Zed Zaidi berkata panggilan itu diterimanya sebaik sahaja selepas tercetusnya kontroversi melibatkan pelakon Indonesia, Julia Perez yang menjalani penggambaran di Malaysia secara tidak sah pada akhir tahun lalu.
"Saya didatangi satu panggilan daripada nombor yang agak pelik dan banyak serta tidak dikenali ketika itu, dan dengan tidak berfikir panjang, saya terus mengangkat panggilan tersebut.
"Panggilan itu datangnya daripada seorang wanita yang bercakap dalam slanga Indonesia. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Luna Maya. Terkejut juga saya bila dia menelefon saya secara tiba-tiba.
"Rupa-rupanya, dia (Luna Maya) memberitahu, dia akan berlakon di Malaysia dengan sebuah produksi disini. Tapi, tidak pula dia beritahu bila dan dengan produksi mana dia akan berlakon.
"Dia bertanyakan bagaimana prosedur yang sepatutnya hendak dilakukan sebelum ke sini. Kemudian saya pun terangkan kepadanya prosedur yang betul untuk berlakon atau bekerja disini. Saya juga nasihatkan dia supaya berdaftar sebagai artis Seniman," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.Zed Zaidi memberitahu, Luna Maya membuat panggilan itu selepas bimbang kedatangannya nanti akan menjadi isu atau kes seperti apa yang berlaku terhadap Julia Perez.
"Luna ada beritahu, dia tidak mahu kemasukannya ke Malaysia nanti akan menjadi isu yang berbangkit seperti rakannya Julia Perez. Dia juga berharap prosesnya untuk masuk berlakon di sini kelak akan jadi mudah," jelasnya lagi.Zed Zaidi turut menjelaskan kemasukan artis dan pekerja seni dari luar perlu mematuhi garis panduan yang termaktub dalam Agensi Pusat Pemohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sebelum menjalani aktiviti atau penggambaran di negara ini.
Luna Maya bakal berlakon di Malaysia? |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar