Rabu, 06 Februari 2013

Adakah Ini Kekasih Baru Chef Riz? - Gosip Panas Artis


Sejak bercerai dengan aktres Ana Dahlia secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor pada 10 Disember tahun lalu,OGA (Oh Gosip Artis) terus tak dengar apa-apa berita tentang anak teruna Datuk Redzuawan Ismail aka Chef Wan iaitu Chef Riz.

Tapi, baru-baru ini seorang teman telah menunjukkan gambar instagram milik Chef Riz. Dalam gambar itu, Chef Riz nampak cukup intim dengan seorang gadis yang tidak kurang cantiknya dengan bekas isterinya.

Tertanya-tanya juga siapakah gadis itu. Sebab, wajahnya nampak cukup serasi betul dengan Chef Riz. Adakah dia teman baru yang mengisi kekosongan hati Chef Riz selepas beberapa bulan menduda? 
kekasih baru chef riz


Chef Riz tidak tagging langsung gambar itu pada mana-mana akaun sosial media milik gadis itu.

Sebaliknya, Chef Riz hanya menulis: 
"Mak Jemah, tengkiu bwk titew jenjalan aritu ek:-) . Hahahaha.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar