Menurut Rita, dia tidak tahu kenapa pihak Aidil tidak mengetahui bahawa kes perbicaraan mereka sudah ditunda ke tarikh lain dan bertegas pihaknya bakal menghantar wakil untuk kes pendamaian tersebut.
Jangan hendak burukkan nama saya sebab selama ini saya tidak pernah tidak hadir mana-mana perbicaraan, tuduhan ini mencalar reputasi baik saya.
Saya tidak tahu kenapa pihak Aidil tidak tahu perbicaraan ini telah ditangguhkan ke 3 April 2013 – ujar Rita melalui akhbar Kosmo hari ini.Dalam laporan yang sama, Rita turut menyatakan yang dia tidak harus dipersalahkan dalam hal ini kerana peguamnya telah menghantar surat kepada peguam suaminya dan mahkamah terlebih awal memberitahu dia tidak dapat hadir kerana berada di luar daerah.
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar