Inilah Wajah Isteri Ezad Exist, Nor Azeana Ramli
NOR Azeana menyarungkan cincin kepada Ezad selepas majlis akad nikah, semalam.
Kulim: Dengan sekali lafaz, bekas vokalis Exist, Ezad Lazim sah bergelar suami kepada pengurus jualan sebuah hotel di Kuala Lumpur, Nor Azeana Ramli, 34, selepas majlis pernikahan di Masjid Tunku Abdul Rahman, Sungai Limau, di sini, semalam.
Majlis berlangsung kira-kira jam 10.40 pagi apabila Ezad, 34, dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ramli Talib disaksikan dua saksi, Ibrahim Mahmood dan Ismail Abdullah dengan mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM15,000 membabitkan tujuh dulang berbalas sembilan.
Ezad berkata, dia bersyukur kerana urusan yang dirancang berjalan lancar dan mereka disatukan dalam suasana sederhana tetapi meriah dengan kehadiran kira-kira 100 ahli keluarga kedua-dua pihak.
Menurutnya, perkenalan singkat tidak sampai tiga bulan membawa kepada bibit percintaan antara mereka selepas kali pertama bertemu di stesen KL Sentral pada 3 Januari lalu.
“Saya bersyukur dan gembira apabila sudah bergelar suami dan berharap dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab baru sebaik mungkin. Saya berdoa perkahwinan ini kekal buat selama-lamanya,” katanya ditemui, semalam.
Oleh RUDY SYAREME SHERIFFUDIN
Tidak ada komentar:
Posting Komentar