Yasin, 39, berkata, ugutan bunuh yang diterimanya menerusi laman YouTube selepas memuat naik lagu nyanyiannya berjudul Reformasi adalah bukti ada pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan medium sosial tersebut untuk mengugut.
Yassin |
“Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.
“Saya tidak tahu sama ada ugutan ini serius atau hanya main-main. Mungkin ada pihak yang tidak berapa senang dengan pelantikan saya sebagai duta Angkatan Muda Keadilan baru-baru ini. Jadi saya telah serahkan kes ini kepada peguam saya untuk diselesaikan.”Menurut laporan yang sama, Yassin turut menyatakan bahawa, kebebasan bersuara seharusnya digunakan dengan cara yang baik dan bukannya dengan cara yang negatif seperti ini.
“Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.
“Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar