Tampilkan postingan dengan label pelakon kontroversi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pelakon kontroversi. Tampilkan semua postingan

Senin, 25 Februari 2013

Lindsay Lohan Kalah Kes Saman Pitbull - Gosip Artis Luar Negara


Pelakon bermasalah Hollywood, Lindsay Lohan kalah dalam tuntutan mahkamah yang difailkan terhadap rapper Amerika, Pitbull berhubung penggunaan namanya dalam lagu ‘Give Me Everything’.

Dalam lirik lagu itu yang menyebut ‘I got it locked up like Lindsay Lohan’ membuatkan Lohan mendakwa lirik tersebut mendatangkan fitnah ke atas privasi dan hak publisiti selain mendatangkan tekanan emosi.

Pitbull pada mulanya meminta maaf ke atas penggunaan lirik itu namun kemudiannya memfailkan saman balik ke atas Lohan. Saman telah difailkan pada tahun 2011 selepas Pitbull mengeluarkan lagu tersebut.


lindsay lohan
Lindsay Lohan kalah dalam tuntutan saman

Sabtu, 09 Februari 2013

Neelofa terima Hans jika ada jodoh - Gosip Artis


Ingat tak semua dulu, pelakon yang sedang meningkat naik ni pernah memeberitahu bahawa dia dan Hans Isaac hanya sahaja. Namun begitu, baru-baru ni masa hari jadi Neelofa, dia telah membuat pengakuan bahawa dia terima sahaja jika jodohnya adalah Hans Isaac. Baguslah kalau macam tu Lofa. Lepas ni tak ada la pula orang nak gosipkan awak dengan Hans.

Hanya satu doa ibu selebriti Neelofa, Noor Kartini Nor Mohamad. Dia mahukan seorang lelaki beriman dan soleh untuk menjadi pemimpin dunia dan akhirat buat pengacara Meletop yang dikatakan sedang intim dengan pelakon dan penerbit Hans Isaac itu.

neelofa
Sambutan hari jadi Neelofa baru-baru ni
"Sekali sahaja jika Tuhan hendak buka pintu hatinya, walau sesiapa pun, orang bukan Islam pun akan boleh berubah sekelip mata menjadi lebih soleh dan beriman daripada orang Islam yang sudah lama beragama Islam. Iman itu subjektif," jelas Neelofa bersahaja berhubung kenyataan ibunya yang berharap agar dirinya bertemu lelaki yang beriman sebagai calon suami.
Kata Neelofa juga, dia yakin dan percaya kepada kuasa jodoh. Masa depan juga bukan hak mutlak seseorang manusia.
"Pada saya kalau sudah ditakdirkan berkahwin dengan Hans Isaac, maka kahwinlah kami tapi kalau bukan dia jodoh saya, saya mungkin kahwin dengan orang lain," kata Neelofa membayangkan kedudukan istimewa Hans kini sebagai lelaki yang sedang bertapak di hatinya.
Ibunya yang lebih selesa membahasakan diri sebagai mama dalam kalangan media juga tidak betah jika Neelofa hendak berkahwin dalam usia muda. Siapa pun pilihan anaknya itu, dia tidak akan menghalang kerana bagi Kartini soal hati dan perasaan seseorang tidak boleh dipaksa.

neelofa dan hans isaac
Neelofa dan Hans Isaac semakin intim
"Saya jaga Neelofa dari hari pertama dia dilahirkan sehinggalah sekarang umurnya 24 tahun. Dia pun kata nak kahwin pada umur 27 tahun. Saya dulu kahwin selepas habis sekolah menengah dan perkahwinan pertama saya itu awalnya tidak mendapat persetujuan daripada keluarga, tapi lama-lama kami diterima," kata Kartini kepada media semasa ditemui pada majlis kejutan hari lahir Neelofa di Kota Damansara, Petaling Jaya Khamis lalu.
Senyuman seperti tidak mahu lekang daripada bibir Neelofa. Mata bundarnya bersinar-sinar dan ketawanya girang dari awal hinggalah majlis tamat bersurai kira-kira pukul 12 tengah malam itu. Tiga hari sebelum genap 24 tahun hari ini, dia diberikan satu kejutan oleh peminat, keluarga, penaja termasuklah media dalam satu majlis hari jadi yang sangat terancang ilham pengurus peribadinya, Shawn Amer.
"Saya benar-benar terkejut. Ini kejutan hari lahir yang sangat menjadi dan sungguh terancang. Saya diberitahu bahawa malam ini (Khamis), saya ada makan malam bersama sebuah syarikat petroleum," kata Neelofa ceria.
Menyambung harapannya sempena usia baharu dalam hidup, kata Neelofa dia mahu fokus kepada bisnes dan karier sebelum berfikir tentang jodoh.
"Saya malas hendak cakap pasal kahwin, saya akan kahwin tapi mungkin tiga atau empat tahun lagi. Sekarang saya mahu fokus kepada produk BellaVita, banyak pelaburan yang dibuat untuk produk berkenaan dan banyak lagi yang harus diusahakan. Tapi tak bermakna saya nak ketepikan karier seni. Bulan April nanti saya akan masuk lokasi drama bersiri Azura. Ada juga dua buah filem yang sudah saya setuju iaitu Gengster Superstar dan Pilot Cafe," kata Neelofa yang kini bercuti di Singapura bersama keluarganya.



Jumat, 08 Februari 2013

Zarina Anjoulie & Teman Lelaki Didakwa Positif Dadah - Gosip Panas Artis


Pelakon dan model Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan positif dadah jenis Methamphetamine Disember tahun lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran.

Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

        Zarina dibawa oleh anggota polis ke mahkamah
berhubuhg kes dadah pada 2 Januari lalu.
Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes.


Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Disember tahun lalu.

Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.

OGA(Oh Gosip Artis): Artis yang terlibat dengan dadah bukanlah sesuatu yang baru dalam industri hiburan kita. Bagi OGA, Zarina patut ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Bukan nama dia dan keluarga  sahaja yang tercalar namun karier juga akan terjejas. Diharapka artis lain akan mengambil pengajaran dengan perkara yang berlaku kepada Zarina ni.