Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, berkata, peluang itu diperolehnya apabila diberi kepercayaan oleh pengendali saluran radio UFM bersama deejay Tyzo bagi menjayakan segmen ‘Bersama Perdana Menteri’.
“Dalam pertemuan itu Perdana Menteri benar-benar terbuka untuk menceritakan kisah-kisah peribadinya yang selama ini orang tidak tahu.
"Saya juga benar-benar kagum selepas mendengar penjelasan bagaimana beliau bekerja,” kata Jiimmy ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Jimmy (kiri) ketika menemubual Najib untuk siaran radio UFM. |
Siaran radio itu hanya boleh diikuti sekitar Lembah Kelang menerusi frekuensi 101.3 FM.
Jimmy berkata, antara topik menarik yang dibualkan mereka untuk rakaman itu ialah gaji bulanan yang diperoleh Najib serta bagaimana beliau membelanjakan wangnya.
Turut diselitkan bagaimana beliau menguruskan diri di rumah dan soal berpakaian.
Jimmy menambah, pertemuannya dengan Perdana Menteri secara peribadi itu akan terpahat dalam hidupnya sampai bila-bila kerana bukan mudah untuk bertemu dengan pemimpin negara yang mempunyai jadual padat.
Apa yang lebih penting ujar Jimmy, dia melihat Najib sebagai seorang pemimpin yang bukan sahaja berkarisma tetapi tokoh politik yang harus diberi peluang untuk terus mentadbir negara.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar