Kamis, 14 Maret 2013

Gosip Panas Artis - Hetty Sarlene maafkan orang yang sebar foto aksi beraninya

Ni, OGA ada citer baru nak citer kat korang semua. Ingat tak 2, 3 hari lepas OGA adalah masukkan entri mengenai pelakon seksi Singapura, Hetty Sarlene dan kekasih ambik gambar dengan pozing yang agak keterlaluan dengan kekasihnya. Kalau orang tengok, mesti orang akan fikir mereka ni suami isteri. So, OGA harap Hetty akan lebih berhati-hati la lepas ni yer.

Menurut sebuah portal hiburan hari ni, Pelakon Hetty Sarlene, memaafkan individu yang menyebarkan foto "aksi beraninya" dengan teman lelaki di Internet, beberapa hari lalu.

Menerusi laman sosial Instagramnya hari ini, pelakon drama bersiri Sembilu dan Si Capek itu berkata, dia percaya pada hukum karma.

"Pada orang yang telah mencuri foto atau memuat turun foto saya tanpa izin, saya telah maafkan kamu. Alhamdulillah, awak telah memikul dosa saya dan awak jawablah nanti di akhirat," katanya sinis.
hetty sarlene
Hetty Sarlene
 Menurut pelakon yang berasal dari Singapura itu, dia tidak berasa tertekan dengan apa yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fotonya bersama lelaki yang bakal dikahwininya itu.

"Kenapa mereka perlu menyebar foto-foto saya bersama lelaki yang bakal menjadi suami saya? Adakah mereka cemburu melihat hubungan kami yang sempurna?
"Apakah mereka ingin menjatuhkan saya? Apa pun mencuri itu tidak baik kerana semua foto itu hak saya. Saya menerima permintaan berkawan dengan sesiapa sahaja menerusi Instagram tetapi menyebarkan gambar saya tanpa kebenaran adalah sesuatu yang salah," katanya.
Hetty yang popular dengan lagu Sangsi Asmara berkata, dia tidak kisah menjadi bahan gosip di Internet kerana orang yang terlibat juga menanggung dosa itu.

"Bergosiplah. Alhamdulillah, saya tidak rugi apa-apa pun," luahnya panjang lebar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar