Kesetiaan sebagai isteri kepada Aidil Zafuan membuatkan Rita Rudaini terpaksa menolak banyak tawaran berlakon dengan aktor kelahiran kota singa. Bagaimanapun, Rita tidak pernah kesal dengan permintaan daripada pemain bola sepak kebangsaan itu.
"Aidil memang tidak beri izin saya berlakon dengan aktor tersebut. Saya sendiri tidak tahu sebabnya. Jadi, saya pun ikut saja permintaannya dengan menolak tawaran itu.
"Sebenarnya, saya jikalau berlakon dengan mana-mana pelakon, saya akan cepat mesra. Kami satu kumpulan produksi dah macam satu famili.
"Mungkin Aidil dari bidang lain dan dia tidak faham. Apapun, saya tetap terima keputusannya kerana saya isterinya," katanya kepada murai.com.my.Menjelaskan mengenai wataknya dalam drama Sehangat Asrama, Rita tidak menolak watak tersebut mempunyai banyak persamaan dengan dirinya yang sebenarnya.
"Secara kebetulan, watak saya ada banyak kena-mengena dengan saya. Namun, saya tidak merasakan watak itu dicipta khusus untuk saya kerana novel drama ini sudah lama ditulis bertahun lamanya.
"Oleh sebab dah banyak persamaan, maka lebih mudah untuk saya menjiwai wataknya. Sekarang ini pun, saya selalu saja dapat tawaran berlakon watak cinta terhalang dan tidak disukai ibu mentua.
"Apapun, saya tidak kisah itu semua. Sebagai pelakon, saya terima apa saja watak yang diberikan kepada saya," ujarnya.
Aidil Zafuan dan Rita Rudaini |
"Saya lebih selesa berlakon dengan Rosyam dan Aqasha kerana lebih senang dan cepat masuk watak. Mereka berdua cepat mesra dan ia tidak kena mengena dengan cerita negatif atau pun tidak.
"Orang pun banyak cakap saya lebih sesuai berlakon jadi pasangan Rosyam. Namun, sekarang Rosyam sudah kurang berlakon dan dalam waktu yang sama pula, saya sendiri ada terima banyak tawaran berlakon di sisi hero baru.
"Tapi, sebelum saya terima tawaran itu, saya periksa dulu siapa pelakon itu kerana tidak mahu nampak pelik bila bersama. Pelakon sekarang banyak muda-muda dan nampak macam adik saja," jelasnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar