, 14 Februari 2013

Siti Fazurina - "Hak Saya Nak Seksi"


OGA mendapat berita daripada GUA.COM berhubung pakaian perkahwinan yang dipakai oleh Fazurina yang dikata agak jarang dan juga dia dikatakan tidak bertudung penuh sedangkan umumnya sudah mengetahui bahawa Fazurina telah lama bertudung. Ramai berpendapat bahawa pakaian yang dipakai oleh Fazurina tidak sesuai dengan imej diri yang bertudung. Ini reaksi Fazurina apabila diajukan tentang perkara tersebut:
“Kalau boleh saya tak nak isu ini diperbesarkan. Memang saya pakai turban ketika itu dan saya dah rancang nak pakai turban dari awal lagi untuk majlis resepsi. Cuma di saat-saat akhir saya mengambil keputusan untuk menampakkan sebahagian ‘fringe’ saya. Mengenai baju pula, saya memang nak pakai baju itu dan kalau diikutkan, dari jauh baju itu memang tak nampak jarang,” ujar isteri kepada Muhammad Hykal Zulkifli ini.
“Walau bagaimanapun, jika orang rasa saya salah, saya minta maaf. Namun, saya sendiri suka benda itu, jadi sebab itu saya buat. Apa yang penting, apa saja saya rasa suka dan buat saya rasa puas, saya akan buat. Saya tak ambil peduli dengan apa yang orang akan cakap. Saya buat tak tahu saja dan bagi saya, lebih baik kita jaga diri masing-masing.
"Saya agak rimas bila isu ini diperbesarkan. Jika ada pihak yang nak mencari kesalahan saya, saya tak kisah kerana bagi saya, kesilapan saya, Allah yang nilai, bukannya manusia. Jika saya nak seksi, itu hak saya,” jelas Fazurina mengenai isu itu. 
siti fazurina dan suami
Pakaian perkahwinan yang menjadi kontroversi kerana dikata
 agak jarang dipakai oleh Fazurina

Minggu, 30 Desember 2012

Resepsi Apek Dan Leuniey di Hotel Renaissance Pada 30 Disember 2012 - Perkahwinan Artis

Persiapan awal untuk malam resepsi di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan. OGA (Oh Gosip Artis) memasukkan gambar resepsi untuk peminat Apek dan Leuniey sempena resepsi di Hotel Renaissance pada malam ni (30 Disember 2012).

Ape ler yang dia orang dok bincang tu kan..?
Kad Jemputan Apek dan Leuniey.


Kamis, 27 Desember 2012

Gambar : Perkahwinan Apek Dan Leuniey - Perkahwinan Artis

Pelbagai gosip telah dilemparkan buat mereka berdua. Sebelum ini OGA (OH Gosip Artis) memasukkan pelbagai entri bapa leuniey terkilan dengan sikap leuniey, lepastu emak leuniey membuat kenyataan di akhbar mengenai isu kenyataan bapanya, dan terkini leuniey terkilan mengenai isu yang dilemparkan kepadanya.
Maka saat yang di nanti-natikan telah tiba. Selesai sudah majlis perkahwinan diantara Leuniey dan Apek. Semoga berkekalan hingga kehujung nyawa. Amin..
Dibawah OGA memaparkan koleksi gambar pernikahan diantara Apek dan Leuniey.














Credit picture for: Buah Mulut


Rabu, 26 Desember 2012

Syafiq Yusof rancang nikah 2014 - Perkahwinan Artis

Sayfiq Yusof bersama tunangnya.
 SELEPAS mengumumkan berita pertunangannya di laman mikro Twitter Sabtu lalu, pengarah muda, Syafiq Yusof memberitahu bahawa dia merancang untuk bernikah dengan tunangnya itu dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi.

Anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini memilih gadis kelahiran Syiria, Aiesyah Zainal sebagai bakal isterinya.

“Terima kasih semua yang doakan. Insya-ALLAH lagi satu, dua tahun kami nikah,” katanya kira-kira setengah jam selepas majlis pertunangannya selesai Ahad lalu.

Sementara itu, abangnya Syamsul Yusof turut menyampaikan berita pertunangan adiknya itu di laman Twitter sambil menyentuh status dirinya yang masih sendiri.

“Esok adikku Syafiq Yusof akan bertunang. Moga Allah mudahkan adikku. Kami, saya dan Dr Anwar Fazal  juga yang masih ‘sendiri’. Doakan kami juga,” katanya.

Leuniey Terkilan Isu Mengenai Bapa Kandung Menjelang Nikah - Gosip Sensasi

Leuniey dan Apek
Leuniey dan Apek bakal mendirikan masjid jumaat nanti.
 Bakal isteri penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) iaitu Leuniey berasa kecewa apabila tuduhan dia mengabaikan bapa kandungnya menjadi bualan panas sebelum menjelang perkahwinannya pada Jumaat ini.

Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha, 21, berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan hal dalaman keluarga.

Malah dia juga terkejut apabila bapanya, Jaafar Mohamad, mendakwa tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan itu.

"Saya terkilan dengan kontroversi yang tidak sepatutnya menjadi tatapan ramai.

"Tetapi saya cuma anggap hal itu berlaku kerana ayah mungkin terlalu beremosi pada ketika itu. Mungkin juga dia inginkan perhatian daripada saya sebagai seorang anak, entah saya tidak pasti.

"Apa-apa pun, perkara ini benar-benar buatkan saya kecewa kerana banyak lagi urusan perkahwinan yang perlu diselesaikan," katanya yang dihubungi mStar Online dekat sini, petang Rabu.

Pada Selasa lalu, , Jaafar telah meluahkan rasa terkilan tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu dengan Apek, 23.

Dia juga mengatakan rasa sedih tidak dapat menyaksikan majlis akad nikah pasangan berkenaan yang akan berlangsung di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan itu.

Leuniey merupakan anak sulung Jaafar hasil perkahwinannya dengan Nor Laila Abu Bakar, 40, sebelum bercerai 10 tahun lalu.

Lelaki itu kini tinggal bersama isteri baru dan dua anak lelakinya di mana seorang daripadanya merupakan adik Leuniey berusia 19 tahun.

Sementara itu, tambah Leuniey, pada Selasa lalu, dia telah bertemu dengan Jaafar, namun kedua-dua mereka tidak membangkitkan isu tersebut bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

"Kami ada berjumpa, tetapi masing-masing tidak buka cerita pun tentang kenyataan ayah itu. Biarlah.

"Saya tidak mahu perkara itu menjadi bebanan dalam keluarga. Saya anggap ia sebagai dugaan kami sekeluarga," ujarnya.

Pasangan itu akan bernikah pada Jumaat ini, pukul 9.00 pagi manakala majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Baharu dua hari selepas itu.

Persandingan di sebelah pengantin lelaki pula akan berlangsung di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.

Dalam pada itu, pasangan itu turut mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari tahun depan, pukul 8 malam.

Apek dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas terlibat dalam pembikinan iklan minyak wangi SimplySiti Eau De Parfum milik penyanyi Siti Nurhaliza awal tahun ini.


Sumber: mStar

Selasa, 25 Desember 2012

Muhammad Hykal Suami Siti Fazurina Tampil Memohon Maaf - Gosip Artis Terkini

"Doakan kebahagiaan kami" -  Hykal
Kahwin sudah.. Gosip panas di blog pun sudah.. yang sudah tu sudahlah.. dan untuk menyudahkan cerita gosip paling hot lagi cool beb ni, Muhammad Hykal Zulkifli suami kepada Siti Fazurina tampil membuat kenyataan dan memohon maaf kepada keluarga di akhbar BH. OGA berharap selepas ni kes ni ditutup dan para blogger yang cool beb dapat bersihkan nama diaorang. Hurm.. tak cool lagi ker..??? tiada yang cool selain york cooling king. Pepatah mengatakan harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan gosip.. Gulp... tersilap pulak.. hehehe...
OGA nak beri sedikit hadis kat sini..


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat .”
(Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)

Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah HARAM dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Qalam ayat 10-11 tafsirnya:

"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah , lagi yang hina , yang suka mencaci , lagi yang suka menyabarkan fitnah hasutan".

Apepun jom terjah ape yang ada dekat BH.


BH : “Saya memohon maaf kepada keluarga Fazurina dan memohon mereka merestui perkahwinan ini dan mendoakan kebahagiaan kami,” kata Muhammad Hykal Zulkifli, 31, suami kepada pelakon, Siti Fazurina Mohd Famir, 30, yang mencetuskan kontroversi apabila dikatakan berkahwin lari, minggu lalu. 

Muhammad Hykal yang juga seorang usahawan berkata, dia percaya Fazurina adalah insan terbaik untuk menjadi teman hidupnya selepas tertarik dengan kelembutan, kecantikan dan sikap pandai menjaga hati sejak berkenalan, dua tahun lalu. 
“Walaupun perkahwinan ini menjadi isu, saya berharap segala kemelut dapat diselesaikan secara baik. Saya berharap hubungan Fazurina dengan ibu dan keluarganya akan kembali baik,” katanya pada sidang media menjawab kontroversi tercetus di Hotel Sri Malaysia, Bayan Baru, Georgetown, semalam. 

Turut hadir pada sidang akhbar itu, bapa Muhammad Hykal, Zulkifli Abu Bakar, 67, dan ibunya, Pauzi Abd Hamid, 59. Hadir sama, ibu Fazurina, Zubaidah Abu Bakar, 60, abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta dua adik Fazurina, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22. 

Keputusan muktamad Fazurina atau lebih mesra disapa Rina turut memohon supaya isu perkahwinan itu tidak lagi diperbesarkan. Rina juga memohon ampun dan maaf atas segala apa yang berlaku. 

Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta itu mendakwa, isu kahwin lari tidak timbul kerana perkahwinan mereka adalah sah di sisi agama dengan berwalikan bapa saudaranya, Mohamad Fami Freedam Shah di Masjid Jamek Sungai Pinang, Jelutong, di sini, pada jam 3.40 petang, Khamis lalu. 

Rina berkata, biarpun majlis pernikahannya tidak dihadiri keluarga termasuk ibu dan adik -beradik lain akibat masalah keluarga yang berlarutan sekian lama, ramai sanak saudara-mara hadir membuat persiapan dan membantu mereka. 
Rina berkata, dia terkilan dan kecewa apabila perkahwinan mereka dikecam ramai pihak termasuk keluarganya sendiri. 

“Sebelum ini, saya pernah menemui ibu untuk berbincang, selain memohon restu untuk berkahwin sebaliknya ditolak. 

Hati saya cukup terguris dengan apa yang terjadi kerana sebagai anak, saya pasti berharap perkahwinan ini direstui keluarga. 

“Sebagai anak, saya tahu ibu kecil hati apabila saya bertindak begini, tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Inilah keputusan muktamad dan tidak mungkin akan ditarik balik. Kami kini sah suami isteri kerana cinta, kasih dan sayang hanyalah untuk Hykal,” katanya. 

Selepas berakhirnya sidang akhbar itu, media sempat merakamkan aksi Rina yang menangis memeluk ibunya sambil memohon maaf. Bagaimanapun, media gagal mendapatkan kenyataan daripada Zubaidah yang segera meninggalkan majlis. 

Resepsi di Pearl Island bulan depan Rina berkata, dia tidak pernah terlintas untuk mencetuskan kontroversi sejak menjadi anak seni 10 tahun lalu. Rina berpendapat, sudah tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga dan Allah menemukan jodoh dengan Hykal sebagai suami dan pelindung buat dirinya. 

Dia berharap masalah itu tidak berpanjangan, selain memohon maaf kepada semua pihak termasuk keluarga, peminat dan media kerana terpaksa merahsiakan perkahwinan itu. 

“Saya berharap semua mendoakan kebahagiaan kami berdua. Insya-Allah, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Pearl Island, Bayan Lepas pada 9 Februari depan,” katanya yang menerima mas kahwin sebanyak RM2,012 dan hantaran sebanyak RM30,000.

Bapa Leuniey Kesal Kerana Tidak Dijemput Ke Majlis Pernikahan - Gosip Artis Panas


Kenapa boleh jadi sampai begini sekali Cik Leuniey oiii... Atau Leuniey terlupa yang ayahnya adalah orang terpenting semasa majlis perkahwinannya dengan penjaga gol kebangsaan  Khairul Fahmi. Untuk menjaga hati dan pasangan, maka si ayah menandatangani surat untuk mewakilkan wali.  Apepun OGA berharap perkara ni taklah seteruk yang peminat kat luar jangkakan. OGA doakan semoga perkahwinan antara Leuniey dan Apek bahagia sampai keanak cucu. OGA terbaca artikel ni di akhbar Berita Harian sekejap tadi. Jom terjah apa yang BH (Berita Harian) paparkan. 


Kota Bharu: Bapa kandung kepada Nur Eilunie Natasha atau Leuniey, Jaafar Mohamad, terkilan tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu dengan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), Jumaat ini.

Katanya, beliau sedih tidak dapat menyaksikan anaknya dinikahkan Imam Besar Masjid Pasir Pekan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, pada jam 10 pagi. 
“Dia (Leuniey) satu-satunya anak perempuan saya. Sebagai seorang ayah, besar harapan saya untuk melihat sendiri ketika anak diijabkabulkan, namun saya tidak dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan itu. 

“Bagaimanapun, saya akan hadir jika dijemput, " katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Jaafar berkata, beberapa hari lalu, beliau dikunjungi Leuniey dan Apek yang meminta tandatangannya sebagai wali, tetapi mereka tidak menjemputnya ke majlis berkenaan.

“Walaupun agak terguris dengan cara itu (meminta tandatangan), saya terpaksa memenuhi permintaan mereka yang akan melangsungkan perkahwinan Jumaat ini,” katanya dalam nada sebak.

Leuniey anak sulung Jaafar hasil perkahwinannya dengan Nor Laila Abu Bakar, 40, sebelum mereka bercerai 10 tahun lalu. 
Jaafar kini tinggal bersama isteri baru dan dua anak lelaki, seorang daripadanya adik kepada Leuniey yang berusia 19 tahun.

“Walaupun (Leuniey tidak membesar dalam jagaan saya, saya masih tetap ayahnya, dan sepatutnya hadir pada majlis itu,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan pasangan terbabit akan dinikahkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum membatalkannya kerana perlu menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dijadualkan pada hari sama.

Senin, 24 Desember 2012

Muaz Mohamed Umumkan Akan Berkahwin Februari 2013 - Gosip Perkahwinan Artis


Boleh dikatakan sekarang ni musim artis kita berkahwin, musim makan nasi minyak.
OGA tumpang gembira dengan kenyataan yang diluahkan oleh Muaz Mohamed setelah bertunang pada april tahun ni. Artikel yang di ciplak dari Mstar untuk OGA tatap pada umum.
Mstar : Penyampai radio dan pengacara Muaz Mohamed mengesahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih yang dikenali sejak tujuh tahun lalu pada Februari 2013.
Pemilik nama penuh Muazanazzudin Mohamed, 28, itu berkata, dia mengambil keputusan untuk memperisterikan Ediana yang bekerja dalam bidang pemasaran selepas mengukuhkan kewangan dan kerjaya masing-masing.
"Kami sudah berkawan sejak belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) lagi. Kami ada keserasian dan berkongsi susah dan senang bersama.
"Saya ambil masa selama tujuh tahun untuk melamar Ediana kerana ingin mengukuhkan kewangan dan kerjaya dahulu. Kini kami sudah bersedia," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Bagaimanapun, pengacara program Diva @1 (TV1) ini enggan mendedahkan butiran persiapan perkahwinan itu kerana dia belum bersedia untuk berbuat demikian.
"Apa yang saya boleh katakan buat masa ini, kami akan bernikah pada Februari depan.
"Tetapi saya belum bersedia untuk berkongsi butiran majlis secara terperinci kerana ia masih dalam persiapan," jelasnya yang mengikat tali pertunangan pada April lalu.

Sabtu, 22 Desember 2012

Anne Ngasri & Sumali Sah Suami Isteri - Gosip Artis Terkini

Anne Ngasri dan Mohd Sumali Reduan akhirnya sah bergelar suami isteri.
 Tahniah..!! Oh Gosip Artis (OGA) ucapkan kepada Anne. Pelakon Anne Ngasri, 28, dan pasangannya, Mohd Sumali Reduan, 40, akhirnya telah selamat dinikahkan di rumah keluarga pihak lelaki di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor.
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim berwakil wali bapa pengantin, Ngasri Sain dengan mas kahwin RM 22.50 pada pukul 11 pagi Sabtu.
Anne yang mengenakan busana rona krim berkata, dia berharap perkahwinan kali kedua itu dapat berkekalan dan berdoa agar cabaran dan dugaan yang bakal diterima boleh diatasi dengan baik.

"Sudah setahun perkenalan kami. Moga-moga perkahwinan ini dapat berkekalan hingga akhir hayat, InsyaAllah," katanya selepas majlis akad nikah tersebut.
Sumali pula berkata, dia bersyukur kerana memiliki Anne yang mempunyai banyak persamaan karakter dengannya dan paling penting, anak tunggal lelaki itu serta tiga anak Anne serasi untuk hidup bersama.
"Sebenarnya banyak persamaan di antara kami dan saya harap ia dapat mengikat kasih kami sehingga akhir hayat.
"Dalam pada itu, saya juga tidak akan menghalang Anne untuk melakukan aktiviti-aktiviti lakonannya seperti biasa," ujarnya.


Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,111 serta lima buah dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan sepersalinan baju.
Sumali yang juga merupakan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO menerima berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin.
Pada majlis tersebut, lebih 100 tetamu jemputan telah hadir. Mereka turut menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.
Pasangan tersebut akan mengadakan majlis persandingan pada hari esok (Ahad) di kediaman pihak lelaki.

Senin, 17 Desember 2012

Acong (Sweat Child) Selamat Diijabkabulkan Setelah Menduda 10 Tahun - Gosip Artis


Setelah 10 tahun menduda, Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manan akhirnya bergelar suami semula kerana beliau telahpun selamat melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu (15 Disember 2012) di Masjid Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.
Seperti yang dilaporkan mStar Online, isteri Acong itu adalah peminat’nya yang dikenali pada 14 tahun lalu. Namanya Siti Zuraida Zahari (Marya) dan kini berusia 31 tahun. Merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun.

Semoga kekal ke anak cucu.




Menurut Acong, hatinya terbuka untuk berumah tangga setelah 10 tahun menduda selepas melihat ramai kenalan rapatnya memiliki keluarga sendiri. Ujarnya, selepas mengenali hati budi Marya kira-kira dua tahun lalu, dia mengambil keputusan tersebut kerana keserasian dan sikap memahami di antara satu sama lain.

“Saya ambil keputusan untuk berkahwin kerana keinginan untuk berumah tangga semakin memuncak apabila melihat rakan-rakan saya sedang bahagia dengan anak-anak dan keluarga mereka sedangkan saya masih hidup seorang selepas 10 tahun menduda.
“Sejak mengenali Marya, saya berasa selesa dengannya kerana kami berkongsi banyak persamaan dan dia memahami serta menyokong kerjaya saya,”

 

P/S: Acong dan Marya akan mengadakan majlis resepsi kedua di sebelah pihak lelaki pada 24 Disember ini di Pusat Komuniti Bukit Damansara. Majlis resepsi ketiga bagi meraikan rakan-rakan industri dan media akan diadakan pada 3 Januari 2013 di Shah Alam. Oh-Gosip Artis berharap mereka berbahagia hingga ke anak cucu.

Sabtu, 15 Desember 2012

Debaran Betty Banafe kini berakhir


PELAKON berdarah kacukan Arab-Melayu, Betty Banafe atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 33, yang berkecimpung dalam dunia seni sejak lebih 12 tahun lalu bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin demi membina keluarga bahagia.
Betty mengakui lega selepas diijabkabulkan dengan lelaki kacukan Inggeris-Lubnan dari Britain, Bruce Darghous, 31, seorang perunding teknologi pada 8 Disember lalu dan dia yakin teman hidupnya itu mampu membimbingnya seumur hidup. 
“Saya yakin pilihan ini tepat di mana selepas majlis pernikahan kami berlangsung dengan lancar, saya dan ahli keluarga lega dan bersyukur kepada Allah.

“Bruce dan saya yakin segala kegusaran dalam hubungan kami sebelum ini hanya ujian di mana semuanya pulih sejurus pernikahan kami,” katanya.

Pada majlis resepsi di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru, malam kelmarin, Betty memaklumkan sebelum sah bergelar isteri kepada Darghous, hatinya tidak tenteram dan berdebar-debar menantikan hari bersejarah itu.

Menurutnya, debaran dirasakan mungkin berlebihan berbanding pengantin lain memandangkan sebelum ini iaitu sepanjang bertunang, dia pernah berfikir menamatkan hubungan mereka.

“Saya terlalu banyak berfikir sebelum ini. Pelbagai hal berlaku ketika kami bertunang hinggalah hari ini. Dalam tempoh itu, hubungan kami diduga dengan bermacam-macam ujian sehinggakan saya pernah terfikir membatalkan perkahwinan.

“Namun saya bersyukur kerana keluarga sentiasa memberi sokongan moral selain doa peminat membuatkan saya lebih kuat,” katanya kelihatan sebak sejurus tamat majlis persandingan itu.


Sementara itu, Darghous tidak akan menghalang Betty meneruskan kerjayanya dalam bidang seni kerana ia adalah pintu rezekinya.

“Lagipun, Betty sudah berada pada kedudukannya yang tersendiri dalam dunia hiburan dan saya rasa bersalah jika mahu dia berhenti. Walau apapun, saya menyokong kerjayanya selagi Betty tidak lupa tanggungjawabnya sebagai isteri dan keluarga.

“Saya yakin kami mampu menjadi pasangan serasi bukan saja dari segi paras rupa malah memahami dan sentiasa bertolak-ansur,” katanya.

Antara kenalan artis memeriahkan majlis resepsi termasuklah Wafa Abd Kadir, Datuk Aziz Sattar, Nash, Kunee, Linda Onn, Datin Noryn Aziz, Haleeda Othman, Datin Noniswara dan Datuk Maznah Zolkifli.

Menceritakan detik pertemuan mereka, Betty dan Darghous diperkenalkan menerusi teman masing-masing dalam pertemuan ringkas di ibu kota.

Hubungan mereka berlanjutan ke peringkat lebih serius apabila Darghous berani melamarnya sebagai teman wanita pada 28 Mei lalu sebelum bertunang pada 14 Jun lalu.