Tampilkan postingan dengan label artis seksi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label artis seksi. Tampilkan semua postingan

Rabu, 06 Maret 2013

Gosip Artis - Neelofa akui ada berbincang soal kahwin dengan Hans

Hans Isaac baru baru ini mengeluarkan kenyataan yang beliau sanggup untuk menunggu Neelofa selama tiga tahun . So, kita semua mesti nak tahukan menunggu untuk apa? Mesti la nak tunggu Neelofa terima dia sebagai suami. Tak gitu??

Dalam kenyataan balas terhadap Hans Isaac, Neelofa berkata beliau terharu dengan kesanggupan lelaki itu & faham akan faktor umur, status juga keadaan Hans Isaac yang fikirkan amsa hadapan.

neelofa
Neelofa
“Kami banyak berbincang untuk ke arah yang lebih serius, cuma masih belum buat sebarang keputusan  perbincangan itu bukan atas faktor usianya. Biarlah ada masa yang sesuai kerana kami mahukan perkara ini berkekalan,” ujar Neelofa kepada Media Hiburan.
“Ada juga dia perkatakan hal ini, tapi dia tidak mendesak. Dia sangat memahami. Insya Allah, ada masa sesuai perbincangan akan diteruskan”
Nampaknya perkembangan hubungan Neelofa bersama Hans Isaac semakin positif dan mungkin satu hari nanti peminat dapat berita kejutan yang mereka dua akan berkahwin. Heh.

Sabtu, 02 Maret 2013

Didie Alias tak kisah dilebar seksi tak sedar diri

 Biarpun sudah mencecah usia 40 tahun, pelakon dan pelawak popular, Didie Alias masih lagi ligat membawa diri sebagai seorang anak seni. Lihat sajalah kelincahannya mengacarakan majlis anugerah seperti anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) mahupun kemunculannya pada majlis-majlis hiburan berprestij tanah air. Ibu kepada lima anak ini pasti menjadi tumpuan ramai dek penampilannya yang unik dan pelik-pelik sehingga dia mendapat jolokan 'Lady Gaga Malaysia'.

Bagaimanapun ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan pemakaiannya yang kadangkala di dakwa terlalu seksi. Malah ada yang melabel beliau sebagai artis seksi tak sedar diri. Tak cukup dengan itu, ada pihak yang mengkritik penghibur berpengalaman luas ini ekoran gambar-gambar beliau bersama anak-anaknya yang memakai tudung sedangkan beliau tidak pula berimej sebegitu.

didie alias
Didie Alias
"Mana seksinya? Saya ni, kalau pakai apa pun nampak seksi. Lantak lah orang nak kata apa pun", katanya sambil tergelak.
"Betul, keempat-empat anak saya memakai tudung. Saya tak paksa anak-anak saya memakai tudung. Tapi itulah didikan yang saya berikan pada mereka. Mereka pun tak pernah larang saya nak tampil dengan imej yang bagaimana. Sebab mereka tahu itu adalah kerja mummy mereka.
"Malah mereka sering memberi idea dari segi pemakaian saya. Mereka tak pernah marah atau berasa malu bila saya tampil dengan gaya yang pelik-pelik. Mereka sokong saya. Cukup anak-anak saya bersama saya ketika senang dah susah. Saya tak perlu peduli apa kata orang lain", sambung Didie lagi.
Selama 26 tahun berkecimpung dalam industri seni, kerjaya seni bagai sudah sebati dalam diri. Pun begitu Didie menyedari dalam usia begini mungkin ada pihak yang sakit mata melihat cara dan gayanya. Lantaran beliau ada berfikir seandai sudah tiba masanya nanti, beliau akan memperlahankan rentak kariernya.

"InsyaAllah bila Tuhan kata sudah tiba masanya untuk saya, saya akan perlahankan aktiviti seni saya. Saya tak akan terus bersara tetapi saya akan jadi penerbit", ujarnya.

Selasa, 26 Februari 2013

Rahsia kecantikan Dewi Pertiwi - Gosip Artis Indonesia

Demi memastikan penampilannya sentiasa anggun di mata peminat, penyanyi Indah Dewi Pertiwi sanggup menghabiskan masa berjoging berjam-jam lamanya. Wah, patut pun lawa. Kalau OGA memang tak sanggup la.

Katanya, selain mampu memberikan bentuk badan yang menawan, ia juga memastikan tahap kesihatan dan stamina berada dalam keadaan baik.

dewi pertiwi
Dewi Pertiwi
"Saya memang selalu joging, biasanya dari pukul 7 hingga 9 pagi. Bagaimana pun, saya perlu memastikan setiap pusingan joging itu sebanyak 19 kali setiap hari.
"Pada masa sama saya juga akan pergi ke gimnasium jika ada waktu lapang," katanya bakal mengikuti konsert jelajah bersama televisyen swasta Indonesia di tiga bandar iaitu Semarang, Karawang, dan Malang nanti.

