Selasa, 05 Februari 2013

Siti Saleha tidak perlukan lelaki - Gosip Artis


Seperti yang diketahui umum Siti Saleha kini sudah kembali solo. Jadi, kepada lelaki bujang diluar sana tu ada chance la nak pikat Siti Saleha. Lelaki mana yang tidak tertarik dengan kejelitaan yang dimiliki aktres Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum? Siti Saleha mengakui dia tidak memerlukan perlindungan daripada seorang lelaki dalam kehidupannya.
  
Adakah kerana kecewa dengan cinta Siti Saleha tidak perlukan lelaki sekarang ini? 
siti saleha



Menurut pelakon berusia 23 tahun itu, dalam alam realiti, dirinya tidak sebegitu lemah seperti kebanyakan watak yang pernah dimainkan menerusi drama bersiri TV mahupun filem.
"Saya tidak memerlukan lelaki untuk menjaga ataupun melindungi diri saya kerana saya tidak selemah seperti watak-watak yang pernah saya bawakan dalam drama TV mahupun filem.
"Saya boleh menjaga diri saya sendiri, malah saya juga ada menyertai kelas muay thai sejak tahun lepas lagi sebagai langkah menjaga keselamatan diri," katanya.
Tambah Saleha, untuk menjadi seorang yang sangat lemah-lembut, pemalu, sensitif dan cepat emosi dalam lakonan merupakan satu perubahan karakter yang sangat mencabar bagi dirinya.
"Watak-watak yang diberikan kepada saya adalah sangat kontra daripada karakter sebenar diri saya, kerana saya sebenarnya seorang yang periang, berfikiran terbuka, tidak bergantung kepada lelaki, tegas dan suka berjenaka.
"Jadi untuk menghayati watak-watak yang penuh sifat kewanitaan dan gadis desa merupakan satu perkara yang sangat mencabar dan menguji mutu lakonan saya," katanya.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar