Tampilkan postingan dengan label Adira. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Adira. Tampilkan semua postingan

Rabu, 17 April 2013

Alif Aziz patah hati dengan Adira?

Nampaknya Aliff Aziz tidak boleh lari dari kisah percintaan beliau sebagai highlight dalam kerjaya sebagai selebriti di Malaysia.

Ramai sedia maklum sebelum ini yang Aliff Aziz ada mengeluarkan kenyataan yang beliau memang berkawan rapat bersama Adira tetapi menolak sebarang dakwaan yang mereka bercinta.

Tetapi peminat boleh melihat usaha Aliff Aziz untuk mendampingi Adira termasuklah menghadiahkan sepasang cincin sepadan untuk di’pakai bersama tidak lama dahulu.

Perkembangan terbaru hubungan mereka ini nampaknya tidak berapa cantik selepas Aliff Aziz mengeluarkan beberapa kenyataan seakan berputus asa dengan hubungan beliau bersama Adira.

“I’ve given my best for us, but seems like my best isn’t good enuf (enough). Back to square one. Thank u for everything a***a,” itu tulisan terbaru Aliff Aziz di Twitter beliau.

Perkataan a***a di ayat tersebut & beberapa ayat selepas itu di’katakan di’tujukan kepada Adira kerana persamaan bilangan huruf dan juga permulaan & pengakhiran perkataan tersebut.







Senin, 25 Februari 2013

Adira mengaku selesa berkawan dengan Aliff Aziz - Gosip Artis Terkini


Seperti diketahui, hubungan rapat dan mesra antara penyanyi genit Adira dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz bukan lagi rahsia. Mereka berdua juga tidak lagi menyembunyi hubungan rapat itu, malah telah memuat naik gambar bersama di Instagram baru-baru ini.

Jika diselak lipatan sejarah, kedua-dua mereka sememangnya mempunyai rekod percintaan yang pernah mencetuskan kontroversi.

Adira pernah dikaitkan dengan Hafiz manakala Aliff sudah tentu 'meletup' dengan cintanya bersama pelakon Anne Ngasri yang musnah di pertengahan jalan.
adira dan aliff aziz
Adira dan Aliff selesa berkawan

Tidak mengambil pusing sejarah silam masing-masing, baik Adira mahupun Aliff mengakui serasi bersama. Kata Adira:
"Saya selesa berkawan rapat dengannya, bagi saya dia seorang lelaki yang baik, berfikiran terbuka dan mudah dibawa berbincang," akui Adira.
Bagaimanapun kata Adira, hubungan mereka menjadi rapat selepas kontroversi cinta Aliff dan aktres Anne Ngasri berakhir. Enggan mengambil pusing kata-kata orang sekeliling, Adira mahu menjalani kehidupannya dengan cara sendiri.
"Ya, orang pasti tidak berhenti bercakap tentang kisah silam saya mahupun Aliff kerana karier kami sebagai artis. Selagi kami selesa berkawan rapat, saya tidak lihat ia satu kesalahan," tutur penyanyi yang berasal dari Ranau, Sabah itu lagi.

Disoal tentang gambar mereka memakai cincin yang sama dimuat naik ke Instagram, Adira enggan mengulas lanjut kerana bimbang jawapannya akan dijadikan spekulasi pada kemudian hari.
"Itu hanyalah gambar biasa sahaja, jika saya ulas mengenainya, akan timbul pula spekulasi yang baharu. Saya hanya berkawan rapat dengannya, itu sahaja yang boleh saya beritahu," jelas Adira.

Ditebak lagi dengan soalan jika enggan mendedahkan hubungan rapat mereka kepada khalayak kenapa pula dia mengundang Aliff ke majlis makan malam bersama peminatnya yang turut dihadiri ahli keluarga termasuk ibu Adira sendiri?
"Memang saya yang jemput dia atas sebab dia kawan saya. Selain dia, saya juga jemput ramai rakan artis yang lain bukan dia seorang sahaja. Tidak ada sebarang agenda sebalik itu. Hubungan Aliff dengan keluarga saya biasa-biasa sahaja tidaklah terlalu rapat," ujarnya.



Rabu, 13 Februari 2013

Adira tutup mulut soal hubungan dengan Aliff Aziz - Gosip Artis Terkini

Penyanyi dan pelakon remaja Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali Adira memberitahu dia tidak akan membuka mulut untuk menjelaskan kedudukan sebenar hubungannya dengan Aliff Aziz.

Lebih selesa untuk tidak membicarakan soal cinta buat masa ini, Adira juga tidak kisah jika spekulasi mengenai gambar tersebut terus diperkatakan peminatnya.

"Ia hanya (sekeping) gambar. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai hubungan saya dengan Aliff," katanya.

aliff aziz
Adira digosipkan bercinta dengan Aliff Aziz





Sabtu, 22 Desember 2012

Adira Tidak Mencari Cinta


Adira 

DIA bukan bergelar juara Akademi Fantasia (AF) seperti rakan seperjuangannya seperti Hafiz, Stacy mahupun Hazama. Namun, pelantun lagu Ombak Rindu kelahiran Kundasang, Sabah ini juga memiliki kelasnya tersendiri. Bukan saja bersandarkan paras rupa jelita dengan kulit putih melepak, naib juara AF musim kelapan ini juga memiliki pakej lengkap untuk melangkah lebih jauh dalam bidang seni tanah air.

Tahun ini saja, nama Adira tercalon dalam dua anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) menerusi lagu duetnya bersama Hafiz (Ombak Rindu) dan pencalonan awal, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 melalui kategori Penyanyi Wanita Popular.





MARA KE FINAL...Adira dan Hafiz akan beri persembahan terbaik menerusi Ombak Rindu dalam AJL27.


Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Siti Adira Suhaimi, 22, mengakui bersyukur dengan apa yang dikecapinya hari ini.

“Sepanjang lebih tiga tahun berkecimpung dalam bidang seni, sudah bermacam ujian, gosip mahupun kontroversi sudah dilalui untuk berada pada tahap ini.

Namun, saya terus cekal mengharungi semua keperitan itu demi minat yang cukup mendalam dalam bidang nyanyian. Ia impian dalam hidup saya, sejak dulu.

“Kini, fokus saya untuk mengukuhkan lagi nama dan karier seni. Saya perlu bekerja dua kali ganda daripada orang lain kerana perlu bersaing dengan kemunculan ramai artis baru ketika ini,” katanya.

Berkongsi persiapannya pada AJL27 yang hanya tinggal lagi tiga minggu, kata Adira, debaran semakin dirasainya ketika ini.

“Apabila berdebar, saya akan kerap ke tandas untuk menghilangkan perasaan gemuruh itu. Debaran sudah dirasai sekarang itu belum lagi berada di pentas nanti.

“Dari segi persiapan pula, paling penting adalah aspek vokal dan tahap kesihatan dengan mendapat rehat yang cukup sekali gus memberikan yang terbaik pada persembahan nanti.

“Selain itu, saya dan Hafiz juga perlu mencari masa sesuai untuk berlatih kerana agenda masing-masing padat. Kami juga ada gimik dalam persembahan nanti tapi saya tidak boleh beritahu sekarang,” katanya.

Ditanya kekuatan lagu ciptaan Zaidi itu, Adira sendiri mengakui tarikan yang ada pada lagu berkenaan.

“Lagu ini sendiri meninggalkan kesan mendalam pada diri saya selaku penyanyi.
Lagu ini memang ‘berhantu’. Setiap kali memenuhi undangan persembahan termasuk meraikan majlis resepsi perkahwinan rakan artis, Diana Danielle dan Farid Kamil baru-baru ini, lagu Ombak Rindu juga yang diminta peminat. Saya pun tak mampu untuk menolak.

“Justeru, saya sangat gembira apabila lagu Ombak Rindu berjaya mara ke peringkat akhir AJL27. Lagu dan lirik Ombak Rindu memang kuat kerana jika tidak pasti lagu ini tidak akan menonjol seperti sekarang.

“Sebagai penyanyi kami janjikan yang terbaik atau ‘all out’ kerana ingin melihat semua orang gembira nanti,” katanya.

Kalah atau menang, adalah adat dalam mana-mana pertandingan pun. Justeru kata Adira, dia hanya menyerahkan perkara itu pada soal rezeki. Saya tak nak letak harapan terlalu tinggi pada lagu Ombak Rindu kerana kalau kalah, saya juga yang akan kecewa nanti.

“Sebagai penyanyi, tanggungjawab saya buat ‘all out’ dan jika tewas pun kita tak berasa terkilan. Pada masa sama, semua 12 finalis yang bertanding pada AJL27 memiliki kekuatan tersendiri dan ada peluang untuk menang. Saya pun suka semua lagu yang bertanding kali ini kerana semuanya bagus,” katanya.

Adira pernah dua kali mara ke AJL menerusi single pertamanya, Ku Ada Kamu pada 2011. Begitu juga pencalonan dalam ABPBH 2012, kata Adira, dia juga hanya menyerahkan keputusan pada soal rezeki.

“Tercalon dalam ABPBH pada tahun ini membuktikan peminat masih menyokong karier seni saya. Itu sudah cukup. Kalah atau menang ketentuan Tuhan.

“Kalau menang, ia adalah bonus untuk menyuntik semangat artis terus memberikan yang terbaik selepas ini.” katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Adira, album penuhnya juga masih dalam proses pembikinan lagi dan dijangka siap pada tahun depan.






Adira tidak mencari cinta
 


WANITA secantiknya pasti tidak terlepas daripada dikaitkan dengan mana-mana artis lelaki terutama yang digandingkan dengannya dalam lagu atau drama. Selepas Hafiz, kisah cintanya dengan AG (Coco) juga dikatakan menemui noktahnya, baru-baru ini.

Menyusul selepas itu, Adira dikaitkan pula dengan pasangannya dalam drama Tiara iaitu pelakon Aliff Aziz sedangkan mereka sekadar ‘bercinta’ dalam drama untuk Astro Prima itu saja.

Adira dan Aliff juga rapat kerana mereka juga berduet menerusi lagu Keabadian Cinta yang juga lagu tema drama Tiara ciptaan Manusia Putih. Hakikatnya, sampai saat ini, Adira masih belum ada teman istimewa lagi.

Ditanya kenapa dia masih solo tanpa pengganti, kata Adira, sampai sekarang dia belum bertemu lelaki yang sesuai untuk mengisi kekosongan hatinya.

“Bukan mudah untuk mencari lelaki yang baik untuk dijadikan teman istimewa atau calon suami. Bagi saya cinta itu tidak boleh dipaksa, biarlah ia datang dengan sendirinya.

“Saya juga tidak pandang dari segi paras rupa kerana yang penting dia calon yang tepat untuk menjadi teman hidup kita,” katanya.

Bagaimanapun, kata Adira, dia tidak menolak jika ditakdirkan bercinta semula dengan Hafiz selepas ini.

“Namun buat masa ini, kami lebih selesa berkawan rapat saja dan fokus pada karier seni masing-masing,” katanya.


Oleh Ramlah Zainal

Minggu, 07 Oktober 2012

Adira Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Aliff Aziz & Anne Ngasri


Adira tidak mahu dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan pasangan Aliff Aziz dan Anne Ngasri.

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Adira Suhaimi atau Adira meminta semua pihak tidak mengaitkannya sebagai punca keretakan hubungan cinta penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz dan Anne Ngasri.

Adira, 22, menegaskan dia tidak terlibat dalam keretakan hubungan pasangan itu dan berharap semua pihak menghormati perasaannya.

"Saya tidak terlibat langsung dalam keretakan hubungan mereka dan saya tidak mahu terlibat dalam masalah yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini," ujarnya ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Ahad.

Adira menjawab tuduhan kononnya dia menjadi punca hubungan Aliff dan Anne putus apabila mereka berdua dikatakan kononnya telah jatuh cinta ketika bertemu di lokasi penggambaran drama Tiara yang sedangditayangkan menerusi saluran Astro Prima.

Dalam pada itu, Adira berkata, hubungannya dengan Aliff hanya bersifat profesional dan tidak lebih daripada itu dan dia turut hairan bagaimana cerita tersebut tersebar.

Malah kata Adira, selepas hubungannya dengan AG (Coco) gagal, dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti sebaliknya lebih selesa menikmati kehidupan solo.


Aliff Aziz dan Adira dikatakan menjalinkan hubungan cinta selepas sama-sama berlakon dalam drama Tiara.

"Saya hanya mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian dan lakonan dan kini lebih selesa tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana lelaki," jelasnya.

Bagaimanapun Adira berkata, dia berharap kemunculan “single” duet terbarunya bersama Aliff berjudul “Keajaiban Cinta” tidak akan menjadi kontroversi selepas ini.

"Ia hanya sebuah lagu duet untuk drama Tiara yang kami sama-sama berlakon. Hubungan kami tidak lebih daripada itu. Saya berharap tiada sebarang gosip lain timbul gara-gara kolaborasi itu," katanya.

Sementara itu, Adira berkata, dia semakin selesa bergelar pelakon namun masih meletakkan nyanyian sebagai karier utamanya.

Malah dia hanya berlakon untuk mengisi masa lapang selain menambah ilmu terutamanya dari segi pembinaan watak bagi sesuatu karektor.

"Seronok berlakon kerana dapat belajar pelbagai perkara namun itu tidak bererti saya tidak mahu menyanyi lagi kerana nyanyian adalah keutamaan saya," ujarnya.

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Selasa, 31 Juli 2012

Zack Saman Hafiz AF RM200,000

Nur Haniza Binti Mohd Azhar @ Zack


KUALA LUMPUR — Penyanyi Hafiz AF yang popular dengan lagu ”Awan Nano” hari ini disaman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.

Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.

Beliau memfail saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.

Hafiz dan Adira

Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.

Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya. – BERNAMA