Tampilkan postingan dengan label Afiq Muiz. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Afiq Muiz. Tampilkan semua postingan

Minggu, 19 Mei 2013

Afiq Muiz Diminta Bertaubat & Minta Maaf Pada Ibu

 MESRA..Afiq Muiz dan Eina Azman




PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz diminta untuk bertaubat dan segera memohonan maaf kepada ibunya Hasliza Mohd, 48, selepas memburukkan wanita itu menerusi sebuah sidang media pada awal minggu lalu.

Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, sebagai anak, Afiq tidak boleh memburuk ibunya kepada umum walaupun ibunya itu telah membuat kenyataan media yang dia kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.

"Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka.

"Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya.

"Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi.

"Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.



 Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid


Wan Akashah diminta mengulas mengenai kontroversi yang melibatkan Afiq yang meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu yang membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq yang disifatkannya sudah lupa diri sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.


Afiq dikatakan derhaka kepada ibunya, Hasliza, (kanan) gara-gara sudah berubah sikap.

Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut selepas hatinya hancur melihat perubahan Afiq yang disifatkannya sudah lupa diri malah pelakon remaja itu juga sudah tidak lagi tinggal bersama ibunya tetapi memilih untuk hidup berdikari bersama rakan-rakannya yang lain.

Hasliza berkata, Afiq yang sebelum ini seorang anak yang baik dan mendengar kata telah berubah menjadi panas baran dan bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya.

Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media khas yang diadakannya sendiri yang turut dihadiri pelakon muda yang dikatakan kekasihnya itu, Eina Azman, 18.

Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayanginya dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata. Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013.

Bagaimanapun Aqashah menasihatkan Afiq supaya mengetepikan kekasihnya buat sementara waktu sehinggalah hubungannya dengan Hasliza sudah pulih.

"Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa.

"Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk.

"Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita," tegasnya.


Kita baca pula komen dari rakan FB ini..
Afiq..Afiq...duit kamu tak boleh bwk mati dik...andai kata mak kamu mintak kamu ganti balik susu yg kamu minum dr sejak lahir dan lelah dia mengandungkan kemudian melahirkn dan kemudian membesarkan, setiap titik darah yg tumpah dan setiap urat2 halus yang putus dan setiap inci kulit dan daging yg trkoyak kemudian dijahit balik tanpa bius demi melahirkan kamu, setiap muntah dan pitam, setiap kali terjaga dr tidur akibat kaki cramp stp malam, stp urat belikat yg lenguh lemah dan sengal membawa perut 40 minggu, tak lupa juga stp kali ibu kamu berjaga malam meneman kamu yg demam panas sambil tersengguk2 menahan mengantuk, melayan kamu yg ingin bermain di saat ibu kamu tidak sihat tapi digagahkan tersenyum demi anak, setiap senyuman gembira tanda puas bila mendengar segala celoteh ank stp kali balik skolah...(eh byk lagi lah..panjang sgt nk tulih)...TIDAK MAMPU KAMU BAYAR WLAU BERJUTA DUIT YG KAMU ADA....

Gadis muda yg cantik klau bagi nasihat mmg nmpak indah, mmg nmpak penuh simpati, lagi pulak bila diselang-seli dgn bisik2 syaitan, mudah aje kamu trpengaruh... Ingatlah dik.."Ibumu..Ibumu..Ibumu kemudian Bapamu.." - Siti Diana Harun · Works at CDS GLOBAL SDN BHD



Saksikan video tergempar Afiq Muiz menangis menjawab dakwaan Ibunya. Namun, pelakon yang dikaitkan bercinta dengan Afiq, Eina Azman pula dilihat seolah-olah ‘overshadow’ dalam video ini apabila dia kerap mencelah keterangan yang cuba diberikan Afiq kepada pihak media yang hadir pada majlis tersebut. 





Oleh FERIDE HIKMET ATAK/Admin/Kredit Video: murai

Kamis, 07 Februari 2013

Ada pihak yang sabotaj ingin menjatuhkan Afiq Muiz? - Gosip Panas Artis


Aktor Afiq Muiz menyifatkan dakwaan kononnya dia menjalin hubungan cinta dengan penyanyi dan pelakon Eina Azman sebagai tindakan sabotaj pihak tertentu yang cuba menjatuhkan kerjayanya. 

Afiq atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 21, berkata ia adalah gosip mengarut kerana dia dan Eina, 18, hanya teman rapat sejak tiga tahun lepas.
“Saya rasa (gosip cinta) seolah-olah ada pihak hendak menjatuhkan saya dengan menokok tambah mengenai gambar-gambar kami bersama di Internet.
“Hakikatnya kami memang berkawan rapat sejak tiga tahun lepas dan bukannya bercinta seperti yang didakwa,” katanya kepada mStar Online.
Gosip yang mendakwa dua pelakon muda itu bercinta hangat diperkatakan apabila gambar-gambar kemesraan mereka tersebar luas di Internet. 
Hubungan Afiq Muiz dan Eina Azman
Hubungan Afiq Muiz dan Eina Azman
Kalau tiada angin, takkan pokok bergoyang. tak Gitu?Tapi tak boleh juga tuduh macam tu kan. OGA(Oh Gosip Artis) bukan nak tuduh tapi kalau betul pun apa  salahnya.hehehe

Mereka juga dikatakan sengaja menafikan percintaan itu atas permintaan keluarga kedua-dua pihak.

Afiq berkata, dia berasa pelik dengan isu gambar tersebut yang diperbesarkan sehingga timbul dakwaan kononnya dia cuba merahsiakan status sebenar hubungan mereka.

Katanya, gambar-gambar tersebut adalah koleksi peribadi yang mahu dikongsi dengan para peminat dan tidak mempunyai sebarang niat serong.
“Padahal kami hanya suka-suka muat naik gambar-gambar kami bersama bagi mempromosikan projek-projek drama yang kami terlibat, itu sahaja.
“Pelik juga apabila ia menjadi isu sampai begini,” katanya yang tidak mahu popular kerana gosip murah sedemikian.
Tambah Afiq, ibunya sendiri berasa sangat terkejut dan sukar untuk menerima kontroversi yang tercetus itu.
“Bayangkan, ibu saya sangat terkejut dengan gosip itu dan susah nak terimanya sehingga terpaksa saya jelaskan barulah dia tenang,” katanya yang kini bernaung sebagai artis residen syarikat produksi Global Station Sdn Bhd selama setahun.
OGA(Oh Gosip Artis: Diharapkan penjelasan Afiq ni dapat menutup segala kontroversinya dengan pelakon Eina itu,

Sabtu, 15 Desember 2012

Eina Azman Nafi Sembunyi Hubungan Cinta Dengan Afiq Muiz

eina dan afiq muiz
Betapa bahagianya hubungan mereka kini.

Pelakon dan penyanyi remaja Eina Azman menolak dakwaan kononnya dia cuba menyembunyikan hubungan cinta dengan aktor Afiq Muiz.
Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 17, ini berkata, gosip itu timbul kerana segelintir pihak sudah tersalah sangka akan kemesraan mereka yang mulai rapat sejak tiga tahun lalu.
“Kami tiada apa-apa hubungan istimewa. Mungkin kebetulan saya berkawan rapat dengan Afiq di mana kami selalu keluar bersama dan mesra sehingga ada pihak sudah tersalah anggap.
“Memang saya menyayangi dia tetapi sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Buat masa ini, saya tiada teman istimewa kerana masih terlalu muda,” katanya ketika ditemui mStar Online pada ‘Viewing Party’ perlawanan Piala Suzuki AFF 2012 antara Malaysia dan Thailand anjuran TV3, baru-baru ini.
Mengenai gambar-gambar mesra mereka di Internet baru-baru ini, aktres drama bersiri Mimpi Cinderella ini berkata, foto-foto tersebut adalah koleksi peribadi yang mahu dikongsikan dengan para peminat dan tidak mempunyai sebarang niat serong.
“Ada pihak sudah salah anggap apabila melihat gambar-gambar mesra saya dan Afiq. Gambar-gambar itu sengaja kami ambil ketika berkunjung ke sebuah pusat beli-belah baru-baru ini untuk tatapan peminat.
“Kalau saya hendak buat benda-benda tidak manis, takkanlah saya berkongsi dengan peminat. Lebih baik saya sorokkan sahaja. Niat kami semata-mata untuk memberitahu peminat mengenai aktiviti terbaru,” jelasnya.
Ditanya mengenai kerjaya seni, anak saudara kepada penyanyi dan guru vokal Juliza Adlizan ini berkata, dia mahu memberikan tumpuan kepada lakonan dan nyanyian sejak menamatkan zaman persekolahan pada bulan lalu.
“Sebelum ini, saya terpaksa mengimbangi antara pelajaran dan karier seni jadi sebab itu nama saya tenggelam dan timbul.
“Kini saya sudah tamat sekolah dan mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada bidang seni bermula tahun hadapan,” ujarnya yang bakal muncul dengan video muzik lagu berjudulBahagia Bersamanya pada awal 2013.

Kamis, 13 Desember 2012

Dulu Afiq Muiz jual burger jer sebelum popular



PENGALAMAN biasanya mengajar seseorang mengenal erti kehidupan sebenar. Itulah prinsip yang dipegang oleh pelakon Afiq Muiz, seorang pendatang baharu yang dilihat bakal memberi saingan kepada pelakon sedia ada.
Memiliki seraut wajah tampan serta tubuh yang menarik, namun itu bukanlah jalan mudah buat pemilik nama sebenar Muhamad Afiq Muiz Azman Shah mencipta nama sebagai pelakon yang dikenali ramai.
Buktinya, setelah tiga tahun bergelar pelakon dan sudah muncul dalam banyak drama bersiri dan telefilem seperti AishiteruTiaraTanah KuburMak Pengantin Tak Popular dan Maafkan Aku Mama, hanya sekarang namanya mula meniti di bibir peminat.
Bagaimanapun, di sebalik usaha kerasnya untuk bertapak kukuh dalam bidang lakonan, tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa pelakon berusia 20 tahun itu pernah berniaga ketika zaman persekolahannya dahulu.
"Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan sudah dididik oleh ibu supaya mencari duit belanja sendiri. Jadi, saya ambil keputusan untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sejak berada di tingkatan tiga.
"Pada waktu pagi saya akan membawa sebanyak 20 bungkus nasi lemak dan dijual di sekolah. Kemudian pada waktu malam pula saya akan berniaga burger di kawasan rumah saya," ujarnya.
Biarpun kehidupannya semasa menjadi pelajar dahulu tidak seperti kebanyakan rakan-rakannya yang lain, dia menganggap apa yang dilaluinya dahulu banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar.
Menurut anak kedua daripada empat adik-beradik itu, dengan pengalaman yang diperoleh dirinya itu telah membuatkan dirinya lebih serius dan bersungguh-sungguh terhadap kerjaya lakonannya.
"Bermula dengan kerja menjual burger secara kecil-kecilan, kini saya sudah bergelar seorang pelakon pula. Sejujurnya saya tidak menyangka akan berada di tahap sekarang ini.
"Saya akui memang tidak berapa bagus dan pandai dalam pelajaran, namun itu tidak bermakna saya sudah gagal dalam kehidupan.
"Apa yang lebih penting, saya perlu pilih bidang yang diminati serta memberi komitmen dan bersungguh-sungguh sekiranya mahu berjaya," tuturnya.
Ketika ditanya apakah perubahan yang berlaku terhadap dirinya selepas dikenali ramai, Afiq menyatakan kini sudah ramai peminat yang mahu bergambar dengannya.
Namun begitu, pelakon berkenaan menjelaskan keadaan itu tidak akan membuatkannya cepat lupa diri, sebaliknya ia sebagai satu pemangkin semangat untuk dia terus maju dalam bidang yang diceburi.
"Sebelum ini tidak ramai menyedari kehadiran saya dalam industri, tetapi sekarang sudah ada yang mahu bergambar dengan saya. Cuma yang agak kelakar apabila saya masih lagi kekok untuk berhadapan dengan peminat.
"Dengan perubahan terhadap diri saya sekarang ini, pastinya ia menjadi satu titik permulaan kepada kerjaya lakonan saya.
"Pengalaman lalu sememangnya menjadikan saya lebih matang dan berharap karier saya akan terus berkembang," ujarnya.
Berkenaan dengan impak terhadap lakonannya dalam drama bersiri Mimpi Cinderella bersama Eina Azman, jelas pelakon itu dia sendiri tidak menyangka wataknya sebagai Emir mendapat maklum balas positif daripada penonton.
Menurutnya, ia telah memberikan satu kepuasan tersendiri kepada dirinya memandangkan kebanyakan drama dan telefilem lakonannya sebelum ini masih belum mampu menyerlahkan dirinya sebagai pelakon.
Belum sedia
Sudah menempa nama sebagai seorang pelakon selama tiga tahun dengan pelbagai drama dan telefilem, tetapi wajah Afiq sekadar dilihat tampil di kaca TV.
Bukan tidak pernah mengimpikan untuk tampil di layar perak bagi mengembangkan lagi prospek kerjaya lakonannya, pelakon itu mendedahkan dia masih lagi belum bersedia berlakon filem.
"Tawaran berlakon filem memang pernah saya peroleh sebelum ini, tetapi saya tidak bersedia dan merasakan masih banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari.
"Lagipun, berlakon filem dan drama pastinya satu situasi yang sangat berbeza dan tidak mahu orang memperkatakan pembabitan saya sekadar bersandarkan rupa semata-mata, tetapi lakonan sangat teruk," jelasnya.
Dalam usaha memantapkan lagi mutu lakonannya, Afiq memberitahu dia telah pun mengambil kelas lakonan selama enam bulan untuk mendapatkan sijil lakonan dan teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
"Matlamat utama saya menyertai kelas tersebut pastinya mahu menimba ilmu tentang asas dalam lakonan. Selain itu, menerusi kelas berkenaan memberi peluang kepada saya memperbaiki lagi cara lakonan serta penghayatan sesebuah watak supaya tidak kelihatan kaku," ujarnya.
Ditanya mengenai watak yang digemarinya dalam sesebuah lakonan, Afiq secara jujurnya mendedahkan dia gemar membawakan watak yang romantik, meskipun memiliki bentuk tubuh yang sesuai untuk filem bergenre aksi.