Malah menurut Eina, buat masa sekarang dia dinasihatkan untuk selalu berada di samping ahli keluarganya.
"Maaf saya tidak boleh bertemu media buat masa ini. Saya juga dinasihatkan untuk tidak keluar bersendirian," katanya.
Pelakon Eina Azman |
"Maaf saya tidak boleh komen apa-apa mengenai hal itu.
"Saya tidak mahu mengganggu siasatan polis, sama ada atas tuduhan apa laporan tersebut dibuat juga saya tidak boleh kongsi," kata pelakon yang nama sebenarnya Ainur Syakina Azman.Beberapa hari lalu sebuah akhbar melaporkan yang Eina hampir diperkosa oleh seseorang bergelar Datuk sewaktu urusan pembelian kereta di sebuah hotel pada 8 Februari lalu, sekitar pukul 11 malam.
Pelakon drama Mimpi Cinderella itu turut memberitahu yang Datuk tersebut mahu membelanya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atasnya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar