Senin, 18 Maret 2013

Norman Cemburu Panggilan Sayang Memey Bukan Untuknya

Sejak menimang cahaya mata pertama bersama pelakon, Memey Suhaiza, aktor berbadan sasa, Norman Hakim akui kasih saying isterinya itu lebih kepada puteranya, Mohamed Darwisz Hakim.

Malah, Norman Hakim berkata panggilan "Sayang" Memey kini bukan untuknya lagi tetapi sudah beralih kepada anak lelakinya yang dilahirkan pada 1 Februari lalu.

"Alhamdulilah, Memey sangat seronok menguruskan anak pertama kami. Memey nampak sangat cepat belajar dalam menguruskan bayi walaupun baru pertama kali.
"Malah, dia seperti tidak boleh berenggang dengan bayinya. Nampak sangat dia sayangkan anaknya lebih daripada saya.
"Yang lucunya, bila dia panggil 'sayang', saya ingat panggilan itu untuk saya. Bila saya menyahut dia kata dia sedang bermain dengan Darwisz. Terasa dan cemburu juga ketika itu, tetapi saya faham", katanya kepada murai.com.my yang seronok melihat keterujaan Memey bersama anak hasil perkahwinan mereka.

Memey dan Norman
Memey dan Norman
 Memey yang melahirkan Darwisz di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak pada 1 Ferburari lalu, kini sudah pun selesai berpantang.

Mengulas mengenai komitmen Memey selepas ini dalam bidang lakonan, Norman Hakim memberitahu dia tidak akan menghalang isterinya untuk terus berlakon. Tetapi dia lebih gembira jika isterinya dapat menguruskan hal-hal di rumah sementara dia bekerja di luar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar