Tampilkan postingan dengan label Fahrin Ahmad. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Fahrin Ahmad. Tampilkan semua postingan

Senin, 11 Februari 2013

Fahrin Ahmad Elak Bercinta Dengan Artis - Gosip Artis Terbaru


Masihkah anda ingat tentang seorang pelakon popular ni yang pernah bercinta dengan dua artis popular iaitu dengan Linda Onn dan Scha Al-Yahya. Pengalaman putus cinta dengan Linda Onn dan Scha Al-Yahya membuatkan pelakon Fahrin Ahmad cuba mengelakkan diri daripada menjalinkan hubungan dengan wanita bekerjaya sebagai selebriti. Betul k? hrmmm..

Fahrin Ahmad, 34, berkata, dia serik untuk berhubungan cinta dengan wanita yang mempunyai kerjaya sama dengannya dan menganggap pengalaman lalu telah banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam menjalinkan sesebuah hubungan.
"Baik buruk pengalaman cinta lalu telah banyak mengajar saya dalam menjalinkan sesebuah hubungan dan kalau boleh saya tak mahu cari artis.
"Dan saya juga akan cuba elak untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mereka. Tetapi, kalau sudah jodoh nak buat macam mana. Perkara seperti ini, susah kita nak jangka, semua itu urusan Tuhan," katanya.
Tambah Fahrin, dia juga tidak menyangkal keadaannya yang masih lagi solo berkemungkinan besar kerana sudah berasa selesa dengan kehidupannya sekarang yang sentiasa hidup sendirian.

Fahrin Ahmad masih solo
"Risau juga apabila saya sudah mula tidak terlalu kisah tentang teman hidup memandangkan sudah biasa hidup berdikari.
"Mak saya pun risau tentang saya. Katanya, jika saya sakit nanti siapa yang nak jaga? Atau pastinya rasa sunyi akan terasa dalam hati apabila tua kelak.
"Jadi tidak mustahil sekiranya satu hari nanti mak saya yang cari jodoh buat saya," selorohnya.
Dalam perkembangan lain pula, lakonan Fahrin dapat disaksikan menerusi drama bersiri Rindu Bertamu Di Abu Dhabi bermula setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3.

Menariknya dalam drama ini, Fahrin turut menyumbangkan suaranya menyanyikan lagu tema drama 28 episod terbitan Zeel Production itu.
"Inilah kali pertama saya menyanyi dan merakamkan lagu dalam studio rakaman. Ternyata ia sebuah pengalaman yang begitu berbeza.
"Pengalaman merakamkan lagu juga mengajar saya bahawa menjadi penyanyi itu bukannya mudah. Saya kagum dengan penyanyi-penyanyi yang sanggup berhabis masa untuk menghasilkan lagu-lagu terbaik mereka," ujarnya.
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi turut menampilkan pelakon Shahrizal Jaszle, Tasha Shilla dan Fauziah Ghous.

Minggu, 26 September 2010

Gambar Fahrin Mengerjakan Umrah


Alahaiii...sejuk tali usus weh tgk gamba fahrin nih. Dgn berpakaian umrah die...Alhamdulillah. Dekatilah ALLAH SWT sedekat²nya :)Semoga Fahrin menemui jodoh yg solehah.

...aminnn aminnn :)













Princess Redbloodsnow Copyright

Kamis, 02 September 2010

Linda Onn : Jangan Kaitkan Lagi Saya Dgn Fahrin!


“Cukuplah sekadar itu mengenai dia. Jangan kait dah saya dengan dia. Jangan tanya apa-apa lagi. Lupus dan padamkan cerita lama,” - tegas Linda Onn



Ye la ye la...weols x kaitkan lg laaa. Itu pun nk dh isim...haha :D Errmm...mak kepochi dgr² Linda Onn akan menolak if dpt offer hdk menggandingkan dia dgn Fahrin.


“Ini bukan isu profesional atau tidak. Ini pilihan individu. Linda juga ada pilihan. Dengan apa yang berlaku sebelum ini, Linda rasa ini pilihan yang betul" - Linda Onn



Uiii..nampak nah kan kebencian linda pd Fahrin ek. Alaaa dulu syg² ai lap yu, yu lap me. Skrg maki memaki benci membenci...hemprhhh. Lumrah kehidupan.Fullstop.








Mulut Lazer Mak Kepochi
-->> Kenape ek bile sesuatu hbgn
tu dh over, selalu weols ckp yg
buruk² ttg ex. Sume yg kejelekkan
sume pong pang pong pang di
canang²...hemprrhhh...






Princess Redbloodsnow Copyright