Selasa, 19 Maret 2013

Gosip Panas Artis - Julia Perez ditahan pihak berkuasa

Sekitar jam 11.30 pagi tadi, pelakon Indonesia yang terkenal dengan kontroversi, Julia Perez atau lebih mesra disapa sebagai Jupe dilaporkan telah tiba di Rutan Pondok Bambu bagi menjalani hukuman penjara selama tiga bulan atas insiden pergaduhannya dengan pelakon Dewi Perssik sewaktu penggambaran filem seram “Arwah Goyang Kerawang” sekitar November 2010 yang lalu.

Menurut laporan media Indonesia, sewaktu pihak berkuasa tempatan tiba di rumahnya, pelakon ini dikatakan telah bersedia untuk ditahan oleh pihak berkuasa dan dirinya juga kelihatan sungguh tenang untuk jalani hukuman yang bakal dilaluinya selepas ini.

Sewaktu berada di rumah berkenaan, aktres ini telah ditemani oleh ahli keluarganya serta kekasih hati, Gaston Castano.

Berikut kami lampirkan beberapa foto Julia Perez sewaktu ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia pagi tad

julia perez

julia perez

julia perez

julia perez

Tidak ada komentar:

Posting Komentar