Tampilkan postingan dengan label Liyana Jasmay. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Liyana Jasmay. Tampilkan semua postingan

Senin, 18 Maret 2013

Gosip Artis Terbaru - Liyana Jasmay Rancang Miliki Anak Setahun Lagi


Hampir memasuki dua bulan selepas Liyana Jasmay menamatkan zaman solonya dengan Fathuddin Mazlan pada 2 Februari lalu, pelakon yang kini bergelar pengarah itu belum lagi mahu merancang untuk memiliki cahaya mata dalam tempoh masa terdekat ini.

Menurut Liyana yang ditemui baru-baru ini, dia dan suami masih menikmati tempoh bulan madu mereka selepas bergelar suami isteri. Dia turut berkongsi perasaannya yang sangat gembira setelah bergelar seorang isteri dan menikmati apa yang dinamakan perkahwinan.

"Sebuah perasaan yang amat mengujakan bila kita bangun pada setiap pagi dengan teman disisi menemani. Hanya mereka yang berkahwin akan dapat merasakan perasaan yang sangat seronok ini.
"Kami masih menikmati waktu-waktu manis selepas berkahwin dan belum lagi memikirkan tentang cahaya mata. Saya mahu rileks dahulu, mahu aturkan masa dan jadual saya dan begitu juga dengan suami. Insya Allah dalam masa setahun baru saya akan lebih serius memikirkan tentang anak.
"Tetapi jika rezeki datang lebih awal apa salahnya, tapi tidaklah dalam waktu terdekat ini. Saya dan suami belum puas lagi habiskan masa kami berdua bersama atas kesibukan masing-masing. Bagilah saya dan dia masa untuk enjoy dulu,"ujar Liyana sambil berjenaka bila disoal mengenai cahayamata.
liyana jasmay
Liyana Jasmay
 Liyana baru sahaja pulang daripada kota New York untuk projek super telefilem, New York Cinta terbitan produksi miliknya sendiri dimana dia turut menjadi watak utama didalam telefilem tersebut. Di kesempatan ini, Liyana telah memanfaatkan masa cutinya untuk berbulan madu sebentar di London untuk beberapa hari sebelum pulang semula ke Malaysia.

"Bulan madu sekejap saja ketika pulang dari New York, saya dan suami singgah di London sebentar untuk jalan-jalan dan membeli-belah. Selepas itu, kami akan terus pulang ke Sabah di mana saya akan menetap selepas berkahwin.
"Kami akan sambung honeymoon di Sabah. Tetapi buat masa ini saya dan suami tangguh dahulu berikutan situasi di perairan Sabah yang diancam penceroboh Sulu dan kami dinasihati untuk tidak menghampiri kawasan itu walaupun ianya jauh dari Lahad Datu.
"Jadi sekarang saya pun teruskan dengan karier seni dan akan berulang alik dari Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur jika ada urusan. Suami memahami karier saya dan dia juga sibuk menguruskan restoran yang bakal dibuka di sana,"cerita Liyana setelah lebih kurang sebulan setengah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan.
Selain daripada New York Cinta, Liyana bakal tampil dalam beberapa filem dalam masa terdekat ini seperti Isyarat Cinta, Padadom 2, Tokan dan bakal mengarah dan menerbitkan filem pendeknya tidak lama lagi.

Single terbaru daripada Liyana, Jujur akan menjalani penggambaran klip video dibawah arahannya dan bakal menjadi runut bunyi kepada telefilem New York Cinta yang juga dilakonkan serta d diterbitkan di bawah syarikat produksinya sendiri.

Senin, 04 Februari 2013

Majlis Pernikahan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan


OGA (Oh Gosip Artis) ingin berkongsi gambar sekitar majlis pernikahan Liyana Jasmay dan Fathuddin. Jom kita tengok gambar kat bawah ni..
gambar pernikahan liyana jasmayOGA suka dengan jambang yang menghiasi muka Fathuddin Mazlan. Memang kacak bergaya sungguh. Terserlah kemachoan dirinya. Semoga perkahwinan mereka berdua akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan.
gambar pernikahan liyana jasmay

Sabtu, 02 Februari 2013

Liyana Jasmay Selamat Diijabkabulkan Dengan Fathuddin

Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan sah menjadi suami isteri. 
 

KUALA LUMPUR: Dengan dua kali lafaz, pasangan Liyana Jasmay, 25, dan Fathuddin Mazlan, 29, selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Seri Pasific kira-kira pukul 10 pagi.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

 

Fathuddin melafaz akad nikah sebanyak dua kali sebelum bergelar suami Liyana.

Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang.

Selain wang hantaran, antara barangan lain yang diberikan Fathuddin kepada Liyana termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, tas tangan dan set barangan kemas.

Manakala Liyana membalas hantaran berupa kasut Prada, dompet, jam tangan Tag Heuer, manisan, tepak sirih dan juga cincin.

Liyana dan Fathuddin tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rona putih rekaan Jovian Mandagie manakala Fathuddin segak berbaju Melayu dari rona sedondon.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada sebelah malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).



Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Jumat, 21 Desember 2012

Liyana Jasmay Tolak Semua Penaja Untuk Majlis Perkahwinannya

Gambar majlis pertunangan Liyana Jasmay dan  Fathuddin Mazlan.



 
KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang bertubuh genit, Liyana Jasmay lebih selesa menguruskan persiapan majlis perkahwinannya dengan tunang, Fathuddin Mazlan sendiri tanpa menggunakan sebarang khidmat tajaan.

Liyana yang sebelum ini berada di New York kerana menyambung pelajaran pastinya mempunyai masa yang singkat untuk menyiapkan persiapan perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada 2 Februari tahun hadapan.

Namun, kekangan masa tidak membuatkan pelakon itu cepat melatah.

Justeru, dia mengakui menerima banyak tajaan untuk menaja majlisnya itu nanti tetapi dia mahu merasai istimewa setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan kelangsungan majlis bahagianya itu nanti.

“Saya bukan tidak mahu ditaja tetapi untuk hari perkahwinan, rasanya ia jadi lebih manis jika memori itu disimpan dan hanya dimiliki oleh saya.

“Jika saya menerima tajaan contohnya untuk video dan gambar, pihak yang menaja juga berhak ke atasnya. Saya rasa kurang special kalau macam tu,” kata Liyana yang dipetik dari laporan portal Murai.com.

Liyana juga bersyukur kerana usaha dalam menyiapkan persiapan perkahwinannya banyak dibantu oleh ahli keluarganya.

Malah, setiap keinginan yang dia mahu terapkan dalam perkahwinannya juga diketahui oleh keluarga Liyana.

Jadi, tidak timbul rasa bersalah menolak setiap tajaan yang diterima.

“Perkahwinan saya adalah semua tentang diri saya. Syukurlah saya mempunyai ahli keluarga yang sangat mengambil berat dari semua segi dan tahu semua keinginan saya. Jadi saya tidak perlu risau atau terlalu berfikir mengenai kelancaran hari tersebut,” katanya.

Adat untuk setiap perempuan ingin tampil cantik di hari bahagia, Liyana ketika ini sudah pun menjaga penampilan dirinya.

Liyana ketika ini menitikberatkan soal kesihatan selain menjaga pemakannya supaya kesihatannya tidak terganggu.

“Baru 10 hari saya balik ke Malaysia dan cuba untuk betul-betul berehat. Cuaca pun tidak menentu dengan hujan dan sebagainya, takut nanti senang jatuh sakit. Kalau boleh saya mahukan semua persiapan berjalan lancar dalam waktu yang agak terhad ini.

“Pasang badan sikit-sikitlah. Saya mahu kelihatan cantik dan berseri di hari perkahwinan, jadi kena berkorban sikit. Jaga makan dan tidak mahu berpanas sangat takut nanti kulit dan muka tak berseri!,” beritahu Liyana.


Oleh: NAIMAH SHAARI

Selasa, 11 Desember 2012

Liyana Jasmay Tunda Majlis Pernikahannya

 LIYANA bersama tunangnya, Fathuddin pada majlis pertunangan mereka pada 29 Mac lalu.




KUALA LUMPUR – Majlis pernikahan pelakon terkenal, Liyana Jasmay dengan tunangnya, Fathuddin Mazlan yang sepatutnya dilangsungkan pada 24 Januari depan telah ditunda ke tarikh baharu iaitu 2 Februari 2013.

Menurut Liyana, 24, majlis tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu walaupun dia dan tunangnya, Fathuddin, 28, sebelum ini telah mengumumkan akan bernikah pada 24 Januari tahun depan.

Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mac lalu.

Liyana yang baru pulang ke tanah air lewat malam kelmarin selepas menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat berkata, majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

“Akad nikah akan diadakan pada waktu pagi dan bersanding pada sebelah malam di PWTC,” jelas aktres itu yang merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2009 menerusi filem Papadom.

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA

Rabu, 10 Oktober 2012

Gambar-Gambar Liyana Jasmay Dan Tunang Di New York


 Penyanyi dan pelakon, Liyana Jasmay yang kini berada di New York bagi melanjutkan pelajaran dalam jurusan perfileman dilihat sangat bahagia apabila turut ditemani ibu dan tunang tersayang.

Menerusi Instagram, Liyana yang sememang happy-go-lucky itu telah pergi menjelajah ke beberapa kawasan menarik di sekitar News York antaranya Central Park, Statue Of Liberty dan Avenue of the Americas.

Difahamkan sebaik saja tamat pengajian pada Januari depan, Liyana akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Fathuddin Mazlan, seorang ahli perniagaan berusia 28 tahun.

Lihat saja foto pelantun lagu Cinta Bersatu ini, Liyana sedang diulit bahagia.








Kredit Gambar: Instagram Liyana Jasmey

Rabu, 04 April 2012

3 Janji... I'm Loving it



Best seyyyy drama ni uolsss. Zie really enjoyed watching it. Mmg jiwa zie nih tgk drama or movie yg jiwa-jiwa cam gnie. Leh sambil tgk sambil nangis. Hehehehe. Time Khursyi meninggal dlm episode lepas...

...nangis kooo aku tgk si liyana tu kesedihan. Arghhh!!! best der drama ni. Tp tak dpt nk follow up episode by episode :( Zie busy arr uols. Tgk kat youtube je la :D hehe.








Gosip Panas Mak Kepochi™

Kamis, 01 Maret 2012

Inikah Bakal Tunang Liyana Jasmay???



Rasanya ramai yg dh tahu yg Liyana Jasmay bakal bertunang dgn jirannya yg merupakan ahli perniagaan.

Dia menghantar rombongan merisik minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunang bulan depan. Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. Insya-Allah tahun depan kami akan berkahwin. Dia adalah jiran saya. Kami sudah lama kenal cuma tidaklah begitu rapat. Saya memilihnya kerana dia seorang yang baik dan amat memahami saya. Apa yang membuatkan saya suka kepadanya adalah cara didikannya di rumah sama seperti cara saya dididik oleh orang tua saya

So zie pun teringin lah nk tgk muka bakal tunang dia. so mulalah menggooggle nama Fathuddin Mazlan yg berusia 28 tahun :) result pencarian...










Tadaaa....ini lah dia Fathuddin :) Muda² dah jadi ahli perniagaan ek. Vavavava...kelas ah! ^_- sama² lah kita tunggu dan lihat ek...adakah mmg betul jejaka didlm gamba ni yg bernama fathuddin mazlan ^_-









Gosip Panas Mak Kepochi™

Rabu, 22 Desember 2010

Nantikan Kemunculan Filem Khurafat - Jan 13, 2011



Tak x plak Mak Kepochi nk tggu filem Khurafat nih di wayang kooo uols. Tgk trailer cam best je ^_^ Hikss. Tayangan filem nih akan di tayang bermula 13 januari 2011.

...Satu lg filem hasil arahan Shamsul Yusuf ^_^





Liyana Jasmay memainkan watak utama. Dlm movie nih, Liyana ditudungkan..hehe. Bertudung la uols :) See...ayuuu je muke kan. Bila lah dia nak sampai seru ea. Sama² lah kita mendoakan ^_^





Pape pun...meh layan trailer movie nih ^_^ Mak sokka noks...hikss













Princess Redbloodsnow Copyright

Rabu, 01 September 2010

Liyana Jasmay : Aizat Tak Cukup Matang Buat Saya


"Aizat masih muda dan dia tak matang buat saya. Kenapa mesti dia saja yang selalu dikaitkan dengan saya. Kami hanya berkawan dan kami tahu perjalanan hidup kami masih terlalu jauh untuk ke arah itu (berkahwin)" - Liyana Jasmay



Amboi amboi amboiii...kecik ati Aizat bace weh Liyana. X baik woo memperkecil²kan org lain. Kalau iyer pun x suke, kalau iyer pun hanya berkawan rapat, kalau iyer pun nk menegakkan benang...

...agak² la ko ngeluar statement tuh noks. Kate kawan, tp asal statement kasi org sentap? Ishhh ishh ishh...







Mulut Lazer Mak Kepochi
-->> Cermin diri sebelum mengata
org :)





Princess Redbloodsnow Copyright