Jumat, 15 Februari 2013

Datuk Aznil, Rozita Che Wan Sertai Masterchef Selebriti 2? - Gosip Artis

Nampaknya, aktor Zain Saidin dengan kekasihnya, Rozita Che Wan sudah tidak lagi bersembunyi dan sering saja menjawab segala persoalan mengenai hubungan cinta mereka.

Dalam pada Murai Batu membaca pengakuan Zain terhadap Rozita, Murai Batu terkejut apabila adik kepada Shasha Saidin ini telah mengumumkan kepada pihak MStar Online bahawa dia bakal menyertai program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua walaupun belum ada sidang media dibuat mengenai hal tersebut.

Murai Batu bukannya apa, sebenarnya Murai Batu tidak menyangka Zain juga pandai masak orangnya. Terlintas juga di fikiran Murai Batu, adakah ini sebabnya Rozita terima Zain sebagai bakal suaminya? Mungkin jua Rozita suka suami yang suka ke dapur.

aznil dan rozita che wan
Aznil dan Rozita  Che Wan
Namun, Murai Batu juga tertanya-tanya, selain dari Zain, siapa lagi selebriti yang bakal menyertai program masak popular ini. Ada ramai bintang popular ke?

Huh, dalam Murai Batu korek punya korek mencari jawapan mengenai peserta program itu, Murai Batu dapat tahu, pengacara popular yang baru saja dianugerahkan pangkat Datuk iaitu Aznil Hj Nawawi bakal menyertai tersebut . Wow, best tu!

Wah, adakah Aznil bakal menjadi penyeri sepertimana Azwan pada musim yang pertama?

Lagi kelas, Murai Batu dapat tahu, Zain bukan saja keseorangan menyertai program tersebut. Dengarnya, Rozita Che Wan juga akan bersamanya menjadi peserta. Wah, romantisnya...Mungkin mereka boleh sama-sama mencari menu baru untuk wedding mereka nanti.

Apa sekalipun, Murai Batu turut mendapat tahu, isteri kepada Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha turut sama mendapat tawaran menyertai program tersebut. Bagaimanapun, Leuniey telah menolaknya kerana ada komitmen perniagaan yang tidak dapat dielakkan.

Yang penting, ada banyak lagi nama A List yang disebut-sebut bakal menjadi peserta Masterchef Selebriti Musim Kedua.

Tapikan, mesti menarik kalau Johan atau Zizan masuk program ini. Mesti lagi kelas rating program berkenaan. Murai Batu teringin juga nak lihat Awal, Scha Al Yahya, Hafiz Suip, Shuib Sepahtu atau Neelofa masuk program ini. Mesti meletup gitu.

Sumber: Murai.com

Rabu, 13 Februari 2013

Jupe bakal ke penjara - Gosip artis luar negara


Siapa tak kenal dengan pelakon indonesia ni seorang. Sebut sahaja nama Julia Perez tentu semua orang dah kenal. Artis ini seringkali dikaitkan dengan kontroversi berbanding bakatnya. Namun begitu, Kes pergaduhan yang membabitkan Julia Perez dan Dewi Persik dikatakan hampir selesai. Kes pergaduhan ini, kini memasuki perkembangan baru.

Setelah kes tersebut diselesaikan, Julia atau Jupe akan menjalani hukuman penjara selama tiga bulan dalam waktu terdekat ini.
“Hukuman tersebut bakal dijalankan dengan segera.
“Kami hanya menunggu JPU akan melaporkan keputusan kes ini,” kata Ketua Kejaksaan Negeri Jakarta Timur, Andi Herman.
Namun penjelasan lanjut mengenai kes Jupe dan Dewi belum diketahui kerana pihak berkuasa baru sahaja menerima maklumat secara lisan dari JPU.

julia perez
Julia Perez bakal dipenjarakan

Jumat, 08 Februari 2013

Zarina Anjoulie & Teman Lelaki Didakwa Positif Dadah - Gosip Panas Artis


Pelakon dan model Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan positif dadah jenis Methamphetamine Disember tahun lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran.

Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

        Zarina dibawa oleh anggota polis ke mahkamah
berhubuhg kes dadah pada 2 Januari lalu.
Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes.


Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Disember tahun lalu.

Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.

OGA(Oh Gosip Artis): Artis yang terlibat dengan dadah bukanlah sesuatu yang baru dalam industri hiburan kita. Bagi OGA, Zarina patut ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Bukan nama dia dan keluarga  sahaja yang tercalar namun karier juga akan terjejas. Diharapka artis lain akan mengambil pengajaran dengan perkara yang berlaku kepada Zarina ni.