Tampilkan postingan dengan label Tasha Shilla. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Tasha Shilla. Tampilkan semua postingan

Selasa, 12 Maret 2013

Gosip Artis Terkini - Kereta mewah Tasha Shilla dah berubah?

Selamat petang semua pengunjung blog Oh Gosip Artis. Hari ni OGA nak cerita kat anda semua gosip artis yang panas,sensasi dan terkini. Menurut dalam satu blog hiburan, pelakon seksi Tasha Shilla dikatakan telah bertukar kereta. Betul ke Tasha?

Masa dulu-dulu kecoh bila Tasha Shilla naik kereta mewah Audi! so, ramai la mempertikaikan kereta tersebut kan sebab mahal. Nak-nak Tasha Shilla tu baru jer berlakon takkan mampu nak beli kereta semahal tu. Oleh sebab tu timbul la gosip yang dia tu disponsor. Entah lah OGA tak nak komen la pula pasal ni. Tak pasal-pasal dapat dosa free kan. Tapi memang kelas kau Tasha Shilla! Namun, baru-baru ni menurut sumber, nombor pendaftaran kereta yang dipakai Tasha Shilla kat kereta Audinya itu telah bertukar kepada kereta lain pula. Namun, tidak pasti lah pula kemana kereta Audi berkenaan, adakah sudah bertukar milik nombor pendaftaran lain atau kereta Audi itu tidak mampu membayar CCM yang tinggi?

So, OGA tak dapat pastikan. Apa-apa pun hanya pemiliknya sahaja yang tahu.


kereta tasha shilla
nombor pendaftaran kereta Tasha Shilla yang dulu
 
kereta tasha shilla
No pendaftaran kereta Tasha Shilla sekarang

Minggu, 10 Februari 2013

Tasha Shilla Enggan Ulas Permohonan Maaf Neelofa - Gosip Artis Terkini

Hari tu OGA(Oh Gosip Artis) ada memasukkan cerita mengenai Neelofa yang dikatakan sudah berbaik dengan Tasha shilla. Sekarang kita tengok pula komen Tasha Shilla tentang pengakuan Neelofa tu.

Aktres Tasha Shilla enggan mengulas lanjut berhubung pengakuan terbaharu aktres Neelofa bahawa mereka akhirnya bermaafan pada minggu lalu sejak kes salah faham pada tahun lalu.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, dia tidak pernah menganggap hubungannya dengan Neelofa bermasalah walaupun timbul pelbagai spekulasi kononnya mereka bermasam muka sebelum ini.
“Saya tiada apa hendak komen kerana memang tidak pernah anggap ada masalah antara kami. Saya seorang yang profesional dan terbuka,” ulasnya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Ahad.

neelofa
Neelofa
tasha shilla
Tasha Shilla
Tasha berkata demikian sebagai respons kepada pengakuan Neelofa bahawa mereka bertembung buat pertama kali ketika siaran rancangan Wanita Hari Ini pada minggu lalu di TV3, sejak kes salah faham sebelum ini.

Ujar Neelofa, dalam pertemuan singkat itu, mereka sempat berbual dan dia memohon maaf kepada Tasha atas komen yang diberikan berhubung kejayaan aktres itu sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.

Ditanya mengenai hal itu, Tasha berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut kerana enggan kes itu berlanjutan.
"Saya enggan komen banyak kerana tidak mahu perkara (salah faham) ini berpanjangan pada masa akan datang,” katanya

Jumat, 08 Februari 2013

Neelofa dan Tasha kini sudah berbaik - Gosip Artis


Rasanya semua orang  sudah sedia maklum tentang hubungan Neelofa dan Tasha Shilla yang dingin pada tahun lepas gara-gara komen terbuka Neelofa yang mempertikaikan kemenangan Tasha Shilla. Namun begitu, OGA(Oh Gosip Artis) mendapat tahu bahawa mereka telah pun bertegur sapa antara satu sama lain.

Bagus la macam tu! Buang yang keruh ambil yang jernih. Hiburan tanah air kita pun bukannya besar sangat macam hollywood kan so, pergi mana-mana mesti akan jumpa. Menurut Neelofa Mohd. Noor atau nama manjanya Lofa kini dia lega kerana sudah bertegur sapa dengan Tasha Shilla selepas hampir setahun bersengketa.
Neelofa dan Tasha
Neelofa dan Tasha
Menurut Neelofa, dia berkesempatan bertemu dengan Tasha secara kebetulan di TV3 sewaktu artis itu menjadi tetamu undangan sebuah program dan dia pula ada rakaman di stesen tersebut, Rabu lalu.
"Secara kebetulan bertemu dan sempatlah bertegur sapa. Nak sembang lama tidak boleh sebab kami ada urusan. Pada kesempatan itu juga, Lofa sempat minta maaf atas komen yang diberi terhadapnya sebelum ini.
"Lofa hormatlah dengan Tasha, sebab dia bukan seorang pendendam. Dia terima kemaafan Lofa. Sekarang ini dada rasa lapang dan fikiran tenang sebab kemelut dengan Tasha sudah selesai," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-24 di sini semalam.



Kamis, 07 Februari 2013

Tasha Shilla akhirnya mengaku dia sudah dimiliki - Gosip Terkini


Pelakon cantik, Tasha Shilla akhirnya hari ini membuat pengakuan bahawa hatinya sudah dimiliki oleh seseorang. Siapakah lelaki yang bertuah itu? Mesti semua orang tertanya-tanyakan. Namun Shilla tidak mahu mendedahkannya secara detail namun hanya mengaku bahawa dirinya kini telah dimiliki.

Shilla Tasha mengenali lelaki tersebut sejak enam tahun lalu, Tasha juga sempat memuji sikap memahami kekasihnya itu.
Gambar Tasha Shilla
Tasha Shilla
"Saya sudah mengenalinya sejak enam tahun lalu. Dia tidak ada masalah dengan kerjaya saya, dia seorang yang memahami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ditanya sama ada kekasihnya itu juga terlibat di dalam bidang seni, Tasha menjelaskan dia lebih suka untuk bersama seseorang yang bukan berada didalam bidang ini.
"Dia bukan seorang artis, dia hanya orang biasa. Saya lebih senang memilih orang biasa. Bagaimanapun masih terlalu jauh untuk bercakap soal jodoh antara kami," katanya.
Ini pengakuan pertama Tasha tentang soal cinta di mana sebelum ini ia sering menafikan hatinya telah ditawan oleh mana-mana lelaki.

Jumat, 26 Oktober 2012

Tasha Shilla Tidak Mahu Dikaitkan Lagi Dengan Datuk J



SATU persatu kontroversi muncul mengaitkan pelakon sensasi, Tasha Shilla dengan Datuk J. Walaupun Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 25, sudah banyak kali menafikan perkara itu, tetapi pemenang Anugerah Heroin Baru Terhebat pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 itu terus dihimpit dengan isu yang sama.

Terkini, Tasha dikatakan terpilih sebagai duta kempen fesyen I Love Malaysian Designers anjuran syarikat milik Datuk J.

"Hentikanlah kaitkan Tasha dengan Datuk J. Tasha tidak mahu lagi komen tentang dia sebab Tasha sendiri tidak tahu Datuk J mana yang dimaksudkan itu. Kalau betul Datuk J itu wujud, Tasha sendiri pun teringin mahu jumpa dengan dia.

"Tasha tidak faham kenapa diri ini sering dikaitkan dengan Datuk J. Tidak cukup dengan isu ditaja kereta mewah oleh Datuk J, berparti dan menari tiang dengan lelaki itu, terbaru Tasha dikaitkan pula dengan pemilihan sebagai duta kempen I Love Malaysian Designers kononnya anjuran syarikat milik lelaki tersebut," jelasnya.

Menegaskan kempen tersebut bukan anjuran syarikat milik Datuk J, jelas Tasha, ia dianjurkan oleh Brew & Skittles yang diasaskan oleh ahli perniagaan, Mutiara Bahir.

Mengenai kereta mewah itu juga, jelas Tasha, ia bukan ditaja oleh sesiapa tetapi dia membelinya dengan duit sendiri melalui bantuan ibu saudaranya.

"Selepas ini, kalau saya beli rumah, jangan kaitkan lagi dengan tajaan Datuk J," ujarnya sinis.

Mengakui cukup kecewa dan sedih dengan semua kontroversi yang telah melanda dirinya, luah Tasha, dia berusaha keras untuk mengecapi segala apa yang diperolehnya pada hari ini dan ia bukan hasil tajaan mana-mana individu.

"Walaupun Tasha kelihatan tenang tetapi sebenarnya Tasha sedih dengan kontroversi yang melanda diri. Selama ini, Tasha tidak melenting dan orang berterusan mengaitkan Tasha dengan Datuk J.

"Tahap kesabaran kita pun ada batasnya. Jika kontroversi masih lagi menghimpit, Tasha mungkin tidak lagi akan bersabar," ujarnya seolah-olah mengeluarkan amaran.

Tasha memohon, agar kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan Datuk J tidak lagi diungkit mahupun diperbesar-besarkan kerana ia turut mengaitkan keluarganya.

"Tasha kasihan dengan keluarga terutamanya ayah. Dia terpaksa berhadapan dengan tanggapan negatif daripada orang sekeliling. Tasha tidak mahu lagi timbul isu dengan Datuk J. Tasha hanya mahu fokus terhadap kerjaya," ujarnya.

Mengakui mempunyai ramai kawan, kata Tasha, dia kini masih solo dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki.

"Bila orang sering mengaitkan Tasha dengan Datuk J, mungkin sebab itu tiada lelaki yang berani mendekati diri ini," seloroh Tasha.

Strategi raih undi

Kejayaan Tasha menggenggam trofi Artis Baru Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular 2012 sebelum ini ditohmah kononnya mendapat bantuan daripada Datuk J yang membeli undi.


TASHA menegaskan dia sendiri tidak mengetahui siapakah gerangan Datuk J yang sering digosip menjalinkan skandal dengan dirinya.

Terkini, kemenangannya pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 untuk kategori Heroin Baru Terhebat pula didakwa pula hasil bantuan pengurusnya.

Khabarnya, pengurus Tasha yang hanya mahu dikenali sebagai Embun itu sanggup ke hulu dan ke hilir meraih dan meminta orang ramai mengundi artisnya itu.

Jelas Embun: "Benda ini (raih undi) sebenarnya strategi untuk membantu Tasha menang. Saya bukan berjumpa dengan orang yang tidak dikenali untuk meraih undi sebaliknya bertemu rakan-rakan saya dan Tasha.

"Tasha tidak diberitahu pun akan hal ini. Selepas usaha itu selesai, baru saya beritahu Tasha. Saya ingat Tasha akan marah, tetapi rupa-rupanya dia tidak kisah pun."

Mengulas perkara itu, Tasha menganggap pengurusnya itu seperti keluarga. Segala tindakan yang Embun lakukan untuk dirinya akan diterimanya dengan terbuka.

"Sebenarnya kemenangan Tasha adalah rezeki. Tasha rasa bersyukur," akuinya.

Sabtu, 06 Oktober 2012

Tasha Shilla Berparti Sakan Dengan Datuk J



KALAU Izara bergelek untuk lulus peperiksaan, lain pula halnya dengan pelakon popular yang baru-baru ini menjadi perhatian di sebuah kelab hiburan di ibu kota.

Dalam samar-samar, kalau sudah namanya Tasha Shilla, siapa pun boleh kenal.

Kata sumber bertauliah yang dilatih khas untuk jadi sumber gosip, Tasha bersama rakan-rakan singgah untuk cuci mata di sebuah kelab, malam minggu lalu. Bukan main Tasha bergembira bersama beberapa temannya, termasuklah wanita dan lelaki.

"Tengok punya tengok pun, aku nampak seorang lelaki yang memang tak syak lagi itulah lelaki bergelar Datuk J. Datuk tu memang terkenal kat sini, semua orang kenal dia. kalau pergi situ mesti mejanya betul-betul mengadap pentas," beritahu sumber Diva itu menerusi BBM.

Nak sahaja minta sumber berkenaan rakam aksi Tasha untuk jadi bahan bukti, tapi cuaca di kelab malam, faham-faham sahajalah. Satu lagi, kalau sudah datang berparti ramai-ramai, macam-macam jenama air terhidang ada atas meja. Dengarnya, bukan teh susu atau kopi-O yang menjadi penghilang dahaga di bar.

Kata sumber yang sempat lagi buat siasatan itu, malam itu Tasha seronok bukan kepalang sebab baru pulang daripada berbelanja barangan mewah di pusat beli-belah terkemuka di jalan penuh bintang bersama Datuk J itu.

Bahagianya Tasha, cuma hati-hatilah sikit. Memang niat nak berhibur dan berkawan-kawan itu okey tapi kalau terlalu jujur pun orang pelik juga.


Kredit: Sumber

Kamis, 14 Juni 2012

Anzalna Terkejut Dengan Tulisan Artikel Tentang Dirinya

 Anzalna Nasir


KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang terjebak dalam kontroversi terbaru, Anzalna Nasir mengakui terkejut dengan penulisan seorang wartawan, Zubir dalam sebuah artikel hiburan tentang dirinya baru-baru ini.

Dalam blog gosip hiburan Rotikaya.com, Anzalna menyatakan berulang kali memberi peringatan kepada wartawan itu untuk tidak menyiarkan dan menulis kenyataan yang dikeluarkan dari mulutnya.

Malah, dia juga tidak tahu maklumat terperinci dalam artikel tulisan hiburan itu sehingga tercetusnya perang dingin dengan Neelofa.

“Saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali-kali saya pesan dan minta supaya tidak dikeluarkan untuk menjaga hati semua pihak.” Kata Anzalna.

Anzalna turut berasa terkejut dengan tindakan yang dibuat oleh Neelofa yang telah pun melantik dua orang peguam bagi menangani kes tersebut.

Bagi Anzalna, perkara tersebut boleh dibawa berbincang secara baik dan tidak perlu ditarik ke peringkat mahkamah.

Neelofa


Tasha Shilla

“Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa kerana perkara ini boleh di’bawa berbincang secara baik dan professional. Saya tidak berniat untuk membuka cerita lama.

“Oleh kerana perkara ini sudah melibatkan badan guaman, saya juga telah pun melantik peguam saya sendiri untuk melihat notis tuntutan Neelofa dan tindakan selanjutnya. Apa pun, saya dan peguam akan berbincang untuk memberi maklumbalas kepada Neelofa dalam masa tujuh hari seperti yang dituntut,” katanya.

Semalam, Neelofa telah mengadakan sidang media tergempar di Bandar Utama berhubung isu fitnah yang telah dilemparkan terhadap dirinya.

Neelofa telah melantik dua orang peguam bagi menyelesaikan kes fitnah tersebut.

Malah, pelakon wanita dan pengacara rancangan Nona itu juga memberikan tempoh masa selama tujuh hari kepada Anzalna untuk mengemukakan bukti-bukti terhadap segala fitnah yang telah dikatakan oleh Anzalna.

“Pertama sekali saya nak cakap, kami sudah keluarkan notis tuntutan kepada Anzalna kerana pada artikel yang ditulis pada 10 Jun lepas oleh Zubir, artikel itu seratus peratus berbaur fitnah. Kenyataan Anzalna dalam artikel tersebut boleh menjejaskan saya untuk jangka masa panjang.

“Sekarang saya cuma mahu penjelasan dan bukti atas segala tuduhan yang telah dia berikan pada saya. Jika dia dapat jelaskan 2 perkara tersebut (bukti dan penjelasan), saya boleh pertimbangkan lagi.

“Sebelum ini pun Lofa tidak pernah respon terhadap mana-mana pergaduhan dalam surat-khabar, tapi kali ini, Anzalna benar-benar menuduh tanpa bukti. Ia boleh menjejaskan kerjaya saya,” kata Neelofa.